Duduk Duduk Saja Isteri Termenung Maknanya Badan Dia Dah Letih Sangatlah Tu


Seorang suami yang baik akan sentiasa peka dengan keperluan isteri. Tidak perlu isteri meminta-minta atau mengarah, sudah tahu apa yang perlu dibuat. Isteri biasanya tidak mahu menyusahkan suami kerana memahami keadaan suami yang letih kerana keluar bekerja. Jadi mereka lebih sanggup untuk melakukan semua sendiri, tetapi jauh di sudut hati ada tersimpan rasa agar si suami memahami dan membantu tanpa perlu diminta.
Ada masanya, isteri mungkin tidak memerlukan suami untuk melakukan kerja bersamanya, cukuplah sekadar memahami keadaan si isteri dan banyak mendengar luahan perasaannya. Suami yang baik akan sentiasa bersama si isteri dan meminjamkan bahunya jika diperlukan. Begitulah perkongisan seorang suami, Mohd Fhais melalui akaun Facebooknya. Katanya ada lima perkara yang usahlah dibiarkan isteri melakukannya sendiri tanpa dibantu.
Artikel Menarik: [Panduan Bersihkan Najis Anak. Berguna Untuk Ada Anak Kecil. Tak Ragu, Solat Pun Sah]
Jangan biar isteri penat sorang diri buat 5 perkara ini walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun:
1. Penat mengurus rumah
Sesibuk macam mana pun keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita.
Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah lagi.
Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Penat melayan kerenah anak-anak
Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke..
Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk isteri tu “release” stress. Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.
Artikel Menarik: [Main Celup-Celup Tepung Je Tapi Rangup, Anak Makan. Khasiat Pun Dapat!]
3. Penat mendidik anak-anak
Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua.
Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan hal didikan anak.
Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.

4. Penat runsing keperluan rumah
Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari. Nak masak bawang habis. Anak berak pampers habis. Serabut tau kalau kena gini.
Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh.
Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.

5. Penat melayani diri sendiri
Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Penat dengan kerja, penat dengan rumah dan penat dengan anak-anak lagi.
Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan. Dapat bahu untuk bersandar dah cukup bersyukur bagi diorang.
Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.

Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama.
Jika ikut budaya memang suami kena pandai layan isteri tapi jika ikut agama suami yang kena pandai layan isteri. Dua dua penting, dua dua berguna.
Artikel Menarik: [Jangan Ingat Diri Tu Kuat, Terus Lasak Lepas Bersalin. Czer Ke Normal, Luka Boleh Terbuka!]
*Mohd Fhais suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.
Seorang isteri ikhlas melakukan segala kerja rumah untuk keselesaan keluarganya. Biarpun tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata, cuba perhatikan jika si isteri mulai murung atau kerap marah-marah. Mungkin itu salah satu tanda, dia memerlukan perhatian dan bantuan dari suami tersayang.
Sumber: Mohd Fhais
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

 
The post Duduk-Duduk Saja Isteri Termenung. Maknanya Badan Dia Dah Letih Sangatlah Tu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/duduk-duduk-saja-isteri-termenung-maknanya-badan-dia-dah-letih-sangatlah-tu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Yang Tengah Stres Cepat Cepat Duduk Bawah Ketiak Suami Terus Lega

Isteri Yang Tengah Stres Cepat Cepat Duduk Bawah Ketiak Suami Terus Lega

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 470 hits
Biar macam mana masam pun bau ketiak suami tu rupanya ada bagus dibuat cium Bau ketiak suami banyak memberi manfaat kepada isteri rugi kalau anda tak gunakan sebaik mungkin Bau ketiak suami dapat menjadi penawar kepada tekanan yang anda ala...
Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk

Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 656 hits
Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang DudukIni Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk
Pernah Dulu Merungut Dan Tak Puas Hati Pada Isteri Lepas Ubah Semuanya Baru Temui Bahagia

Pernah Dulu Merungut Dan Tak Puas Hati Pada Isteri Lepas Ubah Semuanya Baru Temui Bahagia

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 445 hits
Hidup berumah tangga banyak ragamnya Banyak yang perlu dipelajari demi membina hubungan yang satu ini kekal hingga ke syurga Namun dalam pada mengejar bahagia proses mengenali pasangan mencatitkan seribu pengalaman dan onak ranjau yang heba...
Untungnya Isteri Ebit Lew Dapat Iphone 11 Hadiah Uruskan Keluarga Anak Anak Dengan Baik

Untungnya Isteri Ebit Lew Dapat Iphone 11 Hadiah Uruskan Keluarga Anak Anak Dengan Baik

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 497 hits
Untungnya badan bila suami begitu memahami dan suka menghargai Kadang isteri tak minta pun diberikan hadiah atau ganjaran yang hebat cukup hanya perhatian dan faham dengan tugas isteri yang tak pernah habis di rumah Kalau yang bekerja lagil...
Sebelum Tidur Suami Isteri Kena 0 0 Dulu Baru Terang Nur Menerangi Rumah Tangga

Sebelum Tidur Suami Isteri Kena 0 0 Dulu Baru Terang Nur Menerangi Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 574 hits
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah masalah yang melanda Pun begitu sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga k...
Isteri Tag Suami Di Socmed Tu Bersebab Berat Sangat Ke Nak Like Komen Di Situ

Isteri Tag Suami Di Socmed Tu Bersebab Berat Sangat Ke Nak Like Komen Di Situ

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 303 hits
Sudah menjadi kebiasaan jika ada posting di media sosial yang berkait dengan soal rumah tangga atau pengurusan anak anak isteri cenderung untuk tag nama suami Bukan apa mahu berkongsi maklumat Supaya sama sama tahu dan menambah pengetahuan ...
Sakit Hati Bila Dituduh Tak Pandai Didik Isteri

Sakit Hati Bila Dituduh Tak Pandai Didik Isteri

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 216 hits
Di acara Anugerah Bintang Popular BH Ke 32 baru baru ini ramai yang kurang senang dengan penampilan Stacy yang agak seksi apabila mengenakan The post appeared first on
Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah

Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 684 hits
Rihana Bekas Isteri Sultan Kelantan Tuntut Nafkah yang agak luar biasa nilainya Anda bayangkan tuntutan yang dibuat oleh bekas ratu cantik ini adalah menuntut rumah agam RM 41 Juta Dan Nafkah Anak Berjumlah Lebih RM120 000 Sebulan Daripada ...
Suami Nurse Belasah Doktor Di Klinik Dakwa Dicurangi Isteri Masa Kerja Di Dubai

Suami Nurse Belasah Doktor Di Klinik Dakwa Dicurangi Isteri Masa Kerja Di Dubai

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 3211 hits
Satu perkara yang sangat sukar adalah untuk mengekalkan rasa setia terhadap pasangan masing masing Lebih lebih lagi apabila pasangan yang terpaksa menjalani hubungan jarak jauh ataupun long distance relationship nbsp disebabkan komitmen ker...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram