Stroller Pilihan Terbaik 2019 Easywalker Mini Xs


Ramai yang view post pasal survey stroller compact dan ringan aku yang dulu tu. Tak lupa juga ada yang bertanya pasal post tu. Nampak tak aku survey stroller tahun 2017 masa tengah mengandung tapi tahun 2019 baru aku beli stroller. Stroller new year terus. Lama tak lama laa aku survey sebab tersangat la banyak pilihan dan aku ni pun cerewet bukan main. Bukan apa sebab duit tak berapa nak subur ni. Alang-alang membeli biar la berbaloi kan.


Tapi yang buat makan masa nak beli tu sebab aku masih guna stroller lama yang Asyraf dulu walaupun dah barai. Tali adjust seat pun dah putus tak boleh adjust seat kena baring je. Itu pun biasa guna kalau Asyraf nak tidur je. Adik masih guna baby carrier tapi bila letak stroller meraung taknak. Aku suspek sebab stroller tu kena baring je kan dan tak selesa. Mungkin tu punca adik taknak kot. Asyraf pun guna stroller untuk tidur je tapi makin adik besar ni aku rasa lenguh juga nak dukung. Lagi satu adik ni pula dia suka tengok orang sekeliling dan tak berapa suka orang dukung dia. Kalau dukung pun tak duk diam. Dia pusing badan dia, mengeliat la so kita ni jadi lenguh tau. Tu aku cakap dengan husband kena cari juga stroller untuk adik ni. Mungkin stroller baru boleh adjust seat dia selesa nak duduk kan. Lagi pun stroller lama memang rosak cuma kami je lenjan juga. hahahha Guna selagi boleh.


So pilihan aku untuk stroller baru biar la compact, ringan dan senang nak handle sebelah tangan sebab banyak masa aku sorang dengan anak-anak. Pastu aku nak seat tinggi, bakul luas dan frame stroller kukuh. hahahha amacam? cerewet teruk tak? kah kah kah Pilihan aku lain terus dari apa yang aku survey dulu tu.

Ni pilihan stroller terakhir aku ritu sebelum decide nak beli - GB pockit plus, Tavo dan easywalker mini XS.




Ikutkan hati nak GB pockit plus (RM1299) yang latest version tu. Tapi tahukah anda bahawa berat nya sama lebih kurang dengan stroller compact lain seperti tavo dan easywalker mini xs. Tapi sebab lipatan GB pockit+ paling kecil so ia menang la bab compact ni. Aku dah try angkat gb pockit dan tavo. Macam sama je berat haaa cuma saiz structure lipatan tu je yang membezakan. Lagi pula gb pockit plus ni tak smooth nak tolak dan rasa goyang. So dengan harga tu aku rasa tak berbaloi kecuali korang memang banyak duit dan tak kisah langsung. Tapi aku agak kisah sebab leceh nak tolak dan agak sempit untuk anak nak tidur. Tak boleh fully recline kan. Tengok orang pakai memang mengedik la nak juga tapi banyak kali pergi kedai mesti tak jadi juga beli. Mungkin kalau nak travel nanti baru sewa sebab GB pockit ni ramai buat sewa je.


Stroller Tavo Basic Edge 2018 pun aku berkenan tau sebab harga tavo separuh dari harga GB pockit plus dalam harga RM559 je. Ni latest version dan kalau memang terdesak nak kena beli stroller memang aku akan beli tavo je. Frame kukuh, boleh fully recline dan spacious. Anak selesa nak tidur. Compact juga bila lipat. Tolak pun smooth je. Ni penting tau sebab makin anak besar dan berat agak lenguh kita nak tolak stroller. Dulu tak heran pun bab ni tapi belajar dari pengalaman la kata kan. hahhaha.



Tapi aku beli easywalker mini XS oxford black (RM1129). Kenapa? Semua ciri aku nak ada dekat mini xs dan mini xs ni agak compete dengan mountain buggy nano V2 cuma yang buat aku buang terus mountain buggy tu sebab bila nak lipat kena guna 2 tangan so aku kurang minat. Aku ada toddler (Asyraf) yang ada masa dia nak duduk stroller je so frame kukuh dan smooth tu penting. Ikutkan tavo pun boleh dah tapi sebab easywalker mini xs slightly compact dari tavo dan agak ringan sikit dari tavo. Warranty 2 tahun dan aku nampak video mini xs ni redah batu hutan salji semua okay je. Memang nampak tahan lasak. Selain design yang lawa gila di mata aku. Husband aku pun approve stroller ni dan terus kami order. kah kah kah random sangat sebab lain survey tapi lain yang dibeli. Nak handle sebelah tangan pun senang sangat sebab buka tutup boleh sebelah tangan je.



Design easywalker mini xs ni ada banyak jenis tau. Yang famous design union jack macam warna biru gambar atas tapi aku laki bini decide nak yang design ni dan warna ni. Design yang ada logo mini kooper tu tak semua seller ada stok dan design ni ada 2 color sahaja. Black dan grey. Kebanyakkan seller ada stok yang union jack tu je. Satu lagi limited edition design disney mickey.

Boleh refer sini untuk more details pasal easywalker mini XS - https://www.koopers.co/category/stroller/


Overall memang aku puas hati gila beli stroller ni. Enough said. Lagi pun sepanjang pengalaman travel dengan anak pun bawa stroller lama tu tak pernah ada masalah pun. Yang penting stroller tu kena selesa baru la kurang drama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.athirahassin.com/2019/01/stroller-pilihan-terbaik-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyaksikan Perak Royal Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan Tahun 2019

Menyaksikan Perak Royal Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 491 hits
Menyaksikan Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan 27 Januari 2019 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Bertugas di tapak pameran sempena Mini Classic Speed Day iaitu satu program yang dianjurkan oleh Pejabat Daer...
Cara Terbaik Mengingati Tarikh Lahir 28 Januari 2019

Cara Terbaik Mengingati Tarikh Lahir 28 Januari 2019

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 405 hits
Cara terbaik mengingati tarikh lahir orang perempuan adalah dengan MELUPAKANNYA Tengok apa akan terjadi selepas itu 28 Januari 2019 Purba lagi setahunlah usia MakBudak nampaknya Tak perlu berangan nakkan surprise seperti drama pukul 7 malam...
Cherry Blossom Jepun 2019 Masa Terbaik Dan Tempat Untuk Lihat Sakura

Cherry Blossom Jepun 2019 Masa Terbaik Dan Tempat Untuk Lihat Sakura

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 986 hits
Musim bunga akan datang tidak lama lagi Jepun adalah destinasi yang paling atas sekali sebagai destinasi impian semasa musim ini kerana bunga bunga mekar cantik dan semua orang keluar untuk berkelah aktiviti ini juga dikenali sebagai hanami...
6 Channel Youtube Terbaik Malaysia 2019

6 Channel Youtube Terbaik Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 492 hits
Lately makin kerap aku habiskan masa melayan channel channel video yang ada kat Youtube ni Mula mula rasa macam apa benda aku buat ni better layan Twitter daripada Youtube Tapi lama kelamaan rasa addicted tu makin tinggi Bermula daripada ak...
Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir Terbaik 2019

Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir Terbaik 2019

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 2153 hits
Setiap kali tiba tarikh ulang tahun kelahiran kita pasti ramai orang wish Apa perasaan anda apabila kawan atau keluarga bagi ucapan kepada anda Ya sudah pasti gembira kan Jadi sekiranya kawan atau ada adik beradik anda yang birthday janganl...
Khairy Lihat Anwar Pilihan Terbaik Satukan Negara Akibat Politik Kaum

Khairy Lihat Anwar Pilihan Terbaik Satukan Negara Akibat Politik Kaum

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 274 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin terbaik untuk menyatukan negara yang kini terpecah oleh politik perkauman kata Khairy Jamaluddin Anwar bercakap bahasa kemodenan dan beliau bercakap bahasa tradisi terutamanya mengenai Islam dan juga identi...
Kasut Bata Comfit Kasut Kerja Pilihan 2019

Kasut Bata Comfit Kasut Kerja Pilihan 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1061 hits
Setiap kali tahun baru nak naik kerja pasti akan beli sesuatu yang baru untuk naikkan semangat kerja Seperti biasa Suami MF akan belanja kasut kerja baru Memula beli kasut biasa je Tapi sebab suami MF tak puas hati Dia ajak MF beli kasut ba...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap