21 Prinsip Proses Menjual


 
Sebagai peniaga kita perlu menguasai ilmu menjual dan  proses menjual merupakan urusan yang paling penting yang kita perlu buat. Jadi, takdelah isu jual produk syok sendiri. Modal dah habis keluar produk. Tapi produk bersusun bawah katil, tak terjual. Sehebat manapun produk atau servis yang anda miliki, kalau tidak dapat dijual, sedikit pun tidak akan ada maknanya.

 

Saya kongsikan 21 prinsip & proses menjual yang anda perlu belajar dan praktikkan.

 

#1) Komitmen tinggi menjual

Perlu pasang niat dari awal untuk menjadi seorang peniaga yang profesional yang hebat. Bukan nak jadi jurutipu. Asal boleh ambil duit orang, tak fikir jauh ke depan. Sanggup tipu dan melakarkan rekod hitam dalam sejarah kehidupan anda. Jadi perlu pasang niat dari awal, mahu ikhlas dan jujur untuk menjual.

 

#2) Fokus pada matlamat

Sentiasa berikan tumpuan pada matlamat. Tak kira samada kena reject berkali-kali, jangan terus goyang dan hilang tumpuan untuk menjual. Terus berusaha gigih sampai jadi. Jangan juga tak ada sasaran dari segi kuantiti. Letakkan sasaran berapa unit produk dan berapa ringgit anda nak capai. Jangan hilang fokus selagi sasaran tak tercapai.

 

#3) Kuasai Kemahiran menjual

Ini kelemahan paling ketara yang ada pada kebanyakan orang. Nak jadi jurujual, tapi langsung tak ada usaha untuk kuasai skill menjual. Masuk seminar, baca buku, tanya orang yang dah berjaya dan lain-lain seumpamanya. Belajar dan amalkan secara berterusan supaya skill menjual anda sentiasa meningkat.

 

Skill menjual tidak akan diperolehi hanya secara teori. Nak betul-betul faham, perlu buat. Macam naik basikal atau berenang. Perlu praktikal baru dapat kuasainya. Lagi banyak anda buat, semakin meningkat pemahaman. Test, test dan test buat sampai jadi.

 

 

#4) Bina dan ikut sistem menjual

Membina satu sistem yang terbukti berjaya dan ikut sistem yang anda buat itu. Boleh tiruvasi sistem orang lain yang dah terbukti berkesan dan cuba lakukannya. Dari situ anda boleh perbaiki dari masa ke masa sampai jadi sistem anda sendiri.

 

#5) Sistematik

Aktiviti menjual perlu ada perancangan yang baik. Susun usaha anda itu dengan jelas satu persatu. Bukan main hentam tak tahu hujung pangkal. Jurujual mesti tau apa nak buat next dan next.

 

#6) Hormat dan dihormati

Sentiasa hormat orang lain. Jangan biadap dan tinggi diri. Dalam masa yang sama perlu ada keyakinan yang tinggi dan jangan benarkan orang tidak hormati anda. Pastikan anda belajar bagaimana cara untuk pastikan orang lain memandang anda sama taraf supaya dia bersedia untuk berurusan dan bekerjasama dengan anda. Orang sombong tidak bau syurga tau!.

 

#7) Fahami orang lain

Berusaha untuk faham orang lain dan cuba selami cara orang lain berfikir. Jangan keliru antara apa yang sepatutnya berlaku dengan apa yang biasanya berlaku. Letakkan diri dalam kasut orang lain.

 

Prospek kebanyakannya bertindak dan buat keputusan secara tidak rasional disebabkan oleh emosi yang sering berubah-ubah dengan mudah. Itu yang kebiasaannya berlaku. Terima hakikat ini dan belajar untuk faham dan ikut rentak pemikiran mereka.

 

#8) Bina senarai suspek dan prospek

Sentiasa senaraikan suspek dan bina prospek. Suspek adalah siapa saja yang anda rasa berpotensi jadi pelanggan anda. Suspek akan jadi prospek bila anda dapat berhubung atau dia berhubung dengan anda. Fikirkanlah cara untuk dapat berhubung dengan suspek sampai jadi prospek. Bila dah jadi prospek, anda perlu membuat penilaian dan terperinci dan buat penapisan.

 

Kekalkan prospek yang berpotensi sahaja dan tinggalkan yang tidak berpotensi. Jangan buang masa melayan prospek yang anda tahu bukan pelanggan yang anda sasarkan.

#9) Paham cara buat keputusan

Perlu hadam bagaimana keputusan akhir berlaku dari mula sampai habis. Ada prospek yang bertindak selaku pengguna sahaja, tapi dia tak buat keputusan akhir untuk membeli. Disamping prospek, ada juga kaki sabotaj yang akan menghalang prospek dari buat keputusan membeli.

 

Disamping prospek juga ada orang lain yang punya daya mempengaruhi. Perlu baca semua itu lebih-lebih lagi jika anda berurusan dengan sesebuah organisasi.

 

#10) Buat Network

Belajar cara terbaik untuk mendekati orang baru. Bina perhubungan awal dengan memberikan impak awal yang positif.

 

#11) Bina kepercayaan

Bila dah berjaya mendekati dan berhubungan, berusahalah untuk membina kepercayaan. Hanya orang yang dah mula taruh kepercayaan pada anda sahaja yang akan berkemungkinan membeli.

 

#12) Kumpul fakta & bentang

Jangan main-main dengan andaian. Sentiasa buat rehearsal sebelum bentang. Dalam menjual, andaian tak boleh pakai. Cari fakta yang betul dan sediakan sebelum bentangkan produk atau servis anda.

 

#13) Tanya soalan bijak

Bila bertanya, jangan buat pertanyaan bodoh yang tak relevan. Semua pertanyaan adalah bermatlamatkan untuk membawa kepada aktiviti jualan. Dari pertanyaan banyak perkara yang kita tak jangka.

 

#14) Cari keperluan pelanggan

Perlu mahir kenal pasti apa sebenarnya yang diperlukan pelanggan. Dengar percakapannya dan baca tanda-tanda yang tersembunyi untuk pastikan masalah sebenar. Dalam berbual anda perlu mahir tangkap ayat yang zahir dan terpendam.

 

#15) Selesaikan masalah.

Selesaikan masalah pelanggan. Bukannya selesaikan masalah anda. Ada orang yang nak menjual tapi pakai teknik supaya orang kasihaninya dan membeli atas dasar kasihan itu. Anda nak bantu selesaikan masalah orang atau nak orang tolong selesaikan masalah anda?

 

#16) Atasi kerisauan

Jika dah jelas yang produk atau servis anda memang diperlukan oleh pelanggan, tapi dia masih juga tak beli, biasanya hanya disebabkan satu perkara saja.

 

Dia risau. Takut buat silap bila dah beli nanti. Oleh itu, sentiasa berikan jaminan. Atau buatlah apa saja supaya rasa risau itu dapat dihilangkan.

 

#17) Tutup jualan

Bila dah selesai semua perbincangan dengan baik dan pelanggan dah tak risau lagi, segera tutup jualan.

Jualan dianggap tutup hanya bila pelanggan dapat produk atau servis anda dengan sempurna dan anda dapat pembayaran dengan penuh. Selagi tak berlaku dua proses tu, jualan masih tak ditutup.

 

#18) Buat susulan jualan

Bila dah dapat bayaran dan pelanggan dapat apa yang dia mahu, jangan tinggakan begitu saja. Buat perhubungan susulan. Berikan komitmen penuh supaya dia puas hati dan tidak rasa diabaikan.

 

#19) Kekal perhubungan

Kekalkan perhubungan. Ambil maklumat pelanggan dan simpan dengan baik. Sekali dia pernah beli dari anda, sampai mati anda perlu ingat dan mampu menghubunginya semula.

 

#20) Elak salah dan belajar

Sentiasa berusaha elak kesilapan. Kalau berlaku juga ambil iktibar dan belajar. Paling baik, belajar dari kesilapan orang lain dan elakkan dari buat kesilapan yang sama.

 

#21) Kuat semangat & tahan maki.

Paling akhir sekali dan paling penting. Sentiasa kuatkan semangat. Tahan kena reject walaupun beratus kali. Pujuk diri sendiri dan jangan biarkan emosi kecewa berlarutan dalam tempoh yang lama. Lagi cepat anda mampu pulihkan kekecewaan, lebih cekap anda menjadi jurujual yang berjaya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.risiyusoff.com/2022/09/21-prinsip-proses-menjual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komisi Iii Nilai Proses Hukum Kasus Ferdy Sambo Cs Bukti Ketegasan Kapolri Sigit

Komisi Iii Nilai Proses Hukum Kasus Ferdy Sambo Cs Bukti Ketegasan Kapolri Sigit

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 121 hits
Nasir menyebut masyarakat berharap kasus pembunuhan berencana Brigadir J diusut tuntas hingga ke pengadilan
Terkini Bkm Fasa 3 Dalam Proses Pengkreditan Semakan Status Permohonan Kini Dibuka

Terkini Bkm Fasa 3 Dalam Proses Pengkreditan Semakan Status Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 186 hits
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri baru baru ini telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi bulan September 2022 Tarikh pembayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Ba...
Proses Lantikan Hanya Alasan Tetapi Semua Mereka Takut Dikoyak Latheefah Kahkahkah

Proses Lantikan Hanya Alasan Tetapi Semua Mereka Takut Dikoyak Latheefah Kahkahkah

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 102 hits
SILAP MAHATHIR ialah lebih tidak MEMBERI habuan pada setiap yang buka mulut Kalau PM seorang penyamun Kita sokong kalau PM seorang yang tegas letak JAWATAN inilah UMNO BELUM BERUBAH Ayah Tun teruskan popular manifesto hanyalah politik despe...
Menjual Gelaran Dato Demi Kekayaan

Menjual Gelaran Dato Demi Kekayaan

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 60 hits
DATUK JADIAN Masa ekonomi tengah teruk ni maka bersepahlah scammer ambil kesempatan Orang lain makin miskin mereka pula makin kaya Menipu orang belaka Taktik scammer sekarang nak bagi orang percaya mereka suka suki guna nama gelaran Dulu le...
Masih Proses Pembangunan Ini Penampakan Rumah Baru Ruben Onsu Yang Dinanti Anak Anak

Masih Proses Pembangunan Ini Penampakan Rumah Baru Ruben Onsu Yang Dinanti Anak Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 157 hits
Pembangunan rumah baru Ruben Onsu dan Sarwendah terus digenjot agar segera selesai Rumah yang terdiri dari tiga lantai ini sangat dinantikan kehadirannya oleh tiga anak pasangan tersebut Sarwendah pun rajin memantau pembangunan rumah baru m...
Dpr Sahkan Uu Pdp Menteri Johnny Sebut Hasil Proses Yang Panjang

Dpr Sahkan Uu Pdp Menteri Johnny Sebut Hasil Proses Yang Panjang

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 87 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Johnny G Plate mengumumkan sidang paripurna DPR RI hari Selasa ini telah mengesahkan UU Perlindungan Data Pribadi
Rukun Negara 5 Prinsip Sejarah Pembentukan

Rukun Negara 5 Prinsip Sejarah Pembentukan

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 98 hits
Sebagai rakyat Malaysia kita harus berpegang teguh terhadap Rukun Negara Setahun selepas kejadian tragedi 13 Mei kerajaan telah mencari satu formula bagi mengatasi masalah pergaduhan kaum supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi Kemudia...
Soalan Percubaan Spm 2021 Prinsip Perakaunan

Soalan Percubaan Spm 2021 Prinsip Perakaunan

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 120 hits
Peperiksaan SPM adalah syarat utama untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya seperti STPM Matrikulasi atau kursus pra universiti Pelajar juga boleh menyambung pelajaran dalam kursus luar negara seperti A L...
Agenda Awani Mudahkan Proses Undi Pos

Agenda Awani Mudahkan Proses Undi Pos

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 215 hits
Gerakan VoteMalaysia ialah satu inisiatif bukan partisan oleh pelajar Malaysia di seluruh dunia Objektif utamanya adalah membawa suara pengundi yang menggesa agar pengundian pos pada skala global menjadi lebih mudah pada PRU akan datang Age...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid