Dari Ipoh Ke Barcelona



NUR Aleeya (tengah) menerima piala Anugerah Khas Pencapaian Antarabangsa sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Prasekolah Sekolah Kebangsaan Seri Ampang. - NSTP/Balqis Jazimah ZahariDari Ipoh ke Barcelona...

IPOH: “Saya minat Lionel Messi dan mahu jadi pemain bola sepak wanita profesional suatu hari nanti,” kata adik Nur Aleeya Redzuan, 11.



Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang, di sini itu adalah seorang daripada 32 peserta yang terpilih ke Barcelona, Sepanyol untuk menyertai Program Latihan Pengantarabangsaan Astro Kem Bola 2018 bermula 24 November hingga 4 Disember ini.



Anak ketiga daripada empat beradik dan berasal daripada Bandar Baru Pulai itu juga adalah seorang daripada 16 peserta perempuan dan peserta tunggal dari Perak yang layak ke program peringkat antarabangsa itu.




Mula aktif bermain bola sepak sejak berusia lapan tahun dan semakin aktif selepas menyertai Kelab Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Soccer Kids, Nur Aleeya bercita-cita menjadi pemain bola sepak wanita profesional.



“Guru, rakan dan ibu bapa memang sentiasa memberi sokongan untuk saya meneruskan minat untuk bermain bola sepak ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima Anugerah Khas Pencapaian Antarabangsa dan sijil penghargaan di sekolahnya di sini hari ini.



Nur Aleeya berkata, semangatnya berkobar-kobar untuk mengikuti kem latihan berkenaan dan membahagikan masa yang secukupnya untuk belajar dan bermain bola sepak.



“Gembira kerana saya terpilih untuk ke sana (Barcelona), terima kasih dan saya akan banggakan ibu bapa, sekolah, jurulatih dan semua yang menyokong saya selama ini.



“Sebagai persiapan sebelum ke kem latihan itu, saya akan mengambil masa sekurang-kurang sejam untuk berlatih di Padang Ipoh selepas waktu sekolah,” katanya.



Sementara itu, bapanya, Redzuan Ahmad, 43, berkata anaknya itu berminat dengan bola sepak selepas sering melihat perlawanan di televisyen terutama liga antarabangsa seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga.



“Anak saya memang meminati bola sepak dan apabila dia mendapat peluang menyertai kelab bola sepak, dari situ dia belajar sedikit demi sedikit teknik bermain, persefahaman satu pasukan dan mula menyertai pelbagai kejohanan sejak berusia sembilan tahun.



“Kemuncaknya dia berjaya melepasi saringan pemilihan di Shah Alam Ogos lalu dan seterusnya terpilih menyertai kem latihan itu,” katanya.



Ibunya, Aini Azlinda Hamzah, 44, pula berkata Nur Aleeya sudah mempunyai kecenderungan terhadap bola sejak kecil dan dia bersama suami menyokong penuh minat anaknya itu.



“Nur Aleeya adalah anak kembar dan kembar seirasnya, Nur Aleesa pula aktif dalam sukan boling padang.



“Perancangan masa hadapan untuk anak adalah jika mereka mendapat peluang belajar di sekolah sukan kami akan terus memberi sokongan,” katanya.


- bharian.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/nur-aleeya-tengah-menerima-piala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 635 hits
Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh Masa bercuti ke Movie Animation Park Studio bulan lepas kami telah memilih untuk menginap di M Boutique Hotel Ipoh Banyak sebab kami pilih hotel ni tapi paling utama adalah berdasarkan review pel...
Kisah Klasik Barcelona Dan Islam

Kisah Klasik Barcelona Dan Islam

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 271 hits
Biara Sant Pau de Camp terletak hanya beberapa langkah dari Las Ramblas jalan raya di tengah kota yang jadi favorit para turis Bangunan tua dengan gaya Romanesque itu adalah gereja tertua di Barcelona Kamis kemarin jalan Las Ramblas dilamun...
Klinik Futsal Alvin Terpilih Ke Barcelona

Klinik Futsal Alvin Terpilih Ke Barcelona

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 168 hits
Klinik Futsal Alvin terpilih ke BarcelonaMISI KE BARCELONA Alvin bersama keluarganya sebelum bertolak ke Barcelona MUKAH Kejayaan seorang peserta Milo Buddy Futsal Clinics 2018 Mukah Alvin Drew 11 terpilih ke Barcelona pasti menaikkan seman...
Roti Naan Cheese Dan Tandoori Naan Sedap Di Restoran D Naina Ampang Ipoh Perak

Roti Naan Cheese Dan Tandoori Naan Sedap Di Restoran D Naina Ampang Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1047 hits
Roti Naan Cheese dan Tandoori Naan Sedap Di Restoran D Naina Ampang Ipoh Perak 27 Oktober 2018 yang lepas Sha dan keluarga seperti biasa selepas gaji akan keluar pada hari minggu untuk mencari barang kelengkapan dapur bulanan Tapi sebelum k...
Ayam Brand Healthy Kids Food Festival Stg Oldtown Ipoh

Ayam Brand Healthy Kids Food Festival Stg Oldtown Ipoh

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 414 hits
Ayam Brand a Malaysian favorite for 126 years is holding a nationwide Healthy KIDS Food Festival to fuel better food choices as part of its annual corporate social responsibility program This Visit http www sinfully delicious net to continu...
Spend Time At Ipoh

Spend Time At Ipoh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 166 hits
Hai readers Harini nak tepek lagi pasal cuti balik ipoh haritu Seminggu kat ipoh rasa tak puas sebenarnya Sebab masa tu macam terhad je Then ada masa sebelah petang je mula la hujan turun So tak dapat nak keluar berjalan Haritu balik ipoh h...
The Banjaran Hotsprings Retreat Ipoh Cuti Cuti Malaysia

The Banjaran Hotsprings Retreat Ipoh Cuti Cuti Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 849 hits
Assalamualaikum Hi semua Pernah dengar The Banjaran Hotsprings Retreat Kita tak tahu pun ada tempat gorgeous macam ni di Ipoh Patutlah harga dia boleh tahan mahal Rupanya one of the luxury spa resort hotel in Malaysia Alhamdulillah berpelua...
Seminggu Bercuti Di Ipoh

Seminggu Bercuti Di Ipoh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 268 hits
Hai readers Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam Beberapa hari juga la mama zara tak update blog kan Sebab kami sekeluarga bercuti balik Ipoh 11 nov 2018 gerak balik Ipoh Dari Mersing gerak keluar rumah dalam pukul 7 15pagi D...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus