Falsafah Syaitan



Judul : FALSAFAH SYAITANPenulis : HamkaPenerbit : Jejak TarbiahTahun terbit : 2020 (cetakan kedua)Jumlah muka surat : 92Harga : RM25
Bila tengok rupa kulit buku Falsafah Syaitan ni nampak macam seram dan bila tengok judul buku pula, saya fikir ni mesti bahan bacaan yang berat

Buku Falsafah Syaitan karya Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) ini telah diterbitkan semula di Malaysia oleh penerbitan Jejak Tarbiah. Karya asalnya berjudul Penuntun Jiwa

Buku ini membawakan 9 tajuk kecil :Falsafah SyaitanMemburu HartaBakhilJatuh MuflisDia LupaSyurga dan NerakaTawakalPerjuangan Buat SemuaKorban KeyakinanTajuk kecil yang pertama - Falsafah Syaitan seumpama syaitan sedang berbicara dengan kita, memperkenalkan siapa dirinya dan apa tujuan hidupnya. Kata syaitan kepada kita manusia, “Keluar dan pergilah ke dalam masyarakat. Berbuatlah kejahatan!”. 

Di dalam tajuk kecil lainnya, Hamka membawakan topik yang berkait rapat dengan perang jiwa yang biasa berlaku di dalam diri manusia. Kisah-kisah menarik turut disertakan sebagai memudahkan pembaca memahami dengan baik setiap topik. Antara yang menarik, kisah Koohin yang tamak dalam memburu harta dan kisah tiga orang yang hidup melarat

5 ayat menarik di dalam buku Falsafah Syaitan :1. Berapa pula banyaknya orang yang berani menggelapkan keterangan yang nyata, memalsukan surat-surat yang sah, menyembunyikan kebenaran, bahkan berani juga bersumpah untuk mencapai supaya harta itu bulat ke tangannya. (Memburu Harta, halaman 25)
2. Orang yang bakhil, jiwa raganya telah diserahkan atau digadaikan bulat-bulat kepada harta. Dialah yang diperhamba oleh harta benda, bukan harta yang diperhambainya. ( Bakhil, halaman 32)
3. Orang tidak mahu tahu bahawa hakikat buta adalah buta hati, bukan buta mata. Orang tidak mahu peduli hakikat papa bukanlah pada harta tetapi papa kesopanan. (Dia Lupa, halaman 45-46)
4. “...orang yang terpenjara adalah yang dipenjarakan hawa nafsunya dan orang yang tertawan adalah yang ditawan iblis.” (Syurga dan Neraka, halaman 54)
5. Penglihatan jangan dibanyakkan ke atas, tetapi menolehlah ke bawah. Dengan demikian kelak tuan melihat bahawa orang yang kurang daripada tuan lebih banyak daripada orang yang di atas tuan! Waktu itulah kelak tuan akan merasai syurga itu. Air yang mengalir di bawahnya menyiram dan memberi kesejukan bagi jiwa tuan. (Syurga dan Neraka, halaman 56-57)
Menikmati pembacaan buku Falsafah Syaitan ibarat mendengar takzirah (peringatan) daripada seorang alim yang begitu lembut berkata-kata, namun cukup menusuk hati! 
Bangunlah tengah malam,hai orang-orang yang merasa berdosa.Bukalah jendela dari rumahmudi waktu alam hening dan diam,sementara makhluk tenggelam dalam tidur.Engkau akan dapat berkata-katadan bersahut-sahutan mulut dengan Tuhanmu(Petikan puisi, Falsafah Syaitan, Hamka)
Nampaknya, sangkaan saya awal tadi meleset. Buku ini bukanlah bahan bacaan yang berat, sebaliknya ia cukup santai dalam menyampaikan topik yang berat. Falsafah Syaitan sebuah naskhah penyucian jiwa yang perlu diulang baca pada masa akan datang, kerana kedudukan syaitan itu sendiri sentiasa dekat dengan kita

Buku ini boleh didapati DI SINI





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/03/falsafah-syaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lives Dari Taman Brown Penang Tni1 210512 Momentum Bulan Rejab Bayi Disentuh Syaitan Ustaz S

Lives Dari Taman Brown Penang Tni1 210512 Momentum Bulan Rejab Bayi Disentuh Syaitan Ustaz S

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 231 hits
REMASTERED Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At Taqwa Taman Brown Gelugor Pulau Pinang pada 21hb Mei 2012
Inilah Orang Yang Dikencing Syaitan

Inilah Orang Yang Dikencing Syaitan

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 210 hits
Inilah Orang Yang Dikencing Syaitan Ya Ada yang terlepas subuh Sebab tak terjaga langsung Moga kita dijauhi daripada kelalaian sampai tertinggal solat Moga kita kuat melawan godaan si syaitan Sesama amalan kita diredhai Allah Amin Info dari...
Setahun Pengkhianatan Dimana Mulanya Langkah Syaitan

Setahun Pengkhianatan Dimana Mulanya Langkah Syaitan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 284 hits
PINDAAN TARIKH 23 FEBRUARI 2020 Dalam video disebut 2019 Tolong Bantu Subscribe Like Dan Share Terima Kasih Diatas Sokongan Anda Facebook Page
Langkah Syaitan

Langkah Syaitan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 269 hits
Langkah Sheraton setahun yang lalu Badi politik negara kini ialah kerana Langkah Sheraton yang menghantui kerajaan PN hari ini Mereka telah melakukan adat terlarang dengan membudayakan pengkhianatan sebagai cara sah untuk menjadi kerajaan S...
Banyak Keputusan Putrajaya Kpm Tak Ikut Falsafah Pendidikan Untuk Semua Kata Maszlee

Banyak Keputusan Putrajaya Kpm Tak Ikut Falsafah Pendidikan Untuk Semua Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 214 hits
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata sekiranya masalah membabitkan pelajar tidak diatasi dengan serius maka isu yang mengganggu gugat keharmonian negara akan terus diperbahaskan PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik...
Kita Tertipu Dengan Syaitan Korona Dan Kenapa Allah Hantar Kepada Kita

Kita Tertipu Dengan Syaitan Korona Dan Kenapa Allah Hantar Kepada Kita

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 309 hits
Terkini tambah info untuk koleksi peribadi Memahami dengan lebih mendalam sejauh mana kesilapan kita dalam tipu daya syaitan SEHINGGA menjarakan diri dalam solat jemaah SEHINGGA sekarang MASIH diteruskan Takut yang salah kepada corona hingg...
Laporan Politik M Sia Bukan Lagi Soal Falsafah Ideologi Musa Hitam

Laporan Politik M Sia Bukan Lagi Soal Falsafah Ideologi Musa Hitam

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 345 hits
malaysiakini comDiterbitkan 7 Mar 2021 10 48 amAhli politik di negara ini tidak lagi memikirkan soal falsafah dan ideologi sebaliknya hanya mementingkan soal sokongan untuk kelangsungan hayat politik menurut bekas timbalan perdana menteri M...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir