Dr Dzulkefly Ini Bukan Kerajaan Kamu


Kritikan terhadap Dr Dzulkefly menteri kesihatan dari parti Amanah. – Foto NSTP
oleh Hasmi Hashim
Kalau boleh kita mahu semua rakyat kita sihat. Bukan sahaja tidak merokok, tetapi makan makanan yang terjamin bersih, atau kalau boleh semua orang mengambil makanan tambahan (supplement food) setiap pagi, petang dan malam.
Kalau boleh juga, tak ada kes bayi yang kena demam kuning yang serius dengan mendapat rawatan awal—apa khabar anak-anak kita yang baru lahir dari keluarga miskin atau di pedalaman sana? Bukankah masih banyak kes bayi tidak mendapat rawatan rapi dan awal sehingga ada yang terpaksa ditukar darah hanya kerana demam kuning?
Dan bukanlah kesedaran untuk mengambil vaksin juga semakin merosot? Mengapa semua itu tidak diambil berat dengan langkah-langkah segera oleh kementerian kesihatan?
Kalau boleh lagi, kita tidak mahu ada wad hospital kerajaan yang panasnya macam neraka kerana tidak ada penghawa dingin; katil tidak cukup; waktu menunggu berjam-jam sehinggalah tempat parkir sudah mengalahkan padat dan sesaknya bazar Ramadan.
Semua masalah asas ini tetap juga wujud, tetapi menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad masih sibuk mahu “membumihanguskan” perokok!
Katanya baru-baru ini, dia tidak kisah digelar “menteri 3 meter”. Agaknya dengan cara itu, dia tidak perlu bekerja untuk menyelesaikan semua masalah asas yang saya nyatakan di atas tadi—cukup dengan menyerang perokok dengan bahaya kecil, yang dibesar-besarkan!
Soal digelar orang, dengan gelaran apa pun tidak penting. Apa yang mustahak ialah kerajaan hari ini bukan kerajaan Dr Dzulkefly—ini adalah kerajaan Pakatan Harapan (PH); yang berdiri atas pengorbanan dan perjuangan begitu ramai orang. Bukan Dr Dzulkefly seorang!
Kalau Dr Dzulkefly memilih untuk menjadi menteri sepenggal dan kemudiannya kalah di parlimen Kuala Selangor, itu adalah pilihan beliau. Terpulang!
Dan kalau semua perokok tidak mengundi beliau lagi di sana dalam PRU akan datang, pasti di situ adalah titik akhir kepada karier politik Dr Dzulkefly, meski sebaik mana pun dia, dan sesuci apa pun niatnya.
Sejak ‘peraturan ganas’ melarang perokok di premis makan, dan sejak Dr Dzulkefly ‘melanggar parlimen’ untuk berkeras melaksanakan peraturan yang tidak wujud dalam manifesto PH, PH telah kalah dalam kesemua pilihan raya kecil (PRK).
Ingat itu! Mungkin Dr Dzulkefly masih juga tidak percaya bahawa majoriti perokok yang terasa tersisih telah menghukum serta memberi peringatan keras kepada PH sebagai cara mereka membidas menteri kesihatan yang baharu.
Walaupun ada menteri lain dan para pegawai yang berdiam diri, bahkan menjadi munafik dalam perkara ini untuk menjaga kedudukan, sesungguhnya sikap berkenaan tidak akan menguntungkan PH.
Apa yang diwujudkan oleh Dr Dzulkefly—serta mereka yang buat pekak, buta dan bisu dalam perkara ini—bukanlah menghapuskan perokok, tetapi hanya mewujudkan ketegangan dan pergaduhan antara kelompok masyarakat yang tidak merokok dengan kelompok yang merokok.
Pergeseran, ketegangan dan pergaduhan itu dapat kita lihat di media sosial. Dapat juga kita lihat di warung-warung atau restoren-restoren; suasana yang tidak pernah wujud sebelum ini. Waima sejak puluhan tahun dan sejak negara ini merdeka sekalipun.
Protes senyap 4 juta perokok
Sebelum undang-undang keras oleh Dr Dzulkefly terhadap perokok, antara perokok dan yang tidak merokok boleh hidup aman damai. Mereka boleh saling menyelesaikan masalah antara mereka, dan saling pula hormat menghormati tanpa perlu campur tangan kerajaan.
Oleh kerana fikiran keras seorang menteri, kini antara dua kumpulan berkenaan sudah bermasam muka, tuduh-menuduh, ejek-mengejek dan mula bergaduh sesama sendiri.
Kesannya bukan sahaja di parlimen Kuala Selangor. Bukan juga kepada Dr Dzulkefly sebagai seorang menteri kabinet. Kesannya kini terpaksa ditanggung oleh seluruh kerajaan PH—yang, sekali lagi, didirikan oleh begitu ramai pejuang dan penyokong, termasuk di kalangan mereka yang merokok dan tidak merokok.
Sekali lagi dengan tegas dinyatakan, ini bukan kerajaan Dr Dzulkefly seorang (!)—walau sebaik mana peribadi beliau dan sesuci mana pun niat beliau.
Kalau corak kalah demi kekalahan terus menimpa PH, serta undi protes senyap-senyap terus dibuat oleh lebih 4 juta perokok tanpa mereka perlu turun ke jalan raya berdemontrasi, Dr Dzulkefly itulah yang terlebih dahulu perlu dikorbankan—atau beliau sendiri perlu menarik diri demi menyelamatkan kerajaan PH dalam PRU akan datang. Maaf, tidak ada cara lain!
Sesungguhnya manusia di Barat; di negara-negara maju seperti UK, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, atau di Korea Selatan dan Jepun pun tidak berani melaksanakan sesuatu undang-undang yang tidak secocok dengan budaya masyarakat mereka. Hanya Dr Dzulkefly yang berani melakukannya dengan angkuh.
Dan beliau harus pula menanggung akibatnya. Kalau asap rokok itu terlalu bahaya, atau lebih bahaya daripada asap kenderaan atau kilang, maka haramkanlah.
Tidak perlu main separuh-separuh. Kalau tidak, lebih baik tumpu kepada kerja azali untuk meningkatkan mutu hospital kerajaan dan kesihatan rakyat secara amnya.
Kita mahu semua rakyat kita sihat, tidak berbalah sama sendiri dan saling hormat-menghormati. Itulah kekuatan budaya Malaysia selama ini.
Dulu BN kalah kerana skandal 1MDB; jangan nanti PH kalah hanya kerana rokok. Ia sangat-sangat mengaibkan. Memalukan! Di dalam kekalahan itu tidak lain apabila datang seorang penguasa atau menteri yang tidak faham budaya masyarakatnya sendiri. Betapa bodohnya.
Umno dan PAS pasti akan mengambil kesempatan ini untuk menjadi lebih munafik lagi. Seperti kebanyakan menteri dan pegawai mereka di dalam kerajaan sekarang yang dilanda sindrom pekak, buta, bisu, atau singkatannya “PBB”, mereka nampaknya telah tercabut daripada suara akar umbi.
Sudah tidak mengenal budaya masyarakat sendiri. Petanda kalah sebegini, menakutkan sekali.
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai komuniti Jalan Telawi. Artikel adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor
KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan
KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 
KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
The post Dr Dzulkefly, ini bukan kerajaan kamu appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191871/dr-dzulkefly-ini-bukan-kerajaan-kamu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Mahu Pinda Akta 355

Kerajaan Mahu Pinda Akta 355

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 275 hits
PINDAAN AKTA RUU 355 GAGAL DIUSAHAKAN OLEH UMNO DAN PAS KINI KERAJAAN PH PULA AKAN USAHAKANHendak seribu daya tak hendak seribu dalih Tak payah nak harapkan umno kemudian kita sendiri minta tangguh Semuanya kerana kepentingan politik saja A...
Pesara Di Pelawa Sumbangkan Idea Bantu Kerajaan Pahang

Pesara Di Pelawa Sumbangkan Idea Bantu Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 237 hits
KUANTAN Pesara kerajaan di negeri ini dipelawa menyumbangkan pandangan serta idea mereka demi menambahbaik sistem penyampaian awam kerajaan Exco Kemudahan Asas Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berka...
Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf

Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 724 hits
KUANTAN Agensi kerajaan harus memainkan peranan penting dalam membantu golongan asnaf meningkatkan taraf hidup bagi memastikan mereka tidak terus terpinggir Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Putrajaya Kerajaan Negeri Perak Bisu Tuntutan Orang Asli Gerik

Putrajaya Kerajaan Negeri Perak Bisu Tuntutan Orang Asli Gerik

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 338 hits
Sebuah badan bukan kerajaan Orang Asli kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan termasuk kerajaan Perak yang didakwa tidak mengendahkan tuntutan Orang Asli di Gerik Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia Yusri Ahon turut membidas tindak...
4918 Ppim Sokong Kerajaan Tubuh Pusat Sehenti Pelabur Asing Utusan Malaysia 30 4 19

4918 Ppim Sokong Kerajaan Tubuh Pusat Sehenti Pelabur Asing Utusan Malaysia 30 4 19

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR 30 April Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan pusat sehenti bagi memudahkan kemasukan urusan pelabur asing ke Malaysia Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana PPIM telah...
Kebajikan Imej Amp Beban Tugas Guru Jadi Fokus Utama Kerajaan Maszlee

Kebajikan Imej Amp Beban Tugas Guru Jadi Fokus Utama Kerajaan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 318 hits
Teras pencapaian kedua dalam reformasi pendidikan setahun di bawah Kerajaan PH ialah menjadikan kebajikan guru sebagai fokus utama Dalam teras pencapaian ini terdapat dua perkara yang dilihat secara menyeluruh adsbygoogle window adsbygoogle
Pulih Ekonomi Negara Kerajaan Tidak Main Silap Mata

Pulih Ekonomi Negara Kerajaan Tidak Main Silap Mata

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 282 hits
foto oleh BernamaSANDAKAN Kerajaan PH tidak bermain silap mata untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa singkat berikutan menanggung hutang yang tinggi diwarisi daripada kerajaan BN Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan PH memerl...
Jarang Tampil Di Tv Indra Bekti Sibuk Bangun Kerajaan Bisnis

Jarang Tampil Di Tv Indra Bekti Sibuk Bangun Kerajaan Bisnis

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 213 hits
Indra Bekti menjadi salah satu presenter yang sering wara wiri di layar kaca beberapa tahun lalu Namun saat ini Indra Bekti jarang lagi terlihat tampil membawakan acara
Kerajaan Ph Menipu Tentang Statut Rom Lokman Nor Adam

Kerajaan Ph Menipu Tentang Statut Rom Lokman Nor Adam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 239 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Effective Market Research On A Budget



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers