Tanggungjawab Suami Isteri Yang Wajib Dalam Perkahwinan


Apakah tanggungjawab suami dan isteri dalam sesebuah perkahwinan menurut Islam?
Dalam artikel ini, saya akan membantu anda mengetahui dan memahami apakah tanggungjawab-tanggungjawab wajib yang harus dipikul oleh suami dan isteri.
Saya juga akan menjelaskan mengenai tuntutan perkahwinan dan rahsia disebalik pernikahan.
InsyaaAllah saya akan jadikan panduan ini ringkas dan mudah untuk difahami.

Panduan ini akan menerangkan tentang perkara berikut: Hukum Perkahwinan Tanggungjawab seorang suami Tanggungjawab seorang isteri Rahsia dan hikmah perkahwinan Realiti sebenar dalam sebuah perkahwinan  
Hukum Perkahwinan (Munakahat) Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.
— Hadis riwayat al-Baihaqi
Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan..
.. mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.
Justeru itu, Allah menjadikan makhluk-makhlukNya khususnya manusia, fitrahnya suka pada ketenangan atau sakinah dengan kehidupan beristeri dan mempunyai keluarga.
Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.
Hubungan suci seorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah dan dianjurkan oleh Rasulullah.
Rumah tangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.
Seandainya suasana sesebuah rumah tangga itu aman dan kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain, maka insyaaAllah akan tenteram dan sejahtera masyarakat.
Perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab membentuk keluarga yang lebih besar
 
Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri & Keluarga Untuk menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri.
Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.
Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah: Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal. Memberi nafkah batin termasuklah menggauli isteri dengan baik. Menyara anak-anak Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan Melindungi maruah keluarga dan harta benda Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga. Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain.
Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.
 
Tanggungjawab Seorang Isteri Selain dari suami, isteri juga mempunyai tanggungjawabnya dalam sesebuah keluarga.
Antara tanggungjawab isteri adalah: Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram atau yang dibenci suami masuk ke dalam rumah. Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan perkara maksiat) dan sentiasa suka melayan suami zahir dan batin. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak-anak. Menjaga amanah dan harta suami. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali dalam situasi darurat) Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat.  
Apakah Rahsia Dan Hikmah Perkahwinan? 1. Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT maksudnya:
Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.
— Surah ar-Ra’di ayat ke 38 
2. Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT. 3. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengan dia bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai. Al-Baihaqi RA meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang maksud:
Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.
— Hadis riwayat ath-Thabarani (7643)
4. Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW maksudnya:
Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku
— Hadis riwayat al-Iraqi (2/29)
5. Sebaik-sebaik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda:
Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu bersetubuh/berumahtangga, hendaklah dia berkahwin, kerana ia paling menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah pemelihara (dapat mengekang keinginan nafsu syahwat) baginya
— Hadis riwayat al-Bukhari
6. Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak. 7. Melalui perkahwinan, wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.  
Penutup: Realiti Sebenar Dalam Perkahwinan Apabila berbicara tentang cinta dan rumah tangga, ramai diantara kita akan terbayang yang manis-manis sahaja.
Suami yang romantik, isteri yang lembut ibarat bidadari syurga, anak yang soleh dan solehan, bunga dan mawar harum yang menghiasi dan pelbagai lagi fantasi.
Namun sebenarnya rumahtangga bukan begitu…
Memang ada kemanisannya, tetapi rumah tangga adalah medan untuk berbakti dan beramal.
Cabaran-cabarannya luar biasa. Tanggungjawab yang hadir kadang-kadang terasa terlalu berat untuk dipikul diatas bahu.
Ujian-ujian yang mendatang, kadang-kadang menyesakkan dada hingga dunia terasa sempit dan sesak.
Suami bukan malaikat, Isteri bukan bidadari.. Cinta dan perkahwinan itu hadir bersamanya tanggungjawab.
Tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumah tangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak isteri dengan ilmu yang benar.
Tanggungjawab-tanggungjawab ini semuanya nanti akan dihisab Allah di hari akhirat.
Setiap kita adalah pemimpin.
Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.
Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya.
Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya.
— HR Bukhari 
Semoga panduan ini mempunyai peranan kecil dalam memberi pencerahan mengenai tanggungjawab suami serta tanggungjawab isteri dalam rumah tangga.
Rumah tangga Islam mempunyai misi, visi dan agenda.
Bukan bermakna perlu ditulis dan ditampal pada dinding rumah, tetapi suami isteri jelas ke mana hala tuju rumah tangga yang hendak dibawa.
Jika anda ada persoalan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
The post Tanggungjawab Suami & Isteri Yang Wajib Dalam Perkahwinan appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/tanggungjawab-suami-isteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Suami Meninggal Keluarganyalah Yang Wajib Jaga Anak Anaknya

Bila Suami Meninggal Keluarganyalah Yang Wajib Jaga Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 278 hits
SUAMI MENINGGAL KELUARGANYALAH YANG WAJIB JAGA ANAK ANAK YANG DITINGGALKANRupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya bukan tanggungjawab si ibu Padanlah dari se...
Merancang Kewangan Bersama Barulah Sweet Tak Salah Isteri Control Duit Suami

Merancang Kewangan Bersama Barulah Sweet Tak Salah Isteri Control Duit Suami

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 439 hits
1 6k ViewsJika sejak berkahwin baki duit gaji kita hanya mampu bertahan 2 3 minggu sahaja maka sudah tiba masanya melantik isteri kita sebagai Gabenor Bank Keluarga Kita sebagai suami jadi Ketua Keluarga sahaja Bukannya nak longgokkan amana...
Berdosa Suami Yang Gagal Berlemah Lembut Berbuat Baik Kepada Isteri

Berdosa Suami Yang Gagal Berlemah Lembut Berbuat Baik Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 336 hits
Photo by on Islam sentiasa menyuruh umatnya agar berbuat baik sesama insan lebih lebih lagi kepada isterinya Isteri adalah pakaian baginya Isteri juga merupakan orang yang paling rapat dan pembantu setia kepada kita Maka sudah tentu keduduk...
Sadis Isteri Sibuk Sediakan Surprise Anniversary Suami Pergi Kahwin Lain Pada Tarikh Anniversary

Sadis Isteri Sibuk Sediakan Surprise Anniversary Suami Pergi Kahwin Lain Pada Tarikh Anniversary

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 351 hits
Hati siapa tidak luruh tambah lagi bila si isteri bertungkus lumus untuk memberi surprise sempena ikatan perkahwinan yang berkekal lama Tapi si lelaki lupa segalanya dan mahukan madu baru Sekurangnya cubalah selami perasaan isteri sedalamny...
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut Isteri Bomba

Bila Loceng Kecemasan Berbunyi Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut Isteri Bomba

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 397 hits
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut Isteri Bomba
Isteri Bunuh Diri Dan Dua Anaknya Selepas Suami Palsukan Kematian Sendiri

Isteri Bunuh Diri Dan Dua Anaknya Selepas Suami Palsukan Kematian Sendiri

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 347 hits
The ReporterJumaat lalu polis di Loudi Hunan China menahan seorang lelaki yang memalsukan kematiannya dalam kemalangan hanya kerana mahu mendapatkan pampasan insuran menyebabkan isterinya bertindak melemaskan dua orang anak mereka sebelum m...
Ini Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Selalu Tidur Berpelukan

Ini Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Selalu Tidur Berpelukan

papar berkaitan - pada 8/10/2018 - jumlah : 365 hits
elukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan mungkin sebab rasa rimas panas...
Luahan Rindu Suami Pada Isteri Yang Bunuh Diri Kerana Meroyan Lepas Bersalin

Luahan Rindu Suami Pada Isteri Yang Bunuh Diri Kerana Meroyan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 453 hits
Kejadian ini berlaku kira kira dua tahun lalu pada bulan Oktober Sewaktu itu wanita bernama Florence Leung ini hilang selepas keluar rumah Ia menyebabkan seluruh keluarga dan suaminya mencari di merata tempat Setelah puas mencari pihak poli...
Cara Untuk Bercakap Dengan Suami Seorang Isteri Perlu Tahu

Cara Untuk Bercakap Dengan Suami Seorang Isteri Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 409 hits
Kebanyakkan ramai orang yang mengeluh sebab sukar nak berkomunikasi dengan suami Yela tak masing masing asyik sibuk dengan kerjaya Terlalu sibuk tapi isteri anda perlu ketahui cara untuk bercakap dengan suami Jangan lah asyik mengeluh je ad...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan