Pengembaraan Solo
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi dalam coretan seorang blogger pemalas ini. Malas nak taip wei. Hmmm. Tapi kalau ada job review Zumal akan rajin menaip dan menggoreng secukup rasa. Hari ni cuma nak kongsi satu plan yang agak besar dan mencabar bagi seorang Zumal yang blogger sepenuh masa ni
Apa plan Zumal? Zumal rancang nak buat pengembaraan solo ke seluruh Semenanjung Malaysia. Zumal nak drive cik tam jer. Kalau ada madu cik tam InsyaAllah bawak madu cik tam la. Setakat sekarang belum boleh pinang madu untuk cik tam tu.
Zumal plan akan gerak dalam pertengahan tahun atau hujung tahun 2020 ni. Itu pun andai rezeki masyukkk lebat la. Plan Zumal akan bergerak dari Perlis melalui Kedah, Perak, Kelantan, terus ke Terengganu, Pahang, Johor, lepas tu naik semula ke utara melalui jalan Pantai Barat pula. Nak singgah beberapa tempat menarik yang ada di Malaysia ni
Sekarang ni Zumal nak sediakan peralatan sampingan untuk kegunaan sepanjang pengembaraan solo Zumal. Mula-mula nak beli solar generator, inflatable bed untuk kereta, dan gadjet-gadjet lain seperti kipas, peralatan masak, powerbank, camera dan lain-lain.
Zumal dah usha beberapa barang secara online tu. Harga mampu milik juga
Solar panel beserta generator
Inflatable bed
KipasSolar generator tu untuk guna masa malam jer. Time tidur. Zumal plan nak tidur dalam kereta je buat kekonon campercar. Hmmm selalu campervan jer. Dulu dengan family pernah pusing dengan van. Ayah minat camni juga.
Nanti dah kaya boleh mengembara dengan motorhome pulak. Dari kecik nak buat benda ni tau. Sekarang baru idea datang semula. Mungkin Zumal akan selit kerja-kerja amal sikit. Sebelum kena kaji dulu kat mana nak pergi. Andai ada nak support, sponsor trip ni boleh Whatsapp 01164053228. Kalau nak tampal stiker kat kereta pun boleh juga.
Semoga dipermudahkan segala perancangan ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.duniazumal.com/2020/02/pengembaraan-solo.html