Pulut Wajik Aka Pulut Kacau Utara Yang Sangat Sedap



Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ikhwan bin Ali berkenaan Penawar bagi Hati bab fungsi lidah. Kebanyakan dosa adalah datangnya dari lidah, dari perkataan yang keluar dari mulut. Menyebut engkau akan saudara engkau yang jika dia dengar dia tak suka tak kira samada perkara betul atau tidak adalah dikira sebagai mengumpat. Mengumpat adalah haram dan berdosa besar. 

Mengumpat adalah diumpamakan memakan daging saudara sendiri. Adakah kamu suka seorang kamu makan daging saudaranya ketika mati. Maka benci kamu akan dia. Maka bertaqwa lah kamu pada Allah. Bahawasanya Allah sangat menerima taubat dan amat penyayang pada hambaNya.

Ramai orang mengambil mudah dengan dosa mengumpat walaupun ianya adalah salah satu dosa besar. Sedangkan dosa besar tak gugur dengan hanya membuat kebajikan dan amal soleh. Dosa besar mestilah dengan taubat mengikut rukun rukun taubat. 

Cara bertaubat dari mengumpat terdapat khilaf ulama, iaitu ada tiga pendapat. Pendapat pertama dengan beristighfar kepada Allah. Manakala pendapat kedua dengan beristighfar untuk diri sendiri dan untuk saudara yang kita umpat itu. Pendapat ketiga perlu meminta halal dari orang yang kita umpat. Untuk yang ketiga, kita perlu melihat keadaan. Sekiranya dibimbangi fitnah dan mudarat cukup kita istighfar, namun jika mampu meminta halal maka itulah yang terlebih baik.

Ada bab yang kita dibolehkan bercerita mengenai orang lain, contoh bab orang zalim supaya orang lain tahu kezalimannya. Itu tidak dikira berdosa tapi kena pastikan yang dia memang zalim. OK cukup setakat ini dahulu sekarang kita masuk pula bab masakan.

Kuih muih yang sama cuma dipanggil dengan nama berbeza. Kalau di kampung saya dipanggil sebagai nasi manis. Kalau di negeri negeri belah utara dipanggil sebagai pulut kacau. Manakala di KL dan negeri negeri lain pula dipanggil sebagai Kuih Wajik. Panggil lah apa pun tak apa. Yang penting, ianya merujuk kepada kuih yang sama. Boleh klik di SINI untuk resepi kuih wajik biasa. 

Saya sangat terharu bila Puan Ummi menulis di DM memberitahu ingin menghantar kuih Pulut Kacau yang dimasak oleh jiran beliau yang sangat sedap. Cara masakan jirannya sama dengan cara masakan Tok beliau. Katanya memang sedap pulut kacau ini dengan lembut, lemak, manis semua cukup. 
Tulis Ummi lagi, masing masing ada resepi rahsia mereka tapi kalau yang macam Tok saya ni, agar agar tu la bahan rahsia dia. Saya kalau makan pulut kacau yang Tok buat tu, tak mahu kongsi dengan orang. Satu bekas tu untuk saya je. 

Lebih lebih terharu bila beliau bersedia berkongsi resepi dengan saya tat kala saya berpuluh tahun mahu belajar rahsia membuat pulut kacau atau kuih wajik utara yang sedap. Saya kalau dapat resepi, rasa seronoknya macam dapat bonus. Lebih lebih lagi resepi tradisional turun temurun.

Haa baca apa yang ditulis sendiri pun dah buat saya menelan nelan air liur macam orang mengidam pulak. Kuih wajik ini sangat sedap dengan rasanya yang lembut dan rasa lemak dan manisnya. Pastinya resepi ini adalah keeper recipe untuk kuih tradisional pulut wajik atau pulut kacau. Semoga resepi tradisional seperti ini akan terus kekal dan digemari ramai. 
Jom layan resepi yang telah saya olahkan semula di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Pulut Kacau aka Kuih Wajik UtaraOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg beras pulut - rendam selama 2-3 jam1 kg santan segar 700 gram gula pasir300 gram gula merah 
1 sudu kecil garam1 cawan agar agar bertali - 18 gram
Cara cara:Beras pulut dibasuh bersih supaya tahan lama. Kukus sehingga masak. Nota: saya kukus selama 15 minit sahaja.

Agar agar tali dibasuh dan diramas ramas. Masak dengan 1 ½ cawan air sehingga agar agar hancur dan sedikit pekat.

Sementara tu masak santan, gula pasir dan gula sehingga pekat likat dan sedikit berat.

Selepas pulut masak, masukkan pulut ke dalam air gula dan kacau rata. Jangan dikacau lama kerana pulut akan jadi keras. Saya masak sekadar pulut terasa berat bila dikacau.

Akhir sekali, tuang agar agar ke dalam pulut. Kacau rata sekejap sahaja. Boleh angkat dan disejukkan. 


Boleh tutup api dan angkat. Tuang ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. Sejukkan sebelum boleh dipotong.


Tips:Kuih pulut kucai kena manis baru tahan lama. 
Kerja penyediaan juga harus bersih supaya ianya tahan lama. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/12/pulut-wajik-aka-pulut-kacau-utara-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 671 hits
Sejak mendengar video oleh Dato Dr Nordin Darus mengenai persediaan menjalani hari hari tua saya sebaik mungkin mahu mengelak dari mencari masalah yang sepatutnya boleh dielakkan Saya cuba manage hati ini supaya sentiasa tenang Salah satu c...
Sambal Udang Petai Sedap Sangat

Sambal Udang Petai Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 865 hits
Tengahari tadi masak sambal udang petai yang sedap sangat Sedap sebab dapat udang fresh Bila makan dengan nasi kopek kulit udang memang boleh rasa manisnya isi udang Aduhai sedapnya udang tak boleh bawa bincang Kuali peta Lain machiam sedap...
Nenas Masak Lemak Sedap Sangat

Nenas Masak Lemak Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 418 hits
hai assalammualaikumNenas Masak Lemak Balik kampung request jela nak makan apa mesti akan dapat punya hehee Lagipun bahan yang kita nak mudah nak cari dekat kampung Kedai pun banyak yang berdekatan Naik basikal pun boleh hehee Tu yang syok ...
Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 2220 hits
Saya perasan dalam Instagram ada seorang Instafamous memasak pelbagai jenis lauk sehari Kuantiti yang dimasak nampak banyak Dalam hati terfikir berapa banyak budget yang diperuntukkan untuk makan kalau macam ni punya masak setiap hari Kalau...
Resepi Nasi Arab Simple Tapi Sedap Sangat Guna Beras Biasa Pun Jadi

Resepi Nasi Arab Simple Tapi Sedap Sangat Guna Beras Biasa Pun Jadi

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 410 hits
Nak masak lauk apa lagilah hari ni ye Rasa boring pulak makan nasi biasa je Hmmm teringin nak cuba resepi nasi arab tapi susah tak Sebut saja nasi arab mesti kita dah terbayang aroma rempah ratusnya yang wangi dan menyelerakan Tak banyak re...
Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 1712 hits
Pla Kapong Neung Manao atau ikan barramundi Thai yang dikukus dengan sos limau adalah hidangan makanan laut kegemaran ramai di Thailand Buat saja resipi ini di rumah dan nikmati masakan ikan kukus sebenar Author Mark WiensJenis resipi ThaiM...
Donut Bomboloni Sedap Dan Gebu

Donut Bomboloni Sedap Dan Gebu

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 1026 hits
Bomboloni Donut bomboloni atau donut jepun Sebelum namanya viral sebagai bomboloni saya kenal donut ni dengan nama donut jepun Pernah merasa tetapi agak kurang mengikut citarasa Mungkinkah bomboloni viral ni diadaptasi dari donut jepun Huhu...
Resepi Mushroom Soup Homemade Tanpa Guna Bahan Dalam Tin Lebih Sihat Amp Sedap

Resepi Mushroom Soup Homemade Tanpa Guna Bahan Dalam Tin Lebih Sihat Amp Sedap

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 787 hits
Mushroom soup boleh dikatakan antara menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai Bukan sahaja kanak kanak malah orang dewasa juga amat menggemari sup cendawan pekat ini Namun penting untuk kita elakkan untuk selalu makan mushroom soup ...
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 753 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Olahan Cik Puan Hajar Cara Bua...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened