Perang Ghanimah Dalam Pas


SESUDAH SUBUH

SEMASA muktamar Pas ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor tahun 2015 golongan agamawan juga dikenali golongan ustaz dalam Pas beraya sakan apabila mereka dapat menyingkirkan puak profesional - liberal (Prolib) dalam parti itu. Semua golongan Prolib dalam parti itu yang memegang jawatan dalam parti, termasuk timbalan presiden dan naib tresiden kecundang.  
Yang lekat atau kekal seorang sahaja, Mazlan Aliman. Beliau masih dipilih sebagai ahli jawatan kuasa kerja Pas pusat. Macam mana Mazlan dapat berada dalam rangkaian ulama, mungkin kerana kejayaan dan kehebatannya dalam mendekati dan merombak pemikiran masyarakat Felda daripada terus berkarat dengan UBN mengubah haluan menyokong pembangkang, PH. Jasa dan usaha Mazlan untuk itu dikenang para muktamirin. 
Mazlan adalah presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang mendekti dan memesrai masyarakat Felda. Mazlan jadi gundal dalam Pas. 
Ini nyata, kerana apabila Mazlan sudah tiada dan aktif dalam Pas, ANAK terus jadi terbantut dan tidak membangun. ANAK seperti sudah kecacingan. Seharusnya Pas perlu growth seseorang untuk mengambil alih tempat Mazlan bagi mendekati masyarakat Felda memastikan masyarakat itu terus bersama pembangkang. Perlu diketahui kawasan Felda menguasai sebanyak lebih 52 kerusi parlimen. Dalam Piraum ke-14, 20 kerusi dalam kawasan Felda sudah merubah selesa dengan memilih pembangkang (PH).
Kekalahan membaca naas.

Husam MusaSeperti umum ketahui dan sudah dirakam sejarah, kekalahan semua pimpinan Prolib itu membawa naas kepada Pas. Parti itu berpecah dengan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah). Mereka yang kalah berpakat menubuhkan parti itu di rumah Jaafar Kamaruddin, kecuali Husam Musa yang kalah untuk kerusi naib Presiden Pas tidak bersekongkol. Beliau menyertai Amanah selepas enam bulan parti itu ditubuhkan dan selepas beliau dipecat tanpa bicara oleh Pas. 
Merugikan kerana kalau Pas tidak berpecah dan wujudnya Amanah, mungkin dalam Piraum ke-14 itu dan (jika Pas masih bersama PH), parti agama itu boleh menggandong sampai lebih 30 kerusi parlimen berbanding 18 yang diraihnya. 
Ketika saat kemenangan menyingkirkan golongan Prolib itu, golongan ustaz bukan main seronok dan gembira kerana mereka telah menguasai Pas sepenuhnya. Mereka tidak bimbang lagi dengan gerakan dan aliran sekular daripada Prolib yang hendak membawa Pas melangkah keluar dari kepompong fahaman konservetif bagi mengelakkan Pas tepu dengan cara lama. Dengan tiadanya golongan Prolib usaha untuk meliberalisasikan Pas mengikut politik kontemporari, sesuai dengan perkembangan semasa dan membuang method lama tidak berlaku lagi.
Golongan agama atau ustaz yang naif mengenai ilmu pentadbiran, kewangan dan diplomatik ini mahu Pas kekal dengan pendekatan yang konservetif yang digunapakai sejak mereka mengalahkan golongan Islam modern (nasionalis), yang menguasai Pas ketika itu, yang dibawah pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda. Kepimpinan Asri dijatuhkan dengan cara diluar tertib Pas sebagai parti agama, dalam suatu peristiwa "marakbar" (pergi mampos) Asri.
Kebimbangan golongan ulama ini kepada Mohd Asri ialah kerana Asri akan menuteralisasikan Pas menjadikan sebagai parti kebangsaan (nasionalis) yang bukan total agama. Kebimbangan itu dilihat kepada usaha Asri sebelum ini yang telah membawa Pas bekerjasama dengan Umno menerusi Barisan Nasional (BN). 
Antara perkara yang tidak disenangi oleh golongan agama itu menyebabkan mereka kemudian membentuk kepimpinan ulama, kononnya Asri tidak berjiwa Islam tulen. Salah satunya Asri tidak mencanangkan untuk melaksanakan hukum Hudud. Revolusi Iran yang memuncak pada tahun 80-an telah mempengaruhi Pas. Ada sebilangan orang (pemuda) mahu Pas bergerak seperti revolusi itu, sedangkan mereka lihat Asri tidak bersetuju kerana memahami revolusi itu ditunjangi semangat Syiah.
Bagi Asri cara politik Arab (Iran), assobiyah dan fahaman sempit agama (fanatik) tidak sesuai untuk dipraktikan dalam negara majmuk dan bebas beragam seperti Malaysia. Baginya pendekatan berhikmah dan bertoleransi lebih wajar dipraktikan. Sikap dan teropong politik Asri itu menerjah jauh dan baru difahami oleh golongan fanatik agama (golongan kemelak) itu setelah lebih 40 tahun kemudian sesudah mereka memaki hamun Asri.  
Kerana perhitungan itulah maka kepimpinan Asri harus ditumbangkan. Kejatuhkan kepimpinan Asri itu diganti dengan kepimpinan ulama yang bunyinya lebih Islami dan indah berbanding kepimpinan Asri yang lebih berbau nasionalis Islami. Ironi, kejatuhan kepimpinan Asri turut disumbang sama oleh anggota Dewan Pemuda Pas, yang mana salah seorang yang menjadi juara menentang Asri ialah Mohamad bin Sabu yang kini menerima nasib sama dengan Asri di marakabar bila ditendang keluar daripada Pas.
Kemenangan dan penguasaan yang tidak jamin ketenangan.
Selepas wujud dan mengakar umbinya kepimpinan ulam dalam Pas, ia tidak menjamin parti agama itu tenang dan terlepas daripada mengalami perselisihan dan perbalahan. 33 tahun selepas itu berlaku pertembungan fahaman dipandu Asri dengan golongan agama, ia sekali lagi berlaku pergolakan dalam Pas kerana pertempuran faham dan juga citarasa untuk membawa Pas. 
Pertembungan kedua berlaku antara golongan Prolib yang disokong oleh Allahyarham Tokguruku Nik Abdul Aziz dengan golongan warisan ulama yang membentuk kepimpinan ulama. 
Golongan Prolib yang sebelum ini bergantung hayat dengan golongan ulama untuk mengembangkan pengaruh dan kekuatan siasah Pas mula membuat perubahan dalam Pas selepas mereka melihat, kaedah atau method kepimpinan ulama tidak mampu membawa Pas pergi jauh melainkan hanya dapat mempengaruhi golongan Melayu kampung semata-mata. 
Kepimpinan ulama masih dalam perkup lama membawa retorik Islam yang konservetif penuh idealis. Sebaliknya mereka (Prolib) bergerak ke arah realis terutamanya dalam soal pentadbiran, pengurusan parti serta hubungan antara kumpulan. Perubahan demi perubahan yang dibawa oleh golongan ini yang menumpang diserambi kepimpinan ulama, menjadikan Pas semakin dikenali dan disegani. Tetapi pergerakan mereka terhad dan dipantau. Sementara dalam masa sama kepimpinan ulama terus mengampuhkan kepimpinan mereka dengan menanamkan doktrin menjadi Pas parti dogmatik. 
Pembentukan Majlis Syura Ulama (MSU) yang menjadi simbol kepimpinan ulama, yang merupakan satu lagi badan eksekutif dalam Pas yang mengatasi Jawatankuasa kerja Pas, mula menjadikan kepimpinan ulama diterasi oleh golongan agamawan sepenuhnya. Keputusan-keputusan penting termasuk soal dasar, polisi dan strategi politik dan juga menentukan calon dipantau dan diputuskan oleh majlis ini bersifat eksklusif. 
MSU inilah yang menyebabkan golongan Prolib tidak selesa dan bebas dalam Pas. Kritikan dan protes terhadap kesongsangan "perlembagaan" Pas ini mula kedengaran. Salah satu yang jelas adalah apabila keluarnya buku oleh Dr Mujahid Yusof Rawa seorang pemimpin muda dan bakal menjadi pelapis Pas, berjudul "Menuju Pas Baru"  yang mempertikakan pertindihan kuasa ekeskutif itu.

Dr Mujahid YusofRingkas cerita, pertembungan Prolib dengan kepimpiann ulama pasca kepimpinan Asri sampai kekemuncaknya apabila mereka dibuang secara setandang dalam muktamar Pas ke-61 tahun 2015. Bermula dari sini, sekali lagi geng ulama atau ustaz merasakan mereka menguasai Pas sepenuhnya dan hidup penuh dengan "bergedik".
Panas tidak sampai ke petang, disangka hujan rupanya gerimis. Sesuautu kejayaan itu tidak akan kekal abadi. Penguasaan ke atas Pas itu tidak menjamin tidak akan berlaku pertempuran selepas itu. Perbezaan pendapat sehingga menyebabkan terjadinya perbalahan atau perang tetap juga berlaku. 
Barang kali inilah sebahagian daripada dinamika politik dan sunatullah dalam perjuangan. Sesudah enam tahun golongan Prolib tidak ada dalam Pas, kini parti itu bergolak sekali lagi. Isunya atas perkara sama; kerana perbezaan aliran dan fahaman politik. Kalau dahulu mengenai uslub dan pendekatan Pas, tetapi kali ini perbalahan berlaku kerana merebut ghanimah. Kemenangan dan kesempatan Pas menjadi suku daripada kerajaan telah mengubah citarasa dan meleburkan ikrar dan syahadat sebelum ini. 
Perbalahan ini juga menjelaskan bahawa tidak ada jaminan dari kalangan orang-orang suci dan ahli syurga tidak bergaduh dan berkekah belah. 
Benda yang sama berulang dalam Pas.  Pergolakan itu sedang berlaku dan sedang terjadi. Saya istilahkan ia sebagai Perang Ghanimah. Bersambung. [wm.kl.8:52 am 18/10/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/10/perang-dingin-dalam-pas-jadi-perang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Zahid Terlepas Tak Tau Nak Cakap Mana Pahlawan Perasuah Pas Bersatu Diam Membisu

Kalau Zahid Terlepas Tak Tau Nak Cakap Mana Pahlawan Perasuah Pas Bersatu Diam Membisu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 258 hits
Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa Yayasan Akalbudi tidak memiliki sebarang kereta dan motosikal mewah walaupun dananya digunakan untuk membayar polisi insurans kenderaan berkenaan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berka...
Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 315 hits
Petang semalam Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memuat naik di media sosial gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin kanan Pas Mereka ialah Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas Idris Ahmad Turut...
Zahid Tidak Nampak Cahaya Kem Tok Mat Minum Petang Dengan Pas

Zahid Tidak Nampak Cahaya Kem Tok Mat Minum Petang Dengan Pas

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 190 hits
FAZLI RADZIKetika Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas atau Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka lain pula halnya dengan kem Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umn...
Pas Sabah Berkorban Prn Lalu Demi Perpaduan

Pas Sabah Berkorban Prn Lalu Demi Perpaduan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 168 hits
Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan KOTA KINABALU PAS Sabah memilih untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 tahun lalu demi melihat kesatuan dan perpaduan antara parti parti politik Setiausahanya Dr Aliakbar Gulasan...
We Only Had Teh Tarik Together Tok Mat Says On Session With Pas

We Only Had Teh Tarik Together Tok Mat Says On Session With Pas

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 268 hits
A recent meeting between several Umno and PAS leaders did not involve any talks on seat negotiation for the next 15th general election according to Umno deputy president Mohamad Hasan Instead Mohamad described the session as an ordinary mee...
Termakan Bisikan Syaitan Mahu Pecahkan Mn Pn Kata Pemimpin Kanan Pas

Termakan Bisikan Syaitan Mahu Pecahkan Mn Pn Kata Pemimpin Kanan Pas

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 173 hits
agendaily com14 10 2021Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan mengenai suara suara halus syaitan sentiasa berbisik dan menghasut untuk dirungkaikan kesatuan Muafakat Nasional Setiausaha Majlis Sy...
Akan Adakah Perpaduan Umno Pas Bersatu Di Melaka

Akan Adakah Perpaduan Umno Pas Bersatu Di Melaka

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 178 hits
Sama sama mencari titik titik persamaan demi memperteguh ukhuwah kata Asyraf Wajdi dalam Facebooknya Namun Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat tidak teruja dengan apa yang disebut sebagai perpaduan oleh pemimpin PAS itu La...
Zahid Mahu Putus Kerjasama Dengan Pas Yakin Sapu Bersih

Zahid Mahu Putus Kerjasama Dengan Pas Yakin Sapu Bersih

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 144 hits
agendaily com13 10 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat mahu memutuskan kerjasama dengan PAS malah akan bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka dan pilihan raya umum secara bersen...
Pas Tegas Tidak Akan Tinggalkan Pn Kekal Dengan Bersatu

Pas Tegas Tidak Akan Tinggalkan Pn Kekal Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 132 hits
perakinsights com PAS akan berusaha memastikan tiada pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka Bagaimanapun kata mursyidul amnya Hashim Jasin jika perkara itu tidak dapat dielakkan parti itu mempunyai pe...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City