Formula Merbahaya Daripada Shahidan




Pemimpin UMNO Perlis yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah atas tuduhan mencabul seorang gadis bawah umur, Shahidan Kassim berkata, Tun Mahathir Mohamad boleh terus mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri meskipun sekiranya PKR dan DAP keluar daripada Pakatan Harapan.


Katanya, dengan keluarnya PKR dan DAP, Tun Mahathir masih mampu mengekalkan kuasanya melalui sokongan daripada Ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera.


Dengan mengambil kira semua Ahli Parlimen UMNO, Pas serta daripada Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada Tun Mahathir, kata Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau, Perdana Menteri akan mendapat sokongan yang cukup kuat iaitu daripada sejumlah 129 Ahli Parlimen.


Kiraan 129 yang disebutnya itu adalah berdasarkan  jumlah 221 Ahli Parlimen keseluruhan (tidak dikira Cameron Highland yang akan ada pilihanraya kecil pada 26 Januari depan) yang ditolak dengan 50 jumlah kerusi Parlimen PKR dan 42 lagi kerusi milik DAP.


Dalam erti kata lain, melalui formula atau idea Shahidan itu, kerajaan baru yang tertubuh nanti benar-benar sebuah kerajaan Melayu dan Bumiputera yang meminggirkan hampir keseluruhan sokongan bukan Melayu, kecuali satu Ahli Parlimen MCA dan satu Ahli Parlimen MIC (tak termasuk Cameron Highlands).


Soalnya, realistikkah angan-angan Shahidan itu atau formula beliau sebenarnya terselindung kepentingan peribadi berkaitan kes yang sedang dihadapinya?


Adakah juga semua Ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera sedia memberi sokongan kepada Tun Mahathir?


Dalam UMNO sendiri, apakah Ahli Parlimen seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Nazri Aziz dan lain-lain akan turut sedia memberikan sokongan?


Tetapi, di sebalik cadangan formula Shahidan untuk mewujudkan kerajaan Melayu dan Bumiputera saja dan memingkirkan kaum Cina dan India itu,  ia sebetulnya amat merbahaya untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.


Cadangan beliau bukan saja terselit kepentingan peribadi, malah bersifat rasis dan mengundang bahaya yang besar menuju perpecahan serta ketidakharmonian dalam masyarakat negara ini.


Kecuali Tun Mahathir bukan lagi Tun Mahathir yang berjiwa Malaysia seperti yang kita kenali selama ini, rasanya boleh dikata mustahil cadangan Shahidan ini akan diterima positif oleh beliau.


Sebagaimana ketika berkuasa selama 22 tahun sebelum ini dan dalam kejayaannya menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya baru-baru ini, semuanya adalah kerana beliau tidak pernah meminggirkan sokongan daripada kaum bukan Melayu.


Bagi Tun Mahathir, tidak mengapa jika Melayu berpecah, tetapi beliau masih mampu mengekalkan kuasa atau menumbangkan kerajaan jika sokongan bukan Melayu secara majoriti masih berpihak kepadanya.


Oleh itu, selain perlu memberi cadangan lain yang lebih bernas untuk membawa UMNO kembali berkuasa atau untuk menyelamatkan dirinya, ada baiknya juga Shahidan bersiap sedia saja untuk berdepan perbicaraan mahkamah dalam kesnya yang dijadualkan pada awal tahun depan nanti. (ShahbudinHusin 27/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/formula-merbahaya-daripada-shahidan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Cari Formula Terbaik Untuk Atasi Kemelut Semasa Parti

Najib Cari Formula Terbaik Untuk Atasi Kemelut Semasa Parti

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 223 hits
PEKAN UMNO perlu mencari formula terbaik untuk keluar daripada kemelut semasa parti termasuk dalam isu berkaitan desakan supaya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan Bekas presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak ber...
Bila Nak Beli Susu Formula Untuk Anak Ambil Kira 7 Faktor Penting Ini

Bila Nak Beli Susu Formula Untuk Anak Ambil Kira 7 Faktor Penting Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 374 hits
Ada macam macam jenis susu formula di pasaran sampai ibu ayah keliru mana satu yang patut dibeli untuk anak Sebenarnya ada banyak faktor penting yang perlu diambil kira sebelum memilih susu formula untuk anak anda Susu ibu adalah makanan te...
Antonio Felix Juara Formula E

Antonio Felix Juara Formula E

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 228 hits
ANTONIO Felix da Costa merangkul kejuaraan bagi pembukaan perlumbaan ABB FIA Formula E siri pertama untuk musim kelima yang berlangsung di Ad Diriyah Arab Saudi Berita penuh di https goo gl vV87kN
Panduan Memberikan Susu Formula Pada Bayi

Panduan Memberikan Susu Formula Pada Bayi

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 176 hits
PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka dan segera memberikan susu formula Saya mencadangkan 1 Jika menggunakan air dari dispenser pastikan dispenser tersebut selalu dib...
Rafizi Gesa Putrajaya Semak Harga Minyak Ikut Formula Mingguan

Rafizi Gesa Putrajaya Semak Harga Minyak Ikut Formula Mingguan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 276 hits
Rafizi gesa Putrajaya semak harga minyak ikut formula nbsp mingguan Dikemas kini 43 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Ada Sebabnya Bila Doktor Minta Kurangkan Pergantungan Pada Susu Formula Mama Take Note Ya

Ada Sebabnya Bila Doktor Minta Kurangkan Pergantungan Pada Susu Formula Mama Take Note Ya

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 147 hits
Susu formula bukanlah salah seratus peratus tetapi perlu belajar untuk hadkannya bagi memperkenalkan makanan semulajadi kepada anak anak berusia dua tahun ke atas Itu ibu bapa kena tahu berikan pencerahan mengenai susu formula kepada semua ...
Magisnya Berdoa Ikut 6 Formula Ini Untuk Kehidupan Lebih Baik

Magisnya Berdoa Ikut 6 Formula Ini Untuk Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 290 hits
Magisnya Berdoa Ikut 6 Formula Ini Untuk Kehidupan Lebih Baik Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya In shaa Allah siapa yang betul betul amalkan The Power of Doa ini boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik Inshaa ...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree