Didik Mahasiswa Dengan Kerangka Sosial Di Persetujui Semua



KUANTAN – Golongan mahasiswa perlu dididik dengan kerangka sosial yang dipersetujui semua kaum dalam pembentukan negara, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah perkara itu penting memandangkan golongan tersebut merupakan pewaris tamadun negara dan kerangka sosial adalah asas yang membentuk perpaduan Malaysia.

"... ini termasuklah kedudukan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu yang ditabalkan dengan penuh kemuliaan. Kita seharusnya menghormati apa yang digariskan dalam Perlembagaan.

"Kerangka sosial ini yang membentuk perpaduan dan persefahaman rakyat sehingga akhirnya membawa kepada pembinaan sebuah negara dan tamadun yang unggul," titah baginda.

Tengku Abdullah yang juga Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertitah demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Konvokesyen UMP ke-13 di Kampus Gambang di sini hari ini, melibatkan 2,773 graduan.

Turut hadir Naib Canselor UMP Profesor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim.

Tengku Abdullah juga mengingatkan pentadbiran UMP untuk sensitif dan akur dengan perubahan semasa negara dan memberi perhatian serius kepada penyesuaian hala tuju strategik dengan dasar baharu kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan.

"Penyesuaian strategik tersebut hendaklah juga mengutamakan aspek ketelusan urus tadbir berpaksikan integriti, akauntibiliti dan etika kerja yang tinggi.

"Saya juga melihat aspirasi Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bersendikan budaya kegembiraan, kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati adalah amat tepat pada masanya," titah baginda.

Selaku Canselor UMP selama 12 tahun, Tengku Abdullah menzahirkan rasa sukacita dengan perkembangan universiti itu yang kini antara universiti teknikal terbaik negara dan berjaya melahirkan 22,427 graduan sejak tahun 2006.

Sehubungan itu, baginda berharap UMP dapat merangka pelan tindakan komprehensif dalam memastikan alumninya khususnya yang menjawat kanan untuk kembali menyumbang kepada universiti.

Titah baginda, antara usaha yang boleh dilakukan adalah memberikan perhatian khusus kepada inisiatif 'Industry Network Alumni Platform' yang berperanan sebagai medium interaksi strategik universiti dengan alumni.

"Perkara ini merupakan peluang keemasan yang signifikan terhadap jaringan strategik dan profesional universiti yang penting dalam konteks penjenamaan universiti, kemajuan mahasiswa, pengembangan penyelidikan dan pengimarahan ekosistem wakaf universiti," titah baginda.

Tengku Abdullah seterusnya bertitah menasihatkan graduan yang menerima ijazah hari ini, untuk bersaing dalam dunia pekerjaan tanpa mengamalkan hasad dengki atau budaya fitnah untuk mencapai kejayaan.

Titah baginda lagi, kejayaan perlu diburu dengan jujur dan ikhlas dengan semangat percaya kepada diri dan mereka yang berkebolehan, berkualiti serta berkemahiran pastinya akan memperoleh kejayaan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/owZQmnb8NP4/didik-mahasiswa-dengan-kerangka-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak Hampir Semua Perkara Bermula Dari Rumah Persekitaran

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak Hampir Semua Perkara Bermula Dari Rumah Persekitaran

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 446 hits
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al Masrie telah berkongsi tentang bagaimana mendidik anak Katanya hampir semua perkara bermula dari rumah dan persekitaran yang didedahkan kepada anak memainkan peranan penting membentuk mereka Anak suka meniru apa...
Gambar Datuk Seri Tawar Rm5 Juta Di Mandarin Oriental Semua Ada Farid Kamil

Gambar Datuk Seri Tawar Rm5 Juta Di Mandarin Oriental Semua Ada Farid Kamil

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 567 hits
Pelakon Farid Kamil mendakwa dia ditawarkan RM5 juta untuk memaafkan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor Apa yang ingin dimaafkan tidak dinyatakan Tawaran RM5 juta juga menimbulkan persoalan kerana umum mengetahui Farid bukannya k...
Ini Semua Kifarah Dulu Kau Tinggal Aku Untuk Dia Sekarang Kau Kena Tinggal Pula

Ini Semua Kifarah Dulu Kau Tinggal Aku Untuk Dia Sekarang Kau Kena Tinggal Pula

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 490 hits
Baru baru ini kecoh tentang kisah seorang gadis yang gagal move on walau hanya sempat 10 kali nbsp date Ekoran daripada luahan rindu oleh gadis yang dikenali sebagai eykabieber di laman media sosial miliknya nbsp tweet nbsp itu telah tular ...
Umno Kalah Sejak Menyeleweng Kini Dipandang Jijik Semua Kaum Di Negara Ini Tun Dr Mahathir

Umno Kalah Sejak Menyeleweng Kini Dipandang Jijik Semua Kaum Di Negara Ini Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 349 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menyuruh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO kerana parti itu dianggap sudah tiada Foto Bernama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata UMNO k...
Pesawat Jamaica Airways Tergelincir Hampir Masuk Tebing Semua Penumpang Selamat

Pesawat Jamaica Airways Tergelincir Hampir Masuk Tebing Semua Penumpang Selamat

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 283 hits
Maskapai Fly Jamaica menyatakan bahwa 118 penumpang dan delapan anggota awak dalam keadaan aman
Bawaslu Jabar Semua Yang Terlibat Politik Uang Dihukum

Bawaslu Jabar Semua Yang Terlibat Politik Uang Dihukum

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 185 hits
Masyarakat harus menyadari bahwa Pemilu 2019 merupakan hajat politik seluruh masyarakat Indonesia itu yang harus berjalan secara jujur adil bermartabat dan menjunjung integritas
Gila Senarai Gaji Artis Terkenal Malaysia Yang Buatkan Kita Semua Terkejut Dan Respect

Gila Senarai Gaji Artis Terkenal Malaysia Yang Buatkan Kita Semua Terkejut Dan Respect

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 616 hits
Antara populariti sebuah lagu dan penyanyi memainkan peranan penting dalam karier seorang artis Jika penyanyi itu serius dalam nyanyian sebagai karier dan periuk nasi sudah tentu dia berusaha mencari populariti dan menempatkan diri di perin...
Puluhan Tahun Wanita Ini Pakai Topeng Bahkan Suami Tak Tahu Wajahnya Ternyata Alasan Dibaliknya Bikin Semua Terbelalak

Puluhan Tahun Wanita Ini Pakai Topeng Bahkan Suami Tak Tahu Wajahnya Ternyata Alasan Dibaliknya Bikin Semua Terbelalak

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 390 hits
Di suatu tempat ada seorang wanita bertopeng tapi wanita bertopeng ini tidak sama dengan manusia bertopeng seperti yang disaksikan dalam TV series Selama 20 tahun wanita ini tidak pernah melepas topengnya masa sih dia punya misi khusus Terb...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api