Sumber Ilham Dari Perjalanan





Banyak puisi telah ditulis dan  banyak lagu telah dicipta hasil dari perjalanan seseorang dari satu tempat ke suatu tempat. Puisi puisi tersebut bertemakan  hidup dan perjalanan. Puisi tentang perjalanan dipenuhi imej lebuh raya,  kenderaan dan pemandangan yang dilihat di luar kenderaan.  Penyair berfikir tentang perjalanan hidup manusia lalu mencambahkan idea atau ilham untuk mencipta karya. Perjalanan adalah pergerakan fizikal yang mempengaruhi pergerakan mental dan kerohanian.
Sebilangan besar sajak saya memperlihatkan hubungan  secara langsung  dengan perjalanan, seperti “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang”,  “Hidup Dari Jendela keretapi”, “Senja di Pelabuhan”, “Di Perhentian Bas”, “Di sini Tiada Perhentian”, “Keberangkatan”, “Madah Pelaut”, “Semoga Selamat Pulang”, “Menunggu Pesawat”, “Batu Tiga Shah Alam”, “Bas Mini Wilayah”, ”Jalan Kelang Lama”, “Bas Stand Klang” dan beberapa lagi.
 Saya menulis “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang” yang pertama kali disiarkan di Utusan Zaman, Disember 1970, kemudian dimuatkan dalam kumpulan  Sesayup Jalan. Sajak tersebut telah dilagukan oleh Kumpulan Harmoni dan sering berkumandang di radio pada awal tahun lapan puluhan:
Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
laut mengimbau sayu
ombak-ombak ini hatiku
berhasrat tiada tepi
pecah di pantai berbuih cuma.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
angin menampar ke setiap ruang rasa
berhiba-hiba awan pilu.

Aku antara insan beribu
            air mataku antara laut lepas
            laguku hilang dalam angin menderu.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hatiku terjun ke air
mencari tempat bagiku
aku seorang pelarian.
                (Sesayup Jalan, hlm. 28).

            Penciptaan “Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang” berlaku ketika di dalam feri menyeberangi laut. Pada masa itu jambatan Pulau Pinang belum dibina. Dari feri itu kelihatan kapal-kapal besar sedang berlabuh dan bot-bot kecil melintas Unsur-unsur alam menerbitkan perasaan yang telah diungkap dalam sajak ini. Sebagai karya  awal, sajak ini lebih didominasi oleh perasaan kesayuan dalam mengenang beberapa hal yang menggelorakan kehidupan ketika itu. Ombak-ombak melambangkan keresahan. Langit kelabu dan hujan membawa rasa murung.  
            Perjalanan itu adalah perjalanan diri meninggalkan rumah atau zon selasa ke suatu tempat yang belum dikenali. Berjalan seorang diri menjadi pertanda terlantarnya diri ke alam kedewasaan. Saya mula menyedari bahawa setiap individu itu akan akhirnya keseorangan dalam menempuh kehidupan. Ini lebih terasa dalam dunia yang semakin sibuk dan manusia membawa hal masing-masing. Jika saya menangis pun air mata saya hanya akan menjadi setitis air di laut yang luas dan lepas itu.
          Memandang laut yang berombak saya semakin terkenang pada kehidupan zaman remaja yang tidak sunyi daripada geloranya. Perasaan mudah tergores dan, semangat mudah lemah. Saya berfikir bahawa menusia perlu “lari” daripada cengkaman perasaan. Bahkan, survival manusia terletak pada kecekapannya mengurus perasaan atau melarikan diri daripada cengkaman perasaan. jika boleh, larikan diri daripada ditawan oleh perasaan itu. Maka saya sifatkan diri  sebagai seorang pelarian dan mengatakan, “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang/ hatiku terjun ke air/ mencari tempat bagiku/ aku seorang pelarian”.
Perjalanan dan menunggu kenderaan juga memberi makna tertentu tentang perjalanan hidup. Suatu petang ketika menungu bas saya diganggu persoalan-persoalan tentang perjalanan dan destinasi. Maka saya menulis “Di Perhentian Bas”. Sajak ini membawa anggapan bahawa setiap manusia bagaikan sedang berada di sebuah perhentian bas, seseorang yang tidak dapat menentukan destinasi, tidak dapat bergerak.
            Di perhentian bas ini
asap-asap mobil laju
hinggap ke mataku

Di perhentian bas ini
bebayang yang panjang
telah terbaring
di atas debu

Dan aku terus menanti
mobil-mobil berlalu
tiada satu yang kuberhentikan
kerana aku belum pasti
ke mana akan pergi.

(“Di Sini Tiada Perhentian”, hlm. 7)
           
           
Perhentian bas mengingatkan kepada perjalanan hidup.. Semua kita ialah penunggu atau penumpang bas kerana kita tidak dibenarkan tinggal di satu tempat buat selama-lamanya. Ketika menulis sajak itu saya dipengaruhi oleh drama Samuel Beckett, Waiting for Godot . Saya turut menulis beberapa buah sajak yang bertemakan penantian seperti “Di Sini Tiada Perhentian” dan “Menunggu Pesawat”. Saya selalu bertanya tentang kehidupan. Adakah setiap orang menentukan destinasinya sendiri?. Yang pastinya, manusia dituntut untuk  membuat keputusan segera. Seseorang yang tidak membuat keputusan samalah seperti seorang yang menunggu di perhentian bas tetapi, tidak pasti ke mana arah yang hendak ditujunya. Individu seperti ini akan ketinggalan. Hidupnya akan diganggu ketakutan. Saya menggunakan imej asap dan debu yang hinggap ke mata, sebagai lambang kepada gangguan gangguan.
 Terdapat ayat “bebayang yang panjang/ telah terbaring/ di atas debu”. Di sini saya menggambarkan hari petang. Saya suka mengaitkan waktu petang dengan bayang yang panjang. Pada waktu petang kita melihat bayang sendiri terbaring di atas debu, Ini membawa rasa yang menakutkan. Hari sudah hampir malam. Malam membawa  kegelapan. Saya gunakan imej malam sebagai simbol satu keadaan  kegelapan, tidak pasti,  dan membimbangkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/07/sumber-ilham-dari-perjalanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjalanan Menuju Healty Diet Yang Penuh Onak Duri Dan Teh Tarik Madu

Perjalanan Menuju Healty Diet Yang Penuh Onak Duri Dan Teh Tarik Madu

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 391 hits
Perjalanan menuju healty diet yang penuh onak duri dan teh tarik madu Maafkan aku jika aku ketawa setiap kali anda mengungkap kalimat azimat keramat aku nak diet nanti nak start diet healthy dan seumpamanya bukan sengaja bersikap sinis namu...
Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa

Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 562 hits
Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa Assalammualaikum semua Kali ini Ruby terdetik untuk bercerita tentang pengalaman berhijab Perjalanan untuk menjadi Muslimah yang sempurna pada mata kita Ada kalanya tersasar juga Tujuan blog...
Masih Dengan Baju Pengantin Wanita Ini Beri Rawatan Di Tepi Jalan Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Gereja

Masih Dengan Baju Pengantin Wanita Ini Beri Rawatan Di Tepi Jalan Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Gereja

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 278 hits
Seorang wanita yang baru sahaja dikahwinkan dengan pilihan hatinya terus menabur bakti dengan merawat seorang wanita ketika dia dalam perjalanan pulang dari gereja Rachel Taylor 22 dan suaminya Calvin Taylor 23 yang baru sahaja meninggalkan...
Perjalanan Hijab Cik Programmer Iena Eliena

Perjalanan Hijab Cik Programmer Iena Eliena

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 498 hits
Bila tengok SL Hijab story dekat instagram Cik iena pun rasa nak kongsi Hijab story Cik iena Bila Cik iena mula memakai tudung secara kekal Sebelum tu Cik iena nak juga kongsi pengalaman Cik iena di gayakan oleh Shera Lee Cik iena bersama S...
Ramai Ibu Lega Bila Tahu Perjalanan Susu Anak Mereka Selamat Dipercayai

Ramai Ibu Lega Bila Tahu Perjalanan Susu Anak Mereka Selamat Dipercayai

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 246 hits
Kebimbangan di kalangan ibu bapa di Malaysia terhadap ketelusan sumber makanan akhirnya terjawab Friso Gold melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama di Malaysia bagi menyelesaikan kerisauan ibu bapa dalam pemilihan susu tepung rumusa...
Australia Keluar Amaran Perjalanan Kepada Warganegara Agar Tidak Melakukan Lawatan Ke Hong Kong

Australia Keluar Amaran Perjalanan Kepada Warganegara Agar Tidak Melakukan Lawatan Ke Hong Kong

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 244 hits
Ekoran Komunis China meluluskan Undang Undang Keselamatan Nasional versi Hong Kong secara paksa dan mencabuli prinsip kedaulatan undang undang berkuat kuasa 1 Julai 2020 Kementerian Hal Ehwal Luar Australia mengeluarkan amaran perjalanan pa...
Serunya Perjalanan Kuliner Gordon Ramsay Ke Sumatra Barat Untuk Bikin Rendang Makanan Terenak Di Dunia

Serunya Perjalanan Kuliner Gordon Ramsay Ke Sumatra Barat Untuk Bikin Rendang Makanan Terenak Di Dunia

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 213 hits
Gordon Ramsay bahkan sampai ikut balap sapi memancing dan blusukan ke pasar demi bisa masak rendang
Gelembung Perjalanan Hishammuddin Akan Hubungi Singapura

Gelembung Perjalanan Hishammuddin Akan Hubungi Singapura

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 304 hits
PEKAN 28 Jun Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menghubungi rakan sejawatannya dari Singapura bagi perbincangan lanjut mengenai cadangan pembukaan pintu sempadan kedua dua negara menggunakan konsep gelembung perjalanan Be...
Kasus Corona Di Yogyakarta 90 Persen Pelaku Perjalanan

Kasus Corona Di Yogyakarta 90 Persen Pelaku Perjalanan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 154 hits
Dia menyebut dari jumlah kasus itu mayoritas pasien memiliki riwayat perjalanan dari luar kota Heroe sendiri menilai saat ini kasus positif virus Corona di Kota Yogyakarta angkanya terus melandai
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Gaya Hidup Sihat 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music