Apabila Kita Terlalu Bangang Tentang Perpaduan


Sekolah Cina halang perpaduan?

Perbezaan pandangan antara etnik Cina Malaysia yang berpendidikan Cina dengan yang aliran Inggeris sudah lama wujud. Ia dapat dikesan seawal 1950-an lagi sewaktu penjajahan apabila lepasan dua aliran ini berbeza haluan dalam banyak ehwal, termasuk etnisiti Cina dalam pembentukan negara bangsa.

Dengan 95 peratus etnik Cina belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), perbezaan ini didapati tidak ketara lagi kerana etnisiti Cina kini didominasi kelompok berpendidikan Cina. Bagaimanapun, dengan wujudnya polemik antara dua kumpulan yang mewakili dua aliran berlainan ini dalam sebuah parti politik Cina, ia tidak dapat dinafikan adalah hasilan daripada persekolahan pelbagai aliran di negara ini.

Secara umumnya, lepasan persekolahan Cina didapati lebih jumud pemikiran mereka yang mahu terus berpegang teguh kepada tradisi Cina dalam bentuk totoknya lagi, dan tidak mudah bertolak ansur walaupun dalam keadaan yang amat memerlukannya. Sehubungan ini, perspektif mereka didapati amat terhad dengan pandangan yang bukan sahaja tegar, tetapi tidak dapat pula diterima dalam kerangka kepelbagaian dengan etnik Cina sebagai kelompok yang mendatangi negara ini.

Ini berbeza dengan yang berpendidikan aliran bukan Cina yang didapati lebih terbuka dan tidak begitu berprasangka terhadap etnik asal untuk mempercayai mereka.

Dalam pada itu, mereka didapati bukan sahaja lebih bertoleransi, tetapi mudah bersimpati untuk mendukung banyak perkara bagi kebaikan negara, dengan fahaman baik bahawa etnik Melayu adalah kelompok yang didatangi di negara ini. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengutamakan nasionaliti daripada etnisiti dalam pembangunan negara bangsa.

Perbezaan pandangan ini disebabkan demografi yang didominasi etnik tertentu dalam aliran persekolahan berkenaan. Dengan ini, pengaruh kelompok dominan didapati penting dalam menentukan bahasa interaksi dan pelbagai pengawalan lain pada aliran persekolahan dalam bahasa berkaitan.

Bahasa interaksi ini, sama ada Mandarin, bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris yang juga dituturkan sebagai ibunda atau bahasa utama, sesungguhnya mempunyai pengaruh kuat dalam membentuk pemikiran kita. Ini kerana terdapat perkaitan rapat antara bahasa dan cara kita berfikir yang dinaungi bahasa yang dituturkan sebagai bahasa penting itu. Penaungan ini antaranya wujud dalam bentuk perkataan dan istilah dengan konsep sosiobudaya khusus selain peribahasa dengan bermacam-macam falsafah padanya.

POLITIK
Sehubungan ini, selagi kita mempunyai persekolahan pelbagai aliran bahasa, selama itulah kita akan berhadapan dengan persoalan pendukungan jati diri kebangsaan yang tidak sama pada anak bangsa kita. Ini kerana bahasa yang berbeza akan membentuk pemikiran yang tidak sama.

Berbalik kepada polemik antara dua kumpulan dalam parti politik Cina berkenaan pendukungan jati diri kebangsaan berbeza ekoran dua aliran persekolahan berlainan, ia tidak dapat disangkal lagi adalah kesan negatif sistem pendidikan negara yang perlu dikaji semula. Sehubungan ini, wujud kelompok Cina yang pemikirannya dipengaruhi bahasa Cina sepenuhnya kerana mengetahuinya sahaja. Mereka ini rata-ratanya didapati mahu terus mempertahan etnisiti Cina yang totok dalam pembangunan negara bangsa. Dengan ini, memang tidak salah lagi apabila dikatakan sekolah vernakular Cina adalah tempat terbiaknya sikap perkauman cauvinis Cina.

Untuk ini, kelompok tertentu yang mati-matian menafikan sekolah vernalukar Cina adalah penghalang perpaduan, perlu mula bermuhasabah. Ini kerana dengan munculnya kelompok tradisionalis Cina yang rata-ratanya merupakan lepasan aliran persekolahan Cina, yang berhabis-habisan mahu menolak dasar kepelbagaian dalam konteks kemestian mendukung etnisiti Melayu sebagai unsur penting lagi utama dalam pembangunan negara bangsa, ia kebenaran nyata lagi hakiki yang memperlihat resmi cauvinisme Cina selama ini yang mahu dinafikan. Seperti yang diperlihat, tidak dapat disembunyikan lagi bahawa sekolah vernakular Cina punca perpecahan di negara ini.

AFDAL
Polemik antara dua kumpulan ini bukan semata-mata cerminan perwatakan umum lepasan dua aliran persekolahan berbeza, ia manifestasi sebenar dua corak pendidikan yang menggunakan dua bahasa berbeza, walaupun mengikuti kurikulum sama. Ini antara lain bukan sahaja memperlihat, malah menegaskan penggunaan satu bahasa sahaja sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan adalah afdal sekali untuk tujuan perpaduan. Ini kerana penggunaan satu bahasa sahaja adalah satu-satu caranya yang bestari.

Dalam hal ini, sebuah negara yang terpisah-pisah oleh beberapa bahasa dalam sistem pendidikannya akan menemui kesukaran untuk menyatupadukan rakyatnya, khususnya dalam memastikan semua etnik sama-sama mendukung jati diri kebangsaan yang satu sahaja. Sehubungan ini, dua bahasa berbeza daripada dua aliran persekolahan berlainan yang dilalui etnik Cina adalah bukti jelas lagi kukuh bahawa hasilan nasionalistiknya bukan sahaja tidak sama, ia amat bercanggah sekali.

Oleh itu, sudah tiba masanya etnik Cina, khususnya aktivis pendidikan Cina, berhenti daripada berhujah sekolah vernakular Cina bukan penghalang perpaduan. Ia sememangnya penghalang perpaduan, malah bersifat antinasional apabila terus-terusan menghasilkan lepasan yang rata-ratanya tidak mampu memahami negara ini sebagai tempat bertandang yang sudah bertuan setibanya etnik Cina dan bukan tempat terokaan tanpa tuan. Justeru, harus ada mentaliti berdagang ke tempat orang dan bukannya tuan punya tempat.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/apabila-kita-terlalu-bangang-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni

Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 238 hits
Selain dari cakap tak serupa bikin mereka juga meletakkan periuk nasi mereka sendiri sebagai keutamaan maka tak hairanlah kalau aktiviti lompat melompat tetap ada dan akan terus berlaku Kerana mengejar kuasa mereka lebih sibuk berpolitik se...
Suarakan Keresahannya Tentang Anak Anak Jalanan Bertrand Antolin Minta Perhatian Kpai

Suarakan Keresahannya Tentang Anak Anak Jalanan Bertrand Antolin Minta Perhatian Kpai

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 219 hits
Tak tega melihat bocah silver di lampu merah hingga yang memakai baju badut sampai larut malam Bertrand pun meminta KPAI melakukan sesuatu
Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu

Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 505 hits
Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu Laylatul Qadar atau Malam al Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam Ia berdasarkan ayat al Quran dari surah al Qadr Firman Allah SWT...
Mursyidul Am Bohong Tentang Pesawat Pengangkut Barang Dan Penumpang

Mursyidul Am Bohong Tentang Pesawat Pengangkut Barang Dan Penumpang

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 268 hits
ARIZ FAZRIFIni segala bukti tentang penumpang yang saya patut ambil dari KLIA pagi tadi termasuk no passport Macam mana tuan Menteri boleh katakan ia adalah pesawat kargo
Hiburan Azwan Ali Bagi Pandangan Pedas Tentang Isu Selebriti Rentas Negeri

Hiburan Azwan Ali Bagi Pandangan Pedas Tentang Isu Selebriti Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 272 hits
Isu tidak adil dan sama rata mengenai soal rentas negeri baru baru ini menjadi satu topik yang hangat dikalangan pengguna pengguna media sosial AdvertisementPerkara ini terjadi oleh kerana ada segelintir individu dari kalangan selebriti did...
Nik Amar Salahkan Ahli Parti Sebar Fitnah Tentang Pas

Nik Amar Salahkan Ahli Parti Sebar Fitnah Tentang Pas

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 278 hits
NASUHA RAHMANNaib Presiden Pas Datuk Nik Amar Abdullah menyalahkan ahli parti apabila menjadi agen menyebarkan fitnah pembangkang terhadap Pas dan pimpinannya Kata beliau ahli parti sendiri yang menjadi punca tersebarnya fitnah tentang Pas ...
Pekara Yang Harus Kita Ambil Tahu Tentang Zakat Perniagaan

Pekara Yang Harus Kita Ambil Tahu Tentang Zakat Perniagaan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 284 hits
AssalamualikumBayar duit rumah dah bayar kereta dah bayar ASB dah bayar zakat Di fikiran kita kalau sebut pasal zakat yang terlintas adalah zakat fitrah sahaja kerana tiap tahun kita membayarnya Zakat itu pelbagai jenis jenis zakat Antarany...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord