Awas Jika Anda Ada Gejala Mengantuk



Pada awalnya rungutan seorang kenalan mengenai sering mengantuk dilihat cuma gejala biasa. Katanya, rasa mengantuk pada waktu siang mungkin lebih berupakan ‘penanda’ semula jadi terhadap faktor diri yang keletihan disebabkan tuntutan harian yang padat

Namun, apabila gejala mengantuk itu semakin ketara dan kerap daripada biasa, masalah itu mula menjejaskan rutin harian termasuk mengganggu penumpuan lebih-lebih lagi ketika bekerja dan memandu

Sedangkan dia tidak pernah menghadapi masalah gangguan tidur kerana dia menikmati waktu tidur berkualiti iaitu tujuh hingga lapan jam. Adakah masalah mengantuk dihadapinya itu gejala penyakit lain

Sebenarnya, secara alami, adalah normal andai seseorang individu terasa mengantuk selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Umumnya kita mengantuk apabila fungsi badan dan otak penat dengan aktiviti seharian. Tindak balas semula jadi akan berlaku dan kelenjar tertentu mengeluarkan hormon dengan menghantar tindak balas ke otak

Malah berkenaan peranan hormon, antaranya pengkaji menemui rasa mengantuk berpunca daripada kompaun kimia bernama edenosin yang wujud dalam otak bertindak balas dengan reseptor otak

Selain itu, kitaran tidur dipengaruhi ‘jam tubuh’ yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian iaitu proses fisiologi berlaku dalam tubuh membolehkan badan bertindak balas dengan persekitaran seperti waktu tidur, makan dan aktif

Jam tubuh ini yang sensitif dengan perubahan persekitaran seperti cahaya matahari dan suhu, membantu dalam menentukan sama ada waktu untuk berjaga pada waktu siang atau tidur ketika malam

Namun, dalam masalah dihadapi kenalan tadi, Pakar Otorinolaringologi UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Ahmad Kusyairi Khalid, menyarankan pesakit menjalankan pemeriksaan menyeluruh

Menurut beliau, mengantuk luar biasa bukan semata-mata gangguan tidur seperti dihadapi kebanyakan pesakit kecelaruan tidur ritma sirkadian tetapi boleh menjadi petanda penyakit lebih serius

“Mengantuk mempunyai gejala mirip bagi simptom penyakit lain yang mungkin menyerupai gejala disebabkan gangguan tidur. Gangguan tidur juga ada pelbagai jenis dan merujuk pada keadaan dialami pesakit

“Masalah mengantuk tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjadi petanda bagi penyakit serius dihadapi individu berkenaan. Ini termasuklah komplikasi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi pada usia muda

“Maka, sebaik-baiknya pesakit ini menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti punca mengantuk itu adakah disebabkan gangguan tidur atau tanda-tanda kepada masalah lebih serius

“Tidak saja merujuk ke doktor hidung, telinga dan mulut, malah pakar neurologi, psikiatri dan lain-lain bagi menangani isu mengantuk luar biasa berkenaan,” katanya

Merujuk pada mengantuk yang biasa dihadapi pesakit diabetes, gejala itu lazim berlaku selepas makan. Apatah lagi makanan yang diambil pesakit kandungannya tinggi karbohidrat dan gula

Ia bermula dengan rasa penat dan diikuti mengantuk disebabkan kapasiti tubuh pesakit diabetes tidak lagi dapat menghasilkan insulin bagi menukar gula ke sumber tenaga

Sambil menerangkan gejala mengantuk yang biasa dialami pesakitnya, Dr Kusyairi berkata, untuk kes yang dirujuk kepadanya biasanya pesakit mengadu mengalami masalah mengantuk luar biasa akibat gangguan tidur atau hidung tersumbat

“Biasanya saya menerima pesakit yang menghadapi gejala tidur terganggu termasuklah rasa tercekik, lemas, kerap bangun untuk kencing dan berdengkur sehingga menjejaskan kualiti tidur

“Tidak dinafikan dilema ini sering dihadapi mereka yang bekerja syif dan selalu terbang ke luar negara selain tidak mengamalkan hidup sihat termasuk masalah obesiti,” katanya

Kata Dr Kusyairi lagi, faktor gangguan lain iaitu kesihatan mental dan emosi juga memungkinkan seseorang itu menghadapi masalah mengantuk luar biasa

“Ada kajian perubatan menerangkan mereka yang mengalami kemurungan dan emosi tidak stabil untuk satu tempoh yang panjang boleh menjejaskan kualiti tidur, seterusnya mencetuskan gejala mengantuk

“Dalam keadaan normal, individu yang tidak cukup tidur, penat dengan aktiviti seharian selain berasa sedih disebabkan peristiwa tertentu boleh merangsang badan bertindak balas dan menyebabkan mengantuk apatah lagi mereka yang mengalami gangguan mental

“Paling penting yang berkait dengan gangguan neuron teruk termasuk sawan ketika tidur dan sebagainya. Ini menjadikan gejala mengantuk yang berlaku perlu dirujuk kepada psikiatrik mahupun neurologi,” katanya

Bagi mengatasi masalah mengantuk keterlaluan, ada beberapa langkah awal boleh diambil seperti diet serta amal gaya hidup sihat

Melihat pada punca penyakit terutama individu mempunyai masalah obesiti, sebaik atur gaya hidup mereka termasuk pengambilan makanan seimbang iaitu sayur dan buah-buahan yang dapat membekalkan vitamin dan zat mencukupi

“Usaha yang boleh dilakukan selain mendapatkan rawatan, pesakit seharusnya mengubah diet mereka termasuk mengelak makanan tinggi karbohidrat dan gula pada waktu malam

“Makanan tinggi karbohidrat memerlukan tempoh pencernaan yang lebih panjang untuk menukar karbohidrat dan gula ke tenaga. Situasi itu menyebabkan organ berkenaan perlu bekerja lebih lama pada waktu malam berbanding fungsi semula jadinya kerana ketika ini ia sepatutnya berada dalam mod rehat,” katanya

Elak juga pengambilan kafein yang membuat pesakit berjaga sehingga jauh malam, sebaik-baiknya pengambilan air kosong atau teh hijau boleh membantu mereka menikmati tidur malam lebih baik

Selain itu, amalkan aktiviti bersenam, individu yang mengalami masalah mengantuk pada waktu siang hari boleh amalkan tidur sekejap sekitar 15 hingga 30 minit ketika tengah hari

Jika di pejabat, gunakan waktu makan tengah hari untuk melelapkan mata seketika. Ini membolehkan mereka ‘mengecas’ kembali tenaga untuk meneruskan tugasan. Namun, jangan tidur selepas waktu Asar kerana anda akan berasa lebih letih dan tidak bertenaga

Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah;
Anemia
Kandungan zat besi yang rendah menyebabkan penghidapnya mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah. Bahkan penderita sering rasa mengantuk meskipun sudah menikmati tidur yang mencukupi

Penyakit jantung
Antara tanda jantung tidak baik adalah tubuh sering berasa mengantuk, lemah dan lelah. Lebih ketara gejala itu dihadapi ketika waktu siang. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas

Hipertensi
Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya

Hiperkalsemia
Kadar kalsium dalam darah antara punca penyakit hiperkalsemia yang berpunca daripada gangguan terhadap sistem saraf, jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar 8,2 - 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalsemia memiliki kadar kalsium antara 12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL

Hipotiroidisme
Penyakit hipotiroidisme membuatkan pesakit sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur

Hiponatremia
Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya. Kadar penurunan natrium yang pantas boleh menyebabkan kemudaratan kerana ia penting mengendalikan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur sistem saraf dan otot



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceritapapamama.blogspot.com/2018/12/awas-jika-anda-ada-gejala-mengantuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Perlu Lebih Peka Simptom Gejala Autisme

Ibu Bapa Perlu Lebih Peka Simptom Gejala Autisme

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 228 hits
24 November 2018 10 05 AM KUALA LUMPUR Ibu bapa perlu lebih peka dengan tingkah laku anak anak mereka bagi memastikan simptom gejala autisme dapat dikesan lebih awal Timb
Info Sihat Gejala Beguk Dan Kesan

Info Sihat Gejala Beguk Dan Kesan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 403 hits
OLEH PROF MADYA DR NURUL AZMAWATI MOHAMEDVirus mumps masuk ke dalam badan melalui mulut dan menyerang kelenjar air liur BARU BARU ini kita dikejutkan dengan penutupan dua buah sekolah berasrama penuh di Kajang dan Gombak akibat penyakit beg...
Doa Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu Dan Amalan Mencegah Dari Berlakunya Kemalangan

Doa Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu Dan Amalan Mencegah Dari Berlakunya Kemalangan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 300 hits
Hari ni dah mula sibuk dijalankan Ramai perantau kota akan pulang ke desa untuk bertemu sanak saudara berhari raya Perjalanan di waktu berpuasa tak kira siang atau malam pasti akan mengundang rasa mengantuk dan letih Namun begitu al Quran a...
Diduga Mengantuk Mobil Ketua Bawaslu Kecelakaan Di Jakarta Timur

Diduga Mengantuk Mobil Ketua Bawaslu Kecelakaan Di Jakarta Timur

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 209 hits
Kanit Laka Lantas Polres Metro Jakarta Timur AKP Agus mengatakan mobil tersebut diduga milik Ketua Bawaslu Abhan Beruntung atas peristiwa itu tak ada korban jiwa
Timses Jokowi Kemarin Di Pilgub Jabar E Ktp Juga Tercecer Gejala Apa Nih

Timses Jokowi Kemarin Di Pilgub Jabar E Ktp Juga Tercecer Gejala Apa Nih

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 180 hits
Sementara itu Kepala Dinas Dukcapil DKI Jakarta Dhany Sukma angkat bicara terkait penemuan sebuah karung berisikan KTP elektronik atau e KTP di Jalan Karya Bakti VI tepatnya di depan musala RT 03 RW 011 Kelurahan Pondok Kopi Kecamatan Duren...
Gejala Serangan Penyakit Cacingan Pada Pleci

Gejala Serangan Penyakit Cacingan Pada Pleci

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 320 hits
Burung Pleci adalah salah satu dari beberapa jenis burung kicau yang pintar Disamping itu Ia juga memiliki kemampuan berkicau yang sangat baik Nah dengan alasan itulah burung ini kerap kali dijadikan sebagai burung peliharaan Pasalnya selai...
Awas 8 Disember Jangan Gugat Kerajaan

Awas 8 Disember Jangan Gugat Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 533 hits
Mungkin selepas hafal mantra mengunyah tempe dan lebai hirup budu cicih dengan keropok lekor maka naiklah nafsu songsang mereka untuk teruskan juga perhimpunan 8 Disember Ini bukan kisah hendak jual T shirt keropok lekor dan air mineral tok...
Awas 2 Jenama Ubat Nyamuk Ini Dilaang

Awas 2 Jenama Ubat Nyamuk Ini Dilaang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 243 hits
Antara produk racun penghalau nyamuk yang dilarang penjualannya oleh Jabatan Pertanian BernamaSERDANG Dua produk lingkaran nyamuk dilarang penjualannya di pasaran tempatan Ubat nyamuk jenama Zenden Micro Smoke dan Jianbao Mosquito Coil kelu...
Awas Ini 6 Berita Penting Mengenai Rusuhan Kuil

Awas Ini 6 Berita Penting Mengenai Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 489 hits
Pihak FRU bersiap sedia memastikan kawalan ketat di lokasi insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Foto Astro AWANIDALAM tempoh lebih 24 jam lalu isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya mencetuskan pelbagai komen pandan...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram