Yulin Naval Base Sarang Kekuatan Maritim China Di Laut China Selatan


Yulin Naval Base penting untuk penonjolan kekuasaan China di Laut China Selatan.Pengkalan tentera laut Yulin (Yulin Naval Base) terletak di Hainan dan merupakan pengkalan tentera laut yang paling strategik kepada China dan penting dalam usaha penonjolan kuasanya di Laut China Selatan.

Sebab itulah Yulin Naval Base dipanggil sebagai “Sarang” kekuatan laut China di Laut China Selatan.

Pembinaan Yulin Naval Base bermula awal tahun 2000 dan kerja-kerja pembesaran masih lagi berjalan sehingga kini, dengan imej-imej satelit menunjukkan pembinaan jeti sepanjang 1,150 kkai untuk menempatkan kapal-kapal pengangkut pesawatnya.

Saiz kompleks Yulin Naval Base itu adalah amat besar dan lengkap dengan fokus serta dedikasi China terhadap pembinaannya turut membuktikan kepentingan Yulin Naval Base kepada survivabiliti tentera laut China dan angkatan tenteranya terutama di Laut China Selatan. Dari Yulin Naval Base, kapal-kapal selam China sama ada yang berkuasa nuklear atau diesel-elektrik boleh meluncur secara senyap ke dasar Laut China Selatan.

Bagaimanapun, tidak banyak diketahui oleh dunia luar tentang Yulin Naval Base.

Yulin Naval Base kekal menjadi pengkalan tentera yang paling menjadi perhatian dunia terutamanya Amerika Syarikat dan rakannya.

Ia kekal menjadi pangkalan tentera China yang paling kerap diteropong oleh satelit-satelit pihak barat di angkasa lepas.

Dan terima kasih kepada juga teknologi satelit yang kini bercambah meluas sama ada milik pihak tentera atau komersial, dunia kini mempunyai pengetahuan yang baik tentang Yulin Naval Base, termasuklah kemudahan-kemudahan yang pada suatu masa dahulu amat dirahsiakannya iaitu terowong bawah tanah untuk menempatkan kapal-kapal selamnya.

Kemudahan terowong bawah tanah ini menjadikan keberkesanan serangan udara untuk memusnahkan kapal-kapal selam di Yulin Naval Base itu menjadi semakin sukar.Kapal pengangkut pesawat China di Yulin Naval Base.

Ia adalah sistem pertahanan “bunkered defence” yang effektif, menjadikan gunung di atas terowong sebagai benteng pertahanan semulajadi.

Penggunaan bom “Massive Ordnance Penetrator” juga tidak pasti dapat membuahkan hasil jika serangan udara untuk memusnahkan kemudahan bawah tanah Yulin Naval Base dilakukan.

China memiliki kira-kira 48 buah kapal selam termasuk di antara 4 hingga 6 kapal selam berkuasa nuklear Type 094 yang mampu membawa peluru berpandu nuklear antara benua 12 JL-2.

Peluru berpandu JL-2 ini mampu menghentam sasaran sejauh 8,000km.

Yulin Naval Base juga adalah pusat pemerintahan tentera utama China, melihatkan kepada kemudahan sistem komunikasinya.

Sebab itu adalah tidak menghairankan, pengkalan udara juga terletak berhampiran di Hainan, tidak jauh daripada Yulin Naval Base untuk memberikannya kemampuan mengerah mana-mana pesawat ke Laut China Selatan.

Dari pengkalan udara yang terletak di Lingshui dan Qionghai ini, China boleh mengerah pesawatnya untuk memintas mana-mana pesawat musuh yang berniat untuk memantau Yulin Naval Base dari dekat.

Dari pengkalan-pengkalan udara itu jugalah, China menempatkan pesawat-pesawat amaran awal seperti KJ-500 dan pesawat peronda maritime serta anti-submarine warfare KQ-200 untuk memantau keadaan di permukaan dan bawah permukaan di Laut China Selatan.

Selain itu Yulin Naval Base dan pulau Hainan turut dilengkapi dengan lapisan pelbagai sistem pertahanan udara dengan variasi peluru berpandu.

Kemungkinan sistem peluru berpandu anti pesawat S-400 juga ditempatkan untuk melindungi Yulin Naval Base.

Apa yang pasti China sentiasa memelihara rahsia yang ada di Yulin Naval Base dengan ketat daripada segala cubaan mengintip oleh musuh-musuhnya bagi memastikan ia kekal menjadi misteri. -  DEFENCE SECURITY ASIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/yulin-naval-base-sarang-kekuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Tldm Lancar Skuadron Baru Pertahan Laut China Selatan

Tahniah Tldm Lancar Skuadron Baru Pertahan Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 267 hits
KURANG 24 jam selepas laporan tentera China mengadakan latihan ketenteraan landing drill di Laut China Selatan TLDM telah melancarkan Skuadron 601 iaitu Skuadron Sistem Pesawat Tanpa Pemandu di Stesen Udara TLDM Kota Kinabalu di bawah pimpi...
Terseret Arus Pencari Mata Lembu Pangandaran Ditemukan Tewas Di Laut

Terseret Arus Pencari Mata Lembu Pangandaran Ditemukan Tewas Di Laut

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 167 hits
Sebelumnya ia sempat terseret arus saat melakukan aktivitas di sekitar pantai
Selam 90 Kaki Dasar Laut Usia 74 Tahun Bakat Tan Sri Rafidah Buat Ramai Terpegun

Selam 90 Kaki Dasar Laut Usia 74 Tahun Bakat Tan Sri Rafidah Buat Ramai Terpegun

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 167 hits
TAN SRI RAFIDAH AZIZ Kalau yang pergi menyelam dasar laut berusia 20an 30an atau 40an memang tiada apa yang menghairankan pun Tapi apabila sudah mencecah umur 74 tahun dan aktifdengan aktiviti menyelam itu memang luar biasa Terkedu dibuatny...
Siput Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru Mengerikan

Siput Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru Mengerikan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 809 hits
Tingkah laku luar biasa seekor haiwan memotong kepalanya sendiri kemudian menjana semula badan baru mungkin seperti cerita fiksyen sains terkini tetapi kelakuan aneh untuk spesies siput laut yang baru ditemui ini adalah kenyataan yang menge...
Kapal Karam Askar Sanggup Terjun Laut Demi Selamatkan 2 Ekor Anak Kucing

Kapal Karam Askar Sanggup Terjun Laut Demi Selamatkan 2 Ekor Anak Kucing

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 353 hits
Kapal karam askar sanggup terjun laut demi selamatkan 2 ekor anak kucingPosting mengenai misi itu turut menerima lebih 161 000 tontonan di Twitter SEORANG tentera laut di Thailand menerima pujian ramai apabila sanggup berenang untuk menyela...
Pemerintah Izinkan Asing Keruk Harta Karun Bawah Laut 464 Titik Ini Lokasi Sebarannya

Pemerintah Izinkan Asing Keruk Harta Karun Bawah Laut 464 Titik Ini Lokasi Sebarannya

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 141 hits
Eks Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti pun turut memberikan respons Ia menilai kebijakan tersebut justru merugikan negara
Unep Puji Kemajuan China Bina Tamadun Ekologi

Unep Puji Kemajuan China Bina Tamadun Ekologi

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 193 hits
Hebahkan Kredit China Media Group 22 02 2021 06 22 PM BEIJING 22 Feb Pencapaian China dalam pembangunan tamadun ekologi mendapat pujian Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Pengarah Eksekutif UNEP Inger And
Maskargo To Receive China S Sinovac Covid 19 Vaccine At Klia Tomorrow

Maskargo To Receive China S Sinovac Covid 19 Vaccine At Klia Tomorrow

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 237 hits
The experience of managing the delivery of the Pfizer BioNTech Covid 19 vaccines last Sunday has contributed to the MAB Kargo Sdn Bhd team being better equipped to handle the arrival of the next batch of vaccines from China s Sinovac tomorr...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim