Pertama Kali Naik Ke Gunung Jerai Pengalaman Indah Diatas Gunung Jerai Yan Kedah


PERTAMA KALI NAIK KE GUNUNG JERAI - PENGALAMAN INDAH DIATAS GUNUNG JERAI, YAN KEDAH | Terpengaruh dengan membaca artikel tentang Gunung Jerai di blog iammrshafique ,semalam kami sekeluarga dapat lah menjejak kan kaki di Gunung Jerai. Datang bertiga saja. Maisara tak nak ikut .Perjalanan yang tak dirancang pun sebenarnya sebab awalnya kami cuma nak ke Pantai Bersih bawa si Mikhail mandi laut. 

Tapi dalam perjalanan tiba-tiba je tukar plan nak ke Gunung Jerai. Padahal pakai baju biasa2 je nih. Baju lepak pantai je. Hhaha..Tak pe la.. Bukan nak pi pertandingan Siapa Paling Cantik Di Gunung Jerai pun..
Hahah..
Kami keluar rumah jam 10 lebih dari Pulau Pinang, beli sarapan, singgah klinik gigi sebab saya sakit gigi. Singgah klinik gigi pun di Gurun nun. Bukan main jauh pi Klinik gigi. Cadangnya nak cabut gigi sebab gigi saya ni goyang dah. Bila nak makan rasa sakit tak boleh kunyah. Dah la saya suka makan.Tapi doktor pulak tak de. Tak pe la.Beli ubat tahan sakit je kat Farmasi. 




Sampai je ke pintu masuk ke kaki gunung jerai tu, ada encik-encik pemandu yang sedia menunggu pelawat-pelawat yang nak naik ke gunung jerai. Ini khas untuk korang yang tak berani nak drive sendiri naik ke Gunung Jerai ni. 
Korang akan di bawa naik guna Jip atau pun van. Harga tambang nya saya tak pasti pulak sebab kami memandu sendiri je untuk naik ke Gunung Jerai ni. 
Kenapa ada pemandu khas untuk naik ke Gunung jerai??
Sebab Jalan nya sangat lah berliku dan bagi yang tak bisa dengan keadaan macam ni mungkin agak takut2 nak drive. Jalan berturap tau.Bukan jalan tanah merah ke, jalan selut ke..Bukan.. Jalan berturap tar tapi selekoh2 nya sangat tajam dan dia macam mendaki.


Kemudian ada banyak kera kat sepanjang jalan tu. Kera2 jenis tak heran ye setakat kereta kau nak lalu. Diaorang buat muka " kau apa hal???" je kalau kita kasi hon suruh ke tepi.
Kiri kanan nya hutan dan jalan agak sempit. Ada banyak penunggang basikal sepanjang jalan ni. Rajin betul.Kalau saya la, tak kuasa!! jadi sila lah berhati-hati. Bagi saya dan suami kami ok je jalan gini sebab selalu dah balik kampung lalu jalan Taiping- Beruas memang banyak selekoh macam ni. Hahah. Cuma tak naik gunung je la.
Tepat jam 1 tengahari kami dah sampai naik ke atas Gunung Jerai. Hari ahad , adalah hari bekerja di Kedah. Jadi tak ramai la orang. So kalau nak selesa kat atas ni, datang lah pada hari bekerja. Jangan datang pada Jumaat dan Sabtu , Nanti nak bergambar pun susah.
Sampai2 je kat atas gunung jerai ni, Parking Je kereta kat bawah.Tak payah parking kat atas bukit tu.Sebab dari tempat parking ni, kita nak jalan naik ke lorong yang di sebelah kiri. Kat belah kanan tu tak de apa pun.Ada kedai makan, dan kedai cenderahati je. Tapi tak de banyak pilihan barang. jadi semalam kami tak beli apa pun untuk kenang kenangan. Barang tak best.
Sampai kat post guard sila scan mysejahtera dan check suhu. Dan kemudian naik la ke atas. Jangan bawak makanan dan minuman. Jom layan gambar2 kat atas nun... 

Bilik-bilik kat resort Gunung Jerai ni cantik-cantik sangat tau. Kalau korang perhati betul2 nampak macam perkampungan . Bilik-bilik dia design tak sama. 
Ada yang kecik ada yang besar atau tinggi ada macam rumah orang kaya baru.heheh

Semua gambar tak sempat nak edit kasi terang sikit muka budak tu.Hhaha.. Jangan tengok muka dia. Tengok pemandangan sekeliling nya tu..

Di ketinggian 986 meter dari aras laut. Cantik sangat pemandangan dari atas ni.Nampak petak-petak sawah padi kat bawah sana. Macam lukisan. Kalau pergi awal pagi lagi cantik pemandangan nya. 
Tapi masa kami sampai ni walaupun jam dah dekat pukul 2 petang tapi masih berkabus , sejuk dingin saja di atas ni. Sedapnya kalau dapat tidur kat atas ni.hahah

Kat atas ni ada surau jugak.Jangan risau nak terkejar2 waktu solat









Korang boleh join aktiviti flying fox juga . Sambil minum2 Apple juice dan makan Doughnut kat cafe kecik tepi ni korang boleh tengok pengunjung2 sini buat flying fox. Kat atas tu budak je yang main. Yang tudung kuning tu.
Berani betul. Badan kecik je. Saya rasa umur dalam 6-7 tahun kot.. Tak tahu la bayaran nya berapa. Saya tak main pun benda ni. Takut tali tu putus.Hahahah







Saya baca kat facebook, ada yang kata minuman dan makanan kat sini mahal. Kalau ikutkan saya , ni harga yang berpatutan la. Kau boleh dapat kat mana sambil minum Apple Juice makan chocolate puff  dengan dijamukan pemandangan cantik macam ni.
Tenang je rasa. Dengan angin sepoi2 nye. Pergi la mana2 tempat dalam Malaysia yang lebih kurang macam Gunung Jerai ni, itu lah harga nya. Betul tak?
Sebenarnya kat atas ni sesuai untuk korang hirup udara segar dengan penuh pokok2 dan bunga-bunga. Kalau nak ambik gambar kawin ke memang sesuai la. Tapi tak tahu la pakcik guard tu bagi ke tidak pengantin nak bergambar kat atas ni. Tak de pula nampak mana2 orang yang buat sesi bergambar kat sini

Yang suka bunga2 dan pokok-pokok akan suka la tempat macam ni.. Bayaran masuk dia pun tak mahal pun. Tak sampai rm5. Saya rasa dalam 2-3 ringgit sorang kot. Bila dah naik atas ni serius korang rasa tak nak turun. Saya naik atas ni terus hilang sakit gigi. ahahah

Pekerja-pekerja kat resort ni pulak baik2 dan ramah-ramah semuanya. 
Kalau datang ke negeri Kedah jangan lupa naik ke gunung jerai. Lepas tu jangan lupa singgah ke Tanjung dawai. Lajak terus Ke pantai Merdeka. Eceh!!dah macam lagu Cinta Pantai Merdeka pula. 
Terima kasin membaca artikel Pertama kali Naik Ke Gunung Jerai - Pengalaman Indah Di Atas Gunung Jerai











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/09/pertama-kali-naik-ke-gunung-jerai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Pertama Kali Buat Pico Laser Di Dr Chong Clinic Shah Alam Serius Tak Sakit Pun

Pengalaman Pertama Kali Buat Pico Laser Di Dr Chong Clinic Shah Alam Serius Tak Sakit Pun

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 823 hits
Dah lama sebenarnya sis pasang hasrat nak try buat Pico Laser Kebetulan ada member bagi tahu Dr Chong Clinic tengah buat promosi kaw kaw sempena Ulang Tahun Ke 4 Rugilah katanya rugi kalau sis tak rebut peluang baik ini Mana taknya sebelum ...
Pertama Kali Makan Nasi Lemak Royale Kedah

Pertama Kali Makan Nasi Lemak Royale Kedah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 766 hits
Pertama Kali Makan Nasi Lemak Royale Kedah Teringin Dan terliurr Masa Bukak cawangan kat JB pun dah Rasa terliurr tapi Tak pergi pergi jugak Lol Akhirnya pergi yang di cawangan Melaka punyaa Pergh Perasaan tu gembira sungguh wehhh Dah lama ...
Tun Mahathir Tok Mat Melihat Apa Yang Dilakukan Anwar Hanya Gimik Kerana Ia Bukan Kali Pertama

Tun Mahathir Tok Mat Melihat Apa Yang Dilakukan Anwar Hanya Gimik Kerana Ia Bukan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 288 hits
Selepas Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan yang kerajaan PN telah tumbang dan dirinya pula mendapat sokongan Ahli Parlimen banyak kenyataan yang dikeluarkan selepas itu Setakat ini AMANAH dan DAP telah menyatakan sokongan mere...
Pertama Kali Sejak Krisis 2009 Hyundai Bekukan Gaji Karyawan

Pertama Kali Sejak Krisis 2009 Hyundai Bekukan Gaji Karyawan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 212 hits
Dampak virus Corona di sektor otomotif masih terus terjadi Kali ini adalah keputusan dari Hyundai Motor Company serta serikat pekerja tentang pembekuan gaji karyawan Dikutip kantor berita Antara dari kantor berita Korea Yonhap pada Senin se...
Dilanda Gundah Anya Geraldine Salat Subuh Di Masjid Untuk Pertama Kali Jadi Tenang Katanya

Dilanda Gundah Anya Geraldine Salat Subuh Di Masjid Untuk Pertama Kali Jadi Tenang Katanya

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 265 hits
Setelah putus dari sang kekasih beberapa waktu lalu Anya memang sering mengungkapkan kegalauan dan patah hatinya di media sosial
Pertama Kali Check Up Untuk Kehamilan Perkara Ini Yang Perlu Ibu Hamil Lakukan Segera

Pertama Kali Check Up Untuk Kehamilan Perkara Ini Yang Perlu Ibu Hamil Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 527 hits
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah Bila lakukan uj...
Dr Mahathir Kata Ini Bukan Pertama Kali Anwar Dakwa Ada Sokongan Majoriti

Dr Mahathir Kata Ini Bukan Pertama Kali Anwar Dakwa Ada Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 392 hits
772 total views 772 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak yakin dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki sokongan cukup dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru Bercakap men...
Video Mommy Loves You Always Bunga Citra Lestari Pertama Kali Rai Birthday Anak Tanpa Suami Disisi

Video Mommy Loves You Always Bunga Citra Lestari Pertama Kali Rai Birthday Anak Tanpa Suami Disisi

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 493 hits
Pasangan selebriti Bunga Citra Lestari dan Allahyarham Ashraf Sinclair antara pasangan kegemaran ramai yang sering menjadi tumpuan Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari mempunyai seramai 16 2 juta pengikut di laman Instagram beliau Majli...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun