Ancaman Allah Kepada Orang Yang Khianat



Bahasa dan Istilah
Takrifan khianat membawa maksud perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia.[1] Semuanya menjurus ke arah perbuatan negatif dan perlu dijadikan sempadan oleh manusia. Perbuatan khianat ini boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang dikhianati tanpa mengira individu ataupun organisasi. Keamanan dan perpaduan yang kukuh pasti akan runtuh apabila terdapat sebarang bentuk khianat dalam masyarakatnya.
Perbuatan khianat kepada orang lain juga sebenarnya adalah perbuatan mengkhianati dirinya sendiri kerana kesan buruk pengkhianatan itu akan dirasakan oleh orang lain yang berkaitan. Di sisi lain pula menunjukkan bahawa sebagai masyarakat seharusnya dianggap seperti satu jasad, setiap keburukan yang dialami oleh orang lain harus dirasakan juga seperti sesuatu yang menimpa ke atas diri sendiri.
Dalil dan Perbahasan Ulama
Firman Allah swt dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”[2]
Sayyid Quthub menerangkan bahawa sifat dan sikap khianat mereka (kaum musyrikin) menjadikan Allah membenci orang-orang kafir yang mengkhianati amanat keagamaan lagi tidak mensyukuri nikmatNya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai kaum musyrikin Mekkah dan setiap pengkhianat yang kufur nikmat walau di mana pun mereka berada.[3]
Setelah Allah melarang perbuatan khianat dan membela orang-orang yang melakukan perbuatan khianat, maka ayat ini melarang pula berdebat dan membela orang-orang yang khianat. Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.”      (Surah an-Nisa’: 107)
Dan janganlah engkau, wahai Muhammad demikian juga umatmu, berdebat untuk membela orang-orang yang sengaja lagi tekun dan terus-menerus mengkhianati dirinya. Ayat ini merupakan ancaman yang cukup serius terhadap orang yang berkhianat. Mengapa tidak, Rasulullah saw yang demikian tinggi kedudukan baginda di sisi Allah dan yang dalam kehidupan sehariannya terlihat dengan jelas melaksanakan hak dan menjauhi khianat, walaupun demikian tetap diberi peringatan. Maka bagaimana dengan selain baginda dan bagaimana pula dengan yang mengetahui kebenaran tetapi menyembunyikannya serta membantu kebatilan?[4]
Antara peringatan lain yang berbentuk ancaman kepada orang yang melakukan khianat ialah pengkhianatannya akan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak melalui pengibaran panji yang besar tertulis kisah pengkhianatan mereka di atas badan mereka berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud:
Dari Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar dan Anas ra, mereka berkata, Nabi saw bersabda, “Setiap pengkhianat nanti pada hari kiamat mempunyai sebuah bendera yang bertuliskan, ‘Inilah pengkhianatan fulan.”[5]                                    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sejarah dan Peristiwa
Sejarah awal perkembangan Islam telah mendapati banyak siri pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi. Orang-orang yahudi yang telah diberi tempat terhormat dalam Konstitusi Madinah, akhirnya, satu persatu berkhianat. Bermula dengan Bani Qainuqa yang enggan ikut berperang sepertimana yang telah mereka janjikan dengan menggunakan alasan waktu berperang jatuh pada hari sabtu.
Oleh sebab keengganan mereka, maka Nabi saw menghukum mereka setimpal dengan pengkhianatan mereka iaitu mengeluarkan mereka daripada kota Madinah dengan bebas membawa apa sahaja yang diinginkan.
Kemudian giliran bani Nadir yang melakukan khianat dan pengkhianatan mereka lebih berat daripada apa yang dilakukan oleh bani Qainuqa, hukuman mereka ialah diusir dari Madinah tanpa membawa harta benda. Dan yang paling mengerikan dan mencemaskan ialah nasib bani Quraizhah.
Pada waktu itu sebelum berlakunya perang Ahzab iaitu serangan pakatan suku-suku Arab pimpinan Quraish Makkah ke Madinah. Setelah mendengar perkhabaran itu, Nabi saw bermusyawarah dengan para sahabat dan telah menerima usul seorang berbangsa Parsi, Salman al-Farisi yang mempunyai pengalaman dalam peperangan. Beliau mengusulkan supaya membuat parit di sekitar kota.
Peperangan kali ini telah membuatkan pihak kafir Quraish bingung untuk menyerang kerana pertama kali berhadapan taktik sebegini dan akhirnya hanya mengepung kota Madinah selama hampir satu bulan. Dalam keadaan terkepung rapat seperti itu, persedian air tentu sahaja perlu, tiba-tiba bani Quraizhah menunjukkan indikasi berkhianat. Mereka rupanya berpendapat bahawa inilah permulaan kehancuran Islam dan oleh kerana itu mereka mengambil kesempatan dengan memihak kepada pihak yang akan menang. Secara sembunyi mereka membina hubungan dengan pakatan pimpinan orang-orang Quraish.
Akan tetapi, berita tersebut telah sampai kepada Nabi sehingga baginda memerintahkan beberapa sahabat untuk meneliti kebenarannya dengan berpesan jika khabar itu ternyata benar, maka rahsiakan dan jika salah maka sebarkan. Hal ini adalah kerangka perang saraf dengan pasukan sekutu bahawa bani Quraizah tidak berbuat khianat. Tetapi setelah diselidiki maka ternyata benar pengkhianatan tersebut. Berkat pertolongan Allah swt, perang Ahzab berakhir dengan kegagalan sekutu, iaitu terjadinya taufan yang menghancurkan perkhemahan mereka di sekitar Madinah dan selamatlah masyarakat Madinah pimpinan Nabi.
Masalah pengkhianatan bani Quraizah kemudian diputuskan oleh hakim yang telah dipilih. Mereka memilih seorang muslim bekas anggota bani Quraizah dengan harapan orang tersebut akan simpati kepada suku asalnya. Tetapi ternyata sangkaan mereka meleset, mereka semua kaum lelaki bani Quraizah harus dibunuh, isteri-isteri dan anak-anak mereka dijadikan hamba dan dijual.[6]
Bentuk Ancaman.
Antara perbuatan yang tidak disukai Allah swt dan tiada limpah rahmat kasih sayang kepada mereka.
Tertulis setiap perbuatan khianat mereka di atas bendera yang di pegang sendiri agar dapat dilihat ketika di padang masyhar kelak.
[1] Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=khianat[2] Sheikh Abdullah Basmeih. Tafsir Pimpinan ar-Rahman (Kepada Pengertian al-Quran). 2000. Darul Fikir: Kuala Lumpur. MS 850[3] M. Quraish Shihab. Tafsir al-Misbah (Pesan, Kesan dan Keserasian al-Quran). Jilid 8. 2009. Penerbit Lentera Hati: Jakarta. MS 218[4] Ibid. Jilid 2. MS 704[5] Dr. Musthafa Dib al-Bugha. Syarah Riyadhush Shalihin Imam an-Nawawi. Jilid 3. 2010. Gema Insani: Jakarta. MS 419[6] Budhy Munawar-Rachman. Ensiklopedia Nurcholish Madjid (Pemikiran Islam di Kanvas Peradaban). 2006. Yayasan Wakaf Paramadina-Penerbit Mizan: Jakarta. MS 2476Abu Fattah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2020/05/ancaman-allah-kepada-orang-yang-khianat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 313 hits
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan iste...
Kalau Allah Bertempat

Kalau Allah Bertempat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 232 hits
KALAU ALLAH BERTEMPAT SERUPA DENGAN BENDACatatan kecil Dr HM Rakib Jamari S H M Ag Yang bertempat hanya benda Baik benda gaib maupun benda nyata Diam atau gerak itulah sifatnya Saling bergandung sesamanya Sedangkan Allah tidak bertempat Kar...
Allah Mendorong Si Mati Ke Tempat Kematiannya

Allah Mendorong Si Mati Ke Tempat Kematiannya

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 239 hits
Arwah disahkan positif Covid 19 setelah ditemui meninggal dunia di tepi jalan menghala ke Muadzam Shah Pahang ketika dia sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kuala Terengganu dari tempatnya di Segamat Johor Oleh kerana terlalu rinduka...
Naysila Mirdad Bakal Mualaf Jelang Nikah Ayah Insya Allah

Naysila Mirdad Bakal Mualaf Jelang Nikah Ayah Insya Allah

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 581 hits
Pasangan sejoli Naysila Mirdad dan Roestiandi Tsamanov sudah mengarungi jalinan asmara selama 4 tahun Mereka dikabarkan akan segera melenggang ke pelaminan Jamal Mirdad pesinetron senior sekaligus ayah Naysila mengatakan rencana pernikahan ...
T Kasil Pengirim Artikel Ini Sebarkan 90 Khianat Ph

T Kasil Pengirim Artikel Ini Sebarkan 90 Khianat Ph

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 243 hits
90 Pengkhianatan PH Semasa Mereka Memerintah Negara Selama 22 Bulan1 Yang meletakkan kafir Harbi mengurus hal ehwal Islam spt T Haji PH2 Yang laksanakan tender terbuka secara direct nego untuk kroni sahaja PH3 Yang kata untuk bayar hutang 1...
Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

Setitik Air Mata Isteri Jatuh Sebab Suami Sakitkan Hatinya Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 577 hits
Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah Sakitkan...
Wajah Allah Artinya Kemuliaan Zat Allah

Wajah Allah Artinya Kemuliaan Zat Allah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 302 hits
SEMUANYA BINASA KECUALI WAJAH ALLAHCatatan Kecil Dr Drs H M Rakib Jamari S H M Ag Muballig IKMI Pekanbaru Riau Tulisan ini dibuat untuk menjelaskan makna ayat majazi yang sering disalahpahami oleh orang orang yang menolak dan yang menerima ...
Kembara Menuju Allah Oleh Ustazah Asma Harun

Kembara Menuju Allah Oleh Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 324 hits
Kembara Menuju Allah oleh Ustazah Asma HarunInilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya Buku ini mengandungi monolog monolog hati kisa...
Ibarat Mimpi Tengok Isteri Anak Terpelanting Keluar Allah Masih Lindung Kami Sekeluarga

Ibarat Mimpi Tengok Isteri Anak Terpelanting Keluar Allah Masih Lindung Kami Sekeluarga

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 324 hits
Akibat kecuaian orang lain orang lain pula yang jadi mangsa Ini yang berlaku pada satu keluarga apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah dilanggar oleh kereta yang sehingga hari ini belum dapat dikenal pasti lagi Detik cemas yan...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus

Ipr Lonjak Pendapatan Peniaga B40

Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun