Beza Bisul Dengan Jerawat


Beza Bisul Dengan Jerawat | 2 hari lepas tiba-tiba je Fadzi rasa sakit dekat bawah bahagian bibir ni. Ingatkan ulser. Gigih mencari guna lidah tapi tak jumpa.
Lepas tu ingatkan pulak sebab Anas ada head butt bibir Fadzi ni. Mungkin sebab tu sakit. Raba-raba dekat bahagian bawah bibir, baru perasan ada ketulan dekat belah kanan bibir bawah.
Jadi Fadzi assume kan ni jerawat lah kot. Tapi bila pegang sakit. Dan macam ada benda putih dekat belah dalam. Makin lama bibir bawah belah kanan tu makin membengkak. Ah sudah. Fadzi terus fikir, jerawat ke bisul ni?
Beza Bisul Dengan JerawatTerus Fadzi google apa beza bisul dengan jerawat. Ye lah, takut jugak kalau tiba-tiba benda ni bisul kan. Malu satu. Sakit pun satu. Alang-alang dah google, Fadzi nak share sekali apa yang Fadzi baca.
Apa Itu JerawatJerawat disebabkan oleh folikel rambut tersumbat. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta kulit mati yang terkumpul. 
Apa Itu BisulBisul disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“. Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan barang-barang yang tercemar, seperti tuala.
Cara Untuk Membezakan Jerawat Dengan BisulJerawat dan bisul mungkin nampak macam sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk. Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan membonjol. 
Tapi, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala. 
Bisul dan carbuncles biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.
Tempat TumbuhSalah satu cara untuk membezakan antara jerawat dan bisul adalah lokasinya.
Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan folikel jadi tersumbat. 
Bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha. 
Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher. 
Cara Merawat Bisul Dan JerawatJerawat boleh hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi korang boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau krim preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya.
Ini lah menatang Staphylococcus aureus tu.
Tapi, bisul memerlukan rawatan perubatan. Kalau tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.
Menakutkan tak bunyi penyakit-penyakit yang boleh dapat daripada bisul ni. Fadzi baru tau ni.
Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:Jerawat anda banyakRawatan bukan preskripsi tidak berfungsiTidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda

Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:Muncul di muka atau tulang belakang andaSangat menyakitkanLebih besar daripada 2 inciMenyebabkan demamTidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali

Sejujurnya, Fadzi masih lagi keliru apa yang tumbuh dekat bawah bibir Fadzi ni. Nak kata bisul, macam tak. Nak kata jerawat, macam bisul pulak. Nak pergi jumpa doktor, kang tetiba rupanya jerawat je. Kan buat malu.
Zul pulak suruh letak minyak gamat. So ye, malam semalam lepas gosok gigi, cuci muka semua, Fadzi letak minyak gamat dekat bahagian yang timbul tu. Boleh rasa macam ada sensation dekat bahagian tu. 
Pagi ni pulak bila Fadzi bangun, sedar-sedar nampak yang benda putih dekat dalam benda timbul tu dah macam jerawat nak masak. Korang yang ada jerawat mesti faham kan.
Bibir dah kurang bengkak. Sakit pun dah kurang. Mungkin tinggal benda putih tu je yang nak pecah. Fadzi harap benda tu betul betul jerawat je dan bukannya bisul.  
So ni jerawat ke bisul guys?
Rawatan Cara FadziFadzi cuma nak share apa yang Fadzi buat untuk hilangkan atau mengurangkan jerawat atau bisul ni. Entah lah jerawat ke bisul ni.
1. Mandi shower air panasMasa mandi shower, Fadzi guna air panas dan hala kan air panas tu dekat bahagian yang ada bonjolan tu. Buat lah dalam 3 hingga 5 minit macam tu. 
2. Tuam Dengan Tuala PanasRendam tuala kecil dalam air panas atau korang nak panas tuala kecil dalam bekas berisi air dalam microwave pun boleh. Tekap dekat bonjolan.
3. Letak Minyak GamatYang ni sebenarnya Fadzi tak sarankan sangat sebab Fadzi pernah terbaca hari tu, kalau luka jangan letak minyak gamat. Takut ada infection. Tapi ni kan bukan luka lagi, so Fadzi letak je lah minyak gamat. 
4. Jangan Selalu Sentuh Bahagian BonjolanJangan sentuh pun bonjolan tu. Ye la kan, kita tak tau tangan kita ni betul betul bersih ke tak. Pergi sentuh pulak benda tu takut jadi lagi teruk. Lagipun kalau kita sentuh benda tu lepas tu pegang anak ke suami ke isteri ke, tak pepasal jangkit ke tempat lain pulak kan.
Setakat 2 hari yang bawah bibir Fadzi ni ada bonjolan macam bisul atau jerawat ni, hari ni macam dah nak pecah kot. Sebab nampak bonjolan makin membonjol dan benda putih dalam tu semakin putih.
Korang doakan bila bonjolan ni pecah nanti dan sihat, tak ada kesan parut ye. Dah lah dekat muka. Jelas sangat pulak. Huhuhuh.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2019/09/beza-bisul-dengan-jerawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejumlah Makanan Ini Bisa Jadi Penyebab Munculnya Jerawat

Sejumlah Makanan Ini Bisa Jadi Penyebab Munculnya Jerawat

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 144 hits
Makanan termasuk salah satu penyebab umum dari munculnya jerawat ini Oleh karena itu peneliti mencoba mencari hubungan antara jenis makanan tertentu dengan munculnya jerawat ini
10 Cara Menghilangkan Jerawat Batu Yang Efektif Dan Aman

10 Cara Menghilangkan Jerawat Batu Yang Efektif Dan Aman

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 260 hits
Melansir dari Jurnal Dermatology Inggris Improving Patient Outcomes in Skin Disease Worldwide pasien jerawat diatas 25 tahun meningkat signifikan 76 wanita dan 24 pria dari tingkat ringan hingga parah
Muafakat Nasional Tiada Beza Muafakat Ph

Muafakat Nasional Tiada Beza Muafakat Ph

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 226 hits
Ipohmali Siapa yang faham politik akan faham matlamat utama perjanjian Muafakat Nasional ia bukan Soal perpaduan orang Melayu dan Islam PAS dan UMNO kita sedia maklum sudah lama bersama Jadi apa tujuan Muafakat Nasional itu Sebelum ini pun ...
Beza Antara Pantun Puisi Sajak Syair Seloka Dan Gurindam

Beza Antara Pantun Puisi Sajak Syair Seloka Dan Gurindam

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 614 hits
Original Content Ramai yang bertanya apakah perbezaan di antara Pantun Puisi Sajak Syair Seloka dan Gurindam Secara ringkasnya persamaan antara pantun syair seloka dan gurindam adalah ianya Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Anak Lambat Merangkak Berjalan Selalu Dibandingkan Setakat Beza Beberapa Bulan Biasalah

Anak Lambat Merangkak Berjalan Selalu Dibandingkan Setakat Beza Beberapa Bulan Biasalah

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 345 hits
Sejak dulu lagi mitos dalam parenting ini selalu dibuat bila nak bandingkan anak kita dengan anak orang lain Paling ketara bila orang lain beri tanggapan pada anak kita yang lambat berjalan dan hanya mahu merangkak sedangkan anaknya yang us...
Hentikan Budaya Beza Bezakan Cucu Pilih Kasih Hanya Mencalarkan Emosi Kanak Kanak

Hentikan Budaya Beza Bezakan Cucu Pilih Kasih Hanya Mencalarkan Emosi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 377 hits
Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu cucu mereka yang lain Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut Anak t...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly