Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega


Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega||Lama rasanya tak buat kek chiffon, biasanya orang panggil kek span sebab lembut sangat. Kek chiffon sebab guna acuan chiffon yang ada lubang di tengah tu. takut hilang skill. Kalau lama tak buat ni mulalah menggelabah, harap - harap menjadi la kek ku.

Kebetulan ada pisang, tangkai dia tu macam nak buruk sikit. Ambil lah simpan dalam peti dulu sebelum  nak lecek esok pagi. Resepi ini dah diolah sikit. Sebab ada tambahkan tepung dan bahan cecair yang lain. Bilangan telur masih lagi sama.


Sebenarnya kek chiffon, kalau bakar sebelum ni memang pecah la permukaan atas tu, tapi tekstur masih kek chiffon cuma permukaan atas tu tak cantik.. Tengok orang lain buat naik cantik takde lah crack ke pecah bagai.. Itu yang jealous tu hii.Sekali fikir nak jugak la permukaan cantik tak crack macam orang lain buat.

Tapi tiap kali buat, tiap kali tu la nak crack. Bila baca tip orang yang bagi ,dia cakap kalau kek chiffon tu 25 minit pertama tak habis lagi dah crack maknanya suhu oven tu panas. Jadi, kesimpulannya kena kurangkan suhu, suhu oven masing - masing berlainan kan jadi sebab tu tak boleh nak cakap suhu tetap nak buat kek.

Berhati - hati Dengan Suhu 
Biasa kalau nak bakar kek, normal suhu 150 guna. Tak lebih dan tak kurang pada tu, tapi untuk kek chiffon ni nampaknya berlainan kes kena la kurangkan suhu. Ini kek pertama wani buat kurangkan suhu. Panas kan oven sekejap dalam suhu 150 C, tapi bila nak bakar, terus turunkan suhu 130 C dalam 25 minit. Cantik elok lah naik cuma dekat- dekat nak habis tu macam ada minor crack sikit tapi tak besar sangat.

Hemm next time kena buat macam tu dah tak boleh nak bakar dalam suhu 150 C. Lepas habis 25 minit pertama, terus naikkan suhu 150 C untuk 25 minit lagi. Kek chiffon ini nampak senang, tapi tak tahu cara pun jadi susah jugak hii. Panjang lebar nya bercerita pasal suhu..takut - takut la kan ada orang nak belajar kek cipon harap info ini dapat membantu juga. 
Kek chiffon ni kalau perhatikan kebanyakannya banyak guna cake flour,agak jarang nak guna cake flour ni. Sebab campuran cake flour adalah tepung jagung dan tepung gandum. Guna tepung gandum biasa pun tak kisah.kek chiffon ini moist cuma ada ketulan pisang yang tak berapa nak halus. 
Oklah selamat mencuba resepi kek chiffon yang gebu dan ringan tanpa guna mentega. Memang sangat gebu dan ringan macam kapas, telan- telan jerr tak payah gigit hii. Itu sebab memang suka sangat buat kek chiffon sebab lagi satu tak payah guna mentega.

Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega 

BAHAN-BAHAN ( A )
60gm susu cair
4 biji kuning telur
35gm minyak jagung
250 gm pisang dilecek halus
100gm tepung gandum (diayak )
2 sudu besar gula halus


BAHAN- BAHAN (B)
4 biji putih telur
40gm gula halus
1/8 sudu teh cream of  tartar

CARA-CARA
1.Dalam satu bekas, kacau ringan kuning telur bersama dengan gula halus sehingga sebati
2. Masukkan susu, minyak jagung, kacau rata sekejap baru masukkan pisang yang telah dilecek
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sampai sebati. Ketepikan
4. Dalam bekas lain, dengan speed perlahan,putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream tartar dan terus naikkan speed dan putar lagi kemudian masukkan gula halus sikit demi sikit secara berperingkat.
5. Putar sehingga meringue pada tahap 'soft peak' bukan 'stiff peak'.Kalau meringue pada tahap 'stiff peak', nanti susah nak gaul
6. Masukkan separuh meringue ke dalam bekas adunan tadi dan sebatikan dengan kaedah kaup balik. masukkan separuh lagi dan sambung kaup balik sampai sebati. Pastikan semua adunan sebati dengan meringue dan jangan terlebih gaul.
7. Tuangkan ke dalam acuan kek chiffon, ratakan. Hentak sikit acuan kek chiffon untuk keluarkan buih - buih udara
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. ikut oven saya,saya panaskan pada suhu 150 C, lepas tu  bakar suhu 130 C selama 25 minit dan naikkan suhu kepada 150 C selama 25 minit.
9. Setelah masak, terus terbalikkan acuan kek chiffon untuk disejukkan dan boleh keluarkan dari acuan apabila kek telah suam - suam sikit.Tak tunggu kek sejuk sepenuhnya pun tak apa, takut jadi macam lembap kat dasar acuan

NOTA
Suhu bergantung pada oven masing - masing
Pastikan meringue dikaup balik dengan rata bersama adunan tepung


P/S : Sekarang, tengah edit post - post lama, nanti memang berderet resepi post lama diupdate balik hii. Harap bertabah ya.:). Terima kasih sudi singgah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2018/12/resepi-kek-chiffon-pisang-yang-gebu-dan-ringan-tanpa-guna-mentega.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis

Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 858 hits
Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis Salam semua tengok balik entri resepi yang post dah lama lama terutamanya resepi kek chiffon walaupun ada 24 entri adui banyak tak tu hii ada resepi yang bercampu...
Resepi Kek Lemon Yang Mudah Dan Gebu Untuk Sukatan Cawan

Resepi Kek Lemon Yang Mudah Dan Gebu Untuk Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 2320 hits
Assalamualaikum Salam semua dah masuh bulan Disember menandakan tahun 2018 bakal melabuhkan tirai Permulaan hari pertama Disember cuaca mendung dan hujan sampai ke malam Tiba tiba rasa eh sekejapnya masa rasa risau tak huu Setakat ini dah a...
Lelaki Curi Pisang Maut Di Pukul Guna Tandan Dan Batang Besi

Lelaki Curi Pisang Maut Di Pukul Guna Tandan Dan Batang Besi

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 749 hits
KUALA TERENGGANU Perbuatan mencuri pisang dipercayai menjadi punca seorang lelaki dipukul hingga mati di sebuah rumah di Kampung Tebakang Bukit Payung dekat Marang semalam Dalam kejadian pada pukul 4 30 petang itu mangsa yang berusia 42 tah...
Resepi Pelik Kek Belacan Kek Belacan

Resepi Pelik Kek Belacan Kek Belacan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 816 hits
Resepi Pelik Kek Belacan Kek Belacan Bahan bahan yang diperlukan
Resepi Kek Coklat Moist

Resepi Kek Coklat Moist

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 749 hits
Alangkah bahagianya hidup bila tengah stress dapat makan kek coklat moist gebu gebas Diet Apa tu Maaf ye CN kalau jumpa kek coklat memang tak kenal maksud diet Mujur semua bahan ada cuma tak ada topping coklat meleleh je sebab tak sempat be...
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 708 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Guna Saluran Betul Jika Mahu Sambar Pemain Negeri Lain

Guna Saluran Betul Jika Mahu Sambar Pemain Negeri Lain

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 306 hits
Kata kelab bola profesional tapi nak beli pemain bola persatuan bola sepak lain guna taktik kotor Kata banyak duit tapi nak pemain murah Kita tunggu saja ke mana si Akhyar ni pergi nanti tiba tiba nak tebus kontrak ratusan ribu Ringgit Mala...
Sekoper Cinta Ala Ridwan Kamil Guna Menekan Kasus Perceraian Di Jabar

Sekoper Cinta Ala Ridwan Kamil Guna Menekan Kasus Perceraian Di Jabar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 200 hits
Dari data Kanwil Kementerian Agama Provinsi Jawa Barat tahun 2017 ada lebih dari 33 ribu kasus perceraian disebabkan oleh faktor ekonomi
Wan Ji Khalid Biadab Guna Nabi Halalkan Kelemahan Ph

Wan Ji Khalid Biadab Guna Nabi Halalkan Kelemahan Ph

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 245 hits
MALAYSIAKINI Penceramah Wan Ji Wan Hussin membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang membandingkan Pakatan Harapan dengan Nabi Muhammad dalam soal kegagalan menunaikan janji Beliau berkata Khalid bertindak biadab ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

Himpunan Resepi Ayam Masak Black Pepper Yang Simple Dan Sedap