Oleh pada 04 Feb 2017 kategori

Pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd bercadang melepaskan 51 peratus pegangannya sebagai sebahagian strategi mendapatkan rakan niaga asing dan menjana aliran tunai dalam keadaan ekonomi tidak stabil, lapor Bloomberg.Memetik sumber, media perniagaan itu berkata Proton sedang melihat kemungkinan mendapatkan pelaburan Skoda milik Volkswagen AG dan Suzuki Motors Corp, selain meneliti cadangan daripada beberapa syarikat termasuk Renault SA dan Peugeot, dalam rundingan tertutup berasingan.Menurut laporan itu, Proton berharap untuk menyenarai pendek calon-calon akhir yang mungkin melepaskan penguasaannya, yang melibatkan kawalan terhadap pengeluar kereta sport British Lotus Cars Ltd, bulan depan.

proton akan dijual kepada geely china 51 saham syarikat

Malayan Banking Bhd dilaporkan terlibat “menasihatkan jualan” dengan pegawai-pegawainya dijangka terbang ke Jepun untuk bertemu pihak Suzuki minggu depan, diikuti mesyuarat dengan Renault bulan depan.

Bloomberg masih belum mendapat ulasan Proton berkaitan perkembangan itu setakat ini. Sementara Suzuki, Skoda dan Malayan Banking enggan mengulasnya. Kerajaan April lalu bersetuju menyuntik dana untuk syarikat terbeban hutang itu tetapi memberi syarat supaya sebuah rancangan penstrukturan semula dibuat.

kilang proton tanjung malim plant geely

Suntikan itu diumumkan hanya selepas lapan hari pengerusi dan pengasasnya Tun Dr Mahahtir Mohamad meletakkan jawatan setelah desakan susulan langkahnya keluar Umno dan menolak kepimpinan perdana negeri.

Artikel di Laman Facebook mengatakan ianya sudah terjual kepada Geely, syarikat daripada China

Nasib "perjalanan terakhir" syarikat automotif negara Perusahaan Otomobil Nasional-PROTON (Keringat dan AirMata)
Proton membina kilang di Tg Malim dengan cash tanpa hutang. Itulah ketika Proton di zaman Tun M. Sentiasa mencatat keuntungan. Harini kita dikejutkan dengan berita syarikat automotif Geely dari China akan membeli 51% pegangan di Tg Malim Plant yang diluluskan oleh KERAjaan Malaysia.

Nasib anak anak bangsa hanya akan menjadi kuli pada bangsa negara luar bila kepentingan PROTON hilang dari tangan Malaysia. Kilang yang kita bina dari hasil titik peluh kita selama ini dan menjadi jenama kebanggan kita semua dan kebanggaan negara bakal bertukar tangan.

Kilang tersebut bakal bertukar polisi dari mereka cipta dan mengeluarkan model sendiri ke cuma menjadi TUKANG PASANG PINTU, TUKANG PASANG BONET, TUKANG PASANG RIM TAYAR dan TESTER pada kereta keluaran jenama Geely dari China.

Sedih betul. Kita akan sama nasib seperti di Indonesia. Ada plant, ada kilang kereta tapi cuma jadi tukang pasang parts pada Volvo, Mercedes, Toyota dan lain lain. Bezanya, cuma plant plant tu Volvo, Merc dan Toyota yang keluarkan duit untuk pembinaan. Tapi untuk Geely, PROTON YANG PENAT PENAT BINA DAN USAHA namun akhirnya kerajaan Najib senang senang jual 51% kepentingannya pada Syarikat kereta China.

Bahana 1mdb. Apa lagi yang tinggal pada anak cucu kita?

petikan asal : Facebook Mahathir The Legend




Hakcipta iluminasi.com (2017)