Pulut Kelapa


 Assalamualaikum...
HAMPIR selesai rutin Jumaat.. cuma tinggal nak kemas rumah. Kain yang berlonggok dah siap berlipat, yang dalam mesin dah siap bersidai. Sekejap lagi nak masak Sambal Daging untuk makan malam nanti. Aik, awal masak?? Hahaha.. ni sebab sekejap lagi rasa macam nak meronggeng, jadi sebab semalam Pak Inche kata, malam ni nak makan sambal daging, jadi kita masaklah siap-siap sebelum keluar. 

Pagi ni sarapan sorang-sorang baki pulut dengan kelapa minggu lepas, masa Iman masak pasta untuk sarapan tu. Malas pulak nak masukkan link bila menaip entry guna handphone ni. Susah nak touch sana touch sini, copy sana tampal sini. Kalau guna pc baru laju2 sikit nak mengopy paste link, huhu. Untuk Iman, sarapannya Putu Mayam, yang Sk singgah beli masa balik kerja semalam sebab dia tak makan pulut dengan kelapa, rugi.. rugi..

Tapi, yang terpaling Sk suka update guna handphone ni, laju2 jer nak masukkan gambar. Pakai cuit-cuit jer, menderu gambar masuk.. lajuuuu.. nak post entry pun cepat

Berbalik cerita pulut tu, Sk cuma masak dalam rice cooker macam masak nasi biasa cuma sukatan air dikurangkan. Kelapa parut beli di kedai acheh, minta dia parutkan bahagian putih saja dan Sk kukus dengan sedikit garam. Masa Sk budak-budak dulu, ibu akan goreng sedikit pulut mentah untuk tabur semasa makan tapi Sk terlupa nak buat, semua pulut dah masuk periuk, hahaha

Lepas ni nak belajar masak pulut dari blog Mak Cella. Suka baca pengalaman beliau semasa ibunya masih bersawah dulu, sebab tu beliau mahir pelbagai kaedah memasak pulut. Bukan saja pulut, malah pelbagai lauk pauk dan penganan mampu disediakan walaupun tinggal di tengah kotaraya Kuala Lumpur. I salute





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/01/pulut-kelapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Air Kelapa Muda Saat Perut Kosong Rasakan Keajaibannya

Minum Air Kelapa Muda Saat Perut Kosong Rasakan Keajaibannya

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 230 hits
Sumber she id Selain pada daging buahnya air kelapa muda juga cukup memberikan khasiat luar biasa bagi tubuh Anda Kali ini penerapannya lebih difokuskan saat kondisi perut masih kosong atau belum terisi apapun Demikian akan lebih memberikan...
Pulut Kuning Yang Istimewa

Pulut Kuning Yang Istimewa

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 254 hits
Tajuk tu Apa yang istimewa sangat tu Oklah lea cerita serba sedikit pasal pulut kuning dengan lea ye Lea adalah penggemar pulut kuning Sangat sangat suka Kalau ke pasar malam ahad mesti akan beli pulut kuning dengan rendang limfa Sedap Jang...
Masak Pulut Pagi Yang Lembut Tak Berkerak Begini Cara Buatnya

Masak Pulut Pagi Yang Lembut Tak Berkerak Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 255 hits
Pulut Pagi atau juga dikenali dengan nama Pulut Manis adalah salah satu menu tradisional orang dulu dulu Di sesetengah tempat seperti di negeri negeri Pantai Timur sajian ini mudah didapati dan dimakan sewaktu sarapan Beras pulut bila dimas...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus