Apa Kata Tun


 KENYATAAN MEDIA


1. Apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa dia telah dimaklumkan bahawa ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kita simpulkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoritinya di Parlimen untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.


2. Jika kita menerima kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid adalah benar di atas kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, maka Tan Sri Muhyiddin tidak boleh lagi tegas dia masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.


3. Yang penting sekarang ialah meneliti samada Perdana Menteri masih mempunyai majoriti untuk kekal dikerusinya. Samada Datuk Seri Anwar mempunyai majoriti adalah perkara kedua dan ini sesuatu yang perlu dia buktikan.


4. Umum tahu bahawa majoriti yang dipunyai oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini amat tipis – antara satu atau dua orang sahaja – maka jika seorang atau dua orang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka, maka hilanglah majoriti Tan Sri Muhyiddin.


5. Bagi pihak saya, Tan Sri Muhyiddin dari peringkat awal lagi tidak mempunyai majoriti tetapi telah berjaya menutup kebenaran itu dengan membawa ketua-ketua parti mengadap DYMM Yang diPertuan Agong dan membuat bilangan secara pukal tanpa perlu memperinci siapa Ahli-Ahli Parlimen yang menyokongnya.


6. Kerana itu, sejak dari perisytiharan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, saya telah meminta supaya satu undi tidak percaya dapat diusulkan di Parlimen untuk menyelesaikan masalah ini.


7. Jika Tan Sri Muhyiddin berjaya mengalahkan undi tidak percaya itu maka selepas itu tidak timbul lagi isu dia tidak dapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.


8. Jika dia kalah, Ahli-Ahli Dewan Rakyat berpeluang mengusulkan calon Perdana Menteri yang baru dan sesiapa yang mendapat majoriti akan dapat menerajui Kerajaan tanpa terlalu banyak tekanan berkaitan legitimasi.


9. Jika ini dapat kita lakukan maka kita dapat mengelakkan dari perlunya mengadakan pilihan raya umum pada ketika kita masih bergelut dengan wabak Covid-19.


10. Saya juga ingin nyatakan di sini bahawa apa yang sedang berlaku adalah sesuatu yang telah saya nyatakan kepada Tan Sri Muhyiddin awal-awal lagi.


11. Ketika itu saya membuat pendirian menolak kerjasama dengan UMNO secara en-bloc kerana itu bermakna saya terpaksa menerima kesemua Ahli Parlimen UMNO termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di mahkamah.


12. Tetapi Tan Sri Muhyiddin berkata dia sanggup bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc walaupun dia boleh diugut oleh UMNO jika kemahuan mereka tidak tercapai.


13. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di atas tujuh tuduhan kita dapat lihat bagaimana penyokongnya mula memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Muhyiddin.


14. Hari ini, jelas apa yang saya jangka akan berlaku sedang berlaku dan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid semalam mengesahkan bahawa sokongan dari UMNO memang bersyarat.


15. Dan sokongan UMNO kepada Datuk Seri Anwar juga pasti bersyarat walau tidak diumum. Walaupun Datuk Seri Anwar kata yang dia tidak menerima sokongan dari enam Ahli Parlimen yang menghadapi kes-kes mahkamah, sudah pasti yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid. Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Tan Sri Muhyiddin dan menarik balik sokongan dan jatuhkan Kerajaan.


16. Terpulanglah kepada Tan Sri Muhyiddin memikir akan pilihan yang terbuka padanya.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Ahli Parlimen Langkawi
24 September 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2020/09/apa-kata-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengikut Setia Najib Dan Zahid Yang Sokong Anwar Kata Tun M

Pengikut Setia Najib Dan Zahid Yang Sokong Anwar Kata Tun M

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 352 hits
By malaysiagazette com 24 September 2020Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jangkaan beliau bahawa sokongan dari UMNO kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bersyarat adalah sah Perkara itu...
Tun Dr Mahathir Kata Akan Tunggu Dan Lihat Sekiranya Anwar Ibrahim Cukup Sokongan

Tun Dr Mahathir Kata Akan Tunggu Dan Lihat Sekiranya Anwar Ibrahim Cukup Sokongan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 339 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan tunggu dan lihat sekiranya pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu Anwar hari ini mendakwa beliau mendapat ...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 586 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 315 hits
Najib Razak hari ini mempersoalkan adakah Sabah milik rakyat atau Warisan Ini adalah kerana Warisan didapati meletakkan lambang besar parti mereka di hadapan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah Cuba kita bayangkan di hadapan Pejabat P...
Kerajaan Perlu Campur Tangan Bantu Pekebun Kecil Getah Kata Aktivis

Kerajaan Perlu Campur Tangan Bantu Pekebun Kecil Getah Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 249 hits
Aktivis berkata jurang keuntungan antara pekebun kecil dan penoreh getah dengan pengilang produk getah semakin melebar PETALING JAYA Seorang aktivis mendakwa pekebun kecil tidak merasa keuntungan berganda yang diraih pengilang susulan permi...
Menolak Fitnah Ph Pendaftaran Pn Diluluskan Ogos Lalu Kata Ros

Menolak Fitnah Ph Pendaftaran Pn Diluluskan Ogos Lalu Kata Ros

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 178 hits
Pendaftaran gabungan Perikatan Nasional diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ROS bagaimanapun berkata maklumat berkenaan kelulusan sesebuah pertubuhan termasuk PN dikemaskini secara automatik ...
Muhyiddin Tetap Sahabat Baik Saya Kata Shafie Apdal

Muhyiddin Tetap Sahabat Baik Saya Kata Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 340 hits
372 total views 372 views today SEMPORNA Meskipun berbeza pandangan politik dan tidak berada dalam kepimpinan kerajaan yang sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tetap menganggap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seba...
Mari Mengenali 5 Kata Kata Yang Dekat Dengan Kehidupan Sehari Kita

Mari Mengenali 5 Kata Kata Yang Dekat Dengan Kehidupan Sehari Kita

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 285 hits
AssalamualaikumSetiap pagi kalau kita melihat dan membaca perkara yang baik Insya Allah aura positif dapat diserapkan dalam diri kita Untuk hari ini nieyl nak share 5 kata ataupun perkataan yang senonim dengan kehidupan kita pastinya semuan...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


New Twist In Najib S Bid To Serve Jail Term At Home As Two Ministers Dispute Claims Over Supposed Royal Order

Keuntungan Arenamall Reit Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Setahun

Pelancaran Sony Xperia 1 Vi Mungkin Berlaku Pada 17 Mei

Caam Keluar Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi Ruang

Tarif Air Perak 75 Sen Semeter Padu Mulai 1 Mei

Kalau Boleh Aku Nak Korek Balik Kubur Mak Kau Dituduh Calarkan Kereta 3 Adik Beradik Yatim Teruk Dihina Ibu Saudara