Salleh Said Keruak Yang Mengejutkan




Keluar parti, melompat parti dan menubuhkan parti baru mungkin perkara biasa dalam politik Sabah. Ia sudah beberapa kali berlaku sebelum ini dan kini ia sekali lagi menjadi hidangan buat kita semua.


Meskipun dengan keluarnya beramai-ramai pemimpin, Ahli Parlimen dan Adun negeri itu meninggalkan UMNO tidak menyebabkan UMNO Sabah terbubar secara serta merta, tetapi realitinya parti itu boleh dikatakan sudah lumpuh dan tidak lagi bermaya.


Matinya UMNO di Sabah bukanlah sesuatu yang menghairankan. Sebelum ini pun sudah banyak parti yang mati dan terkubur begitu saja bila ada pertukaran kerajaan negeri.


Apa yang berlaku kepada UMNO Sabah hari ini semacam ulangan saja. Tiada yang pelik dan tidak ada sesiapa yang terperanjat.


Tetapi, di sebalik keluarnya beramai-ramai pemimpin UMNO meninggalkan parti itu setelah ia kehilangan kuasanya dalam PRU14 yang lalu, yang paling menarik dan mengejutkan tentunya ialah kerana di antara yang berbuat demikian itu termasuk Salleh Said Keruak.


Siapa tidak kenal Salleh Said Keruak atau SSK sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun pernah menjadi Ketua Menteri Sabah beberapa tahun sebelum ini, nama SSK paling menjadi bualan ialah sejak berlakunya permusuhan antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad.


SSK yang pada awalnya hanya merupakan Speaker DUN Sabah dan agak aktif dalam penulisan melalui blog, telah mengambil kesempatan daripada permusuhan dua pemimpin itu untuk menonjolkan dirinya melalui tulisan-tulisannya untuk menyokong serta membela Najib, sambil sudah tentunya dalam waktu yang sama membelasah Tun Mahathir.


Beliau muncul menjadi pembela paling tegar kepada Najib, terutama berkaitan isu 1MDB serta menghentam Tun Mahathir hampir tanpa belas kasihan dengan mengungkit pelbagai perkara mengenai Pengerusi Pakatan Harapan itu.


Keaktifannya berbuat demikian itu akhirnya mencambahkan kepercayaan Najib terhadapnya sehingga melantiknya sebagai menteri kabinet dengan portfolio di Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Bendahari UMNO.


Bersama jawatan itu, SSK kemudiannya terus memainkan peranannya  dengan lebih aktif lagi sebagai pembela dan penyanjung Najib. Selain terus menulis melalui blognya atau memberi kenyataan melalui pelbagai saluran media di bawah kawalannya, SSK dengan jawatan tinggi yang diberikan Najib itu, kerjanya hampir saban waktu ialah membela dan mempertahankan Perdana Menteri.


Tidak cukup dengan itu, isteri Najib iaitu Rosmah Mansor juga turut dibela dan dipertahankannya cukup-cukup, sesuai dengan ganjaran yang Najib berikan kepadanya.


Bagaimanapun, sebaik UMNO hilang kuasa dan Najib tidak lagi berjawatan Perdana Menteri, selain beliau sendiri kalah di Kota Belud, SSK terus tidak lagi nampak bayangnya.


Dalam Najib turun naik mahkamah atau membuat kemunculan di beberapa tempat awam, bayang SSK tidak lagi kelihatan. Dalam program-program UMNO atau ketika ada penampilan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang baru, beliau tidak lagi seperti dulu yang hampir setiap masa ada di sisi.


Kebanyakan orang percaya SSK mungkin dalam proses untuk bersara dan meninggalkan terus dunia politik. Iyalah, apa lagi dimahukannya, jadi ketua menteri sudah dan jadi menteri juga sudah merasa.


Tidak pernah terbayang kepada sesiapa SSK akhirnya akan meninggalkan UMNO dan muncul bersama dengan pemimpin-pemimpin Sabah yang lain yang bukan saja keluar parti, malah sedia untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.


Meskipun alasannya menyokong kerajaan ialah untuk memastikan pembangunan Sabah tidak terbantut, tetapi tidakkah SSK tiada sedikit pun teringat kepada jasa serta sumbangan UMNO terhadap dirinya?


Apakah beliau juga sudah melupakan Najib yang sebelum ini banyak memberinya jawatan dan kedudukan?


Dengan sudah bersama-sama pemimpin lain meninggalkan UMNO dan menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir yang sebelum ini dibalun serta dikejinya, apakah SSK selepas ini akan kembali berperanan membela Perdana Menteri sebagaimana beliau membela Najib sebelumnya? (ShahbudinHusin 13/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/salleh-said-keruak-yang-mengejutkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ini Kongsi Video Mengejutkan

Lelaki Ini Kongsi Video Mengejutkan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 352 hits
TULAR sebuah rakaman video seorang lelaki sedang bekerja lewat malam di sebuah pejabat yang dikatakan berdepan gangguan mistik Kisah yang dikongsikan itu menarik perhatian netizen di laman mikro Twitter Video berdurasi 18 saat itu tular sej...
Bengang Dengan Kata Kata Mahathir Ini Respond Tmj Yang Sangat Mengejutkan

Bengang Dengan Kata Kata Mahathir Ini Respond Tmj Yang Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 793 hits
Bengang Dengan Kata kata Mahathir Ini Respond TMJ Yang Sangat Mengejutkan Bengang Dengan Kata kata Mahathir Ini Respond TMJ Yang Sangat Mengejutkan
Selepas Ucapkan Tahniah Harimau Malaya Bertembung Vietnam Malam Ini Drogba Umum Sesuatu Yang Mengejutkan

Selepas Ucapkan Tahniah Harimau Malaya Bertembung Vietnam Malam Ini Drogba Umum Sesuatu Yang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 542 hits
Selepas Ucapkan Tahniah Harimau Malaya Bertembung Vietnam Malam Ini Drogba Umum Sesuatu Yang Mengejutkan Selepas Ucapkan Tahniah Harimau Malaya Bertembung Vietnam Malam Ini Drogba Umum Sesuatu Yang Mengejutkan
Benarkah Mengejutkan 80 Penonton Tak Solat Maghrib Pasal Bola Semalam

Benarkah Mengejutkan 80 Penonton Tak Solat Maghrib Pasal Bola Semalam

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 616 hits
Mengejutkan 80 Penonton Tak Solat Maghrib Pasal Bola Semalam Ini Cadangan Dari Tadika Brainy Bunch Utk Penganjur Semalam telah berlangsung perlawanan akhir antara Malaysia menentang Vietnam dalam Piala AFF Suzuki 2018 di mana berkesudahan s...
Masya Allah Tulisan Allah Pada Kubur Tamadun Viking Hasil Siasatan Saintis Lebih Mengejutkan Lagi

Masya Allah Tulisan Allah Pada Kubur Tamadun Viking Hasil Siasatan Saintis Lebih Mengejutkan Lagi

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 255 hits
Islam By rencah7 Tulisan ALLAH Pada Kubur Tamadun Viking Hasil Siasatan Saintis Lebih MENGEJUTKAN Lagi Khalifah Mail Online Sekumpulan ahli sejarah Sweden terkejut apabila menemui tulisan Allah dalam satu kubur tamadun Viking usia ribuan ta...
Gunung Ini Akan Bertelur Setiap 30 Tahun Setelah Diselidiki Saintis Menjelaskan Sesuatu Yang Mengejutkan

Gunung Ini Akan Bertelur Setiap 30 Tahun Setelah Diselidiki Saintis Menjelaskan Sesuatu Yang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 340 hits
Gunung Ini Akan Bertelur Setiap 30 Tahun Setelah Diselidiki Saintis Menjelaskan Sesuatu Yang MengejutkanGunung Ini Akan Bertelur Setiap 30 Tahun Setelah Diselidiki Saintis Menjelaskan Sesuatu Yang Mengejutkan
Pelampau Hindu Di India Buat Tuduhan Mengejutkan

Pelampau Hindu Di India Buat Tuduhan Mengejutkan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 666 hits
Api persengketaan agama ditiupkan dari luar Sama ada dia sengaja mengadakan cerita dusta ataupun mengambil sumber dusta dari dalaman Malaysia Persoalannya siapakah yang sebelum ini membuat dakwaan dusta tentang layanan terhadap penganut Hin...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid