Bila Dot Dot Dot 9771



LANGSUNG: Hingga 16:40



LANGSUNG: Mahathir dikecewakan, dakwa Anwar
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 10:54 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 4:54 petang


LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini.

Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

LANGSUNG

4.40 petang: Bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan, berharap Dr Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri dan membawa PH mentadbir negara ini. Katanya, pada 9 Mei 2018 rakyat negara ini memberikan mandat kepada PH yang diketuai Mahathir untuk menjadi kerajaan. Sehingga kini, katanya, mandat itu tidak pernah berubah. "Dalam keadaan sekarang Mahathir mendapat keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat. "Amanah danb DAP juga sudah menyatakan sokongan mereka kepada Mahathir. Justeru saya mendesak Tun menggalas semula kuasa yang diamanahkan oleh rakyat dan membawa PH ke suasana lebih tenang," katanya. Menurut Ambiga lagi, dengan apa yang berlaku sehari dua ini, diharap pimpinan Mahathir dapat membawa rakyat menjadi lebih kuat dan bersatu untuk melaksanakan mandat yang diberikan. "Rakyat dan negara perlu sentiasa diutamakan," katanya. 

4.30 petang: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, sebentar tadi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari PAS. Turut menyertai pertemuan tersebut ialah pemimpin kedua-dua parti. Kata Annuar mereka bersetuju untuk mengambil keputusan bersama sambil menjunjung Muafakat Nasional dan semangat BN. "Perjuangan syiar Islam, agenda Melayu dan bumiputera, keadilan demi pelbagai kaum keutamaan kami," ciapnya di Twitter. Untuk rekod, dengan keluarnya Bersatu daripada PH, gabungan itu tidak lagi memiliki majoriti di Dewan Rakyat. Pada masa sama gabungan BN dan Muafakat Nasional juga belum dapat disahkan memiliki penguasaan mencukupi bagi membentuk kerajaan. Pemerhati berpendapat, Gabungan Parti Sarawak (GPS) terbuka untuk bekerjasama dengan BN namun bermasalah menerima PAS.

4.30 petang: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyatakan PH akan bertemu untuk mesyuarat tergempar malam ini. Beliau memberitahu hal itu semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Untuk rekod PH kini mempunyai tiga parti saja selepas Bersatu mengumumkan keluar daripada gabungan tersebut sebentar tadi. 

4.25 petang: Dr Mahathir Mohamad meninggalkan kediamannya untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Beliau kelihatan sugul ketika kenderaannya lalu di depan kumpulan media yang menunggu di luar rumah tersebut. 

3.40 petang: Anwar Ibrahim tiba semula ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong. Ditemui media mengenai peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad, presiden PKR itu berkata, beliau ada bersama perdana menteri semasa keputusan tersebut diambil. Bagaimanapun, kata Anwar, beliau tidak dapat berkongsi maklumat tersebut lebih awal dengan media kerana ia belum diumumkan secara rasmi. 
Katanya beliau cuba memujuk Mahathir agar menukar fikiran tetapi ahli parlimen Langkawi itu berkata, beliau kecewa kerana dikaitkan dengan pihak "yang korup" "Saya ada merayu kepada beliau bagi pihak PKR dan PH. "Pengkhianatan ini boleh ditangani bersama, tetapi sudah tentu beliau ada pandangan yang berbeza. "Beliau berpendapat tidak wajar untuk beliau dilayan begitu, dikiatkan untuk bekerja dengan perasuah," katanya. Anwar juga berpandangan, Mahathir tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan PH. "Tidak, saya tak fikir beliau (terlibat). Namanya digunakan oleh orang dalam daln luar parti dan beliau menyatakannya sekali lagi seperti sebelum ini, beliau tak ada peranan. "Beliau sangat jelas (pendiriannya), tidak mungkin untuk beliau bekerjasama dengan sesiapa yang ada kaitan dengan rejim lalu," katanya.
3.32 petang: Ditanya mengenai kemungkinan berlaku 'permainan angka' untuk membentuk kerajaan baru selepas ini, Anwar Ibrahim menafikannya. "Tidak, tapi kita akan lihat apa yang akan berlaku," katanya. Ditanya bagaimana keadaan selepas Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri, Anwar juga enggan membuat sebarang spekulasi. "Beliau baru saja menyerahkan surat peletakan jawatan (dan selepas ini) akan mengadap Agong. "Selepas itu kita akan teruskan," katanya. Beliau juga tidak memberikan jawaban konkrit ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau akan menjadi perdana menteri seperti yang dipersetuji Majlis Presiden PH. "Kita tunggu nanti," katanya. 
3.30 petang: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu malam ini. Dua anggota MPT mengesahkan hal itu semasa dihubungi Malaysiakini sebentar tadi. Keputusan itu dibuat sejurus selepas Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri dan pengerusi Bersatu. Peletakan jawatan Mahathir diumum hanya beberapa ketika selepas presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menyatakan langkah parti itu keluar dari PH. 
3.20 petang: Sekurang-kurangnya dua menteri dari Amanah membuat kenyataan selamat tinggal melalui media sosial. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, meminta maaf kepada semua petani, penternak dan nelayan berikutan khidmat yang diberikannya selama kira-kira 20 bulan lalu. "Setakat ini sahaja hayat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah kepimpinan baru nanti. "Saya telah menghabiskan sepanjang hayat saya di MOA untuk memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan. "Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua," katanya. Pengarah Strategi Amanah yang juga Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad, pula mengemas kini status wabak Covid-19. "Alhamdulillah! dua lagi kes Covid-19 pulih sepenuhnya dan didiscaj hari ini. Tiada kes positif baru. Palms up together. "Kes ke-14 dan ke-19 sebelum ini dirawat di HKL. "(Ini) tweet saya yang terakhir Sebagai menteri kesihatan. Terima kasih!" ciapnya.


Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511990

LANGSUNG: Mahathir lepas jawatan pengerusi Bersatu pula
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 10:54 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 3:25 petang


LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini. Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

LANGSUNG 

3.15 petang: Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dilihat keluar dari pintu dua istana negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira 40 minit. Sementara itu beberapa individu dipercayai penyokong Anwar menaikkan sepanduk semasa rombongan terbabit melintas di depan mereka. Pada baju mereka tertera perkataan Otai Reformis. 


LANGSUNG: Mahathir lepas jawatan pengerusi Bersatu pula.
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 10:54 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 3:17 petang

LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini. Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini. 

LANGSUNG

3 petang: Mesyuarat Adun dan ahli parlimen DAP berakhir dan kini anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu pula bertemu. Menurut dua pemimpin DAP peringkat negeri yang ditemui, parti itu akan mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sekali lagi sebagai perdana menteri jika PH berjaya memperoleh majoriti mudah di parlimen. Jumlah yang diperlukan untuk itu ialah 112 kerusi. 

"Kami yakin kepada Mahathir, beliau juga kecewa dengan Bersatu dan sudah berjanji untuk tidak mahu bekerjasama dengan Umno. "Jika kami mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri, ini akan membuat Mahathir seperti pemimpin yang membawa Bersatu dan PKR keluar dari PH," katanya.

3 petang: Selepas berundur daripada jawatan perdana menteri, Dr Mahathir petang ini mengumumkan beliau turut meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu. Dalam kenyataan dikeluarkan pejabatnya petang ini, notis peletakan jawatan tersebut sudah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu. 

2.44 petang: Azmin Ali, Zuraida, Zuraida Kamarudin, Baru Bian, Kamarudin Jaffar serta beberapa timbalan menteri tiba di kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan. Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, pula tiba lebih awal iaitu pada jam 2.09 petang.

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/511990
LANGSUNG: Mahathir lepas jawatan PM, Anwar di Istana Negara

Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 10:54 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 2:48 petanghari

LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini. Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

LANGSUNG

2.35 petang: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, berkata Amanah akan tetap bersama dengan PH. "Amanah tidak akan menyokong Zahid," katanya kepada Malaysiakini, merujuk kepada presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi

2.30 petang: Anwar Ibrahim memasuki Istana Negara melalui Pintu 2. Ia kemudian diikuti Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama kemudian. 

2.30 petang: Sejumlah ahli parlimen PKR - diketuai Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin - mengumumkan mereka keluar dari parti dan PH. Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Azmin, kumpulan itu memberitahu mereka akan membentuk blok bebas di Dewan Rakyat. Selain Azmin dan Zuraida, turut mengambil tindakan sama ialah Saifuddin Abdullah (MP Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak); Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

2.18 petang: Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, menghantar surat peletakan jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia hari ini. Dalam kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Mahathir menghantar surat peletakan jawatan tersebut ke Istana Negara kira-kira jam 1 petang tadi.

2.16 petang: Dengan pengunduran Dr Mahathir Mohamad, ada tiga kemungkinan yang menanti untuk Malaysia, kata seorang peguam. Bercakap kepada Malaysiakini, New Sin Yew berkata, Mahathir boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan. "Jika tidak, melalui kesepakatan bersama, parti yang memiliki majoriti di Dewan Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. "Jika mereka gagal menubuhkan kerajaan, saya rasa Agong boleh menggunakan budi bicaranya untuk membubarkan parlimen," katanya.

2.15 petang: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, meninggalkan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, dipercayai menuju Istana Negara. Mereka bergerak ke sana dengan dua kereta berbeza.
Anwar bagaimanapun enggan memberi kenyataan ketika ditanya siapa yang akan menjadi perdana menteri kelapan Malaysia ekoran peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad. Ditanya mengenai status PH, ahli parlimen Port Dickson itu menjawab: "Bersatu sudah mengumumkan mereka keluar dari PH," katanya. Wan Azizah pula tidak bercakap kepada media.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511990


LANGSUNG: Sah, Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 10:54 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 2:04 tengahari

LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini. Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

LANGSUNG

2 petang: Sah, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, dan Zuraida Kamaruddin (Ampang) dipecat daripada PKR. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, yang memberitahu, pemecatan tersebut berkuat kuasa serta-merta. 

1.50 petang: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memuat naik satu hantaran yang menimbulkan persoalan di Twitternya. Ciapan itu dibuat di tengah-tengah perkembangan politik tanah air yang mencemaskan banyak pihak. “Rakyat wajib diutamakan, bukan politik perebutan kuasa. Rakyat yang berkuasa, bukan si pencatur kuasa,” ciapnya.


Syed Saddiq
✔@SyedSaddiq
Saya sudah sampaikan pendapat saya kepada YAB Tun.

Rakyat wajib diutamakan,
Bukan Politik perebutan kuasa.

Rakyat yang berkuasa,
Bukan si pencatur kuasa.

Moga Allah merahmati perjuangan kami

4,9791:32 PM - Feb 24, 2020Twitter Ads info and privacy

2,664 people are talking about this
Ini juga hadir ketika tersebar spekulasi bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatannya ke Istana Negara. Malaysiakini masih cuba mengesahkan dakwaan tersebut. 

1.36 petang: Dua pemimpin kanan PKR dikatakan akan dipecat dari parti itu. Menurut beberapa sumber, keputusan tersebut sudah dipersetujui dan kini hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.

1.30 petang: Seorang sumber memberitahu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menghadap Sultan Selangor hari ini. Sumber yang condong kepada kem Anwar Ibrahim itu berkata, Amirudin memaklumkan hal tersebut semasa bertemu dengan Adun PKR di rumahnya pagi tadi. Katanya, Amirudin juga memberitahu Selangor "akan mempertahankan mandat yang diberikan rakyat" dalam PRU lalu. "Menteri Besar Selangor memberi taklimat kepada tuanku. "Esok beliau akan berjumpa tuanku sekali lagi bersama semua ketua parti dalam PH," katanya.

1.10 petang: Majlis Perundingan Buddha, Kristian Hindu Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) merayu agar Yang Di-Pertuan Agong dapat menggunakan budi bicara baginda untuk menitahkan agar parlimen dibubarkan. “MCCBCHST merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang-dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa budi bicara baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya semula. “[...] Kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita berdoa untuk perpaduan dan kestabilan Malaysia,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan. Jelas persatuan itu, mandat rakyat yang memilih pemerintah mereka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu haruslah dihormati. “Lebih-lebih lagi, banyak pemimpin dalam Pakatan Nasional yang disebut-sebut itu berdepan pendakwaan atau penyiasatan kes rasuah, jadi tujuan perikatan itu mungkin hanya untuk melindungi kepentingan peribadi dan untuk mengkhianati mandat rakyat,” kata kenyataan itu lagi. 

12.55 tengah hari: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memanggil semua Adun PKR di negeri itu ke kediaman rasminya pagi tadi, kata satu sumber. Sebelum itu dikatakan Amirudin memanggil semua Adun. Ditanya jika kerajaan negeri yang ada akan bertahan, sumber itu - yang memihak kepada kem Azmin Ali - berkata: Tidak ada apa-apa perubahan. Tidak dapat dipastikan jika Adun PKR yang menyokong Anwar terbabit dalam pertemuan tersebut kerana pertanyaan yang dihantar Malaysiakini tidak berjawab setakat ini. Sementara itu Amanah Selangor juga difahamkan akan mengadakan mesyuarat dalamannya hari ini. 

12.45 tengah hari: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tiba di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bersama isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menurut Anwar, beliau baru saja tiba dari rumah Dr Mahathir Mohamad dan pertemuan itu berlangsung dengan "sangat baik" "Kami ada bincang beberapa perkara dan saya berpuas hati dengan pendirian beliau, bahawa kita harus mengutamakan prinsip. "Agenda reformasi harus diteruskan, itu yang saya boleh sebut setakat ini," katanya kepada media. Ditanya kemungkinan berlaku perubahan kerajaan, Anwar tidak menjawab soalan itu secara langsung.
Sebaliknya ahli parlimen Port Dickson itu memberitahu agar kerajaan tidak mudah tunduk kepada kehendak kumpulan tertentu. "Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yg lalu. "Saya tak boleh sebut apa (yang lain), memadai kita jelaskan setakat itu, ia adalah mesyuarat yang sangat baik," katanya. Anwar juga menjelaskan beliau "terkesan" dengan sikap Mahathir mengenai perubahan dan keengganan tunduk kepada pihak yang mahu "merampas kuasa" tanpa menetapkan agenda perubahan.

12:20 tengah hari: Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran, tiba di Ibu Pejabat DAP, sejurus selepas dibebaskan atas tuduhan terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). "Saya sangat gembira, saya mahu ucapkan beribu-ribu terima kasih," katanya kepada media.
Anak Gunasekaran, Nancy, berkata keluarganya meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi tadi. "Kami terus datang ke sini selepas itu," katanya.

12.10 tengah hari: Indeks KLCI Bursa Malaysia menurun 35.74 mata kepada 1495.46 ketika pasaran dalam keadaan tidak menentu. Nilai ringgit Malaysia juga melemah berbanding dolar AS, menjadi RM4.2215 setakat ini. Mengulas prestasi Bursa Malaysia, bekas PM, Najib Razak berkata, sama ada PH kekal, tumbang atau parlimen dibubarkan, kestabilan mesti dikembalikan secepat mungkin.

12.05 tengah hari: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya. Ditanya apa yang akan dibincangkan oleh kepemimpinan PKR dalam mesyuarat tergempar parti itu sebentar lagi, beliau enggan mengulas. "I have a good feeling," katanya. Beberapa minit kemudian, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, juga tiba.
12 tengah hari: Adun Pasir Pinji merangkap salah seorang exco Perak, Howard Lee, yang tiba di Ibu Pejabat DAP berkata, semuanya berjalan seperti biasa di negeri terbabit. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok, memberitahu Malaysiakini, beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan kerana sedang berada di Sabah.

11.40 pagi: Difahamkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sudah tiba di kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan, Selangor hampir sejam lalu. Astro Awani melaporkan, ketiga-tiga ahli parlimen itu sedang bertemu dengan Mahathir.

11:30 pagi: Difahamkan DAP mengarahkan semua wakil rakyat dan senatornya untuk hadir ke mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur. Hal itu selaras dengan ketibaan ramai pemimpin DAP setakat ini. Antaranya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham; Soon Lip Chee (Adun Bagan Jermal) dan A Sivanesan (Sungkai).

11 pagi: Veteran DAP, Lim Kit Siang, tiba di ibu pejabat parti itu di Pudu. "Kami ada mesyuarat lepas ni," katanya semasa ditemui media di pintu masuk bangunan tersebut. Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan wartawan. Sebelum Lim, kelihatan tiba lebih awal ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

10.45 pagi: Presiden Gerakan, Dominic Lau, mengesahkan kepada Malaysiakini, parti itu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini. Katanya, salah satu agenda yang akan dibincangkan ialah kemungkinan penyertaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, serta penyokongnya, ke dalam Gerakan.
"Itu antara agendanya, tapi yang utama akan dibincangkan ialah situasi politik, kedudukan Gerakan, strategi dan tindak balas. "Kami akan bincangkan mengenai peranan Gerakan apabila ada perubahan kerajaan," katanya. Lau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Azmin dan pengikutnya ada atau tidak memohon menyertai Gerakan. Beliau juga tidak mengulas apabila ditanya kemungkinan Azmin akan hadir pada mesyuarat tersebut.

10.49 pagi: Pusat Pembanterasan Rasuah dan Kronisme (C4) akan menyertai sidang media bersama Bersih pada petang ini. Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel, berkata sidang media itu akan diadakan sejurus selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bertemu Yang di-Pertuan Agong.

10.50 pagi: Malaysiakini difahamkan oleh sumber, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tiada di pejabat ketika Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng tiba. Difahamkan ketiga-tiga mereka kemudian bersama-sama menuju ke rumah Mahathir di Seri Kembangan.

10.25 pagi: Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng meninggalkan Perdana Putra. Kedua-dua mereka tidak memberhentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap kepada media. Hanya beberapa minit sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga dilihat meninggalkan bangunan menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu. Kenderaannya diperlahankan sedikit dan beliau melambai ke arah wartawan yang menunggu.

10.20 pagi: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan tidak akan menghadiri sebarang majlis rasmi kementeriannya hari ini. Hal itu disahkan seorang pembantunya. Kata sumber tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hasnol Zam Zam Ahmad, akan mewakili Saifuddin.

10 pagi: Kira-kira dua jam sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berlangsung, kelihatan salah seorang pemimpin kanan parti itu tiba di bangunan ibu pejabat parti terbabit di Pudu, Kuala Lumpur. Bagaimanapun Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, enggan memberi sekarang kenyataan. "Saya tak tahu," katanya apabila ditanya media sama ada beliau hadir untuk menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya. Menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, beliau datang untuk menyelesaikan "hal-hal lain" Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, dilihat tiba di situ kira-kira jam 9pagi.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511990






















BERITA
Muhyiddin umum Bersatu keluar PH
Bagaimanapun, kata Presiden Bersatu itu, semua MP parti itu juga keluar PH tetapi akan terus menyokong dan memberi kepercayaan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
24 Feb, 2:12 petang

BERITA
Mahathir letak jawatan? PMO akan keluar kenyataan
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) setakat ini hanya berkata “tunggu kenyataan media”.
24 Feb, 1:55 petang
BERITAAnwar: Dr M tak akan tunduk pada 'gerombolan' ituAnwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perbincangan lanjutnya.24 Feb, 1:24 petangDari: 
https://www.malaysiakini.com/my/latest/news
BERITA
Saham global, harga minyak menjunam
GLOBAL l Ia susulan penularan Covid-19 di luar China yang menjejaskan pertumbuhan dunia dengan angka jangkitan serta kematian meningkat di Korea Selatan, Itali dan Asia Barat.
24 Feb, 1:16 petang
BERITA
Tuanku Muhriz berkenan terima menghadap MB
“Okay, InsyaAllah. Doakanlah... Insya-Allah Negeri Sembilan okay,” kata Aminuddin Harun.
24 Feb, 12:56 tengah hari
BERITA
SPR sedia hadapi sebarang kemungkinan
Sekiranya perlu SPR akan laksanakan tugas mengikut kehendak undang-undang, kata Azhar Azizan Harun.
24 Feb, 12:55 tengah hari oleh Haspaizi Zain
BERITA
PKR, DAP adakan mesyuarat susulan perkembangan politik negara
Setakat 12 tengah hari, difahamkan mesyuarat kedua-dua parti itu masih belum bermula lagi.
24 Feb, 12:49 tengah hari
BERITA
Urusan seperti biasa di Putrajaya
Perdana Putra, yang menempatkan pejabat-pejabat utama juga adalah seperti biasa bagi pelbagai urusan.
24 Feb, 12:44 tengah hari
BERITA
Bursa Malaysia lesu susulan kemungkinan pengaturan semula politik
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 21.70 mata kepada 1,509.50 daripada paras penutup 1,531.20 pada Jumaat.
24 Feb, 12:38 tengah hari
BERITA
Pemuda Amanah: Azmin khianat mandat rakyat, sabotaj Majlis Presiden PH
Timbalan Ketua Pemuda Amanah berkata parti itu akan terus mempertahankan mandat rakyat pada PRU ke-14.
24 Feb, 12:35 tengah hari

BERITA
LTTE: Mahkamah lepas, bebas Adun P Gunasekaren
Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Suffian Jaafar memaklumkan pihaknya mendapat arahan supaya tidak meneruskan prosiding.
24 Feb, 12:32 tengah hari
BERITA
Bekas ketua puteri Umno tewaskan Redzuan
Mas Ermieyati yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah meraih 414 undi berbanding menteri itu yang mendapat 328 undi.
24 Feb, 12:24 tengah hari 

BERITA
Mesyuarat tergempar Gerakan tentukan keahlian Azmin dan pengikutnya
Presiden Gerakan Dominic Lau mengesahkan ia antara agenda parti itu, petang ini.
24 Feb, 12:16 tengah hari oleh Kow Gah Chie 

BERITA
Annuar Musa: BN sekadar pengimbang demi kestabilan negara
Setiausaha agung Umno itu juga menolak kritikan bahawa pembangkang bakal membentuk kerajaan pintu belakang.
24 Feb, 12:01 tengah hari 

BERITA
Abim gesa Agong tangguh kerajaan 'pintu belakang'
Abim berharap ia ditangguhkan sehingga 9 Mac 2020, apabila sidang parlimen bermula.24 Feb, 11:49 pagi 

BERITA
Amanah berpegang pada keputusan Majlis Presiden PH
"Kita tunggu titah dan keputusan daripada Agong," kata menteri kesihatan itu.
24 Feb, 11:36 pagi 

BERITA
LANGSUNG: Sah, Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR
Malaysiakini membawakan laporan langsung berkenaan perkembangan terbaru politik Malaysia.
24 Feb, 10:54 pagi oleh Wartawan Malaysiakini
BERITA
Najib nafi laporan dah tandatangan SD sokong Dr M
"Kenapa tiba-tiba petik nama saya?" tanya bekas PM tersebut.
24 Feb, 10:32 pagi
BERITA
Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong
DAP yang menjadi salah satu parti komponen PH pula akan mengadakan mesyuarat tergempar di KL hari ini.
24 Feb, 8:03 pagi oleh Bernama
BERITA
'Bubar parlimen'
Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk membubarkan parlimen tanpa nasihat kerajaan, kata Adun Tebing Tinggi.
23 Feb, 10:51 malam oleh Ramieza Wahid
BERITA
‘Hari ini suatu pengkhianatan, perubahan dalam masa terdekat’
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu “pengkhianatan”.
23 Feb, 10:03 malam
BERITA
Kerajaan 'pintu belakang' menjijikkan, kata Patriot
Jika benar kerajaan PH tidak lagi wujud, kata Mohamed Arshad, tindakan yang betul untuk diambil ialah membubarkan parlimen dan parti terbabit mendapatkan mandat baru.
24 Feb, 9:51 pagi
BERITA
Anwar, Guan Eng dijangka temui Mahathir pagi ini
DIKEMAS KINI | Menurut sumber, bagaimanapun tidak diketahui apa agenda yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
24 Feb, 8:19 pagi oleh Kow Gah Chie
BERITA
Hari 81: Pendakwaan tak bantah permohonan pembelaan dapatkan rakaman perbualan Najib
LANGSUNG | Sebelum ini peguam bela Najib memohon untuk menemu bual salah seorang saksi sebelum dia memberikan keterangan.
24 Feb, 10:06 pagi oleh Hidir Reduan Abdul Rashid
BERITA
Orang Asli mohon MB S'gor pulihara Hutan Simpan Kuala Langat
Tanpa hutan, anak cucu Orang Asli tak kenal jenis pokok , kata Tok Batin Bukit Cheeding, Bayet Pipis.
23 Feb, 7:58 petang oleh Faisal Asyraf
BERITA
Maria ke Sheraton semalam untuk tolak kerajaan 'pintu belakang'
DIKEMAS KINI | Semua perubahan kerajaan mesti dibuat melalui kaedah demokratik dan kaedah selain daripada itu bercanggah dengan kehendak rakyat, kata bekas pengerusi Bersih.
24 Feb, 9:12 pagi
BERITA
5 dipercayai militan maut dalam pertempuran di Selatan Thai
Kejadian berlaku pagi ini berdekatan Kampung Air Setia di Narathiwat itu
23 Feb, 8:57 malam oleh Bernama
BERITA
Harga Honda naik tak libat situasi semasa industri automotif negara - MOF
Keseluruhan industri automotif tempatan tetap stabil, maklum Kementerian Kewangan.
23 Feb, 8:47 malam oleh Bernama
BERITA
Azmin bimbang gabungan baru gagal jika ditangguh
Dalam satu pertemuan dengan penyokongnya malam tadi, beliau memaklumkan Mahathir Agong memerlukan lebih masa untuk membincangkan perkara itu.
24 Feb, 7:43 pagi oleh Hariz Mohd
BERITA2 LELAKI DIDENDA AKIBAT UGUTAN JENAYAH TERHADAP WARTAWAN TV3Ancaman itu dibuat melalui laman media sosial terhadap seorang wartawan penyiaran TV3 bulan lepas.23 Feb, 7:01 petang oleh Bernama
Empat pemimpin utama PH bersemuka
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  Februari 24, 2020 11:34 MYT 

Kediaman Tun Dr Mahathir dikawal ketat sejak semalam. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemimpin utama Pakatan Harapan hari ini berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannjya di Seri Kembangan hari ini. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masuk ke kawasan kediaman ini sekitar jam 10.45 pagi.Pertemuan keempat-empat pemimpin itu dipercayai bagi membincangkan berkenaan hala tuju pakatan tersebut selepas beberapa siri mesyuarat melibatkan parti politik di negara ini berlangsung semalam. Malah, para pemimpin Bersatu termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjumpa dengan wakil rakyat dari UMNO dan Pas di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam.

BACA: Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?
BACA: "Kita dikejutkan dengan pengkhianatan" - Anwar ulas perkembangan terbaharu politik
BACA: Anwar Ibrahim mengadap Agong hari ini

Dr Mahathir yang dijadual masuk ke pejabatnya sekitar 9.30 pagi telah membatalkan semua mesyuarat yang telah dijadualkan hari ini.

Sumber:
http://www.astroawani.com/berita-politik/empat-pemimpin-utama-ph-bersemuka-231515

Anwar, Guan Eng dijangka temui Mahathir pagi ini
Kow Gah Chie
Diterbitkan Hari ini 8:19 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:18 pagi
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini ekoran perkembangan baru politik semalam yang memungkinkan berlakunya penjajaran semula politik negara. Hal itu dimaklumkan seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini hari ini. "Anwar akan berjumpa Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, menjelang 9.30 pagi," katanya. Bagaimanapun sumber terbabit memberitahu, beliau tidak pasti apa yang akan menjadi pusat perbincangan Anwar dan pengerusi Bersatu itu. 
Sementara itu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, turut dilihat memasuki bangunan Perdana Putra pagi ini. Setiausaha Agung DAP itu kelihatan masuk kira-kira jam 9.30 pagi. Sebelum ini beberapa pihak menyatakan, Anwar - yang mendakwa dikhianati oleh sebahagian daripada pemimpin partinya sendiri - akan menghadapi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. 
Usah sebar yang tak sahih
Semalam, sekumpulan ahli parlimen yang menyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dilihat berkunjung ke Istana Negara. Turut dilihat ialah beberapa ahli parlimen dari Bersatu, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan. Perkembangan itu berlaku hanya sehari selepas mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan pada 21 Feb lalu dan membincangkan isu penyerahan kuasa perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar. Menurut Azmin, usaha membentuk kerajaan baru sedang dijalankan dan dipercayai berlaku seawal esok.Gambar failSemalam, pemimpin Bersatu bertemu dengan Mahathir di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, manakala ahli parlimen yang menyokong Azmin 'bermukim' di hotel Sheraton PJ. Pada hari sama, pemimpin PAS dan Umno mengadakan sesi pemukiman di Janda Baik. Mereka kemudian menghadiri 'makan malam' di Hotel Sheraton. Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata orang ramai diminta bertenang dan bersabar dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Hal itu kerana, katanya, ada banyak berita, khabar angin dan andaian mengenai kedudukan kerajaan PH sedang berlegar atau disebar. 
"Bagi pihak pimpinan PKR, saya menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya anggota parti, untuk bersabar dan bertenang. "Sentiasa patuhi undang-undang negara serta jangan sebarkan maklumat tidak sahih," katanya dalam satu kenyataan pagi ini. [Baca berita penuh]
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511968

"Kita dikejutkan dengan pengkhianatan" - Anwar ulas perkembangan terbaharu politik
Sahlizah Mohamed, Astro Awani |  Februari 23, 2020 22:17 MYT
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan perkembangan terbaharu landskap politik tanah air sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat. Menurut Presiden PKR itu, perkembangan tersebut dilihat sebagai satu pengkhianatan yang menyebabkan berlakunya perubahan. 
“Kita dikejutkan pada hari ini (Ahad) dengan perkembangan bagi kita juga satu pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya. “Maka menyebabkan ada perubahan dan saya jangka kemungkinan itu akan berlaku dalam masa terdekat... mungkin esok walaupun tidak ada pengumuman malam ini. “Tetapi dari segi maklumat yang saya terima, memang ada usaha demikian,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Zikir Nuril Anwar bersama Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor di kediamannya di Segambut, ibu negara malam ini. Dalam pada itu, Anwar turut memberitahu, majlis agama itu perlu berjalan mengikut asasnya iaitu untuk bemunajat kepada Allah SWT, solat, zikir, selawat dan solat hajat. “Bukan kerana Anwar nak jadi PM (Perdana Menteri) kelapan...mungkin sembilan..Insya-Allah. Itu hebatnya orang Islam, yakin... tetapi yang penting tawakal.

“Kita jangan pula terganggu. Memang biasa manusia ini terganggulah sedikit dengan kejutan-kejutan yang tidak dijangka. Kita usaha, kita ambil pendekatan yang sangat sederhana, lembut habis, sokong sahaja, tetapi sabar tahap dewa. Ada ketika kita akan guna panah sakit. “Ini gangguan sementara, malah kita lalui yang lebih parah dulu. Ini hanya cubaan kecil.  Mudah-mudahan Allah mudahkan dana kuatkan kita, yang penting capai kebaikan dan kemenangan,” jelasnya. Suhu politik Malaysia semakin panas apabila hari ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan tertutup dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Dalam masa sama, sekumpulan pemimpin dari kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga mengadakan mesyuarat di Hotel Sheraton yang terletak tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu. Antara pemimpin berkenaan yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya). Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. Menjelang petang Ahad pula, media difahamkan enam pemimpin parti politik mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur

Sumber:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kita-dikejutkan-dengan-pengkhianatan-anwar-ulas-perkembangan-terbaharu-politik-231477





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/bila-dot-dot-dot-9771.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asus Rog Zephyrus G14 Dengan Panel Dot Matrix Kini Melalui Ujian Sirim

Asus Rog Zephyrus G14 Dengan Panel Dot Matrix Kini Melalui Ujian Sirim

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 352 hits
https ift tt 2V5OdEt Di acara Consumer Electronics Show di Las Vegas pada bulan lepas ASUS telah memperlihatkan sebuah model baru siri komputer riba gaming ASUS ROG Zephyrus mereka yang dinamakan ASUS ROG Zephyrus G14 Spesifikasi dalaman ko...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara