Oleh pada 01 Feb 2017 kategori

Hari ini ramai yang berkongsi info tentang kenaikan harga minyak untuk Februari 2017. Namun ada pula yang mengatakan isu ini hanyalah khabar angin semata-mata. Respon kami mudah. Ya! harga minyak petrol naik lagi untuk bulan Februari 2017 ini.

Berita ini telah dipastikan kesahihannya oleh Petrol Dealers Association Malaysia (PDAM) dimana harga minyak RON95 pada malam ni akan menjadi RM2.30 seliter. Kenaikan harga minyak adalah RM0.20 sen.

Harga minyak RON97 juga naik kepada RM2.60 seliter. Iaitu kenaikan sebanyak 20 sen sama seperti RON95. Harga minyak diesel pula mengalami kenaikan sebanyak 10sen yang membuatkan harganya pada malam ini adalah RM2.15 per liter. Minyak Euro 5 diesel juga mengalami kenaikan sebanyak RM0.10 sen justeru harga pasarannya seliter adalah RM2.25.

Khabar angin telah tersebar meluas di laman sosial mengatakan minyak RON95 dan RON97 mengalami kenaikan sebanyak 15 sen adalah tidak depat.

Harga MinyakSebelumSelepas
RON95 / 1 literRM 2.10RM 2.30
RON97 / 1 literRM 2.40RM 2.60
Diesel / 1 literRM 2.05RM 2.15
Euro 5 / 1 literRM 2.15RM 2.25

minyak naik malaysia februari 2017 15 sen 20 sen




Hakcipta iluminasi.com (2017)