Aktiviti Lasak Outdoor Di Kelantan 4h3m


Assalamualaikum,
Hari ni, saya nak kongsi pengalaman saya dan rakan rakan bercuti bersama. Aktiviti macam ni, kami biasanya buat 2 kali dalam setahun.
But due to PKP, trip kami ke Semporna pada Jan 2021 dah tertangguh. 
Dan PKP yang berpanjangan, kami tak dapat ke mana mana. Sehinggalah ada sedikit ruang. Kami berpakat dan terus jadi untuk trip kali ni.
 
Geng dari KL sampai. Mereka bertolak jam 9 malam. Sampai ke Machang jam 4 pagi. Ada 6 orang depa satu kereta. 

Sebelum berkumpul, dah habaq siap siap. Semua orang mesti buat Personal Covid Test. Alhamdulillah, semua negatif.

Aktiviti pertama kami. Solat Subuh berjemaah di Masjid Tuanku Yahya Petra, Machang. 

Then sarapan. Arham yang ambil gambar tu, sepanjang malam tak tidur. Huhu. Jadi Co-Pilot. Kena teman driver bawa kereta. Haha.

Lauk sarapan simple simple je.

Izwan nak try bawa kereta saya. Saya habaq, jangan try. Nanti berkenan. Sapa yang biasa pakai 4x4, kalau ada duit extra. Saya nasihat jangan try Ford Ranger Raptor. Bukan apa, takut terambil pulak.

Destinasi pertama kami hari ni, melawat Masjid Lapan Kubah di Jerteh, Besut. 

Macam masjid di Rusia jer. Happening betul. Unik


Saya bergambar dengan "kembar" saya dulu. Ahaks. 

Sejujurnya, masjid ni sangat unik. Dan santek


Pemandangan dari udara


Kami solat sunat Dhuha dulu. Perghh.. Bagus tak itenary kami kali ni. Ahaks. 

Next destination, mendaki Bukit Keluang


Okaz, kiranya dia lah tuan rumah kami. Dia jugalah yang bertanggung jawab menghasut saya join trip ni

Lepas saya dihasut, saya pun berjaya menghasut orang lain juga. Ahaks. 

Mula mula naik, semua muka boleh senyum lagi... Sabar bang sabar.... Ni baru iklan..


Mula terasa tu... Sampai tarik tali dah tu..


Nampak tak, muka minta nyawa. Haha.


Ni orang kata, peluh berjerau. 

Kalau anda fit, 15 minit dah boleh sampai atas. Tapi, team kami ni ramai yang dah 4 series. Jadi, banyak pit stop. Kami ambil masa agak lama untuk naik ke atas


Finally. Alhamdulillah. Dah sampai atas. Tengok dia letak lengan atas besi tu pun tau dah, dia penat


View di atas memang santek


Model abad ini. Ahaks..


Minta nyawa....


Gambar cantik cantik ni semua edit yer. Ahaks. Ni diambil guna kamera Samsung Ultra apa ntah. Yang power tu lah. 

Habis bergambar di atas, kami mula turun


Nak turun ni, laju lah sikit. Muka pun senyum gak la. Tak lah moyok macam masa naik. 

Boleh tahan jalan dia. Sedikit curam bahagian ni


Dah sampai bawah, boleh la nak peace bang. Masa nak naik tadi. Haha.. Macam kucing beranak tak lepas semua. Miakaka..


Sebagai ganjaran, semua yang turun dapat air kelapa sorang satu. Dap sangat. Nak nak bila lepas turun dari bukit, penat penat orang sua air kelapa. Dia punya feeling, fuh. Lain macam bai..


Next destination. Pantai Nami, area Bachok. Gambar ni ala ala masa kami pi Yogjakarta dulu. 

Sorry lah yer. Masing masing menunjukkan taring mereka yang sebenar. Dah setahun tak travel. Haha.. Ginilah jadinya. Bergambar kalah kan gegirl je


Team P.A.S.K.A.L diketuai Van Diesel Hafiz.  Haha.Nampak gaya, yang lain dalam gambar ni bakal menyusul sorang demi sorang. Tanda tanda dah ada semua tu. Tak faham tak per. Haha.


Member ni first time join trip kami. Tak pernah travel tak bawa bini. Baru sehari tinggal, dah jadi macam ni. Sian. Hahaha...  Tak per bang, slow slow belajar. Banyak lagi trip kita lepas ni. Semua geng travel lelaki jer. 

Ha.. acener ambil gambar macam ni... Guna panorama mode la. 

Kami ni 3 orang biras. 

Tak faham semua nak tunjuk  kepala ni. Haha. Nak tunjuk rambut dah sikit ler tu. 

Tengah hari, kami makan di kedai makan lauk berhidang. Sedap tak sedap, tak perlu tanya. Biar wajah Ustaz Syukur (kanan) menceritakan segalanya. 

Next destination, Masjid Pulau Gajah. Masjid ni diperbuat daripada kayu. Sangat cantik dan unik. Boleh la pi melawat masjid ni


Tiang seri pun guna kayu balak terus. 

Lain dari yang lain

Macam biasa, model nak kena bergambar sebelum bergerak ke tempat lain.


Jumpa pulak batu bersurat Terengganu ni kat luar masjid. Ambil jer lah gambar. 

Next destination, masing masing nak makan Mee Kuah Perut Muda pulak. Layanzzz...

Sekali perut habis. Tinggal perut tua je yang ada. Last last semua ambil mee daging jer

Makan  pun laju laju tak ingat dunia, sebab kita ada agenda penting satu lagi hari ni


Tara... Kami nak naik Flying Fox pulak. Yang uniknya kali ni. Ia  Flying Fox yang terpanjang di Malaysia iaitu sejauh 500 meter


Bismillah.... Let's Fly. To Infinity And Beyond !!!


Best habaq hang.... Jauh... Dan panjang


Muaz pun naik juga...  

Pi punya ramai, yang naik 3 orang jer. Serrr... Harga untuk naik ni hanya RM35 sahaja. 

Makan dadih pulak... Susu segar pun ada. Tak per. Layan jer. Janji perut boleh isi


Tara... Makan malam kami  malam satu. Sate Kak Nah. Gerai No 3. Di Machang. Sedap wei. Penuh kedai dia. Depa bajet sorang 10 cucuk.  Jenuh la nak makan. Petang tadi dah makan mee. Last last tak habis jugak. Uhuks. Bungkus makan esok. 

Day 2 - Kami sarapan pagi di Jeli. Ada satu kedai ni, sediakan sarapan lauk yang banyak. Nak kena makan nasi sebab harini banyak aktiviti luar. 

Nyum nyum. Nampak tak sate semalam tu, haha. Tak habis lagi. Sedap tu layan dengan nasi. 

Lepas tu, kami singgah sekejap ke projek perumahan Okaz di Jeli. Dia dan Izwan ada buat projek membangunkan dua unit rumah berkembar untuk dijual. Rumah ni terletak 500 meter dari UMK. 

But, suddenly, something bad happen. Salah seorang dari kami dah terjatuh ke dalam longkang. 

Dan kaki dia luka teruk. Jemmmmm...


Lepas tu kami decide untuk berpecah dua kereta. Satu group naik Vellfire dan terus ke Dabong untuk first activity. Saya akan bawa "mangsa" ke hospital untuk rawatan


Dah tunduk keinsafan tu... Huhu... Memikirkan nasib diri yang tak dapat join aktiviti selepas ini. 

Syukur Alhamdulillah, di hospital tempat kecemasan waktu tu tak ada orang langsung. Kiranya, si Hafiz tu lepas register terus dapat masuk. 

Alhamdulillah, pantas juga. Terus masuk dan dapat rawatan


Berbalut juga la kaki dia ni. Dan akhirnya doktor bagi tahu, "Kaki jangan kena air. Dan kalau nak sembuh cepat, tak perlu lah join aktiviti kali ni...." 

Saya pulak, terus ke Farmasi untuk ambil ubat. Dan amazingly, di unit farmasi pun langsung tak ada orang. Orang Jeli ni bagus, sihat sihat. Tak perlu pergi hospital. 

Waktu tu, mereka yang naik Vellfire dah sampai pun ke Dabong. Bersiap sedia untuk aktiviti Hiking


Cumanya, brotherhood depa ni tinggi. Depa kata. Depa akan tunggu saya dan Hafiz. Even Hafiz dah tak boleh join, at least saya tak terlepas.Huhu

Selepas satu jam, Alhamdulillah. Saya pun sampai ke sini. 

Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan aktiviti Caving. Ada 3 gua yang kami akan masuk hari ni. Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar. 

Laluan sini agak sempit. Tapi best


Pihak penganjur bekalkan kami sorang satu lampu di kepala untuk memudahkan kami bergerak dalam gua yang gelap tu


Dalam gua ni, kalau tutup lampu serious gelap terus tak nampak apa. Sebab tulah nama dia Gua Gelap. Senangnya la hai nak bubuh nama gua. Haha


Alang alang dah masuk Gua, pakai pulak jersey Man U. Saya Check In dulu.


Next kami masuk Gua Keris. Hasil stalaktig dan stalakmit, jadilah batu berbentuk keris ni. 

Nak buat gambar lompat, tapi ini jer yang jadinya. Hadoi layai hoi


Some of the view dalam Gua Keris


Stalaktik


Batu batu yang terbentuk dalam gua


Cantik punya batu bentuk gajah, atas batu


Sib baiak dia tak namakan gua ni Gua Gajah. Tapi bentuk dia tu boleh la. Ala ala gajah


Semua ambil gambar dulu...


Nak keluar dah Gua Keris....


Ni pulak Gua Pagar..... Banyak batu batu berbentuk macam batu karang ada dalam gua ni. Dipercayai jutaan tahun dulu, kawasan ini adalah laut. Jadi, ini antara kesan batu karang yang tertinggal....


Ok... Kita gerak lu


Alhamdulillah, hampir dua jam kami beraktiviti di sini. Jenuh keras la si Hafiz tunggu kami di kereta tu. 

Ni kontek kalau korang nak dapatkan khidmat Teroka Gua. Contact sendiri yer


Our next destination adalah Stong Hill Resort. Tempat dimana kami akan bermalam pada malam ini sebelum buat aktiviti seterusnya di kawasan ini


Sinilah tempatnya...


Ini harga kalau nak sewa. Murah murah je yer.

Inilah chalet chalet yang kami sewa. Kami ada 9 orang. Jadi kami sewa 4 chalet. 

Mengenang diri yang kurang bernasib baik kali ini. 

Depan chalet kami, ada tempat mandi untuk kanak kanak


Dan disebelah dia ada air terjun yang sangat best. Apa lagi, kami pun ambil peluang untuk mandi air terjun ni. Dia punya feeling, best wei. Tak boleh bawa bincang. 

Selepas Solat Asar. Kami buat aktiviti seterusnya iaitu ATV. 

Bergaya..... Suker le tu


So, everyone is ready... Let the journey begin


Laluan yang kami lalui tu tak lah terlalu mencabar. Bagi saya biasa biasa saja. 

Sesekali jumpa la laluan berselut ni. Depa kata kalau hujan akan lagi best


Ada 4 kali masuk sungai..


Kalau muka macam ni, nampak gaya best la. Untuk first timer, akan rasa best juga la trek ni. Tapi yang adventures, akan rasa track ni biasa biasa saja


On the third day, kami semua menjalankan Aktiviti Mendaki Kem Baha. Perjalanan bermula seawal jam 4 pagi. Dijangkakan, perjalanan ambil masa hampir 2 jam. 
So, kita mulakan dengan bacaan doa dulu sebelum memulakan pendakian


Dengan lafaz Bismillah. Lets the journey begin


Are you ready? I am.. Lets go


Sejujurnya, nak mendaki ke Kem Baha ni tak lah susah sangat. Yang susahnya, sebab kami semua ni tak fit. Tak training. Tiba tiba terus naik je. Beginilah jadinya. 

Bila naik dah berpecah kepada 3 team. Syukur Alhamdulillah kami ada 3 guide. Jadi senang lah sikit. Yang laju pi laju, yang sederhana satu geng, yang slow satu geng. Jadi masing masing boleh ikut pace masing masing. 

Hampir dua jam gak la kami nak sampai ke Kem Baha ni


Depa ni laju sungguh. 1 jam 10 minit dah sampai. 

Air Terjun Jelawang


Izwan 

Selesai rileks rileks di Kem Baha. Kami semua mula turun ke bawah


Turun semua boleh senyum la. Nak naik tadi sorang sorang muka ketat


Bukan naik jer ada pit stop. Turun pun ada pit stop jugak. 

Teruk juga jalan nak naik atas masa pagi tadi. Tapi masa nak naik tak nampak pulak jalan macam ni. Gelap je. Dah turun baru nampak


Kami singgah mandi di air terjun ni. Best jugak. 

Guide kata kalau mandi bawah ni rasa best.  So, Okaz laju je naik ke sini


Best ke best


Ni part yang mencabar sikit. Guide tu kata, jalan elok elok. Hati hati. Jangan menggelongsor ke bawah. Kalau jatuh, kutip kat bawah je. Huhu. Mengerikan. 

Part last, nak kena cross sungai ni. Ni agak sedikit bahaya. Tapi jalan slow slow. Alhamdulillah. Semuanya selamat. 

Sebelum balik. Kami berhenti kejap ambil gambar di land mark Gunung Stong ni. Been There. Love It. Done That


Disebelah petang, kami buat aktiviti Water Tubing pulak di Sungai Kenerong. Harga setiap seorang RM70 untuk masa 1 jam 30 minit


Semua dah ready, lets go


Semua ceria ja


Ini adalah aktiviti water tubing ke 3 dalam hidup saya. Sejujurnya, ini yang paling boring. Huhu. Sebabnya air sungai terlalu tenang. Tak laju. Slow je jalan



Our final destinatioon hari ni. Kami berhenti makan Mee Udang yang famous di Dabong


Hmmm.. Dapnyer..


Satu bekas RM15. Kira boleh lah kan

So, that's all about our story this time

Insya Allah. Our next trip will be Semporna January 2022. Semua tiket flight dah beli. Trip dan booking. Tunggu masa saja

Semoga Allah memberkati trip ini dan mengekalkan ukhuwah kami semuanya. 
























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2021/11/aktiviti-outdoor-di-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Didakwa Terpaling Outdoor Aktiviti Berkhemah Di Parkir Genting Highlands Jadi Ikutan Anak Muda

Hiburan Didakwa Terpaling Outdoor Aktiviti Berkhemah Di Parkir Genting Highlands Jadi Ikutan Anak Muda

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 183 hits
Seperti tiada kerja lain tindakan sekumpulan anak muda yang menjadi tular di media sosial gara gara berkhemah di kawasan parkir Genting Highlands mengundang kritikan netizen Video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial T...
Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi Skycab

Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi Skycab

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 262 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi dan dirindui selalu Ini adalah posting terakhir Maha nak kongsikan untuk percutian dan perjalanan di Pulau Langkawi baru baru ini...
Hiburan Berjodohan Dengan Gadis Pantai Timur Netizen Korek Balik Video Caprice Kutuk Mek Kelantan

Hiburan Berjodohan Dengan Gadis Pantai Timur Netizen Korek Balik Video Caprice Kutuk Mek Kelantan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 273 hits
Diam diam sahaja penyanyi rap melangsungkan perkahwinan semalam sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen terutamanya di media sosial Twitter Seolah olah memakan diri sendiri Caprice khabarnya telah melangsungkan pernikah...
Kali Pertama Naik Kapal Terbang Airasia Ke Kelantan Dalam Norma Baharu

Kali Pertama Naik Kapal Terbang Airasia Ke Kelantan Dalam Norma Baharu

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 196 hits
Kali akhir saya naik kapal terbang sebelum meletusnya suasana atau norma baharu juga ke Kelantan PKP pertama yang negara kita buat adalah pada 18 March 2021 Kerajaan terpaksa kenakan lockdown untuk membendung wabak Covid 19 yang dah mula me...
Hiburan Tak Menang Tangan Melayan Ds Vida Sahkan Janda Kelantan Saham Tinggi

Hiburan Tak Menang Tangan Melayan Ds Vida Sahkan Janda Kelantan Saham Tinggi

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 351 hits
Berita pernikahan antara penyanyi rap Caprice bersama isteri yang dahulunya ibu tunggal anak seorang telah meraih perhatian ramai orang termasuklah usahawan kosmetik terkenal Jelasnya memang diperakui golongan janda yang berasal dari Kelant...
Kelantan Telur Ayam Naik Harga Rm1 50 Sepapan

Kelantan Telur Ayam Naik Harga Rm1 50 Sepapan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 283 hits
Tinjauan di beberapa lokasi kedai di sekitar Kota Bharu mendapati harga telur ayam naik RM1 50 sepapan iaitu RM13 50 berbanding RM12 sepapan sebelum ini Seorang peniaga Wan Zakira Wan lokman 30 memberitahu sebelum ini dia dapat menjual RM2 ...
Dikhabarkan Kahwin Dengan Wanita Kelantan Tapi Ada Pula Warganet Tak Puas Hati Dengan Caprice Disebabkan Ini

Dikhabarkan Kahwin Dengan Wanita Kelantan Tapi Ada Pula Warganet Tak Puas Hati Dengan Caprice Disebabkan Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi rap Caprice dikhabarkan sudah menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita berasal dari Kelantan
Rencah Kena Tumbuk Ini Petua Masak Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Sedap

Rencah Kena Tumbuk Ini Petua Masak Mee Kuah Kelantan Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 330 hits
Mee Kuah atau dalam dialet Kelantan Mee Kkuoh ni memang sangat sedap dan mebuka selera Ada juga yang panggil Mee Rebus Istimewa resipi ini ialah mee dimasak bersama kuali secara terus di dalam kuali Memang best Bagi anda yang tak pernah cub...
Perlawanan Antara Jdt Dan Kelantan Kecoh

Perlawanan Antara Jdt Dan Kelantan Kecoh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
JOHOR BAHRU 22 Mei Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim vs Kelantan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin dekat sini terpaksa ditangguhkan seketika selepas berlaku ketegangan antara penyokong kedua dua pasukan t...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Apakah Itu Sistem Bantuan Pemandu Dan Fungsinya

Tamago Kake Gohan



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Puisi 35 Takdir

Raya Raya Raya 2024

Siput Serang Tanaman

Year Round Pool Fun Pool Place Easton Your Partner In Pool Maintenance

3 Lelaki Positif Dadah Ditahan Samun Pelajar Di Kolej

Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun Anak Ketua Polis Lahad Datu Ditemui Maut Berlumuran Darah