Sikap Ibu Bapa Antara Punca Kemorosotan Jumlah Pelajar Stem


(Kiri) CEO Akademi Sains Malaysia, Hazami HabibKUALA LUMPUR: Ibu bapa yang memberi isyarat salah mengenai mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) antara punca merosotnya jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran itu saban tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib, berkata ini membimbangkan kerana ibu bapa yang memberi isyarat salah mengenai STEM boleh ‘mematikan’ minat pelajar terhadap subjek itu.

“Situasi ini juga menjelaskan antara sebab sistem pendidikan negara kehilangan sekurang-kurangnya 6,000 pelajar berpotensi dalam bidang STEM setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, kekurangan pendedahan mengenai aplikasi subjek sains dan matematik dengan kehidupan seharian juga menjadi antara sebab penurunan ketara pelajar dalam bidang STEM daripada 203,391 orang pada 2012 kepada 167,962 orang pada 2018.
Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengakui jumlah pelajar yang mengambil mata STEM merosot saban tahun.

Maszlee berkata, walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baharu muncul dan industri digital yang berkembang pesat, namun penawaran bakat dalam bidang STEM agak membimbangkan.

Menyentuh sikap ibu bapa yang terlalu mengambil langkah selamat agar anak mereka lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hazami menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan potensi sebenar yang ada pada pelajar berkenaan.

“Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk masa depan anak mereka sehingga mengambil langkah selamat, iaitu tidak membenar atau menggalakkan mengambil subjek Matematik Tambahan kerana dianggap susah dan hanya akan menjejaskan keputusan peperiksaan.
Hazami mencadangkan agar subjek Sains diperkenalkan dari peringkat prasekolah dan dalam masa yang sama, ibu bapa turut diberi pendedahan kepada kepentingan subjek itu yang tidak terhad penggunaannya dalam Sains sahaja.

“Kerjasama antara guru, ibu bapa, agensi, penggiat industri dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sangat penting bagi mengurangkan pandangan negatif masyarakat terhadap STEM dan sekali gus memastikan kehilangan pelajar STEM setiap tahun dapat diatasi,” katanya.

Sementera itu, Pengerusi National STEM Movement, Prof Datuk Dr Noraini Idris, berkata penurunan ketara itu dapat dilihat daripada bilangan kelas aliran sains di sekolah yang sebelum ini bilangannya empat atau lima tetapi kini hanya satu atau dua kelas sahaja.

“Apabila dibuat kajian sejak beberapa tahun lalu, nyata masalah itu bukan semata-mata berpunca daripada pelajar tetapi pelbagai faktor, termasuk pengurusan sekolah yang dilihat kurang yakin dengan keupayaan guru dan pelajar dalam bidang STEM ini,” katanya baru-baru ini.
Noraini berkata, antara kerenah pengurusan sekolah ialah sukar memberi kerjasama kepada guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik untuk lebih kreatif dalam kaedah penyampaian pembelajaran dan pengajaran.

Beliau berkata, latar belakang pengetua serta pengurusan sekolah yang bukannya daripada bidang STEM juga menyukarkan guru menggunakan kreativiti mereka untuk manfaat pelajar.

“Jangan terkejut jika ada pengetua atau pengurusan sekolah yang masih lagi tidak faham standard makmal yang diperlukan bagi pembelajaran STEM. Ini bukan bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi bagi menjayakan STEM ini, kita mohon semua orang bersikap terbuka.

“Jika ada pula yang bimbang mengenai kos, rasanya guru STEM rata-ratanya kreatif untuk menggunakan bahan di sekeliling mereka, terutama bahan kitar semula. Cuma apa yang diperlukan ruang dan peluang untuk bidang STEM berkembang dalam kalangan pelajar,” katanya.

Tambahnya, trend pengurangan jumlah pelajar aliran STEM ini juga akan memberi implikasi terhadap daya tampung tenaga profesional bagi pembangunan negara pada masa depan.

“Secara mudahnya, kekurangan pelajar dari peringkat menengah ini akan memberi kesan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) kerana pada waktu ini sebanyak 11,000 tempat dalam pelbagai jurusan berkaitan STEM di IPT tidak dapat diisi, dengan akhirnya pengeluaran jurutera, saintis, doktor yang berkualiti tidak menjadi kenyataan,” ulasnya. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/sikap-ibu-bapa-antara-punca-kemorosotan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

Ibu Bapa Bantah Sekolah Asing Pelajar Ikut Agama Di Sabah

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 689 hits
Eksesais pengasingan itu dikatakan bermula Januari lepas dengan 4 kelas dikhaskan untuk pelajar bukan Islam sementara 2 kela untuk pelajar Islam KOTA KINABALU Rakyat Sabah marah terhadap keputusan sebuah sekolah menengah di negeri ini menga...
Jumlah Pelajar Ambil Stem Kian Merosot

Jumlah Pelajar Ambil Stem Kian Merosot

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran sains teknologi kejuruteraan dan matematik merosot saban tahun kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Beliau berkata walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baharu mun...
Minggu Ke 36 Patut Kepala Ke Bawah Kuantiti Air Ketuban Uri Bawah Cyst Fibroid Antara Punca Bayi Songsang

Minggu Ke 36 Patut Kepala Ke Bawah Kuantiti Air Ketuban Uri Bawah Cyst Fibroid Antara Punca Bayi Songsang

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 525 hits
Minggu ke 36 dah berlalu tapi bayi masih songsang Paling banyak yang difikirkan ialah kaedah bersalin normal atau caesarean Menurut Dr Norleen Salleh Pakar Perbidanan Sakit Puan bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu d...
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 416 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba d...
Peluang Berbakti Kepada Ibu Bapa

Peluang Berbakti Kepada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 1558 hits
Ibu tidak perlu memberi alasan bagaimana hendak menjaga anak anak Dalam apa juga keadaan biarpun dalam keadaan sakit atau teramat letih tugasnya akan dilaksanakan sebaik mungkin Ibu akan mengetepikan segala kenikmatan dan keselesaan semata ...
Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 448 hits
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa pada hari raya mahupun hari biasa ada kanak kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin berlari lari dalam rumah buka peti sejuk tuan rumah Tanpa sedar anak ini melampau batas dan ket...
Tanggungjawab Menjaga Ibu Bapa Yang Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya

Tanggungjawab Menjaga Ibu Bapa Yang Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 403 hits
Tanggungjawab Menjaga Ibu Bapa Yang Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya Artikel ini dipetik daripada ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria untuk permahaman bersama dalam hal kewajiban sebenar menjaga ibu bapa yang sakit Jadi tidak akan berla...
Ibu Bapa Dakwa Guru Tahfiz Cium Bibir Anak Dan Paksa Mereka Urut Badannya

Ibu Bapa Dakwa Guru Tahfiz Cium Bibir Anak Dan Paksa Mereka Urut Badannya

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 644 hits
Sekumpulan ibu bapa mendakwa guru di sebuah sekolah tahfiz telah mendera anak anak mereka Dalam video dua minit yang viral di media sosial menunjukkan pihak ibu bapa berdepan dengan seorang guru di sekolah tersebut Berdasarkan video itu ibu...
Najib Kesali Kekecohan Antara Penyokong Dan Pelajar

Najib Kesali Kekecohan Antara Penyokong Dan Pelajar

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 300 hits
Najib sedang bercakap di suatu dialog bersama pelajar di sebuah resotran apabila sekumpulan pelajar menunjuk perasan di luar PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak kesal dengan kejadian pelajar didakwa dikasari penyokongnya di satu...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord