Dalam Pkpp Sambutan Boarding Perayaan Hari Raya Aidil Adha
Dalam PKPP, Sambutan Boarding Perayaan Hari Raya Aidil Adha | Apabila Perdana Menteri, Malaysia mengumumkan bahawa Perayaan Hari Raya Aidil Adha boleh disambut dengan syarat-syarat standard yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia supaya mengamalkan Penjarakkan sosial sejauh 1 meter, memakai pelitup hidung dan mulut, sentiasa membersihkan tangan dengan sabun atau Hand sanitizer dan imbas suhu badan ketika berada di tempat awam dan sesak. Jadi ada sebilangan pelanggan atau pencinta kucing tempatan khusunya mengambil peluang bersama anak-anak untuk pulang kekampung untuk menyambut bersama keluarga di kampung yang tersayang
Video Rakaman Sambutan Boarding Perayaan Hari Raya Aidil AdhaKami sempat merakamkan video keadaan suasana boarding ketika itu dan gambar dimuatnaik untuk di kongsi dalam artikel kami kali ini. Sepanjang tempoh 2 hari cuti umum itu, kami dan krew ZABP yang lain menguruskan hal ehwal kucing-kucing boarding dengan baik sekali. Ada di antara kucing yang lantang suaranya dan ada yang jenis penakut tetapi semua kucing-kucing boarrding pelanggan dalam keadaan terkawal sepenuhnya.
Dalam tempoh boarding untuk perayaan Aidil Adha, ada pelanggan yang membekalkan makanan basah seperti dalam tin dan daging mentah untuk kucingnya. Dengan kemudahan peti sejuk beku yang di sediakan oleh pihak kami bagi memudahkan untuk menyimpan baki makanan pelanggan supaya tidak berbau dan busuk. Makanan basah seperti makanan dalam tin dan juga daging mentah di hidang hanya 2 kali dalam satu hari kerana makanan yang di bekalkan cukup untuk tempoh boarding.
Setakat tempoh boarding percutian Hari Raya Aidil Adha 2020, tiada kemalangan atau kecuaian yang berlaku dan kesemua kucing-kucing boarding di letakkan dalam sangkar yang berasingan
Gambar Rakaman Semasa Hari Raya Aidil Adha 2020
Kami sempat juga mengambil beberapa keping gambar secara menyeluruh untuk dikemaskinikan dalam artikel blog rasmi kami supaya pelanggan-pelanggan yang menggunakan servis boarding berpuashati dengan kemudahan dan servis yang dipilih. Selain daripada boarding, kami juga menyediakan servis dandanan (grooming) untuk kucing customer yang jenis suka duduk & lepak di dalam bekas pasir.
Ini sudah menjadi kebiasaan bagi kucing yang pertama kali tinggal dan boarding di premis kami. Jadi jika anda adalah salah seorang pelanggan kami, boleh tinggalkan komen di ruangan artikel ini mengenai layanan serta servis boarding kami.
Anda juga boleh membuat pertanyaan atau cadangan tentang servis boarding di ruangan komen artikel ini. Bagi anda yang masih mencari tempat boarding yang sesuai, boleh lihat testimoni kami di Mereka berpuas Hati, Apa Kata Mereka? Selain itu, anda juga boleh terus hubungi kami di whatsApp 014-7206120 atau email di
[email protected].
Sebarang urusan boarding & dandanan (grooming) adalah dengan temujanji. Tiada WALK-IN dan mungkin anda perlu menunggu kedatangan kami terlebih dahulu jika tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami
Hotel Kucing & Spa Kinrara,
Zul & Azizi Boarding Pets,
Blok K-02-08, Jalan Kinrara, Kinrara Town Centre,
Taman Kinrara Seksyen 3, 47180 Puchong,
Selangor Darul Ehsan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mylovely-cats.blogspot.com/2020/08/dalam-pkpp-sambutan-boarding-perayaan-hari-raya-aidil-adha-2020.html