Semalam, heboh di laman sosial mengenai status kebaikan stevia. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Namun hal kekecohan ini berlaku kerana posting Doktor Haji N Amin di laman sosial. Berikut adalah text yang telah ditulis oleh beliau.

STEVIA - Pemanis Atau Racun ?
Sejak akhir-akhir ini banyak produk Stevia dipasarkan di pasaran. Sasaran utama golongan peniaga Stevia ini ialah pesakit kencing manis dan penyakit kronik lain. Bukti terbaru menunjukkan Stevia diproses dengan 'methyl-alcohol' dan bahan toksik lain.

Sememangnya Stevia adalah daun hijau tetapi kebanyakkan produk Stevia di pasaran adalah dalam bentuk serbuk atau cecair BUKAN asalnya daripada daun hijau Stevia. Produk Stevia yang anda gunakan sekarang adalah ekstrak Stevia yang telah dicampur dengan pelbagai bahan kimia, peluntur warna dan seterusnya dipasarkan sebagai makanan "kesihatan".

Daun hijau Stevia mempunyai rasa manis 40 kali ganda lebih dari gula putih. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan selepas rasa manis yang sangat pahit. Stevia yang diproses tidak mempunyai kesan selepas rasa manis ini. Pelbagai bahan kimia antaranya GMO Maltodextrine, GMO gula tebu, GMO Erythritol dan lain-lain ditambah untuk menghilangkan kesan "aftertaste" ini.

Stevia yang diproses ini mempunyai rasa manis hampir 350 kali ganda daripada gula putih. Anda hanya perlu setitis sahaja untuk maniskan secawan air atau sedikit makanan anda.

Pengguna Stevia menyangka mereka menggunakan bahan berasaskan daun Stevia, tetapi sebenarnya mereka tertipu dengan membeli bahan pemanis yang dimaniskan dengan pelbagai bahan GMO. Sebagai contoh GMO Erythritol adalah pemanis yang terhasil akibat fermentasi jagung yang dihasilkan melalui modifikasi genetik. "Stevia" yang anda gunakan ini adalah kombinasi bahan-bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya diambil untuk jangkamasa panjang. Kira-kira 85% stevia yang diproses ini dihasilkan di China.

Daun asli Stevia sangat kukuh. Sel daunnya sukar dimusnahkan dengan dididihkan dalam air atau dengan proses 'centrifuge'. Jadi untuk mengeluarkan ekstrak bahan pemanis dalam daun Stevia dan untuk menghilangkan kesan selepas rasa manis yang pahit, pengeluar produk ini menggunakan pelbagai bahan kimia supaya sasaran mereka tercapai. Antara bahan kimia itu ialah methanol, kerosene, alcohol, chlorine, asid, titanium dioksida, arsenik dan bahan-bahan kimia penstabil.

Sehingga kini terdapat lima cara dipatenkan di seluruh dunia untuk proses ekstrak daun Stevia. Kesemua cara yang dipatenkan tersebut menggunakan ALKOHOL. Jadi sebagai umat Islam, penggunaan produk Stevia dalam makanan kita juga diragukan mengandungi bahan haram ALKOHOL.

Jadi fahamlah kita bahawa di dalam botol cecair yang dilabelkan sebagai "Stevia Semulajadi", tidak ada satu bahan pun yang semulajadi. Semuanya bahan kimia. Sekiranya cecair itu berwarna hijau, warna hijau itupun adalah bahan kimia.

Manusia tidak boleh lari daripada PEMANIS. Lidah kita dicipta untuk merasai betapa sedapnya rasa manis ini. Islam menyediakan pemanis semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan kita iaitu MADU. Walaubagaimanapun, madu pada zaman ini diragui ketulenannya. Pilihan pemanis yang paling sesuai kepada kita pada zaman ini selain madu ialah GULA KABUNG.

Gula kabung atau 'coconut palm sugar' ialah pemanis yang sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan penyakit kronik lain. Ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Malangnya strategi pemasaran besar-besaran yang dijalankan oleh pengeluar Stevia menyebabkan gula kabung menjadi "asing" kepada kita. Kita lebih kenal kepada Stevia berbanding dengan gula kabung yang jauh lebih selamat dari Stevia.

Elakkan Stevia yang diproses selama-lamanya sekiranya anda pentingkan kesihatan anda.
Wassalam
Dr Hj Noorul Amin Hj A Rahman
MD

BESARKAN TEKS     A-  A+


Posting ini mendapat banyak respon dari masyarakat bahkan mendapat respon dari Dr. Zubaidi sendiri. Berikut adalah teks tulisan Doktor Zubaidi di laman facebook beliau. Rata-rata netizen berkongsi penulisan Dr. Zubaidi ini untuk menyokong pendapat mereka mengenai stevia.
Doktor tak benarkan guna stevia

Salam doktor. Saya diagnosa prediabetis. Masalahnya doktor yang merawat saya tidak benarkan saya guna stevia sebab rasanya manis. Mohon pencerahan

Wa alaikum mus salam
Stevia bukan gula. Stevia pemanis asli tanpa kalori. Jika benar dia tak galakkan, pengetahuan dia tentang stevia amat terbatas. Saya ucapkan takziah pada doktor tersebut kerana dia tiada pengetahuan ketika merawat pesakit. Mungkin dia baru graduasi dari universiti.

respon doktor dr zubaidi berkaitan stevia tidak bagus untuk kesihatan


Selepas mengikuti perkembangan isu ini, didapati rata-rata netizen marah pada Doktor Haji N Amin kerana beliau mempromosikan produk pemanis beliau sendiri. Dan yang memarahi itu pula kebanyakannya adalah penjual stevia itu sendiri. Namun begitu, masih ada maklumat-maklumat yang didapati menunjukkan bahawa banyak kajian telah dijalankan membuktikan bahawa stevia sebenarnya adalah bagus dan baik untuk kesihatan.

stevia bagus kajian japan baik untuk kesihatan

keputusan makmal ujian stevia

stevia selamat digunakan

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, gula mengandungi kalori yang tinggi. Manakala stevia tiada kalori namun diragui proses penghasilannya. Carilah produk stevia yang dikeluarkan oleh pengeluar yang dipercayai. Apapun, jangan diambil berlebihan tidak kiralah gula mahupun stevia.



Hakcipta iluminasi.com (2017)