Arkib Felda Di Bawah Bn Dan Ph


Pada era terdahulu sebelum saya menjawat Perdana Menteri, FELDA dan sektor pertanian di Malaysia bukan keutamaan kerana tumpuan diberikan kepada perindustrian dan sektor seperti pembuatan kereta serta keluli. Oleh itu satu keputusan dibuat pada tahun 1996 untuk menghentikan sebarang pembiayaan kerajaan kepada FELDA. FELDA pada ketika itu diminta untuk mencari dana sendiri

Akibatnya, usia pokok kelapa sawit semakin tua. Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perolehan setiap hektar atau 'yield' dari minyak sawit, menurun pertama kali dalam sejarah. Kebajikan peneroka juga terabai

Ia mendesak kerajaan saya pada ketika itu dan FELDA untuk melaksanakan langkah proaktif iaitu pengambilan hutang dan penyenaraian IPO FGV bagi mendapatkan dana untuk menampung kos penanaman semula kelapa sawit dan menambahbaik kebajikan dan kehidupan peneroka. Di sinilah di mana hutang FELDA digunakan

Jika kita tidak melaksanakan penanaman semula pada skala yang besar pada masa itu, adalah tidak mustahil pokok yang semakin tua dan hasil semakin menyusut akan menyebabkan FELDA mungkin tidak lagi wujud pada tempoh 10 atau 20 tahun selepas itu

Sepanjang masa BN mentadbir di bawah saya, FELDA tidak mengalami masalah untuk membayar kos sara hidup pada masa yang tepat dan membela nasib peneroka

Oleh itu, saya sangat bimbang terhadap pengumuman Azmin Ali di Parlimen bahawa aliran tunai Felda kini kritikal dan sudah ada rancangan untuk menjual aset FELDA bagi menampung keperluan peneroka dan juga untuk mengurangkan hutang FELDA yang beliau sebutkan pada jumlah RM8 bilion

Jika benar hutang FELDA ialah RM8 bilion, apa yang saya sebut tentang keperluan penanaman semula, di mana ia patut dilihat bersama aset FELDA sebanyak RM21 bilion. Pada peringatan saya juga, kadar faedah untuk hutang FELDA itu bukan di tahap yang tinggi kerana ia dilihat sebagai "soft-loan"

Langkah kerajaan PH untuk menjual aset FELDA berbilion-bilion bagi menampung keperluan semasa aliran tunai tidak akan menyelesaikan masalah asas FELDA kini

Ia bukannya langkah jangka masa panjang dan bakal beri kesan negatif kepada FELDA terutama sekali jika kadar pulangan dari aset yang dirancang untuk dijual adalah lebih tinggi dari kadar faedah hutang FELDA. Nampaknya, cara penyelesaian PH untuk semua masalah ialah untuk menjual aset

Tohmahan PH bahawa masalah FELDA kekurangan wang kerana berbilion-bilion telah dicuri atau dibazir juga tidak benar. Sebenarnya, dari hutang RM8 bilion hutang FELDA, lebih dari RM6 bilion telah dipinjamkan dan masih dihutang oleh peneroka-peneroka sebagai pinjamaan penanaman semula dan perumahan

Memang ada tuduhan bahawa berlaku ketirisan di dalam beberapa pelaburan FELDA terutama kepada hotel-hotel yang dibeli di London, Sabah dan Sarawak

Namun pada masa itu, tuduhan-tuduhan ini telah disiasat dengan terperinci oleh SPRM sehingga ada ahli parlimen UMNO dan seorang lagi pemimpin PPBM telah ditahan reman. Tuduhan ini ialah ada kemungkinan harga yang dibeli lebih mahal dari harga pasaran tetapi tidaklah mencecah hingga berbilion-bilion. Hotel-hotel memang masih wujud dan wang bukan dihilangkan

Masalah asas FELDA pada masa ini ialah harga dan ekspot minyak sawit yang tiba-tiba menyusut dengan teruk selepas PRU14

Pada bulan Julai, saya pernah memberi ucapan di Parlimen mengenai kembimbangan ini tetapi keadaan masih berterusan

Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa ekspot minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan lepas. Jumlah ekspot minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari ekspot 690 ribu tan pada tempoh yang sama tahun lepas

Selain dari jumlah ekspot yang jatuh, harga sekarang juga hanya RM2,200 satu tan berbanding RM2,700 pada bulan yang sama tahun lepas

Ketika saya melawat ke FELDA Chini baru-baru ini, keadaan di sana muram dan peneroka-peneroka sangat bimbang tentang masa depan mereka. Janji PH untuk menghapuskan hutang peneroka tidak ditepati, bonus FELDA juga telah direndahkan, BR1M mungkin dihapuskan, harga minyak sawit semakin rendah dan kelewatan kerajaan baru untuk membayar kos sara hidup setiap bulan. Saya percaya keadaan yang sama juga dialami oleh ratusan warga FELDA diseluruh negara pada masa ini

Oleh itu, saya memberi tiga cadangan untuk menanangi isu FELDA kini

1. Pertolongan kewangan sementara dari kerajaan pusat

Walaupun pada tahun 1996 kerajaan sudah menghentikan pembiayaan kewangan kepada FELDA, kerajaan patut memberi kelonggaran dan pertimbangkan untuk memberi peruntukan kewangan kepada FELDA memandangkan keadaan yang tiba-tiba menjadi rumit selepas PRU14
Kerajaan pusat mengaut pelbagai hasil dan cukai dari industri minyak sawit oleh itu, adalah tidak keterlaluan untuk membantu peneroka ketika ini

Felda ialah agensi kerajaan. Matlamat FELDA ialah untuk membela peneroka-peneroka. Tidak salah untuk kerajaan untuk menolong agensi kerajaan supaya kebajikan peneroka dijaga

2. Hubungan diplomatik dengan negara-negara pembeli yang baik

Kerajaan perlu memastikan hubungan negara dengan negara pembeli sentiasa pada tahap yang baik. Tiada manfaat untuk kita jika kerajaan PH terus menuduh negara China bersubahat dengan kerajaan BN untuk melakukkan rasuah atau kononnya menipu kita dalam projek ECRL atau projek-projek yang lain tanpa sebarang bukti dan hanya sekadar polemik politik. Jika China tidak membeli minyak sawit dari kita, mereka boleh membeli dari negara jiran ataupun bertukar untuk mengguna minyak-minyak yang lain seperti minyak soya atau minyak jagung

Kerajaan juga perlu tingkatkan usaha untuk berunding dengan negara-negara Eropah agar mereka tidak mengharamkan kegunaan minyak sawit sebagai bahanapi bio-diesel

3. Melaksanakan Bio-diesel B10 serta-merta

Pada tempoh kerajaan saya, kita meletakkan syarat untuk menggantikan sebahagian dari kegunaan minyak diesel dengan minyak sawit dalam mempelbagaikan kegunaan dan menaikkan harga minyak sawit. Rancangan kita ialah untuk mengalih kepada bio-diesel B15 pada tahun 2020

Oleh itu, bio-diesel B5 iaitu 5% dari kandungan diesel dibuat dari minyak sawit telah diperkenalkan pada Jun 2011. Ia dinaikkan menjadi B7 pada Januari 2015

Ia sepatutnya dinaikkan kepada B10 pada Julai 2016 tetapi pada masa itu, harga diesel sangat murah iaitu antara RM1.35 sehingga RM1.65 seliter (harga RON95 RM1.35 hingga RM1.65) berbanding RM2.18 satu liter pada masa ini. Oleh itu, rancangan untuk memperkenalkan B10 ditangguh kerana jika dibuat pada masa itu, penggunaan minyak sawit yang lebih mahal akan menaikkan harga diesel yang ketika itu murah

Keadaan sudah berubah sekarang. Harga minyak diesel sudah tinggi manakala harga minyak sawit rendah. Tiada sebab mengapa penggunaan bio-diesel tidak dinaikkan menjadi B10 sekarang

Najib Razak
Okt 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2018/12/arkib-felda-di-bawah-bn-dan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Telefon Dengan Usb C Di Bawah Rm1000

10 Telefon Dengan Usb C Di Bawah Rm1000

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 297 hits
Dalam membuat pemilihan peranti salah satu aspek yang dilihat oleh sesetengah pengguna adalah sambungan berasaskan USB Type C Ia merupakan sambungan USB generasi baru yang sedia digunakan pada peranti keluaran terkini Berbeza dengan mikroUS...
Polis Tangkap Siapa Tular Berita Palsu Rusuhan Kuil Siasat Bawah Akta Hasutan

Polis Tangkap Siapa Tular Berita Palsu Rusuhan Kuil Siasat Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 301 hits
Polis membuka empat kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 berkaitan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman USJ 25 Subang Jaya Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya menerima empat laporan polis yang menerima kesan aki...
Insiden Kuil Polis Buka 4 Kertas Siasatan Di Bawah Akta Hasutan

Insiden Kuil Polis Buka 4 Kertas Siasatan Di Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 227 hits
December 2 2018 7 49 AMKetua Polis Selangor Mazlan Mansor berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang cuba pecahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini SHAH ALAM Polis membuka 4 kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1...
Tak Nampak Ibu Sekejap Nangis Jika Anak Bawah 1 Tahun 6 Bulan Berperangai Macam Ni Ada Sebabnya

Tak Nampak Ibu Sekejap Nangis Jika Anak Bawah 1 Tahun 6 Bulan Berperangai Macam Ni Ada Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 448 hits
Kenapa anak 1 tahun 6 bulan ke bawah menangis sangat kuat bila tak nampak ibu atau penjaganya Ramai juga yang anggap anak anak akan lebih mengada ngada dan manja bila dengan ibu Menurut Pakar Kekeluargaan Keibubapaan Dan Kasih Sayang ada se...
Padah Bersuamikan Lelaki Bawah Umur

Padah Bersuamikan Lelaki Bawah Umur

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 299 hits
MUMBAI INDIA Polis di bandar Mumbai telah menahan seorang wanita berusia 20 tahun kerana dia berkahwin dengan remaja tiga tahun lebih muda daripadanya di bawah kes yang jarang berlaku di negara itu Wanita itu dan anak perempuannya berusia l...
Kemenkeu Optimistis Defisit Apbn 2018 Di Bawah 2 Persen

Kemenkeu Optimistis Defisit Apbn 2018 Di Bawah 2 Persen

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 253 hits
Kementerian Keuangan mencatat penerimaan dan penyerapan anggaran pada tahun ini berjalan lebih baik Dengan adanya capaian tersebut diperkirakan defisit anggaran pendapatan dan belanja negara 2018 akan berada di bawah 2 persen
Mulai 2019 Penghuni Rumah Mewah Wajib Bayar Bil Elektrik Bawah Rm20

Mulai 2019 Penghuni Rumah Mewah Wajib Bayar Bil Elektrik Bawah Rm20

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Bermula tahun 2019 setiap penghuni yang mendiami rumah mewah dan mempunyai bil elektrik bulanan bernilai RM20 ke bawah diminta untuk membayar bil berkenaan dan tidak lagi diberikan subsidi Menurut Menteri Tenaga Sains Teknologi...
Ini Sebab Kenapa Madu Tidak Boleh Diberikan Pada Bayi Bawah 1 Tahun

Ini Sebab Kenapa Madu Tidak Boleh Diberikan Pada Bayi Bawah 1 Tahun

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 416 hits
Salah satu pertanyaan yang sering diajukan berkaitan dengan MPASI bayi adalah tentang pemberian madu buat bayi Madu tidak boleh diberikan pada anak di bawah usia 12 bulan WHO menyatakan madu adalah makanan yang tidak aman untuk bayi dan tid...
Pendapat Peguam Syarie Menegenai Isu Berkahwin Dengan Kanak Kanak Bawah Umur

Pendapat Peguam Syarie Menegenai Isu Berkahwin Dengan Kanak Kanak Bawah Umur

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 536 hits
Pendapat Menegenai Isu Berkahwin Dengan Kanak Kanak Bawah Umur Salam Alhamdulillah uzu baru sahaja seminggu sah menjadi isteri orang p Haaa tapi uzu bukanlah kahwin di bawah umur ye Cuma nak memberi ulasan tentang kes ini sebab kes ini tela...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap