Realiti Graduan Zaman Sekarang Melalui Animasi Aggretsuko



Siapa suka tengok siri anime Aggretsuko? Jika anda pernah tonton dan mengikuti siri ini pasti anda tahu bahawa animasi terbitan syarikat Sanrio ini mengandungi pelbagai mesej berpengajaran bagi golongan dewasa yang baru mengorak langkah ke alam kerjaya dan dan perkahwinan. Ya, animasi yang dibintangi watak-watak comel ini ditujukan khas untuk golongan dewasa, khususnya graduan yang baru mula bekerja

Bila dah tamat pengajian dan dapat pekerjaan memang macam seronok, macam dah menemui kehidupan yang lebih baik, tapi itulah, bila dah lama-lama... hmm...
Judul Aggretsuko di ambil sempena gabungan perkataan Aggresive Retsuko. Penulis mula mengikuti siri ini sejak musim pertama di mana jalan ceritanya menengahkan kehidupan seharian seekor panda merah bernama Retsuko, 25 tahun, yang bekerja di jabatan perakaunan sebuah syarikat perniagaan di Jepun. Saban hari Retsuko terpaksa berhadapan dengan tekanan di pejabat akibat layanan majikan dan rakan sekerja terhadapnya. Tetapi Retsuko mempunyai cara yang unik untuk melepaskan tekanan selepas waktu kerja, iaitu menyanyi lagu death metal di pusat karaoke yang sering dikunjunginya. Selepas bekerja selama 5 tahun di pejabat yang sama, Retsuko mula mengalami kemurungan dan cuba mengeluarkan dirinya daripada alam pekerjaan dengan mencari pasangan untuk dikahwini. Namun segalanya bukan mudah seperti Retsuko sangkakan

Aktiviti melepaskan stress yang diamalkan oleh Retsuko
Musim kedua mengembangkan plot cerita kepada kisah rakan-rakan sekerja Retsuko, terutamanya seekor badger bernama Anai yang merupakan graduan baru bekerja di jabatan Retsuko. Anai ditempatkan di jabatan perakaunan sebagai pelatih di bawah pemantauan Retsuko. Pada awalnya Anai kelihatan seperti mana-mana graduan baru bekerja yang bersemangat untuk mempelajari perkara baru dalam pekerjaannya. Namun tak lama kemudian Retsuko mendapati Anai tidak mudah menerima nasihat staf lebih senior daripadanya, malah enggan mengikut kehendak staf lain untuk membuat sesuatu kerja. Anai juga mempunyai darah gemuruh (anxiety) yang membuatnya tidak gemar berdepan dengan orang dan lebih suka mengasingkan diri. Apabila dia gagal membuat sesuatu kerja, Anai akan meletakkan kesalahan ke atas staf lain terutama sekali Retsuko yang sepatutnya melatihnya. Anai juga lebih selesa berbincang tentang perkara-perkara pejabat melalui teks dan akan menggunakan telefon bimbit untuk merakam kata-kata sesiapa yang cuba bercakap tentang hal kerja secara peribadi dengannya agar dia boleh buat aduan kepada pihak atasan

Apabila budak baru di tempat kerja jadi makin lama makin 'creepy'...
Ini menyebabkan Retsuko dan rakan-rakan sekerjanya menjadi tidak suka dengan perangai Anai yang degil dan mengada-ngada, namun mereka berusaha untuk mendekati dan melatih Anai di tempat kerja dengan menggunakan pelbagai strategi. Malangnya kesemuanya tidak berjaya, malah majikan Retsuko iaitu Encik Ton yang dikenali sebagai garang, tak berhati perut dan bermulut laser juga tidak berjaya membuat Anai mengikut kehendaknya

Kalau bos yang perangai macam babi pun terpaksa guna kaedah manja untuk memujuk budak baru yang bermasalah, mana tak menyampah staf-staf yang lain.
Apa yang membuat penulis tertarik dengan episod pengenalan watak Anai ni ialah ia menonjolkan masalah syarikat-syarikat yang menerima golongan graduan bekerja dengan mereka di zaman sekarang. Masalah attitude di kalangan pekerja baru merupakan antara benda yang sering dipantau oleh pihak pengurusan pejabat, namun selama ini fokus penyelesaian hanya kepada persembahan kerja semasa dan bukan akar umbi masalah. Pihak pengurusan kebiasaannya mengambil tindakan tatatertib, memotong gaji atau memecat pekerja sekiranya pekerja tidak menunjukkan prestasi memuaskan, tetapi tidak pernah mengambil berat tentang latar belakang pekerja dan punca kemerosotan prestasi. Walau pun ada syarikat prihatin mengambil inisiatif cuba menyiasat punca kemerosotan pekerja, prosedur yang diambil tidak dijalankan dengan baik dan orang yang tidak sesuai dengan proses siasatan serta pemulihan (samada dilantik atau secara sukarela) menjadikan keadaan lebih buruk. Hal ini juga selalu berlaku dalam sektor pekerjaan di Malaysia

Memang tension bila orang yang tak sesuai ambil tugas memantau prestasi staf, terutama sekali bila orang itu mempunyai sikap toksik yang boleh memudaratkan orang lain.
Dalam Aggretsuko, Anai mempunyai penampilan seorang pemuda yang baru tamat pengajian universiti dan baru nak mengenal dunia pekerjaan. Kita boleh nampak bahawa Anai mempunyai potensi menjadi staf yang bagus di jabatan tersebut, tetapi apa yang sedihnya dia menjadi cepat panik apabila gagal melakukan tugas dengan baik (seperti menjawab panggilan telefon klien) dan beransur-ansur bertukar menjadi seorang yang perengus, berdendam dan murung semasa berada di pejabat. Anai berusaha membuat kerja sebaik yang mungkin namun disebabkan bimbang akan dilabel sebagai tidak matang dan dipandang rendah oleh staf lain, Anai mengelak daripada meminta bantuan rakan sekerja dan menjauhkan diri daripada mereka. Keadaan Anai menjadi semakin teruk apabila Retsuko berputus asa menjadi mentornya dan mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan Anai. Sehinggalah Kabae, seekor badak yang juga merupakan rakan sekerja di situ, membimbing Anai melalui sifat keibuan yang dimilikinya barulah prestasi kerja Anai beransur-ansur meningkat menjadi lebih baik

Itu badak, bukan babi
Apa yang Anai lalui sebenarnya cerminan kepada realiti di mana terdapat ramai graduan baru bekerja yang masih terkapai-kapai cuba mencorak langkah sebagai orang dewasa yang berkerjaya. Sudah tentu mereka akan mengambil masa untuk menghadam pengalaman bekerja makan gaji dan seharian berdepan dengan isu lain di pejabat seperti hubungan sesama rakan sekerja, politik pejabat, SOP pekerjaan, kebajikan pekerja dan majikan, menghadapi tekanan dari staf yang toksik, dan sebagainya. Tekanan dalam dunia pekerjaan tidak sama dengan tekanan dalam dunia universiti, oleh itu tidak hairanlah jika Anai mengambil keputusan untuk bersikap dingin dengan staf lain sebagai cara untuk mempertahankan dirinya di tempat kerja akibat kejutan budaya kerja

Kejutan budaya akibat transisi dari alam universiti ke alam bekerja membuatkan Anai 'gila'
Benar, masalah pengangguran di kalangan graduan ialah topik hangat ketika ini. Namun berapa ramai yang nampak bahawa graduan yang berjaya mendapat pekerjaan juga berhadapan dengan masalah pengangguran semula akibat kehendak syarikat sendiri yang tidak membantu menyelesaikan masalah terbabit? Banyak syarikat memilih untuk mengambil graduan dengan pengalaman bekerja yang mana ironinya bagaimana graduan hendak memiliki pengalaman bekerja sekiranya dia tidak pernah diberi peluang pekerjaan? Ramai orang mempunyai perspektif yang salah tentang fungsi institusi pengajian tinggi terhadap tahap pengetahuan graduan universiti yang akan memasuki alam pekerjaan. Hanya kerana seseorang masuk kolej atau universiti, itu tidak bermakna mereka akan tahu apa yang mereka perlu lakukan apabila bekerja dalam bidang diceburi nanti. Universiti cuma membuka jendela kepada graduan untuk mengenali skop suatu pekerjaan secara umum, namun selok-belok terperinci kerja hanya boleh dipelajari dalam suasana pekerjaan sebenar. Di tempat kerjalah kehidupan menguji kematangan seorang dewasa bermula ibarat menghadapi peperiksaan final hari-hari.  
Muka setiap orang dewasa bila tengah khusyuk menyiapkan tugasan di pejabat.
Seperti Anai, golongan graduan zaman sekarang masih memerlukan bimbingan dalam mempelajari selok-belok kerja yang mereka ceburi. Kebanyakan syarikat mengharapkan graduan sudah bersedia dan tahu segala-galanya pada hari pertama mereka masuk kerja. Ini menyebabkan staf baru menjadi bimbang untuk melakukan kesilapan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana pekerjaan amat sukar diperolehi, kebimbangan tersebut bertukar menjadi fobia kerana staf baru takut akan dibuang kerja sekiranya tidak menunjukkan hasil kerja yang cemerlang setaraf dengan kelayakan mereka. Lama-kelamaan fobia ini menyebabkan proses pemahaman dan pembelajaran staf tentang selok-belok di tempat kerja menjadi terbantut. Akhirnya mereka hanya tahu mengikut corak pengurusan lama dan tidak mempunyai daya kreativiti untuk memajukan syarikat dengan idea baru. Dan kitaran ini berulang dari tahun ke tahun seterusnya

Muka setiap orang dewasa bila bos panggil nak jumpa dalam bilik dia.
Watak Kabae sebagai satu-satunya rakan sekerja yang mampu membimbing Anai membuktikan bahawa bukan semua orang boleh menangani masalah attitude graduan melalui strategi yang sama. Juga bukan semua yang merupakan ibu atau kakak dalam keluarga mereka di kehidupan luar pejabat boleh memainkan peranan sebagai ibu atau kakak yang baik kepada staf yang mereka ingin bimbing. Setelah mencuba bermacam-macam cara untuk mendekati Anai dan tidak berjaya, Retsuko dan rakan-rakan sekerjanya mendapati bahawa adakalanya penyelesaian boleh dicapai melalui orang yang sesuai dan serasi dengan staf

Walaupun Kabae kurang disukai oleh rakan pejabat lain kerana sikapnya yang suka membawang, tetapi siapa sangka dia mampu menjadi mentor terbaik kepada Anai.
Bagaimana pun, ini tidaklah bermaksud graduan yang baru masuk bekerja harus mengharap dibimbing oleh staf lain untuk memastikan kerjanya dapat disempurnakan. Graduan juga harus belajar mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan dengan banyakkan bertanya, belajar menerima kritikan, belajar membuat keputusan sendiri serta ambil tahu tentang batasan dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. Masalah ini boleh diatasi dari zaman universiti dengan melatih diri sendiri untuk membuat keputusan tanpa mengharapkan pensyarah berikan jawapan untuk segalanya. Bukan semua syarikat ada masa untuk melayan karenah staf baru.

Pengajaran bagus tentang kehidupan dalam masyarakat sebegini tidak pernah diterapkan dalam drama Melayu pukul 7 pm, maka penulis sangatlah galakkan anda untuk menonton siri Aggretsuko yang ternyata jauh lebih matang dalam penceritaan tentang kehidupan dewasa dalam dunia sebenar walaupun dipaparkan dalam bentuk kartun yang comel

Kisah percintaan Retsuko memaparkan cara dia mengendalikan perasaannya pun sangat realistik dan matang. Buat malu je drama Melayu pukul 7 pm.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/12/realiti-graduan-zaman-sekarang-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Menjadi Ayah Hebat Melalui 8 Tokoh Animasi Ini Superdad Wanna Be Yuk Merapat

Belajar Menjadi Ayah Hebat Melalui 8 Tokoh Animasi Ini Superdad Wanna Be Yuk Merapat

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 213 hits
Ada banyak cara jadi ayah hebat salah satunya belajar dari jatuh bangunnya para ayah di film animasi ini
Kenapa Dengan Drama Melayu Zaman Sekarang

Kenapa Dengan Drama Melayu Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 701 hits
Saya bukanlah peminat drama Melayu sangat terutama tv3 Kalau menonton drama Melayu pun lebih suka menonton drama di tv2 atau tv1 kerana dramanya lebih santai ringan cerita orang2 kampung bukan cerita cintan cintun atau orang kaya raya denga...
Zaman Digital Tubuh Kerajaan Hanya Melalui Pintu Depan Mahdzir

Zaman Digital Tubuh Kerajaan Hanya Melalui Pintu Depan Mahdzir

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 276 hits
Mahdzir Mustahil tubuh kerajaan pintu belakang di zaman internet Usaha untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang adalah mustahil dalam era internet pada masa ini kata Naib Presiden Umno Mhadzir Khalid Pada masa sama Mahdzir berkata Um...
Maxis Menggabungkan Pembelajaran Dan Teknologi Melalui Program Ekelas Realiti Gabungan Dan 5g

Maxis Menggabungkan Pembelajaran Dan Teknologi Melalui Program Ekelas Realiti Gabungan Dan 5g

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 389 hits
https ift tt 2M2d1bk Pada hujung minggu yang lalu beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang terkemuka telah menunjukkan projek ujian rangkaian 5G mereka di Pulau Langkawi Diantaranya ialah Maxis yang telah memperkenalkan projek mereka ...
Dulu Suka Siksa Binatang Sampai Mati Pria Ini Sekarang Menyesal Usai Anaknya Terlahir Cacat

Dulu Suka Siksa Binatang Sampai Mati Pria Ini Sekarang Menyesal Usai Anaknya Terlahir Cacat

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 217 hits
Anda adalah sosok yang percaya karma Jika Anda masih kerap berbuat jahat kepada sesama makhluk Tuhan termasuk hewan mungkin kisah ini bisa membuat Anda sadar karma itu ada Curhatan seorang pria mendadak viral di media sosial setelah dibagik...
Pasang Dash Cam Pada Kereta Anda Sekarang Harga Mampu Milik Kualiti Terbaik

Pasang Dash Cam Pada Kereta Anda Sekarang Harga Mampu Milik Kualiti Terbaik

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 446 hits
The DVR direction for use Charging method Connect car charger Remarks In the use of lithium battery powered need to press the power button to start or close DVR videos Connect the 12V 24V car charger After Auto start s The DVR automatically...
Potret 6 Pemain Sinetron Abg Sekarang Enggak Banyak Berubah

Potret 6 Pemain Sinetron Abg Sekarang Enggak Banyak Berubah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 238 hits
6 artis Indonesia ini memulai karirnya dari sinetron sejak ABG begini potret mereka sekarang setelah berkeluarga
Bayaran Lebih Mudah Dengan Wechat Pay My Muat Turun Sekarang

Bayaran Lebih Mudah Dengan Wechat Pay My Muat Turun Sekarang

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 361 hits
WeChat Pay MY fungsi pembayaran mudah alih WeChat salah satu platform komunikasi sosial terbesar yang dimiliki Tencent kini memberi penggunanya kemudahan membuat bayaran sama ada di stor fizikal atau secara dalam talian Direka untuk pasaran...
Mynews Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun

Mynews Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Jepun

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 228 hits
myNEWS Sekarang Dah Ada Makanan Ready To Eat Inspirasi Dari Negara Jepun Siapa yang tak kenal dengan kedai rangkaian serbaneka myNEWS kinah kalau pergi ke Aeon Rawang selalu la singgah ke myNEWS ni Biasalah bila ada anak kecik ni tak beli g...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil