Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap


Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap | Salam semua, masuk pasar malam ke, pasar pagi ke atau mana - mana tempat seperti hadir di mana - mana majlis - majlis ke, air balang di mana - mana saja ada. Kenapa air balang mesti disebut - sebut ya. Nak lagi kalau masuk bulan ramadan, memang tak sah kalau tak cari air balang. Semua berebut- rebut nak tengok air apa yang viral tahun ini. Bulan puasa, ramai yang berniaga air balang.


Ya lah puasa seharian, buka puasa mesti nak minum air dulu untuk hilangkan dahaga sebelum makan. Kalau kat bazar ramadan, mesti ramai yang mencari air balang.

Air balang bagi sis kalau penjual buat sedap  atau dengan kata lain, orang kata 'Kaw" airnya, memang orang akan ulang beli. Itu sebab air balang tertentu yang jadi viral. Kali ini, sis nak berkongsi resepi air balang yang orang buat untuk berniaga.

Resepi air balang sedap ini ada yang sukatannya banyak dan ada juga untuk buat sendiri nak minum. Tapi apa pun. Kalau nak buat sendiri di rumah, memang agak - agak. Setakat buat air, mudah jer. Kalau nak buat letak dalam balang tu cuma gandakan sahaja.

Ikutkan air balang, banyak sangat senarainya, tapi di sini, sis nak kongsikan air balang yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.

1. Jus mata kucing sedap
2. Jus apple asam boi
3. Air soya sedap
4. Jus mangga susu
5. Air bandung cincau
6. Air milo susu
7. Air katira original Johor
8. Air tembikai laici
9. Air lemon pudina ais dan laici asam boi
10. Air jagung ketagih sedap


1. Resepi Jus Mata Kucing Sedap 

Bahan - Bahan 
1 paket Buah mata kucing
1/2 paket gula melaka
Gula pasir (optional)
Daun pandan

Cara - Cara 
1. Basuh buah mata kucing tersebut dan rebus didalam periuk bersama daun pandan.
2. Setelah buah tersebut kembang, masukkan gula melaka.
3. Rasa sedikit, jika kurang manis, tambah dengan gula pasir.
4. Siap untuk dihidang.

Nota
Buah mata kucing dikenali sebagai 'dragon eyes' jadi jika berkunjung ke kedai herba cina, anda boleh membeli bahan yang dikongsikan.


2. Resepi Jus Apple Asam Boi

Bahan - Bahan 
3 biji epal hijau
1 sudu kecil serbuk asam boi
2 biji asam boi
Air secukupnya

Cara - Cara 
1. Kisar epal hijau sehingga hancur.
2. Masukkan air gula bersama dengan jus epal yang dikisar tadi.
3. Campurkan dengan serbuk asam boi.
4. Sedia untuk dihidang bersama ais.


3. Resepi Air Soya Sedap

Bahan - Bahan 
1 kg kacang soya
3 helai daun pandan
1 sudu teh garam
9 liter air

Bahan Untuk Buat Air Gula
1 kg gula
1 liter air

Peralatan 
Mesin soya/ blender
Tapis teh tarik mamak/kain net putih
Bekas tapis plastik
1 periuk sederhana
1 bekas tong panas/hot container

Cara - Cara 

Langkah 1
1. Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
2. Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Langkah 2
1. Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
2. Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Langkah 3
1. Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
2. Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Langkah 4
1. Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
2. Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Langkah 5
1. Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
2. Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Langkah 6
1. Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
2. Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
3. Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.
4. Dah masak sedia untuk diminum. Pati Soya ini sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih sedap. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.


4. Resepi Jus Mangga Susu

Bahan - Bahan 
1 biji Mangga
1 cawan Ais
3 sudu besar susu pekat manis

Cara - Cara
1. Blend mangga, ais dan susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan letak kiub mangga.

Nota 
Jika nak buat lebih gandakan


5. Resepi Air Bandung Cincau

Bahan bahan 
Air sirap (boleh beli siap atau dimasak sendiri)
Ais krim soda
Susu cair
Cincau secukupnya (diparut)
Ais kiub secukupnya

Cara - Cara
1. Campurkan sirap, air masak, susu sejat. Kacau dan rasakan manis dan lemak yang dikehendaki.
2. Masukkan ais krim soda sambil dikacau tanpa henti. Masukkan ais kiub dan juga cincau.
3. Siap untuk dihidangkan.


6. Resepi Air Milo Susu Balang 30 liter - 40 liter

Bahan-Bahan
8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
Air panas mengikut kadar cara bancuhan
4 paket Milo (1kg)
4 kg ketulan Ais

Cara - Cara 
1. Masukkan susu pekat
2. Masukkan susu cair
3. Masukkan milo
4. Masukkan air panas dan kacau rata
5. Masukkan ke dalam bekas air dan tambah ketulan ais
6. Sedia untuk di minum


7. Resepi Air Katira Original Johor

Bahan-bahan
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir
3 keping getah anggur kering/katira
12 biji badam
3 ketul buah kembang semangkuk
1 genggam biji selasih
2 cawan cendol
1/2 cawan cincau
7 biji kurma
Kismis
Kacang tanah goreng
Secubit garam

Langkah-langkah Penyediaan Air Katira

Bahan A: Sirap pandan
1. Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
2. Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.
3. Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut.
4. Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
5. Simpan dan ketepikan dahulu.

Bahan B: Susu badam
1. Kisar badam yang diasing daripada kulit hingga halus bersama secawan air.
2. Masak kisaran badam tadi sehingga mendidih bersama 2 cawan air.
3. Padamkan api setelah mendidih beberapa minit.
4. Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.

Bahan C: Membancuh air katira
1. Masukkan kurma yang telah dicarik-carik ke dalam balang air tadi.
2. Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.
3. Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang
4. Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.
5. Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.
6. Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.
7. Sedia dinikmati sebagai “energy booster” waktu berbuka setelah seharian berpuasa!


8. Resepi Air Tembikai Laici Viral

Bahan - Bahan
Buah tembikai
Satu tin laici
Krim soda
Segelas ais
Aiskrim ( Optional )

Cara - Cara
1. Potong tembikai secara dadu.
2. Masukkan potongan tembikai, laici dan ais ke dalam blender.
3. Tuang krim soda secukupnya.
4. Blend sampai sebati ke semua bahan.
5. Tuang ke dalam gelas dan kalau suka boleh letak aiskrim.


9. Resepi Lemon Pudina Ais Dan Laici Asam Boi

Bahan - Bahan Untuk Sukatan untuk 1 balang Air
Daun pudina RM 2
Lemon 4 biji
Sunquick 100 gm
Serbuk asam knorr100 gm
Air gula 1 liter

Cara - Cara
1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, ambil air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air.
2. Masukkan 1 liter air gula.
3. Sunquick dan serbuk asam knorr masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau dan masukkan dalam bekas air lemon tadi.
4. Masukkan air batu, pati air lemon, Masukkan air masak agak- agak sahaja. 1 biji lemon dihiris dan daun pudina.
5. Kacau dan siap untuk diminum.

Nota :
1. Kalau nak buat banyak lagi gandakan saja.
2. Boleh pelbagaikan buahan dalam tin selain daripada laici
3. Pati lemon boleh disimpan dalam peti sejuk
4. Nak buat banyak pastikan tapis dalam 2 hingga 3 kali


10. Resepi Air Jagung Ketagih Paling Sedap Untuk Balang 30 liter

Bahan-bahan yang diperlukan:
Air RO 3-4 Liter.
½ botol pati jagung double lion 495ml.
3 tin susu pekat dairy champ.
3 tin susu cair dairy champ.
1 sudu kecil pewarna merah.
1 sudu kecil perisa jagung.
1 tin sweet corn ayam brand
1 beg ais kiub.
2 sudu garam halus.

Cara untuk membancuh air jagung ketagih:
1. Tuang air RO ke dalam balang 30 liter.
2. Campurkan susu pekat dan susu cair. Kacau.
3. Tuang pati jagung.
4. Tuang perisa jagung dan pewarna. Kacau.
5. Masukkan sweet corn.
6. Masukkan garam. Kacau.
7. Masukkan 1 bag ais.
8. Sedia untuk dijual.


11. Resepi Air Tembikai Susu Untuk Balang 24 liter

Bahan-bahan
1 biji buah tembikai susu (saiz besar).
1/2 tin susu pekat.
Secubit garam.
Air bertapis.
Pewarna hijau epal.

Cara - Cara 
1. Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.
2. Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.
3. Kisar bahan tadi sehingga hancur.
4. Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.
5. Ulang langkah di atas sehingga kesemua isi tembikai susu habis dikisar.

Persediaan di tapak berniaga
1. Tuang hasil kisaran tadi ke dalam balang air 24 liter.
2. Masukkan satu liter air bertapis ke dalam balang tadi.
3. Masukkan setengah susu pekat dan secubit garam.
4. Kacau sehingga campuran air menjadi sekata.
5. Masukkan satu bag ais kiub ke dalam balang.
6. Kacau sehingga sekata.
7. Tambah pewarna hijau epal setitik demi setitik sehingga naik warna. Kacau sekata.
8. Sedia untuk dijual.

Nota
1. Air gula dicampurkan berasingan ketika membungkus air ini.
2. Gandakan buah tembikai susu untuk lagi sedap

Sumber : sini
Sumber : sini
Sumber : sini
Sumber : sini

Bisnes air balang sekarang semakin menjadi pilihan terutamanya pada bulan ramadan. Kadang - kadang sis tengok berderet air balang jugal di bazar ramadan kan. Mana tahu, mungkin dalam sehari pun boleh cecah sampai ribu - ribu. Nak lagi bila ada air balang viral.

Untuk sesiapa yang berminat untuk buat bisnes air balang, sis rasa, panduan lengkap memulakan bisnes air balang ini dapat membantu. Banyak tips meniaga air balang yang dikongsikan. Kalau nak cuba bermula dulu dengan 5 balang ke. Mana tahu suatu hari nanti boleh tambah lagi 10 balang.
Kalian boleh klik banner di bawah ini.

                                            

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/01/10-resepi-air-balang-viral-paling-sedap-dan-laris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Air Sirap Bandung Soda Cincau Sedap

Resepi Air Sirap Bandung Soda Cincau Sedap

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 2901 hits
Selamat menyambut bulan Ramadhan Buka puasa hari ni dah beli bahan nak masak ke Atau beli dekat bazar Ramadhan je Kalau buat hidangan berbuka puasa nanti jangan lupa resepi airnya juga ye lega juga tekak menghirup air yang sedap Sambil tung...
Laksa Tak Habis Nak Buat Apa Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap

Laksa Tak Habis Nak Buat Apa Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 740 hits
RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP 2 hari lepas saya masak laksa atas permintaan anak anak 2 kali balik kampung bulan 12 lepas tapi tak sempat nak merasa laksa makngah diaorang Agaknya tu yang dok suruh ibu masak kan laksa Bila dah m...
Resepi Air Mango Dessert

Resepi Air Mango Dessert

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 854 hits
Resepi Air Mango Dessert Bahan bahan 3 cwn susu segar 1 paket serbuk jelly flavour mangga 1 cwn susu pekat 1 cwn sagu 1 tin laici tin 2 biji mangga Caranya Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu Siap utk di hidang Kredit Fatien Zain...
Resepi Biskut Viral 3 Bahan

Resepi Biskut Viral 3 Bahan

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 1443 hits
Resepi Biskut Viral 3 BahanSusu pekat MarjerinTepung jagung perwarna ikut suka tak nak letak pun takpe Campur 3 bahan Uli2 jadi doh Bakar guna pemanggang ajaib api perlahan bakar dalam 15 20min kalau tgok mcm da masak tutup la api biskut ni...
7 Resepi Kerabu Yang Sedap Dan Memikat Selera

7 Resepi Kerabu Yang Sedap Dan Memikat Selera

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 633 hits
Kebiasaannya apabila di sebut kerabu mesti menjurus kepada lauk sayuran yang di makan mentah bersama sambal belacan Kerabu ini adalah juadah salad versi kampung orang Melayu kiranya Kerabu ini ada macam macam versi dan cara yang tak terjang...
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 344 hits
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap Untuk Dicuba Cuaca panas bila dapat pekena menu ssagu gula melaka yang sedap memang sangat asyik Lagi lagi bila resepi sagu gula melaka tu nampak mengiurkan dengan campuran warna yang cantik Makin bes...
Resepi Puding Trifle Sedap

Resepi Puding Trifle Sedap

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 851 hits
Sudah agak lama saya tak kongsi resepi masakan di blog ni kan Disebabkan anak anak tengah tidur dan saya pun tengah free sekarang apa kata kalau saya kongsikan resepi puding yang menjadi kegemaran kami sekeluarga iaitu PUDING TRIFLE Guna re...
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Yang Sedap

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 808 hits
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Paling Sedap Bayam brazil adalah sejenis sayuran yang baru saya kenal sejak 2 tahun kebelakangan ini Mulanya nampak kat FB kemudian ada kawan kawan share kat blog dan last sekali hari ini kawan baik saya b...
Diy Resepi Perangkap Lipas Yang Di Katakan Paling Ampuh Abad Ini

Diy Resepi Perangkap Lipas Yang Di Katakan Paling Ampuh Abad Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 500 hits
Lipas adalah serangga yang paling menakutkan walaupun ia hidup berhampiran dengan manusia Sentiasa ada hampir di setiap rumah Baru di sebut saja perkataan lipas sudah ada yang geli geleman apatah lagi kalau ternampak ia berkeliaran Menjerit...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru