Oleh pada 03 Feb 2017 kategori

Minggu lalu sebuah video tular di laman sosial Facebook berikutan sikap seorang pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dan menghalang ambulans.

Video yang berdurasi 2 minit dan 5 saat itu telah dimuatnaik pada 25 Januari 2017 oleh individu bernama Muhammad Ardan, seorang jururawat berdaftar yang berada di dalam ambulans ketika itu menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi bernombor pendaftaran WA 6502 U telah menghalang ambulans dengan menggunakan laluan kecemasan di Lebuhraya Persekutuan. Pemandu tersebut dilihat tidak memberi laluan kepada ambulans meskipun telah membunyikan siren kecemasan sehingga hampir berlaku perlanggaran.

Video tersebut mendapat perhatian apabila pihak polis telah berusaha mengesan mencari pemandu itu. Terbaru, pemandu tersebut telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Shah Alam lebih kurang pada pukul 7 malam semalam.

Pemandu berusia 58 tahun, yang juga seorang pemandu teksi itu, mendakwa beliau bergegas untuk mengambil ubat yang tertinggal di dalam sebuah teksi di Glenmarie sehingga memaksa beliau menggunakan laluan kecemasan.

Ketua polis trafik Selangor, Supt. Kamaludin Mohamad memberitahu pemandu Myvi itu menghidap kencing manis dan sakit jantung. Pemandu itu mendakwa tidak perasan kehadiran ambulans tersebut dan hanya menyedarinya setelah melihat cermin pandang belakang," tambah Supt. Kamaludin Mohamad. Pemandu tersebut telah didenda atas kesalahan menggunakan lorong kecemasan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)