Eagle Brand Natur Oil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray
Eagle Brand Natur Oil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray. Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby ingin kongsikan dengan korang tentang produk istimewa yang Ruby dah guna. Sejak WHO umum COVID-19 adalah Pandemik. Ruby adalah salah sorang Ibu yang paling risau. Mempunyai anak yang masih kecil dan emak yang sudah berusia. Ruby amat mengikut SOP menjaga diri. Tambahan pula perlu mendidik mereka untuk menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak sosial diantara satu sama lain apabila berada di luar rumah. Ternyata ia mencabar. Solusinya adalah, kita jaga kita. Ruby kena jaga dan mendidik keluarga.
Eagle Brand Natur Oil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray.
Kebiasaannya Eucalyptus ni kita guna dalam essential oil dan difuser. Tapi takkan nak letak difuser di dapur, di bilik air, di ruang tamu, di stor dan di bilik pakaian? Ada sesetengah tempat, ia tidak sesuai digunakan. Ruby nak rekemen Natur Oil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray. Ruby hanya perlu spray di kawasan yang ruby nak aje. Mudah dan pantas
Mengandungi Minyak Eucalyptus Asli, Natur Oil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray oleh Eagle Brand adalah Spray 2-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai Disinfektan Semula Jadi. Ia mampu membunuh 99.9% bakteria & kuman dalam hanya beberapa saat! Selain membunuh bakteria, ia adalab Pnyegar Udara yang menghilangkan bau. Spray di ruang tamu, bilik mandi, dapur atau dimana-mana sahaja. Anda pasti selesa dengan aroma pudina dan kayu putih yang menyegarkan.
Paling seronok spray di kawasan yang susah nak hilang bau. Macam dapur, tandas dan kawasan rak kasut. Rak kasut di rumah Ruby sekali satu rak dengan helmet. Spray spray aje. Hahaha.
Eucalyptus Adalah Minyak Dari Pokok Kayu Putih.
Minyak dari Pokok Kayu Putih @ Eucalyptus mempunyai banyak manfaat. Meredakan demam, batuk, masalah pernafasan dan sinus. Selain itu ia adalah pengusir serangga semula jadi. Kalau spray di bawah sinki, di stor atau di kawasan yang sering serangga muncul. Pasti ghaib semua serangga tu. Hehehe. Terutamanya nyamuk, semut dan lipas.
Selain di dalam kawasan rumah, Ruby selalu sembur di dalam kenderaan juga. Kereta Ruby tidak menggunakan perfum kenderaan, cuma guna Natur Oil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray sahaja. Spray di tempat karpet kaki dan child car seat anak-anak.
Eagle Brand Natur Oil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray Bernilai RM 23 Sahaja (Harga runcit yang disyorkan)!
RM 23 untuk 280ML? Memang sangat berbaloi-baloi! Sesuai untuk digunakan seisi keluarga dan manfaat Eucalyptus pun kita sedia maklum sangat bagus. Dapatkan di Watsons atau Jaya Grocer berdekatan korang! Nak lagi senang? Online shopping pun boleh. Ada kalanya, harga promosi boleh mencecah hingga ke RM 19.90. Mesti borong!
Dapatkan di farmasi berhampiran, Watson’s atau Jaya Grocer berdekatan.
Watsons Online: https://bit.ly/watsonsonline
Jaya Grocer e-Commerce: https://bit.ly/JGNaturoil
Eagle Brand Sejak 1900-anPasti korang tertanya-tanya. Produk Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray dari mana Ruby tahu. Betul tak? Sebenarnya, jenama ni dah dikenali. Untuk generasi macam Ruby, memang kami membesar dengan jenama Eagle Brand. Ruby wajib ada balsem hijau mereka. Produk mereka jenis minyak dan balsem mudah didapati di farmasi atau kedai di kawasan rumah Ruby. Jadi memang selalu restock. Teringat dulu, waktu travel jauh, pening kepala. Sapu balsem gosok tu di dalam penerbangan. Alhamdulillah Ruby lega dan penumpang lain juga selesa dengan bau dari balsem tu. Kadang-kadang ada penumpang yang tak suka bau minyak urut. Penerbangan jauh, jangan cari fasal tau. Hehehe.
Borden Company (Pte) Ltd, sebuah syarikat pembuatan farmaseutikal di Singapura sejak tahun 1960, menghasilkan Minyak Medik Eagle Brand yang terkenal, yang telah dikenal secara sinonim sebagai "Minyak Hijau". Minyak Medik Eagle Brand diformulasikan pada tahun 1935 oleh seorang ahli kimia Jerman, Wilhelm Hauffman, untuk J Lea & Co, sebuah rumah perdagangan milik Tan Jim Lay, keturunan langsung Tan Quee Lan. Dia adalah seorang pedagang dan dermawan Cina yang terkenal di Singapura pada awal tahun 1900-an. Minyak Medik Eagle Brand di bawah J Lea & Co berkembang dengan pesat dan menguasai pasaran tempatan untuk minyak ubat pada masa selepas perang
Pada masa ini, Eagle Brand menghasilkan sebanyak 6 juta botol setiap tahun Eagle Brand Medicated Oil. Walaupun minyak berubat tetap menjadi produk teras, penyelidikan dan pengembangan khusus telah menghasilkan pelbagai produk farmaseutikal, seperti Balsem Otot, Balsem gosok, Penyembur Disinfektan Eucalyptus, Inhaler, Eucalyptus Oil, Minyak Eucalyptus untuk bayi.
Harap perkongsian ini bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/08/eagle-brand-natur-oil-natural.html