Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Ja29


Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29. Adakah anda dipanggil menduduki peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Jawatan Penolong Juruukur JA29 ini akan ditempatkan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM).

Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi. Disini kami akan kongsikan contoh-contoh soalan ujian psikometrik bagi Ujian Psikometrik SPA yang terkini.


Apa Itu Ujian Psikometrik?Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak 199 soalan psikometrik.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

PersonalitiMotivasiKejujuranIntegritiKebolehan SosialKestabilan Emosi; danDisiplin


Penerangan Format Ujian Psikometrik SPACalon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.
Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.
Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.
Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.
Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti bagaimana).
Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; "Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!'.


Tips Menjawab Soalan Ujian PsikometrikTips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.
Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11Pembantu Pendaftaran Gred KP19Pembantu Arkib Gred S19Penghantar Notis Gred N11Pembantu Awam Gred H11Pembantu Operasi Gred N11Pemandu Kenderaan Gred H11Pemandu/Operator Jentera Pemunggah H11Pembantu Pegawai Latihan Gred E19Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19Pembantu Akauntan Gred W19Pembantu Penilaian Gred N11Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19Penolong Juruukur Bahan Gred JA29Penolong Pegawai Tanah Gred NT29Penolong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29Jururawat Gred U41Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29Pemeriksan Kilang dan Jentera Gred J41Penolong Pegawai Pertanian Gred G29Pegawai Pertanian Gred G41Pegawai Undang-Undang Gred L41Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Anggota)Pegawai Penyelidik Q41Penolong Pegawai Veterinar G29Pegawai Sains C41(Kimia Hayat)Penolong Juruukur JA29Jawatan Lain Gred 41 & Gred 29 (bergantung kepada keperluan semasa pihak SPA)


Cara Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPADalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.Saya tidak suka pandangan saya ditolak.Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.


Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan spa psikometrik yang berkemungkinan akan ditanya;
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada peekrja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju
B. Tidak Setuju


2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai
A. Ya
B. Tidak


3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya
B. Tidak


4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta merta memaklumkan kepada ketua saya
A. Setuju
B. Tidak Setuju


5. Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar negara
A. Setuju
B. Tidak Setuju


6. Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.
A. Ya
B. Tidak


7. Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian cemerlang
A. Ya 
B. Tidak


8. Saya suka menjauhkan diri daripada perkara negative di pejabat
A. Ya
B. Tidak


9. Saya lebih gemar menyembunyikan rasa tertekan akibat lambakan kerja daripada pengetahuan ketua saya
A. Ya
B. Tidak


10. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja
A. Ya
B. Tidak


11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah


12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju


13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju


14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah


15. Saya mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah
 
16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah


17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju


18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju


19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah


20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju


Dapatkan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan rujukan serta contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi menjawab soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar. 
Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29 dibawah ini untuk persediaan peperiksaan/Ujian Psikometrik pada 16 Mac 2021 nanti.

[ KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK ]

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Penjadualan Terkini Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Gred JA29

Penolong Juruukur Gred JA29Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian PsikometrikTarikh Peperiksaan : 16 Mac 2021
Kami berharap artikel Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29 ini membantu anda nanti! Jangan lupa dapatkan ebook tersebut kerana anda adalah calon yang berpotensi menjawat jawatan tersebut. 
Semoga berjaya!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kerjayasafety.com/2021/03/contoh-soalan-ujian-psikometrik_4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Mac 2021 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Mac 2021 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 283 hits
Ujian Psikometrik untuk beberapa jawatan dalam kerajaan akan diadakan untuk bulan Mac 2021 oleh Suruhanaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA The post first appeared on
Ujian Darah Perlu Ke

Ujian Darah Perlu Ke

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 214 hits
Sebelum aku nak start dengan pemakanan yang sihat ni aku kena beli barang2 asas yang diperlukan untuk masak Part ni nnti aku share Pada pendapat aku lebih baik kita masak sendiri dari beli kat luar kecuali ko ada hal kecemasan la kan Bila k...
Hentikan Ujian Calitan Dubur Rakyat Kami Alami Kesakitan Psikologi Jepun Gesa China Berhenti Seksa Rakyatnya

Hentikan Ujian Calitan Dubur Rakyat Kami Alami Kesakitan Psikologi Jepun Gesa China Berhenti Seksa Rakyatnya

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 254 hits
The ReporterJepun menggesa pihak kesihatan China berhenti melakukan anal swab test Covid 19 ke atas rakyatnya di negara itu kerana prosedur tersebut boleh menyebabkan kesakitan psikologi kata jurucakap Kerajaan Jepun semalam Ketua Setiausah...
Di Sebalik Kisah Rezeki Terselit Ujian

Di Sebalik Kisah Rezeki Terselit Ujian

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 430 hits
Tangan Melecur Teruk Akibat Terkena Rebusan Daging Hari Jumaat pertengahan bulan February 2021 tangan saya terkena air rebusan daging yang panas dari Pressure Cooker yang di beli di platform S Akibat insiden tersebut periuk tersebut saya su...
Bacalah Doa Ini Bila Beratnya Ujian Yang Ditanggung

Bacalah Doa Ini Bila Beratnya Ujian Yang Ditanggung

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 1027 hits
Doa Untuk Hati Yang Lelah Doa Bila Beratnya Ujian Yang Ditanggung Sudah tidak tertanggung dengan ujian demi ujian Maka kembali lah kepada Allah Ceritakan semuanya Bila disebut ujian hidup orang sangka ia berkaitan dengan duit semata mata Ti...
Hiburan Penat Dah Harap Cepat Dapat Vaksin Janna Nick Tak Tahan Sakit Kena Jalani Ujian Swab Setiap Minggu

Hiburan Penat Dah Harap Cepat Dapat Vaksin Janna Nick Tak Tahan Sakit Kena Jalani Ujian Swab Setiap Minggu

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 246 hits
Pelakon Janna Nick menerusi sebuah hantaran di Instagramnya tampil meluahkan rasa penat apabila dia khabarnya sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan dan berharap akan mendapat vaksin secepat mungkin Sumber Instagram Janna Nick Ini beri...
Survival Politik Amanah Dan Ujian Setiakawan Dalam Ph

Survival Politik Amanah Dan Ujian Setiakawan Dalam Ph

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 239 hits
March 3 2021 BARU baru ini tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Amanah Negara dilaporkan meninggalkan parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat Mereka masing masing ialah Adun Senggarang Khairuddin A Rahim Adun Serom Faizul Amri Adnan...
Hiburan Layanan Kasar Dan Menyakitkan Ketika Ujian Swab Test Ruhainies Pertahan Petugas Barisan Hadapan

Hiburan Layanan Kasar Dan Menyakitkan Ketika Ujian Swab Test Ruhainies Pertahan Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 217 hits
Demi komitmen kerja pelakon Ruhainies difahamkan telah menjalani ujian calitan kerana tanggungjawabnya demi keselamatan dan kesihatan diri dan orang sekeliling Sumber Instagram Ruhainies Mengakui berasa tidak senang duduk dan takut apabila ...
Semoga Anak Ini Tabah Menghadapi Ujian Dari Nya

Semoga Anak Ini Tabah Menghadapi Ujian Dari Nya

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 210 hits
Bukan mudah untuk menghadapi saat saat pemergian orang yang disayangi namun itu yang harus ditempuhi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di Kuala Kangsar Rakaman video Muhamad Haikal Iskand...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram