Santau Angin Dan Pengubatannya In Syaa Allah 8643



BHplusRabu, 5 Ogos 2015 | 12:06am
Ubati diri sendiri kena santau Oleh Mona Ahmad [email protected]USTAZ Mohd Suhaimi tak terlepas gangguan makhluk halus. - Foto ilustrasi BHMENDERITA akibat santau kira-kira setahun dan berjaya pulih selepas merawat diri sendiri dengan ayat al-Quran, menjadi titik-tolak kepada pengasas Pusat Rawatan Islam Ruqyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, 39, untuk meneruskan khidmat dalam perubatan Islam.
Bercerita mengenai pengalamannya, pendakwah yang mendapat pendidikan awal dari Sekolah Menengah Agama at-Taufiqiah al-Khairiah al-Hilmiah, Batu 16, Padang Lumut, Kedah (Pondok Pak Ya) berkata, selepas menamatkan pengajian di Universiti al Azhar, beliau berkhidmat sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Agama Integrasi Seksyen 4, Bangi dan seterusnya Guru Besar Sekolah Agama Taman Rakan, Cheras.
Selain itu, beliau turut dilantik sebagai nazir Masjid Taman Rakan dan turut memberi ceramah di Selangor dan Wilayah Persekutuan kerana mendapat pentauliahan dari kedua-dua jabatan agama negeri itu.
Akuinya, badannya semakin susut dan sering tidak sihat. Tetapi apabila ke hospital, doktor gagal mengesan penyakitnya. Lazimnya selepas jam 10 malam, sebaik habis mengajar agama, beliau tidak boleh memandu kerana tidak boleh fokus dan nyaris melanggar orang. Beliau kemudian berulang ke Darul Syifa untuk berubat dan rupanya, beliau terkena santau.
"Kaedah yang digunakan di Darul Syifa adalah rawatan tepuk dan keluarlah pelbagai benda yang tajam tetapi masalah besarnya, 'ibu santau' tidak keluar. Setiap kali bulan mengambang saya kembali sakit dan batuk berpanjangan.
"Selepas setahun menderita, saya cuba merawat diri sendiri dengan terapi Ruqyah Jibril. Ia adalah ayat yang digunakan malaikat Jibril untuk merawat Rasulullah yang disihirkan seorang Yahudi dikenali sebagai Labib al Aqsa. Beliau mengambil rambut Rasulullah dari sikat Baginda dan membuatkan bunjut serta meletakkan jarum.
"Malaikat Jibril datang merawat Rasulullah menggunakan Ruqyah Jibril, yang merangkumi 20 ayat dalam al-Quran dari surah terpilih," katanya.
Dedahnya, selepas beberapa tahun, insan yang menganiayanya datang menemuinya untuk meminta maaf kerana mahu mengerjakan haji.
"Apabila saya membuat kajian, mengapa masyarakat kita gemar menggunakan sihir dan ilmu hitam untuk mengenakan pihak yang tidak disukai adalah kerana ia tidak boleh dikenakan hukuman berikutan akta berkaitan sihir di negara ini masih belum digubal," katanya.
Semasa masih berkhidmat sebagai pengajar sekolah, orang ramai sering meminta bantuannya untuk merawat menggunakan perubatan Islam yang dipelajarinya daripada tokoh makhluk halus terkemuka dunia, Sheikh Waheed Abdul Salam Bali ketika belajar di Mesir.
Pernah beliau turut merawat 'orang besar' di sebuah stesen televisyen dan bertitik-tolak daripada itu, beliau ditawarkan slot Perubatan Islam dalam Wanita Hari Ini (WHI) selama 86 siri, dijemput sebagai tetamu menerangkan isu makhluk halus, saka dan sihir dalam Expose Mistik (Astro Oasis) pada tahun 2005 dan Nona.
Pada tahun 2006, anak jati Pendang, Kedah ini, membuka Pusat Rawatan Islam Darul Ruqyah di Batu Caves dan kini beliau melebarkan cawangan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang serta Pendang.
Antara pengalaman merawat pesakit yang tidak dapat dilupakan adalah apabila pesakit mengadu telefonnya sering berdering pada waktu malam dan awal pagi tetapi nombor yang timbul adalah nombor miliknya sendiri.
"Pesakit itu turut melaporkan kepada syarikat pengendali telefon tetapi tiada rekod dan mustahil nombor kita sendiri yang memanggil kita. Apabila saya rawat beliau, barulah tahu rupanya ada saka yang mengganggu menggunakan telefon," katanya.
Selain itu, beliau pernah merawat seorang pengarah hospital yang menghidap kanser lidah dan dengan izin Allah, pesakit itu semakin pulih dan lidahnya tidak perlu dipotong.
"Pesakit itu mahu mencari rawatan alternatif dan berjumpa saya. Saya rawat menggunakan air zam zam, membaca ayat al-Quran dalam kuantiti banyak, misalnya Bismillah sehingga sejuta kali, al-Fatihah sehingga 100,000 kali serta zikir dan dihadiahkan kepada pesakit itu. Rupanya ada `benda lain' yang transit pada lidahnya," katanya yang turut dikunjungi penyelidik dari universiti untuk mengetahui kaedah yang digunakan dalam rawatan.
Walaupun Mohd Suhaimi adalah perawat gangguan makhluk halus, beliau tidak terlepas daripada dikacau oleh makhluk itu.
Ceritanya, pernah satu hari ketika memandu tidak sampai lima minit untuk ke Kuala Lumpur bagi bersiaran di WHI dari Kedah, keretanya tiba-tiba berasap sehingga beliau sekeluarga dan pembantu terpaksa keluar. Keretanya meletup sebanyak empat kali.
"Saya membuat laporan polis dan ke Kuala Lumpur dengan kereta lain. Malam itu, saya bermimpi `benda' itu datang dalam mimpi dan mentertawakan saya. Itu bukan kali pertama, kadang kala kereta yang dipandu berhenti tanpa sebab, rim tayar tiba-tiba patah, kadang kala tanpa menekan minyak kereta bergerak sendiri, saya cuma menjaga brek.
"Saya ingat jika ada ilmu dan menghafal al-Quran, tentunya benda halus ini tidak mengacau, rupanya lagi kuat. Pada peringkat awal, saya rasa takut dan tidak selesa dengan gangguan ini, tetapi lama kelamaan, saya okay saja," katanya.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam Universiti al Azhar, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Bahasa dari Universiti Putra, Ijazah Pengajian Islam Universiti Terbuka Malaysia dan kini, sedang melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam ini, bertemu jodoh dengan Noraisyah Zainal, 36 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Nasihatnya, orang ramai tidak seharusnya menganggap setiap penyakit itu disebabkan makhluk halus, termasuk saka.
"Pergilah berjumpa doktor dulu kerana kebanyakan penyakit perlu diubati dengan kaedah perubatan sains dan moden. Jika mahu menggunakan perubatan Islam, rujuklah senarai dengan Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (GAPIMMA) supaya tidak tertipu.
"Seperti juga produk, pastikan ada pensijilan seperti halal, barulah mudah diambil tindakan jika berlaku sesuatu yang tidak kena," katanya yang turut menjalankan perniagaan pemakanan sunnah seperti buah tin dan zaitun di bawah jenama, DRQ.
https://www.bharian.com.my/node/72444
Ubati diri sendiri kena santau | BHplus | Berita Harian


Bagaimana Cara & Tips Sembuhkan Diri Sendiri Dari ...
https://mediamaklumat.com › Tips6 Sep 2017 - Azab sihir dan santau ni orang yang kena je tahu betapa sakitnya. ... Saya dapat tips ini dari seorang ustaz katanya ubat diri sendiri kalau ...Bagaimana Menangani Santau? - Darussyifa Bandar Baru ...
darussyifabbst.blogspot.com › ... › penyakit › Perubatan Islam › rawatan › santau15 Apr 2012 - Koleksi dari ceramah rawatan santau oleh .... 1) Batuk yang berterusan walaupun makanubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada ...15 Tanda Anda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat ...
bukan-yang-biasa.blogspot.com/2015/04/15-tanda-anda-terkena-santau-jenis.html15 Apr 2015 - 15 Tanda Anda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau ... Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, ...santau bisa santau pedih santau racun cara rawatan daun ...
https://perangisihir.wordpress.com/.../santau-bisa-santau-pedih-santau-racun-cara-rawa...12 Jun 2014 - SANTAU. Santau merupakan salah satu sihir yang popular masyarakat di Malaysia umumnya. Santau merupakan racun yang dibuat oleh ...
Mengenali Dan Mengubati Santau - Tazkirah.net
https://tzkrh.com/mengenali-dan-mengubati-santau/Mengenali Dan Mengubati Santau. Oleh Rasyidah Rahmat • 29 Jan 2018 • 3 min baca. Perubatan Islam pada masa kini merupakan rawatan alternatif yang ...




GAYA HIDUP Mengenali Dan Mengubati SantauOLEH RASYIDAH RAHMAT  •  29 JAN 2018  • 
Perubatan Islam pada masa kini merupakan rawatan alternatif yang utama khususnya kepada pesakit yang mengalami sakit yang berkaitan dengan makhluk halus.
Kewujudan jin dan iblis tidak dapat dinafikan, maka kita seharusnya membina benteng diri agar terlindung daripada segala kemudaratan.
Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai racun halus iaitu santau. Apakah disebalik penyakit santau dan bagaimana cara mengubatinya?
Sedikit perkongsian ini mudah-mudahan memberi manfaat kepada para pembaca agar dapat beramal dengannya bagi keselamatan diri dan keluarga.
#1 – Apa Itu Santau?Santau merupakan satu campuran dari bahan-bahan berbisa dan beracun yang dihantar secara langsung atau tidak langsung untuk mengganggu/ merosakkan kehidupan seseorang.

Santau juga terdiri daripada santau makanan dan santau angin. Dalam situasi ini, banyak kisah masyarakat yang disantau dapat kita jadikan iktibar agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia.

#2 – Tanda Awal Santau
Mari kita lihat di antara tanda-tanda awal seseorang yang terkena santau.

#1- Mengalami batuk yang berlarutan dan batuk berdarah. Selain itu, sering mengalami sakit di bahagian belakang badan dan merasa lenguh di bahagian sendi-sendi utama.

Bagi kaum wanita, peredaran darah haid menjadi tidak teratur dan mengalami istihadah (darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas). Dalam pada itu, jika wanita tersebut sedang mengandung, boleh terjadi keguguran terhadap kandungannya.

#2- Mengalami masalah nafas berbau dan pada bawah mata dan kukunya kelihatan berwarna biru. Semasa tidur, seseorang itu akan bermimpi ular, dikejar haiwan berbisa atau liar, jatuh dari tempat tinggi, ada sesuatu benda tajam yang seakan ingin menikam dan bermimpi bayi.

#3- Mengalami lebam-lebam di leher.

Dalam konteks ini, membuat rawatan amatlah penting untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.

Dalam perubatan Islam digariskan panduan dalam memilih pengamal perubatan yang benar-benar menggunakan kaedah yang betul menurut Al-Quran.

#3 – Ciri-ciri Pengamal Perubatan Palsu
Peringatan! Hati-hati dalam memilih tempat perawatan agar cara perubatannya selari dengan syariat Islam.

Antara ciri pengamal perubatan yang palsu ialah:
#1- Di tempat perubatannya mempunyai tengkorak binatang seperti tengkorak lembu.
#2- Mempunyai karakter yang berubah ketika melakukan perawatan seperti tidak sedarkan diri/menurun dengan menuduh seseorang.
#3- Menggunakan asap. Hal ini kerana asap merupakan makanan jin.
#4- Memberi azimat tertentu.
#5- Tidak memakai pakaian.
#6- Tidak mengucapkan lafaz Insya-Allah (Dengan izin Allah).
#7- Berasa bangga diri/bongkak dengan menyatakan dirinya hebat.
Maka, berhati-hati dalam memilih pengamal perubatan. Jauhi perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah S.W.T.

#4 – Tips Menghindarkan Diri Daripada Santau
Beberapa tips penting untuk menjadi pembenteng diri bagi mengelakkan daripada penyakit santau.
#1- Membaca Surah Al-Fatihah
#2- Membaca Ayat Kursi
#3- Membaca Surah Al-Furqan ayat 23
#4- Melakukan Solat Sunat Tahajud
Allah S.W.T memberikan maqam yang terpuji kepada hamba-Nya yang mengamalkan Solat Sunat Tahajud dengan terhindarnya daripada santau.

#5 – Al-Quran Sebagai Penawar
Terdapat seribu satu rahsia penawar di dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan untuk penjagaan diri kita.

Amal fardi dan kekuatan dalaman diri yang mampu menyembuhkan penyakit dalam diri kita.

Perubatan alternatif ini hanya salah satu usaha kita untuk merawat selebihnya kita perbanyakkanlah bertawakal kepada Allah S.W.T. Segala puji bagi Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca.

Rujukan:
Ceramah Al-Kulliyyah Ustaz Sharhan Shafie
Kos Operasi RM5000 Setiap BulanSejak 2014, Tazkirah.net komited menerbitkan bahan-bahan Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, 6,329,735++ halaman web ini telah dibaca dari seluruh dunia. Bayangkan jika semua orang boleh menyumbang walaupun RM10, lebih banyak bahan menarik berkaitan Islam dapat kami terbitkan
SUMBANG SEKARANG 
Maaf, belum bersedia. Tutup.
Mengenali Dan Mengubati Santau
https://tzkrh.com/mengenali-dan-mengubati-santau/
Berita BerkaitanSihir, santau masih diamalkan masyarakat MelayuKaedah saintifik kesan makhluk halus, jinSIRI MISTERI: Jin dan alam ghaibSIRI MISTERI: Jin bekerjasama cetus histeriaCari penawar penyakit mesti ikut syarakJin takut guru Ustaz SharhanSOP perlu bagi kes syariah babit unsur mistikSIRI MISTERI: Langsuir serang kampung




































Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/11/santau-angin-dan-pengubatannya-in-syaa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jarang Orang Mahu Salahkan Diri Sendiri In Syaa Allah Kita Jangan Begitu 8666

Jarang Orang Mahu Salahkan Diri Sendiri In Syaa Allah Kita Jangan Begitu 8666

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 360 hits
Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r a Menurut ahli sejarah Abdul Rahman Bin Auf...
Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 308 hits
Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di JordanLarangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan
Nyanyi Lagu Allah Selamatkan Kamu Untuk Si Anak Depan Kaabah Fouziah Gous Bikin Netizen Sebak

Nyanyi Lagu Allah Selamatkan Kamu Untuk Si Anak Depan Kaabah Fouziah Gous Bikin Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 334 hits
Nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu untuk si anak depan Kaabah Fouziah Gous bikin netizen sebakNyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu untuk si anak depan Kaabah Fouziah Gous bikin netizen sebak
Allah Tidak Akan Jadikan Kita Sebagai Najib 8619

Allah Tidak Akan Jadikan Kita Sebagai Najib 8619

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 256 hits
Tiada istilah KALAU dalam setiap kejadian Allah Tiada istilah kalau dalam Qada dan Qadar Allah Percayailah dengan yakin sepenuh hati Usah dilayan persoalan KALAU xada cerita kalau dalam Allah menjadikan sesuatu Contoh kalau dia xnaik flight...
Saya Menghadap Allah Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa

Saya Menghadap Allah Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 286 hits
Saya Menghadap Allah Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa Saya Menghadap Allah Terpulanglah Mereka Nak Buat Apa
Alhamdulillah Cinta Kita Kerana Allah Doa Puteri Sarah Liyana Kepada Syamsul Yusuf Buat Netizen Sebak

Alhamdulillah Cinta Kita Kerana Allah Doa Puteri Sarah Liyana Kepada Syamsul Yusuf Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 597 hits
Sebelum bergelar isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusuf Puteri Sarah Liyana hanyalah seorang aktres biasa yang juga pernah terpalit dengan beberapa kontroversi Dengan kasih sayang daripada Allah Puteri Sarah Liyana mula berhijrah dan...
Subhanallah Kenapa Allah Memilih Angka 7 Dalam Banyak Penciptaannya

Subhanallah Kenapa Allah Memilih Angka 7 Dalam Banyak Penciptaannya

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 201 hits
Subhanallah Kenapa Allah Memilih Angka 7 Dalam Banyak PenciptaanNya Subhanallah Kenapa Allah Memilih Angka 7 Dalam Banyak PenciptaanNya
Doa Siapa Saja Yang Diijabah Allah

Doa Siapa Saja Yang Diijabah Allah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 386 hits
ARTIKEL KE 890 Teruslah berdoaMenjawab pertanyaan di atas doa siapakah yang diijabah Allah ya doa semua orang yang memohon kepadaNYA Gak ada doa yang dicuekin tapi tentu dengan cara Allah dan pada waktu yang diinginkanNYA Para cendekiawan M...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions