Umno Bersatu Lambang Perpecahan


PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO adalah lambang perpecahan orang Melayu yang terpisah atas keegoan kelas sosial dan elit politik yang mengutamakan kepentingan diri berbanding bangsa dan agama.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Melaka sepatutnya dijadikan ujian kepada maksud kebersamaan dan melupakan segala dendam demi kestabilan politik negara.

Beliau menjelaskan, dengan sikap Melayu yang berpecah itu, ia hanya menguntungkan DAP, di bawah Pakatan Harapan (PH) yang Melayunya diwakili oleh PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Bersatu sebagai parti serpihan tidak akan bertahan lama. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin akan berakhir.

“UMNO juga harus menerima hakikat bahawa orang Melayu bandar mempunyai pandangan politik berbeza dan bersedia untuk memilih PH,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, politik ugut mengugut hanya mewujudkan suasana politik tidak sihat dan boleh mengancam kestabilan politik.

Beliau berkata, semua parti sepatutnya bertanding secara bebas seperti yang dibenarkan dalam demokrasi dan pada masa sama, semua parti perlu patuh dengan MoU antara kerajaan dan pembangkang bagi mewujudkan kestabilan politik sehingga Julai 2022.

“Semua parti perlu meletakkan kepentingan negara buat sementara waktu ketika negara baru hendak beralih ke era endemik menjelang PRU-15. Umpa­ma jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan susahkan rakyat jika parti benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.

Menyokong pendapat sama, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr. Jeniri Amir berkata, PRN Melaka sepatutnya menjadi medan ujian kepada semua parti politik sejauh mana mereka berkompromi dan bertolak ansur menghormati MoU kerajaan-pembangkang.

Beliau berkata, semua tindakan harus berpaksikan kepada MoU itu, jika tidak segala hasrat yang mahu dicapai tidak akan bermakna dengan cara ugutan sekali gus mencetuskan ketegangan.

“Bukan sahaja bertenta­ngan dengan matlamat MoU itu tetapi bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kestabilan politik bagi menumpukan perhatian kepada usaha tangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

“Kedua-dua pihak tidak harus tunjuk kuasa atau ego, sebaliknya meletakkan ke­utamaan rakyat dan negara bukannya kepentingan kuasa, pemimpin dan parti,” katanya.

Penganalisis politik, Profesor Sivamurugan Pandian pula berpandangan, politik berunsur ugutan dan cabar-mencabar adalah politik lama termasuk politik dendam dan pembunuhan karakter, yang mana ke­upayaannya jelas untuk saling menjatuhkan sekutu dalam gabungan sendiri dan pesaing luar.

Beliau berkata, tindakan ini hanya menguntungkan musuh yang tidak perlu melakukan apa-apa kerana kekuatan dalaman roboh akibat pendedahan sendiri.“Ada diperlukan adalah kompromi dan pengorbanan,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/umno-bersatu-lambang-perpecahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Saja Lambang Bulan Di Melaka Tuan Ibrahim Beritahu Parti Berbalah Umno Bersatu

Guna Saja Lambang Bulan Di Melaka Tuan Ibrahim Beritahu Parti Berbalah Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 217 hits
PETALING JAYA Tuan Ibrahim Tuan Man bertindak mencadangkan barisan parti pemerintah menggunakan lambang PAS pada Pilihan Raya Negeri Melaka nanti memandangkan dua parti yang berbalah Umno dan Bersatu masing masing mahu bersama parti Islam i...
Formula Pas Hanya Menyulitkan Umno Dan Bersatu

Formula Pas Hanya Menyulitkan Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 165 hits
N Faizal GhazaliDilihat berada dalam keadaan tersepit di antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu formula PAS untuk menyokong penyandang jika berlaku pertembungan antara kedua dua parti berkenaan dijangka hanya akan menyulitkan keadaan Pen...
Umno Boleh Tutup Pintu Rundingan Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi

Umno Boleh Tutup Pintu Rundingan Bersatu Mungkin Peralat Pas Dekati Pengundi

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 173 hits
Oleh SHAHBUDIN HUSIN October 26 2021 Pelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah majlis sosial pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempe...
Ph Tolak Nurhizam Dilemma Pas Bersama Umno Atau Bersatu

Ph Tolak Nurhizam Dilemma Pas Bersama Umno Atau Bersatu

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 169 hits
Iswardy mengulas tentang keputusan Majlis Presiden yang dilihat tepat menolak Norhizam sebagai calon PH pada PRN Melaka kali ini Iswardy juga mengulas tentang kedudukan PAS yang dilihat tersepit antara BERSATU dan UMNO Siapakah pilihan PAS
Prn Melaka Pas Mahu Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru Dengan Umno Dan Juga Bersatu

Prn Melaka Pas Mahu Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru Dengan Umno Dan Juga Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR PAS memberi jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka walaupun berdepan kemungkinan jumlah kerusi ditandingi mereka jauh lebih kecil berbandin...
Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

Umno Tetap Tidak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu Di Dalam Mana Mana Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 176 hits
MELAKA UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana mana dalam pilihan raya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Tidak timbul isu UMNO ce...
Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 264 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri Melaka sudah ditetapkan Katanya keputusan itu adalah muktama...
Pru15 Pas Lebih Untung Poligami Dengan Umno Bersatu Tapi

Pru15 Pas Lebih Untung Poligami Dengan Umno Bersatu Tapi

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 253 hits
MALAYSIA DATELINEPas akan mendapat lebih keuntungan jika terus menjalinkan ikatan dengan kedua dua parti iaitu Umno dan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kata penyelidik Menurut Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim ...
Hakikatnya Umno Tak Mau Bekerjasama Dengan Bersatu

Hakikatnya Umno Tak Mau Bekerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 209 hits
ShahbudinPatutlah Pak Wan ni kalah bertanding dia rupanya masih tak faham dengan hakikat UMNO tak mahu langsung bekerjasama dengan Bersatu
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally