Ajai Industri Muzik Tak Akan Mati






Persembahan atas talian yang menjadi pilihan ramai penyanyi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan kini menjadi rutin normal baharu dalam mendekatkan diri dengan peminat.

Komposer dan penyanyi, Ajai berkata, persembahan secara virtual menunjukkan kebijaksanaan artis dalam mempertahankan populariti, selain memastikan hubungan dengan peminat terus terjalin.

Ajai yang sudah tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni menganggap industri muzik tidak akan mati hanya disebabkan penganjuran konsert atas talian ketika semua persembahan terbuka dilarang.

Namun, kata Ajai, konsert secara 'live' tetap menjadi pilihan peminat kerana kepuasan penonton berbeza.

"Industri muzik tidak akan mati tetapi keadaan akan kembali seperti biasa sebaik wabak COVID-19 berakhir.

"Bagi saya, artis yang memilih membuat persembahan atas talian menunjukkan kebijaksanaan mereka untuk kekal relevan di mata peminat.

"Persembahan secara virtual tidak akan mematikan industri muzik. Semua ini hanya untuk sementara waktu sahaja.

"Ketika ini, ramai memilih membuat persembahan secara virtual termasuklah artis antarabangsa kerana situasi semasa," katanya kepada BH Online.

Ajai berkata, peminat fanatik tidak kisah menonton persembahan artis pujaan melalui sebarang medium.

"Sekalipun konsert secara virtual tidak memberi kepuasan asalkan dapat melihat aksi artis pujaan mereka, itu sudah memadai," katanya.

Tambah Ajai, konsert 'live' lebih memberikan kepuasan kerana suasana dan nikmatnya berbeza.

"Sesetengah peminat datang menyaksikan konsert bukan semata-mata kerana penyanyi, ada yang mahu melihat pemuzik beraksi. Sesetengahnya pula datang untuk menikmati muzik.

"Samalah seperti sambutan Aidilfitri, keseronokan bertemu sanak-saudara secara berdepan adalah berbeza dibandingkan dengan panggilan video.

"Apabila kita menonton konsert virtual, kita tidak dapat suasana konsert sebenar. Nilai konsert itu terletak kepada sistem bunyi, bukan visual," katanya.

Ajai berkata, selagi radio dan televisyen (TV) masih wujud, industri muzik tidak akan mati.

"Ketika ini, bukan industri muzik sahaja yang terjejas tetapi semua sektor berikutan penularan COVID-19.

"Bagaimanapun, buat masa ini, industri seni tidak menjadi pilihan teratas masyarakat.

"Mereka lebih memberi tumpuan kepada perkara yang menjadi keperluan asas seperti mencari wang demi kelangsungan hidup," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/05/ajai-industri-muzik-tak-akan-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 Pemandu Mabuk Menduduki Tangga No 17 2 Industri Getah Sudah Mati Secara Rasmi Innalillah

1 Pemandu Mabuk Menduduki Tangga No 17 2 Industri Getah Sudah Mati Secara Rasmi Innalillah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 350 hits
1 Kes Nombor SATUSe ekor daripada mereka kata kita harus membuat undang undang baru untuk mengawal penjualan arak Arak ini lazimnya melibatkan orang bukan Islam Jadi secara indirect dia mainkan isu perkauman iaitu orang bukan Islam yang min...
Kejam 11 Ekor Kucing Ditemui Mati Bergelimpangan Didakwa Diracun

Kejam 11 Ekor Kucing Ditemui Mati Bergelimpangan Didakwa Diracun

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 345 hits
Kejam 11 ekor kucing ditemui mati dalam keadaan bergelimpangan dipercayai dibunuh di sebuah kawasan perumahan di Rawang Selangor Kesemua bangkai mangsa yang dipercayai mati akibat racun telah ditemui di sebuah apartment Persatuan Haiwan Mal...
Budak Istimewa Didakwa Dibiar Kelaparan Ditemui Mati Dengan Kesan Digigit Tikus

Budak Istimewa Didakwa Dibiar Kelaparan Ditemui Mati Dengan Kesan Digigit Tikus

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 342 hits
Seorang kanak kanak perempuan ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan wajahnya yang telah di makan tikus Polis melaporkan kanak kanak tersebut yang berusia 4 tahun dibiarkan mati kelaparan dan ditemui terbaring di katilnya Mangsa yang ...
Naik Hantu Pukul Anak Sampai Mati

Naik Hantu Pukul Anak Sampai Mati

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 220 hits
Uttar Pradesh Bengang kerana anak perempuannya bising seorang bapa di utara India memukul dua kanak kanak malang itu dengan batu bata sehingga mati Kejadian dilapor berlaku di perkampungan Banethu Sant Kabar Nagar di sini pada malam Ahad la...
Hukum Mati Pemandu Mabuk Malaysia Wajar Ikut Taiwan

Hukum Mati Pemandu Mabuk Malaysia Wajar Ikut Taiwan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 396 hits
Warga maya menyarankan hukuman mati kepada pemandu mabuk agar kemalangan maut membabitkan golongan itu tidak berulang Mereka berpandangan hukuman mati perlu diperluaskan kerana memandu dalam keadaan mabuk cenderung meragut nyawa Beratkan hu...
Kes Mati Langgar Akibat Mabuk Hari Hari Tak Kan Cadang Sahaja

Kes Mati Langgar Akibat Mabuk Hari Hari Tak Kan Cadang Sahaja

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 334 hits
Bob Kelanang Sejak dua menjak ni saban hari kita dikejutkan dengan kes kematian akibat pemandu mabukMAMAT NI DULU SAKAN SIANG MALAM ARAK MABUK ARAK MABUK PEEEEGEDAHHHHH KAH KAH KAH Aku ingatkan kisah pemandu mabuk ni hanya wujud di zaman PH...
2 Raja Raja 4 Ayat 33 37 Elisa Lebih Hebat Saat Hidupkan Si Mati

2 Raja Raja 4 Ayat 33 37 Elisa Lebih Hebat Saat Hidupkan Si Mati

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 280 hits
BELAJAR BAHASA INGGERIS DARI BIBELELISA MENGHIDUPKAN ORANG MATIAyat Ayat Pilihan Dr HM Rakib Jamari Riau 2 Raja Raja 4 ayat 33 37ELISA IS GREATER THAN ISA AL MASIH BECAUSE SHE COULD BRING THEAT MAN TO LIVE33 He went in therefore shut the do...
Bengang Dengar Bunyi Bising Bapa Pukul Kepala 2 Anaknya Dengan Batu Bata Sehingga Mati

Bengang Dengar Bunyi Bising Bapa Pukul Kepala 2 Anaknya Dengan Batu Bata Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 466 hits
Seorang bapa tergamak memukul dua anaknya yang masing masing berusia dua dan lima tahun sehingga mati kerana tidak tahan dengan bunyi bising dari dua beradik itu yang sedang bermain Kejadian itu berlaku di perkampungan Banethu Sant Kabir Na...
Pengakuan Berani Mati Saya Sebagai Seorang Blogger

Pengakuan Berani Mati Saya Sebagai Seorang Blogger

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 478 hits
Pengakuan Berani Mati Saya Sebagai Seorang Blogger Alhamdulillah sekarang saya dah jadi work from home Betul betul boleh membuat duit dengan menulis Saya bermula menjadi sebagai ghostwriter sahaja Saya mula aktif mengambil upah menulis sepe...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang