Balapan Masa


Oleh Ilya Alias
DIA homo sapiens yang suka berlari. Lariannya sangat luar biasa dan melangkau segala sempadan masa. Barangkali dia memiliki genetik Chrono-Impairment, dan mindanya sendiri seperti kapal angkasa Naboo. Tetapi lebih menarik, dia boleh memilih masa untuk dilawati dengan hanya memejamkan mata dan mula berlari. Setiap kali dia berlari ke dimensi yang dipilih, dia akan melihat jam pasir yang sentiasa terjuntai di pinggang. Jam pasir yang bergerak seiring dengan kualiti masa. Kehidupannya laju bagaikan libasan seekor buaya paling besar yang mampu menghancurkan rangka manusia sekelip mata. Seumur hidup, jauh sekali dia menikmati rasa seperti siput babi yang merangkak. Berlari persis nyawa dan dia tidak membenarkan sehelai lalang pun tumbuh dan berakar dalam darahnya kerana setiap lariannya ke dimensi lain akan membuka jiwa yang lebih besar.
Dia ada seorang nenek yang trauma sehingga gila apabila diperkosa puluhan tentera Jepun di kamar paling gelita ketika Perang Dunia Kedua. Sungguh, dia tidak pernah kenal kerana wanita tua itu sudah berada di alam seberang. Cerita langka itu dikisahkan ibunya ketika lewat tidur dan melekat sehingga membenihkan keinginannya untuk berlari ke sempadan masa tiga hari dalam bulan Ogos tahun 1945 yang tidak akan hilang dalam sejarah peperangan nuklear dunia. Dia berlari laju-laju melihat pasca kehancuran yang dihadiahkan Amerika Syarikat melalui Little Boy dan Fat Man. Ketika dia sampai di sana, lariannya kian kencang apabila melihat susuk-susuk roh manusia bergentayangan di udara, korban virus hasad negara terkaya dunia. Rata-ratanya terpasung oleh masa – kerana dendam kesumat dari ledakan maha besar yang membunuh kira-kira 75,000 nyawa, masih belum lunas. Bahkan, bayangan cendawan asap yang menerjah udara setinggi sebelas batu dari hipopusat masih berulang kali hadir dalam laman sejarah mereka. Pandangan mereka yang menakung dendam seolah-olah mampu menerobos ke segenap inci soldadu dunia yang kini memperkosa sejarah tamadun paling agung dunia. Lantas, dia terus berlari ke muka bandar Chernobyl yang meneguk ludah sendiri apabila Loji Nuklear Chernobyl bocor dan memberikan kejutan seratus kali ganda malapetaka daripada kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki.
Keghairahannya berlari menghumbankannya ke episod peralihan kuasa di Malaysia, saat seorang Perdana Menteri diangkat memikul tanggungjawab tersebut kembali selepas bersara, dan seluruh negara bagaikan tidak tidur, meredah siang dan malam semata-mata untuk mengetahui keputusan pilihan raya yang bakal termaktub dalam sejarah negara. Legasinya bagaikan memercikkan api dari bara lama, tetapi rakyat masih waras untuk tidak mengulangi peritiwa hitam 13 Mei 1969. Ingatannya pada tarikh 1969 membuatkan otaknya menggelegak dan mahu bersepai. Dia salah seorang daripada mereka yang diminta berkurung kerana perbalahan kaum dan kehancuran perpaduan yang kian menipis dalam jati diri rakyat, sekaligus mendekatkan kembali igauan Perang Dua Pertama dan Perang Dunia Kedua. Memori yang terukir rapat pada deretan generasi tidak mungkin hilang persis selut yang menyalut kaki, ke mana pergi, baunya tetap menusuk.
Hari itu dia tiada selera makan apabila melihat beberapa kumpulan manusia berpakaian serba kelabu dan pudar warna menguis sisa dari jalanan, cepat-cepat mengunyah baki makanan dari tong sampah sebelum sempat diangkut majlis bandaran. Seperti ada batu yang berat di bahu dan tekak sehingga dia tidak dapat mengujarkan walau sepatah kata. Dia terus berlari sehingga jiwanya dibawa ke tebing Kemboja dan Gaza. Mereka dua koloni yang berbeza; pelupusan etnik serta peperangan agama. Dia berlari sambil menarik cebisan-cebisan daging manusia yang bertebaran di jalan dan sama-sama mengumpul perca-perca pakaian yang boleh dicantumkan semula agar dapat disatukan menjadi alas tidur. Dia berlari di sela-sela mortar yang membedil bangunan sehingga ranap dan membenamkan lolongan manusia sehingga udara menjadi debu dan kabur. Asap menjadi udara dan air liur jadi pengganti makanan. Dia berlari dengan mata yang terbuka luas tanpa sekelumit cahaya. Bedilan tanpa henti yang kejam, dan Gaza adalah bayangan Chernobyl. Hitam pekat.
Rentetan lariannya menerjah ruang masa dunia tahun 2001 hingga 2004. Secara peribadi, dia golongkan Jack Ma sebagai lelaki genius dengan strategi pemasaran Ali Baba yang mampu bertahan ketika dunia dilanda Sistem Pernafasan Akut Teruk pada tahun-tahun tersebut. Wabak ini telah mengorbankan ratusan manusia di seluruh dunia. Dia berlari lebih laju saat gelung masanya berputar dan kembali jauh ke medium kehancuran apabila Spanish Flu 1918 menguji barisan perubatan dengan mengorbankan ribuan soldadu dan rakyat hingga terpaksa dibiarkan bergelimpangan tanpa bantuan perubatan kerana tidak mencukupi dan katilnya berganti mayat tanpa henti. Lariannya tidak pernah surut. Dia terus berlari sehingga memasuki dunia realiti yang kian runcing.
Pada saat ini, dia berlari sambil melirik pada senyuman ibu yang tersemat di jiwa setelah seminggu mengasingkan diri ke dunia paling abadi. Dia menyentuh nafas-nafas sengsara yang lahir dari mulut-mulut pejuang barisan utama yang kental mematikan serangan Covid-19, virus mutasi yang menjadi pandemik dan meragut ribuan nyawa di seluruh dunia. Pasaran saham global merudum, meningkatkan angka para muflis melebihi kematian hakiki. Dia berlari laju melewati kawah besar yang dikorek jentera gergasi untuk menghumbankan jasad-jasad yang kaku tanpa nadi kerana tidak ada seorang pun berani menyentuh jasad tersebut tatkala virus masih hinggap di tubuh. Dia terkesima melihat kepantasan virus ini menyalut ketakutan ke segenap pelusuk dunia.
Dia terus berlari kencang dan pasir di dalam balang kaca jatuh lebih pantas. Lariannya laju, mengalahkan kelajuan memori yang sentiasa hadir dalam nurani saban hari. Tiba-tiba, langkahannya terhenti di muka hospital, yang terpampang sehelai nota, “Sukarelawan vaksin Covid-19 diperlukan segera”. Nafasnya tercungap-cungap dan lariannya terhenti apabila dia sudah bersedia di atas katil kecil untuk memulakan kehidupan sebagai bahan uji kaji. Dia berjanji tidak mahu berlari lagi terutamanya apabila presiden negara paling angkuh menyatakan perintah berkurung diri dan tidak mahu bertemu sesiapa sehingga pandemik ini sirna kerana negaranya mencatat jumlah kematian tertinggi dunia. Dan, jam pasirnya seolah-olah mati tanpa isi.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/04/balapan-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Eratkan Hubungan Keluarga Lakukan Aktiviti Bermanfaat Ini Untuk Anak

Masa Eratkan Hubungan Keluarga Lakukan Aktiviti Bermanfaat Ini Untuk Anak

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 331 hits
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID 19 inilah masanya ibu bapa boleh melakukan aktiviti bersama anak anak untuk lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan Ibu bapa boleh fikirkan sesuatu yang kreatif dan yang penting me...
Tips Menyimpan Bahan Makanan Agar Tahan Lama Cocok Diterapkan Saat Masa Karantina

Tips Menyimpan Bahan Makanan Agar Tahan Lama Cocok Diterapkan Saat Masa Karantina

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 273 hits
Saat swakarantina bahan makanan harus digunakan secara maksimal Untuk membuatnya tahan lama berikut tips tips yang bisa kamu ikuti
Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 414 hits
Banyak juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi Bagi memudahkan lagi kefahaman mengena...
Pbb Beri Amaran Kem Pelarian Syria Boleh Hancur Mungkin Diserang Covid 19 Bila Bila Masa

Pbb Beri Amaran Kem Pelarian Syria Boleh Hancur Mungkin Diserang Covid 19 Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 184 hits
PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu doktor perubatan dan petugas rawatan memberi amaran tegas bahawa sebuah kem penempatan pelarian di utara Syria bakal hancur jika diserang wabak COVID 19 bila bila masa Lebih 1 juta orang pelarian tinggal di ...
Prihatin Covid 19 Makcik Kiah Gembira Bagaimana Nasib Kak Senah Surirumah Sepenuh Masa

Prihatin Covid 19 Makcik Kiah Gembira Bagaimana Nasib Kak Senah Surirumah Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 262 hits
Kisah Makcik Kiah Viral Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang lebih menyeluruh sebagai salah satu bantuan kepada rakyat Malaysia Pakej ini adalah tambahbaik kepada pakej terdahulu yang diumumkan oleh Perda...
Tengku Zafrul Ini Masa Kita Tunjuk Kebolehan Bantu Rakyat

Tengku Zafrul Ini Masa Kita Tunjuk Kebolehan Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 256 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat akan dapat dilaksanakan dengan berkesan Jelasnya pelaksanaan yang cepat dan tepat penting bagi memastikan pakej rangsangan ekonomi itu memberi m...
Malaysiagazette Mgtv Terkini Apek Naik Angin Sejam Beratur Bagi Masa 20minit Je Beli Barang

Malaysiagazette Mgtv Terkini Apek Naik Angin Sejam Beratur Bagi Masa 20minit Je Beli Barang

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 264 hits
Orang ramai beratur panjang mengikut jarak sosial dan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pasar semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke 9 bagi membendung penu...
Pemkot Tangsel Perpanjang Masa Tanggap Bencana Covid 19 Hingga 29 Mei

Pemkot Tangsel Perpanjang Masa Tanggap Bencana Covid 19 Hingga 29 Mei

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 98 hits
Dari semula ditetapkan sampai 1 April diperpanjang hingga 29 Mei mendatang kata Kepala Badan Penanggulangan Bencana Kota Tangsel Chaerudin Kamis
Selama Masa Darurat Corona Polda Jateng Tidak Tilang Pengendara Yang Masa Sim Habis

Selama Masa Darurat Corona Polda Jateng Tidak Tilang Pengendara Yang Masa Sim Habis

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 114 hits
Direktorat Lalu Lintas Polda Jawa Tengah terapkan kebijakan tidak akan menilang para pengendara sepeda motor yang masa berlaku Surat Izin Mengemudi habis di masa darurat penanganan virus corona
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Wee Barking Up The Wrong Tree

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer