Tak Guna Marah Anak Ketika Dia Mengamuk Tantrum Biarkan Dia Tenang Dahulu


Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)

Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
Pastikan anak anda selamat. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut. Jangan hukum anak anda. Jangan berikan ganjaran. Jika boleh, asingkan anak anda. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu. Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Baca:
Suka Berlari, Melompat, Memanjat Sebenarnya Bagus! Rugi Kalau Mama Papa Bising & Larang
“Bangun Tidur Terus Cari Daddy, Kita Penat Jaga Tapi Cari Daddy” Gelagat Raja Ilya Curi Tumpuan
Rasa Otak Serabut Setiap Kali Balik Rumah? Cermin Diri Sendiri Dahulu, Cari Mana Silap Dalam Diri
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)
Kredit: Dr Budak

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
 
 
The post Tak Guna Marah Anak Ketika Dia Mengamuk, Tantrum! Biarkan Dia Tenang Dahulu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-guna-marah-anak-ketika-dia-mengamuk-tantrum-biarkan-dia-tenang-dahulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Psikologi Larang Ibu Ayah Guna Ayat Ini Semasa Cakap Atau Marah Anak

Pakar Psikologi Larang Ibu Ayah Guna Ayat Ini Semasa Cakap Atau Marah Anak

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 200 hits
Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi dengan anak supaya dia lembut hati ya Sebagai ibu bapa biasanya kita menganggap apa...
Boleh Guna Rempah Ratus Dan Herba Dalam Masakan Bayi Banyak Khasiat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan Anak

Boleh Guna Rempah Ratus Dan Herba Dalam Masakan Bayi Banyak Khasiat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 196 hits
Herba dan rempah ratus semula jadi merupakan salah satu alternatif penambah perasa dalam masakan dengan meminimumkan penggunaan garam Pengambilan bahan perasa semulajadi bukan sahaja dapat menambah rasa malahan juga dapat memberikan manfaat...
Tip Anak Pokok Sayur Subur Kuat Tanpa Guna Baja Sungkup Dengan Rumput Kering Saja

Tip Anak Pokok Sayur Subur Kuat Tanpa Guna Baja Sungkup Dengan Rumput Kering Saja

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 97 hits
Bersemangat nak bercucuk tanam sayur di rumah bila tengok biji benih dah bercambah dan nampak daun Tapi selalu jadi spoil bila anak pokok ini tak sempat besar dah mati
Tengoklah Kesan Daripada Ahli Politik Guna Kempen Bersifat Perkauman Agama Telah Lakukan Pada Anak Muda Kita Netizen

Tengoklah Kesan Daripada Ahli Politik Guna Kempen Bersifat Perkauman Agama Telah Lakukan Pada Anak Muda Kita Netizen

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 136 hits
Sewaktu para pemimpin sebuah gabungan politik berbangga dengan pencapaiannya yang mendapat sambutan luar biasa di PRU15 di media sosial terutamanya TikTok pula sedang tular video video yang dimuat naik oleh golongan muda yang dipercayai ter...
Diam Jangan Mengada Menangis Bantu Anak Lepaskan Emosinya Tak Perlu Marah Marah

Diam Jangan Mengada Menangis Bantu Anak Lepaskan Emosinya Tak Perlu Marah Marah

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 150 hits
Hanya disebabkan kita sendiri berada dalam tekanan anak yang menangis kita minta dia berhenti kerana dikatakan mengada ngada Apa yang perlu mak ayah tahu anak menangis kerana dia mahu melepaskan emosinya Malah itu sajalah jalan baginya untu...
Bukan Sengaja Ibu Nak Marah Anak Kadang Penat Emosi Fizikal Itu Yang Terlepas

Bukan Sengaja Ibu Nak Marah Anak Kadang Penat Emosi Fizikal Itu Yang Terlepas

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 117 hits
Bukan sengaja tau ibu nak marah anak Bukan sengaja si isteri meninggi suara Kadang kala cuba juga letakkan diri kita dalam kasut mereka Seorang ibu dan isteri ni berkerja 24 jam Jika seseorang isteri tu suri rumah dia bekerja seharian tanpa...
Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Senyum Ibu Reda Anak Mandi Lebih 100 Biji Telur

Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Senyum Ibu Reda Anak Mandi Lebih 100 Biji Telur

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 119 hits
Tarik nafas panjang Tak tahu nak marah ke nak senyum Itulah yang berlaku kepada seorang kanak kanak perempuan yang bermandikan lebih seratus biji telur ayam Perkongsian video melalui akaun TikTok rais murtabak kadok yang dipercayai ibu kepa...
Suka Pukul Orang Tak Perlu Marah Jelas Pada Anak Apa Kegunaan Tangan Kaki

Suka Pukul Orang Tak Perlu Marah Jelas Pada Anak Apa Kegunaan Tangan Kaki

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 193 hits
Tak dinafikan ada sesetengah anak kecil memang suka buat orang Mereka rasa benda itu seronok untuk dibuat Kadang kadang ibu ayah pun mereka pukul jika ada rasa tak puas hati tentang sesuatu Anak mungkin tak tahu perbuatan itu tak elok jadi ...
Tak Perlu Tengking Atau Marah Marah Lembutkan Hati Anak Dengan Teknik Ni Mudah

Tak Perlu Tengking Atau Marah Marah Lembutkan Hati Anak Dengan Teknik Ni Mudah

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 126 hits
Anak yang biasa ditengking dan dimarahi akan membuatkan hatinya jadi keras Jadi sebelum marah tenang tenangkan diri dulu takut terkesan pada anak Ini yang cuba dikongsikan oleh Biasakan dengan langkah dan tip di bawah ini untuk elakkan mara...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik

Ains Nilam Kpm Advance Integrated Nilam System

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Naik Lrt Mrt Kl Central Ke Star Hill Pavilion 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Siapkan Anak Ke Sekolah Okey Ke

Smiles Reimagined A Day In The Life Of Calgary S Premier Denture Centre

Beyond Dentures The Heart And Soul Of Calgary S Transformative Dental Haven

Ydp Agong Saya Bukan Patung Ikut Segala Kata Kehendak Menteri

Filem Damsel

Sampai Bila Islam Akan Terus Dihina Di Negara Ini