Dari Pajam Ke Pengkalan Hulu


09.09.2018 | AhadBersempena cuti panjang (sempena Hari Keputeraan YDP Agong dan Awal Muharram), saya dan suami memulakan perjalanan ke Pengkalan Hulu. Sebuah tempat yang tak pernah kami jejak

Kalau tengok Google Maps perjalanan akan mengambil masa kira-kira 5 jam dari rumah kami di Pajam, Negeri Sembilan. Kami keluar rumah sekitar pukul 7.10 pagi, kena awal sebab ni cuti panjang mesti banyak kenderaan kat jalan. 
Selepas menyinggah ke Bangi sebab hantar barang ke rumah seseorang, barulah perjalanan sebenar bermula! Alhamdulillah...perjalanan agak lancar walaupun ada ketikanya kenderaan bergerak perlahan. Berhenti di hentian rehat pun agak sesak, tapi masih ok. Siap shopping macam-macam jajan di Mydin RTC Gopeng sebagai bekalan perjalanan. 
Sekitar pukul 12.45 tengahari, kami keluar di tol Kuala Kangsar. Masa ni cuaca mendung dan ada tempat yang kami lalui sedang hujan. Perjalanan melalui lebuhraya tamat di sini. Perjalanan seterusnya akan melalui Lenggong - Gerik - untuk tiba di Pengkalan Hulu. 
Suami bawa kereta santai-santai je, sebab saya suka melihat-lihat pemandangan kanan kiri jalan. Tak pernah sampai dan bukan senang nak sampai, haruslah menghadam pemandangan yang ada. Sambil-sambil membaca tempat-tempat menarik yang ada di sepanjang jalan. Banyak tau

Tiba di Lenggong, kami ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Jabatan Warisan Negara. Lokasi agak tersorok dari jalan besar, tapi tidaklah terlalu jauh ke dalam. Sedihnya bila sampai, ada notis kecil di gate memberitahu galeri ditutup untuk tujuan naik taraf, tapi tak tulis sampai bila. 😭 Takde rezeki nak berjumpa dengan Perak Man lah nampaknya! Perjalanan diteruskan..


PENGKALAN HULU (KROH / KEROH)
Alhamdulillah...akhirnya selamat tiba di bandar Pengkalan Hulu kira-kira 3 petang. Masih dalam hujan renyai. Bandar ini kelihatan tenang, bebas kesesakan dan jauh dari kesibukan. 
[INFO] Pengkalan Hulu, pernah dikenali sebagai Kroh atau Keroh, merupakan bandar yang terletak di daerah Hulu Perak, utara Negeri Perak. Ia terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand dan sempadan negeri antara Perak dan Kedah. Pengkalan Hulu dengan keluasan hampir 40km persegi dengan kepadatan penduduk hampir 30,000 orang juga sebagai perantara di antara negeri-negeri di sebelah utara ke bahagaian selatan tengah Semenanjung Malaysia dan juga Pantai Timur Semenanjung dan juga pintu masuk antarabangsa berhampiran Negara Thailand. Bandar berhampiran di negara Thai ialah Betong di Wilayah Yala.

Kami menginap di sini - PENGKALAN HULU CITY HOTEL. Hasil carian di internet, ramai yang bagi review baik untuk hotel ni. Lokasinya juga sangat memudahkan kita cari makanan, berhadapan dengan medan selera dan dekat dengan pasaraya. Juga KFC dan pasar malam mini (Isnin malam Selasa). Semuanya hanya dengan berjalan kaki. 
Kami datang tanpa tempahan awal, pilihan bilik jadi terhad. Walaupun cuma berdua, ambil jugalah bilik Standard Family untuk tiga orang ni. Harga cuma RM100 (kadar hujung minggu/cuti umum). Bilik bersih dan selesa, memang puashati. 👍
Bilik air pun bersih. Jarang-jarang tau dapat hotel bajet yang saya puashati keadaan bilik air, samada kebersihan atau kemudahan yang disediakan. Yang ni memang selesa nak guna. Semoga hotel ni terus maju dan dapat kekalkan begini. 
Suasana malam di Pengkalan Hulu...tenang dan aman. Masa ni kami jalan kaki cari kedai makan guna Google Maps. Saja pilih jalan kaki untuk lebih mudah melihat-lihat sekeliling. Oh ya, satu-satunya bunyi yang 'menghidupkan' bandar ini...datang dari rumah burung walet! 😄
-----------------------------------------------------------------------------------
Malam ni tidur awal, perjalanan sekitar 8 jam siang tadi membuat badan rasa letih. Mungkin juga faktor usia yang meningkat. 😫 Esok...ke destinasi sebenar tujuan kedatangan kami di sini

...bersambung...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2018/09/dari-pajam-ke-pengkalan-hulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Udang Fresh Di Prawn Farm Valley Hulu Langat

Makan Udang Fresh Di Prawn Farm Valley Hulu Langat

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 800 hits
Jumaat baru ni k fiezz mr hubby bawa mama adik ipar ke Prawn farm valley di Hulu Langat Tau tempat ni pun dari kawan kawan gamers mr hubby yang rajin Jalan Jalan Cari Makan merata kat area KL ni Luar KL pun ada Haritu masa kawan kawan gamer...
Hanya Bagus Di Hilir Kinerja Sektor Hulu Industri Otomotif Indonesia Melempem

Hanya Bagus Di Hilir Kinerja Sektor Hulu Industri Otomotif Indonesia Melempem

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 202 hits
Kinerja ekspor Indonesia di produk otomotif dalam bentuk mobil utuh memang bagus Sayangnya kinerja bagus hanya terjadi sektor hilir alias produk jadi Kinerja sebaliknya terjadi di sektor hulu otomotif alias komponen yakni defisit
Santai Lagi Di Tepi Sungai Melaka Se Round Lagi Pekena Cendol Kampung Hulu

Santai Lagi Di Tepi Sungai Melaka Se Round Lagi Pekena Cendol Kampung Hulu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 852 hits
assalamualaikum salam sejahtera aduhai dari semlm melayan drama korea Descendants of the Sun menghabiskan 16 episod 9 pagi tadi baru selesai aduhai ni kak Nurin la punyer cadangan sebelum anta balik asrama kelmarin tak tido semlman kul 6 pa...
Toko Sembako Di Kapuas Hulu Kalbar Terbakar

Toko Sembako Di Kapuas Hulu Kalbar Terbakar

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 217 hits
Sebuah toko sembako di Kecamatan Silat Hulu wilayah Kabupaten Kapuas Hulu Kalimantan Barat terbakar pada Sabtu pukul 18 00 WIB Toko tersebut milik Elyas warga Desa Dangkan
Ikan Bakar Pengkalan Balak

Ikan Bakar Pengkalan Balak

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 950 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Ikan Bakar Pengkalan Balak Jalan jalan cari makan memang aktiviti yang menyeronokkan terutama sekali bersama family tersayang Walaupun kejadian ni pada hujung bulan Januari ya...
2h1m Tumpat Pengkalan Kubor

2h1m Tumpat Pengkalan Kubor

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 369 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Untuk hari kedua hari terakhir KK di sini rasa macam tak nak balik tapi apakan daya tuntutan kerja dan komitmenTapi tak apa tu kisah malam nanti untuk pagi ni makan dulu nasi berlauk juga sedaplah makan...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan