999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse


999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) | Fadzi sebenarnya dah lama tak makan steak. Bila Fadzi dengar ada steakhouse nak bagi stik percuma kepada pelanggan dia, terus Fadzi rasa excited sangat.
Tapi rupa-rupanya, steak percuma tu adalah dari Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff, Johor Bahru. Tapi alang-alang Fadzi dah tau, Fadzi kongsikan lah dengan korang walaupun Fadzi tak dapat nak redeem kan.


999 Stik Percuma Daripada Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)Kalau korang yang berada di Johor Bahru tu, pastikan tarikh 5 dan 6 Julai nanti, korang pergi ke Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff. Pada hari tu nanti, sebanyak 999 stik bernilai hampir RM50 000 akan diberikan secara percuma.

Untuk dapatkan tawaran istimewa sempena dengan kempen Giveaway Half Ribs ni, korang cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit. Tawaran ini hanya sah untuk semua pelanggan yang makan di restoran dieorang saja.
Nak lagi best, kalau korang pertama kali mendaftar sebagai penggemar WISH, korang akan dapat satu scoop ais krim. 
Biasalah kalau benda-benda berbaloi macam ni, biasanya orang mesti ramai nak datang dan cuba kan. Fadzi cadangkan korang buat tempahan awal supaya tak kecewa bila pergi sana dah penuh pulak kan.

Untuk tempahan korang boleh hubungi nombor telefon di bawah. Ataupun kalau korang nak tahu maklumat lanjut pasal promosi ni, korang boleh lawati website dieorang.
013-7333280www.wadihanaislamicsteakhouse.com
999 stik percuma ini adalah sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH dari Wadihana Islamic Steakhouse kepada pelanggan-pelanggan mereka. Wadihana Islamic Steakhouse baru saja dibuka pada Februari yang lalu.
Stik yang dipromosikan untuk kempen kali ni adalah Honey Pepper Ribs yang bernilai RM49.90 setiap hidangan. 

Tentang Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.
Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.
“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd. 
Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.
“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya.
Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.

Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.
“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online.
“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.
Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.
“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.

“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.
June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).
Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.

Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.
“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup.
“Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut.
“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka.

“Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.
Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.
“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah?
“Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 
MAKLUMAT PERNIAGAAN:WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff81200 Johor Bahru, JDTTel: 07-2442422 FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2019/07/999-stik-percuma-daripada-wadihana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Inisiatif Program Mahir Digital Bersama Google Yang Dianjurkan Secara Percuma

Ketahui Inisiatif Program Mahir Digital Bersama Google Yang Dianjurkan Secara Percuma

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 154 hits
Kami percaya bahawa teknologi dapat membantu kita untuk menambah baik serta memperluaskan lagi capaian perniagaan dengan lebih efisien Melalui inisiatif Google Malaysia sebuah program Mahir Digital Bersama Google akan dianjurkan secara perc...
Prktgpiai Bn Persoal Tindakan Ph Beri Kad Sim Prabayar Percuma

Prktgpiai Bn Persoal Tindakan Ph Beri Kad Sim Prabayar Percuma

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 190 hits
Selepas mempertikaikan pengumuman peruntukan dan elaun kepada kepada nelayan Barisan Nasional mempersoal tindakan Pakatan Harapan yang dipercayai memberi kad SIM prabayar secara percuma semasa ceramah umum PH di Tenggayun dekat sini semalam...
Skim Air Percuma Darul Ehsan Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

Skim Air Percuma Darul Ehsan Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 438 hits
Rakan rakan yang berada di Selangor sudahkah anda membuat permohonan atau pendaftaran untuk Skim Air Percuma Darul Ehsan Jika belum masih tidak terlambat untuk mengisi borang permohonan Skim Air Darul Ehsan yang telah dibuka permohonan seja...
Ingin Baca E Book Secara Percuma Ini Aplikasi Yang Anda Boleh Muat Turun

Ingin Baca E Book Secara Percuma Ini Aplikasi Yang Anda Boleh Muat Turun

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 327 hits
Aplikasi e book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja e book juga menjadi pilihan bila anda boleh mendapatkannya secara percuma Jadi kami ingin berkongsi dengan anda semua aplikasi yang bole...
Dutch Lady Kellogg S Agih 50 000 Sarapan Sihat Percuma

Dutch Lady Kellogg S Agih 50 000 Sarapan Sihat Percuma

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 279 hits
Setiap pagi orang Malaysia ramai yang tidak bersarapan dengan menu sarapan yang sihat Sebab itu untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya sarapan pagi yang sihat pihak Dutch Lady Kellogg s Agih 50000 Sarapan Sihat Percuma di bebe...
Kerja Kosong Exim Islamic Bank Malaysia

Kerja Kosong Exim Islamic Bank Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 403 hits
JOB OPENINGExim Bank Malaysia is hiring 1 HEAD SHARIAH REVIEW Job Description 1 Develop the shariah review methodology ie area to be assesed high risk areas asset based debt based risk rating frequency etc 2 Develop shariah review plan on a...
Ambank Islamic Ceo Conferred With Islamic Banker Of The Year 2019 Award

Ambank Islamic Ceo Conferred With Islamic Banker Of The Year 2019 Award

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 310 hits
Eqhwan and Sulaiman posing with the Most Improved Islamic Bank 2019 Award and the Islamic Banker of the Year 2019 Award KUCHING The chief executive officer of AmBank Islamic Bhd Eqhwan Mokhzanee was awarded with the Islamic Ba
The Philippines Plan To Tap Islamic Banking Potential

The Philippines Plan To Tap Islamic Banking Potential

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 181 hits
A new law supporting the development of Islamic finance has been introduced in the Philippines in a move expected to boost financial inclusion and investment opportunities In late August President Rodrigo Duterte ratified a law granting Ban...
Rizq Islamic School Nama Sahaja Sekolah Berteraskan Agama Islam Tapi

Rizq Islamic School Nama Sahaja Sekolah Berteraskan Agama Islam Tapi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 871 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Ri...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Dap Lagi Ambil Tindakan Begini Meggajarnya

Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu