Gambaran Sebenar Dabbah


Gambaran Sebenar Dabbah


Sumber : IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-198: AL-DABBAH (الدابة)Apakah yang dimaksudkan dengan al-Dabbah?Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.Berdasarkan soalan di atas, keluarnya al-Dabbah merupakan salah satu daripada tanda besar kiamat. Tanda ini disebut dan terdapat di dalam al-Qur’an dan juga al-Sunnah. Firman Allah SWT:
وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَMaksudnya: “Dan apabila tiba masa berlakunya hukuman ke atas manusia, Kami keluarkan bagi mereka Dabbah (sejenis binatang) dari bumi yang akan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat (keterangan dan pengajaran) Kami”. [al-Naml:82]Ini merupakan ayat atau firman Allah SWT yang menceritakan akan kewujudan al-Dabbah sepertimana yang disebutkan. Menurut ahli tafsir, ayat ini menunjukkan bahawa akan keluarnya al-Dabbah ini di akhir zaman ketika manusia berada dalam kerosakan iaitu dengan meninggalkan perintah-perintah Allah SWT dan mereka juga menukar agama mereka yang haq (benar). Dengan itu, Allah SWT akan keluarkan al-Dabbah dari bumi yang akan berkata-kata kepada manusia. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 210/6]Definisi al-DabbahAl-Dabbah (الدابة) menurut bahasa adalah setiap yang berjalan di atas muka bumi. [Lihat: Mukhtar al-Sihah, 101/1] Manakala, menurut istilah pula, al-Dabbah adalah sejenis binatang yang akan keluar di akhir zaman (apabila manusia dalam keadaan yang jauh daripada agama) dan keluarnya al-Dabbah ini merupakan antara tanda-tanda besar hari Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith yang banyak. [Lihat: Tafsir al-Sa’di, 610/1]Hadith-Hadith Berkaitan al-DabbahAntara hadith-hadith berkaitan al-Dabbah adalah seperti berikut sebagaimana yang kami nyatakan pada Irsyad al-Hadith sebelum ini iaitu yang bertajuk Tanda-Tanda Besar Kiamat:Daripada Huzaifah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:إنَّ السَّاعَةَ لَا تَكُونُ حَتَّى تَكُونَ عَشْرُ آيَاتٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَالدُّخَانُ وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ، وَيَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ، وَطُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قُعْرَةِ عَدَنٍ تَرْحَلُ النَّاسَ".Maksudnya: ““Sesungguhnya al-Sa’ah (hari Kiamat) tidak akan berlaku sehingga berlaku sepuluh tanda ini iaitu gerhana bulan di Timur, gerhana bulan di Barat, gerhana bulan di jazirah Arab, Asap, Dajjal, Dabbah yang melata di bumi (sejenis haiwan),Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, api yang keluar dari lembah Aden yang akan mengiringi manusia ”. [Riwayat Muslim (2901)]Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سِتًّا: طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، أَوِ الدُّخَانَ، أَوِ الدَّجَّالَ، أَوِ الدَّابَّةَ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِMaksudnya: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari Barat, asap, Dajjal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (Kiamat)”. [Riwayat Muslim (2947)]Berdasarkan hadith-hadith di atas, keluarnya al-Dabbah merupakan salah satu daripada tanda-tanda besar atau hampirnya hari Kiamat.Pendapat Ulama’ Berkaitan al-DabbahPara ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan maksud atau makna al-Dabbah ini, maka kami ringkaskannya dalam bentuk nokhtah:Pertama: Imam al-Qurthubi menyatakan al-Dabbah adalah seekor anak unta daripada unta Nabi Soleh AS yang dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam batu dan unta tersebut akan keluar pada bila-bila masa dengan izin Allah SWT.  Kedua: Al-Dabbah yang dimaksudkan adalah al-Jassasah yang disebut atau diceritakan di dalam hadith Tamim al-Dari.Ketiga: Al-Dabbah adalah ular yang menjaga dinding Ka’bah.Keempat: Al-Dabbah adalah manusia yang bercakap bagi menentang orang yang melakukan bid’ah dan kekufuran.Kelima: Perkataan al-Dabbah adalah isim (kata nama) bagi setiap binatang yang melata dan ia bukanla haiwan tertentu yang memiliki berbagai keajaiban dan keanehan. Berkemungkinan yang dimaksud dengannya adalah bakteria yang berbahaya yang telah membuat manusia menderita dari sudut badan dan kesihatannya.Untuk itu, kami nukilkan sebagai kesimpulan daripada pendapat-pendapat di atas daripada pengarang kitab Mausu’ah al-Akhirat bahawa al-Dabbah mempunyai ciri-ciri khas yang berbeza dari sudut kekuatan, keluasan, keilmuan dan juga kecantikan yang mana ia diutuskan oleh Allah SWT bagi tujuan tertentu untuk diselesaikan. Tambahan pula, tidak sesiapa yang mampu untuk lari daripadanya atau daripada tujuannya dan jika seseorang itu ingin mencari atau menghendakinya nescaya dia tidak mampu untuk melakukan hal sedemikian. Ia juga akan datang kepada sekalian manusia di atas muka bumi ini seakan-akan nama-nama mereka (manusia) ada dengannya iaitu al-Dabbah. [Lihat: Mausu’ah al-Akhirat Ashrath al-Sa’ah, 173, 174]Tempat Keluar al-DabbahPara ulama’ juga berbeza dalam menentukan tempat keluarnya al-Dabbah ini:Pertama: Al-Dabbah akan keluar dari Makkah al-Mukarramah iaitu dari masjid yang paling mulia.Kedua: Al-Dabbah ini akan keluar melalui tiga tempat. Ia akan keluar di sebahagian lembah dan kemudiannya bersembunyi. Kemudian ia keluar lagi di sebahagian kampung, lalu ia muncul di Masjid al-Haram.Terdapat beberapa lagi pendapat-pendapat lain yang menceritakan berkaitan tempat keluarnya al-Dabbah ini. Akan tetapi, sebahagian besar daripada pendapat-pendapat dalam masalah ini menyatakan bahawa tempat keluarnya al-Dabbah ini adalah dari tanah haram Makkah.PenutupKesimpulannya, kita sebagai seorang yang beriman wajib beriman dengan apa yang dikhabarkan oleh Allah SWT serta Rasul-Nya. Ini kerana, hal ini termasuk di dalam beriman dengan perkara-perkara yang ghaib. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita semua daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.Wallahua’lam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/02/gambaran-sebenar-dabbah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Si Nopal Rupa Rupanya Ini Pemilik Sebenar Suara Gedik Watak Si Dede

Si Nopal Rupa Rupanya Ini Pemilik Sebenar Suara Gedik Watak Si Dede

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 1389 hits
Berkhemah berkhemah berkhemah sama si nopal si nopal si nopal anak nya bahenol Jika terdengar lagu ini pasti semua orang akan tahu kan Dari anak anak kecil orang dewasa tua atau muda sama ada berasal dari Indonesia Malaysia Singapura atau B...
Pacuan Empat Roda Terjun Kedalam Air Jadi Tular Menurut Saksi Ini Punca Sebenar Kejadian

Pacuan Empat Roda Terjun Kedalam Air Jadi Tular Menurut Saksi Ini Punca Sebenar Kejadian

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 567 hits
SEORANG lelaki dikhuatiri l3mas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan Kuala Terengganu 9 30 malam tadi Difahamkan mang5a Abdul Bari Arshad 31 da...
Kisah Sebenar Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Pasti Menyentuh Hati Ramai Netizen

Kisah Sebenar Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Pasti Menyentuh Hati Ramai Netizen

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 844 hits
Semalam negara dikejutkan dengan berita kem4tian tiga beradik yang terkorban dalam kem4langan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Jalan Tanah Merah Pasir Mas dekat Bukit Tuku Pasir Mas Kelantan Mangsa F...
Misi Sebenar Dap Kami Bongkar Anda Fikirkan

Misi Sebenar Dap Kami Bongkar Anda Fikirkan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 365 hits
Ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan anak muda yang masih belum kenal dengan sebenar2nya akan parti DAP Sebab itu mereka mudah di perdaya dengan fakta2 palsu yang di dendangkan oleh politikus2 dari Pakatan Harapan Admin harap dengan m...
Kenali 9 Perkara Tentang Faris Anuar Yang Ramai Tak Tahu Cinta Hati Sebenar Elfira Loy

Kenali 9 Perkara Tentang Faris Anuar Yang Ramai Tak Tahu Cinta Hati Sebenar Elfira Loy

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 513 hits
Namanya kini kian trending di laman internet majoriti pengikut Elfira Loy ingin tahu siapakah jejaka yang berjaya menawan hati aktres jelita ini sehingga menjadi putera di hatinya untuk selamanya Kenalinya dengan lebih dekat di rencana ini ...
Pemilik Animasi Si Nopal Jelaskan Maksud Sebenar Bahenol Dalam Video

Pemilik Animasi Si Nopal Jelaskan Maksud Sebenar Bahenol Dalam Video

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 737 hits
Pemilik Animasi Si Nopal Jelaskan Maksud Sebenar Bahenol Dalam Video Sejak dua menjak ini tular dimedia sosial fenomena Si Nopal hingga menyebabkan ramai yang melakukan parodi lagu tersebut Namun terdapat beberapa pihak yang mempersoalkan m...
Subhanallah Seorang Wira Ceritakan Kejadian Sebenar Malam Itu Dan Inilah Doa Dibaca Ketika Usaha Menyelamat

Subhanallah Seorang Wira Ceritakan Kejadian Sebenar Malam Itu Dan Inilah Doa Dibaca Ketika Usaha Menyelamat

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1434 hits
Kami akan kenang Allahyarham sebagai sahabat walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain kata Mohd Amiro Hafizol Zukafli yang ditemui ketika menziarahi pusara Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd Bari di Tanah Perkuburan Islam Kampu...
Sweet Yang Sebenar Bukan Setakat Bawa Pasangan Jalan Jalan Ini Pesan Uai Untuk Pasangan Suami Isteri

Sweet Yang Sebenar Bukan Setakat Bawa Pasangan Jalan Jalan Ini Pesan Uai Untuk Pasangan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 420 hits
Ramai yang menganggap suami yang sweet bila bawa isteri jalan jalan belikan hadiah yang mahal mahal dan selalu buatkan surprise Tapi definisi sebenar bagi pasangan yang sweet bila saling mengingatkan tentang akhirat Ustaz Azhar Idrus telah ...
Arrian Anak Sebenar Saya Fatin Afeefa Akui Pernah Berkahwin Dua Kali

Arrian Anak Sebenar Saya Fatin Afeefa Akui Pernah Berkahwin Dua Kali

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 3350 hits
Baru baru ini pelakon Fateen Afeefa ada muat naik gambar di Instagram bersempena ulang tahun kelahiran anaknya Adam Aisy Arrian yang keenam Entri tersebut mengundang persoalan ramai pihak yang keliru dengan status anaknya itu sedangkan Fati...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar