Ahlan Wasalan Kepada Zainal Azman Ke Moa


SUSUPAN PAGI

AGAK terlewat sedikit tetapi masih belum terlanjur untuk ucap selamat datang ahlan wasalan kepada Zainal Azman Abu Seman (foto) yang menjadi Ketua Setiausaha (KSU) baru di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Kemasukan atau penempatan Zainal ke situ selepas bekas KSU Sallehhuddin Md Hasan di"sayornara"kan dari MOA dengan sedikit kontroversi.

Bekas KSU itu adalah KSU era kedua Dr Mahathir jadi PM yang paling menonjol dan popular berbanding dengan KSU lain. Di awal penampilannya dahulu saya pernah mengesani hal ini bilamana kerap melihat beliau tampil bersama menteri tidak kira di darat dan di lautan, dalam negeri waima di luar negeri dalam hampir semua acara dihostkan menteri.

Jadi agak ironis apabila tiba-tiba Sallehhuddin tidak dapat bertahan lama di kementerian yang menjaga nasib dan masa depan golongan petani, nelayan dan peladang itu. Apa yang sudah berlaku biarkanlah; asal kapas menjadi kain, dari kain dibuat baju... pergilah ke lain buatlah tekad baru.

Hari pertama Zainal Azman lapor diri ke MAS
berjumpa dengan Salahiddin Ayub.MOA perlu terus ke depan walaupun siapa menjadi menteri dan KSUnya. Keutamannya kepada rakyat bukan kepada sesiapa individu yang ditempatkan disitu. Bersama Zainal Azman, MOA harus bergerak ke depan dengan penuh progresif dan optimistik lagi.

Dan Zainal Azman yang dipindah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak, sebelum itu diviralkan di pool kan, perlulah melakukan sesuatu dan meletakkan "pancang jaya" terbaik di MOA.

Kehadiranya disitu berganding bahu dengan Salahuddin Ayub biarlah membawa erti kepada rakyat dan kerajaan dengan lebih berkesan lagi. Salahuddin pula selepas ini tidak perlu "berwaspada" dan rimas-rimasan lagi.

Bila bercakap fasal MOA dan kelangsungannya untuk membantu petani, nelayan dan peladang, apa yang harus dan hendak Zainal Azman lakukan mungkin sudah terpeta dalam kepalanya. Beliau turun tangga untuk ke MOA tentu dengan bacaan Basmalah yang membawa misi lebih hebat dan penuh iltizam demi rakyat lagi. Kejayaan dan kecemerlangannya semasa di Perak mungkin akan diulangi di MOA.

Setelah lebih seminggu beliau berada disitu apabila selesai sesi suaikenal diadakan dengan menteri dan para pegawai, tentu beliau telah merangka pelan tindakan dan memikirkan apa yang hendak dilakukan. Pastinya beliau juga faham kesediaan warga MOA untuk menerimanya kerana mereka mahu melihat sesuatu yang baru secara drastik serta melenyapkan apa-apa moment buruk dan pahit di MOA sebelum ini.

Kita yakin sebagai seorang pegawai awam yang berdedikasi, Zainal Azman mampu melakukannya dan tidak mengambil masa panjang untuk menyesuaikan diri di MOA.

Signifikan awal.
Bercakap mengenai kementerian ini, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh KSU baru itu. Subjek yang beliau kena tengok mungkin tidak mustahak tetapi ia cukup menjadi signifikan awal buatnya. Apa yang dimaksudnya ialah melihat dan menyemak beberapa projek dibawah MOA yang terbengkalai ataupun berkeadaan hidup segan mati tidak mahu.

Sebelum ini banyak projek dibawah MOA yang menelan belanja berbillion ringgit menjadi gajah putih atau ia dirancang bukan sangat kerana kepentingan rakyat tetapi lebih kepada kepentingan pihak tertentu yang merancang projek-projek itu dengan tujuan untuk menjarah peruntukan itu.

Ada projek dibangunkan tanpa kemunasabahan langsung seolah-olah ia pakai buat tanpa perancangan dan kajian terperinci. Ini berlaku kerana ada persubahatan dengan menteri dan pegawai yang terbabit.

Hal ini di sepanjang 18 bulan lalu seakan dilupakan. Mungkin kerana menteri sendiri dan KSU ketika itu ghairah untuk menjana dan merangka projek-projek baru bagi dijadikan trade mark mereka. Biasalah apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan oleh menteri dan KSU sebelum ini ia menjadi sejarah. Perkara ini seakan menjadi lumrah dan tradisi dalam pentadbiran negara "belalang kencung" ini.
Sikap begitu tidak baik dan bukan sikap berjiwa negara. Disamping menjenguk jauh ke depan dengan pancaran idea-idea baru sepatutnya apa yang telah berlaku dan ditinggalkan di MOA tidak diabaikan begitu sahaja. Mana-mana yang baik diteruskan sementara kelemahan perlu ditangani kerana ia melibatkan wang rakyat. Setiap sen wang rakyat perlu diselamatkan. Wang dan harta rakyat yang sudah keras menjadi batu dan besi pun sepatutnya ada daya dan inisiatif untuk dileburkan semula biar ia bermanfaat.Sehubungan itu apa dimaksudkan di sini ialah mengenai beberapa projek mega yang dirancang oleh MOA sebelum ini tetapi tidak diteruskan atau lebih malangnya ia terbengkalai begitu sahaja tanpa ada pelan pemulihan. Gara-gara itu menyebabkan berbillion wang negara yang disalurkan melalui MOA untuk kemajuan petani, penternak dan peladang membazir begitu sahaja tanpa memberi sebarang manfaat.


Bersempena dengan kemasukan KSU yang baru itu molek kalau beliau memberi sedikit masa untuk tumpu dan menyemak mengenai beberapa status projek MOA yang terbiar dan dianggap merugikan negara tetapi masih boleh dibaik pulih. Untuk ini Zainal Azman boleh meminta ketua-ketua jabatan dan agensi dalam MOA menyenaraikan mana-mana projek terbengkalai di bawah MOA. Hal ini mungkin tidak terbuat semasa KSU yang sempat berkhidmat tidak sampai setengah tahun itu.

Sebenarnya banyak projek MOA yang terbengkalai dan membazir. Di bawah ini saya sebut beberapa projek dibawah Perikanan sahaja.

1. Hatcheri ikan laut nasional Rompin dengan nilai projek RM15 juta. Status tinggal terus.
2. Projek ternakan udang galah di Kedaik Rompin nilai RM15 juta. Status tinggal terus.
3. Projek ternakan ikan dalam sangkar di Tasik Kenyir untuk orang miskin bernilai RM50 juta. Status hidup segan mati tidak mahu.
4. Projek ternakan ikan Fish Protech LKIM. Teknologi projek ini dari Australia dan telah dipasang di lima lokasi, Sepang, Tok Bali, Pekan, Pagoh dan Naka di Kedah. Anggaran kos RM50 juta. Status terbiar.

Itu adalah contoh projek terbiar di bawah Perikanan, dan masih banyak lagi projek senasib dengan contoh itu yang dikendalikan oleh MOA baik dibawah Pertanian dan Penternakan.

Setengah projek ini yang masih boleh dibaik pulihkan atau diselamat perlu dilakukan sesuatu. KSU baru kena ambil inisiatf untuk membuat semakan dan pembaikpulihkan. Jangan tertumpu kepada projek-projek baru dalam negara berkemelut dengan masalah kewangan ini.

Sekiranya perlu mungkin satu jawatankuasa (pasukan penyelamat) perlu dibentuk dan satu makensime dicari untuk membaik-pulih atau menyelamat projek terbengkalai ini.

Selain daripada menyemak status projek sakit di bawah MOA, adalah baik juga kalau KSU baru ini turut menyemak fungsi dan keberkesanan agensi-agensi dibawah MOA serta penjawatnya. Mana-mana pengerusi agensi atau ketua jabatan yang tidak menunjukkan komitmen tinggi kepada kerja masing-masing, gagal melaksanakan tugas elok mereka direhatkan atau ditukar ganti. Tidak ada gunanya memelihara beruk yang tidak pandai pulas nyiur.

Penilaian ke atas pengisian jawatan pengerusi atau ketua-ketua jabatan atau CEO perlulah dari kalangan mereka yang berkelayakan serta mempunyai iltizam tinggi untuk membangun MOA. Biarlah mereka kalau pun belum cukup kepakaran tetapi minat dengan bidang agriculture. Orang politik atau pun mana-mana individu yang dibawa menerusi jambatan politik mungkin perlu diuji, disemak dan ditilek sejauh mana kebolehan mereka. KSU kena prihatin perkara ini.

Khabarnya dengan pertukaran KSU berlaku beberapa kekosongan jawatan di agensi dibawah MOA yang mana sebelum ini ianya diketuai oleh KSU. Contohnya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), yang dipengerusikan sendiri oleh KSU sebelum ini.

Sekiranya pengerusi MARDI hendak diubah agar ia tidak dipengerusikan oleh KSU secara automatik seperti sebelum ini, pengisiannya perlulah dibuat dengan tepat. KSU bersama menteri harus memantau dan mengenal pasti watak berkenaan. Seboleh-bolehnya biarkan mereka yang arif mengenai bidang itu, atau pun kalau kebetulan mereka ada pengetahuan mengenai bidang itu tetapi biarlah seorang yang mempunyai integriti.

Mereka yang ada masalah, atau pun tinggal tahi dalam mana-mana agensi di bawah MOA sebelum ini tidak wajar untuk dinilai memegang jawatan itu. Bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali, maka KSU bersama menteri perlu membuat semakan dan "ujikaji" mendalam ke atas setiap calon untuk ditempatkan di situ. Jangan sekadar melihat CV atau mendengar jaminan pihak tertentu apa lagi kerana dibawa oleh rakan politik.

Kita yakin ramai yang berminat untuk tidur dalam lubuk emas, bernama MARDI itu yang semuanya berjanji demi rakyat dan negara.

MARDI adalah sebuah badan penyelidikan dan kajian yang diberikan peruntukan dan geran besar, dimana skop atau daerah kewujudannya berada di hampir seluruh negara.

Justeru ia perlu diawasi sebaik mungkin agar peruntukan besar itu tidak disia-siakan dan dijarah begitu sahaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu juga untuk menjamin mereka dilantik mengetuai agensi atau jabatan di MOA berfungsi dengan baik dan membawa kemakmuran kepada rakyat, wajar juga kalau MOA sedia mengadakan sistem tukar ganti mereka dalam tempoh tertentu. Sekali lagi disebutkan tidak ada guna memelihara beruk yang tidak pandai menurunkan kelapa.

Kepada Zainal Azman sekali lagi diucapkan ahlan wasalan dan sepadulah bersama Salahuddin Ayub. [wm.kl.9: 12 am 13/12/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/12/ahlan-wasalan-ksu-moa-yang-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulia Betul Hati Eina Azman Siap Bersembang Sambil Duduk Bersila Atas Lantai

Mulia Betul Hati Eina Azman Siap Bersembang Sambil Duduk Bersila Atas Lantai

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 348 hits
Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman 24 berkongsi sebuah video di Instagramnya yang membantu tiga keluarga susah di sekitar Kelantan dan turut menarik perhatian netizen Dalam video tersebut Eina juga berasa sanga...
Sinopsis Drama Terlanjur Mencintaimu 2 Lakonan Saharul Ridzwan Dan Aishah Azman

Sinopsis Drama Terlanjur Mencintaimu 2 Lakonan Saharul Ridzwan Dan Aishah Azman

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 2259 hits
JUDUL TERLANJUR MENCINTAIMU 2EPISOD 13 episodTARIKH TAYANGAN 12 Disember 2019WAKTU SIARAN Khamis Ahad 7 00 malamSIARAN TV Slot Widuri TV1 PENULIS SKRIP Mohd Fadzil Mazlan PENGARAH Mohd Fazli Yahya PRODUKSI Tekun Rasmi Sdn BhdPELAKON Saharul...
Saharul Ridzwan Dan Aishah Azman Dalam Terlanjur Mencintaimu 2

Saharul Ridzwan Dan Aishah Azman Dalam Terlanjur Mencintaimu 2

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 561 hits
Saksikan Saharul Ridzwan dan Aishah Azman dalam Terlanjur Mencintaimu 2 di TV1 mulai 12 Disember setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 00 malam SINOPSIS TERLANJUR MENCINTAIMU 2Kisah seorang pemuda yang berpelajaran tinggi berminat untuk menerus...
Duduk Bersila Kongsi Derita Eina Azman Masuk Kampung Bantu Keluarga Susah

Duduk Bersila Kongsi Derita Eina Azman Masuk Kampung Bantu Keluarga Susah

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 398 hits
Tindakan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang tampil membantu tiga keluarga kurang kemampuan mengundang perhatian pengikutnya di laman Instagram Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkongsi sebuah video ketika menziarahi keluarga...
Kalau Tak Selamatkan Kambing Tuan Dia Tak Nak Pindah Dr Azman

Kalau Tak Selamatkan Kambing Tuan Dia Tak Nak Pindah Dr Azman

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 237 hits
Banjir di Terengganu masih lagi tidak menunjukkan tanda tanda untuk surut dan ditambahkan lagi dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh meteorologi Malaysia pada hari ini Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 4 petang ini...
Bersihnya Muka Bercahaya Penampilan Eina Azman Di Tanah Suci Dapat Pujian

Bersihnya Muka Bercahaya Penampilan Eina Azman Di Tanah Suci Dapat Pujian

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 225 hits
Umum sedia maklum bahawa pelakon Datin Paduka Eina Azman sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya di Tanah Suci Makkah sejak 21 November yang lalu Pelakon berusia 24 tahun itu juga sering berkongsi beberapa posting pengalaman ketika ber...
Wawa Zainal Aeril Zafrel Kini Miliki Wisma Sendiri

Wawa Zainal Aeril Zafrel Kini Miliki Wisma Sendiri

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 397 hits
Kini sudah bergelar ahli perniagaan berjaya dan jutawan dalam bidang perniagaan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel meluahkan rasa syukur apabila perniagaan kosmetik The post appeared first on
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat

Wajibkan Fasih Bm Untuk Dapat Warganegara Pemuda Umno