Penganalisis Ramal Apa Mungkin Berlaku Bila Parlimen Bersidang


freemalaysiatoday.com
Nicholas Chung
-February 26, 2021 10:40 AM

Pemerintah mengawal prosiding Parlimen dan dengan mudah boleh menyekat usul undi tidak percaya, seperti yang berlaku tahun lalu, kata penganalisis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik meramalkan sokongan majoriti pemerintah akan dicabar apabila Dewan Rakyat kembali bersidang, tetapi dua pakar lain menjangkakan usaha itu akan dapat dipatahkan.

Azmi Hassan, sebelum ini di Universiti Teknologi Malaysia, berkata persidangan itu akan beri peluang kepada pembangkang untuk membuktikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Inilah sebabnya mengapa pembangkang mendesak Parlimen bersidang semula, katanya kepada FMT.

Desakan itu digalakkan lagi baru-baru ini apabila dua Ahli Parlimen Umno – Nazri Aziz dan Ahmad Jazlan Yaakub – mengumumkan tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Azmi Hassan.
Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong berkata Parlimen boleh dibenarkan bersidang semasa darurat, yang akan berkuatkuasa sehingga Ogos.

Beberapa pemerhati menjangkakan Parlimen akan bersidang bulan depan.

Sekiranya Muhyiddin benar-benar hilang sokongan majoriti, Azmi percaya kemungkinan besar Agong akan melantik seorang perdana menteri sementara dan Jemaah Menteri sementara untuk berkhidmat semasa darurat.

“Saya rasa Agong, dengan kuasanya semasa darurat, boleh beri peluang kepada parti-parti politik untuk sementara waktu membentuk suatu gabungan pemerintah sebelum pilihan raya umum,” katanya, mengambil contoh peristiwa di Itali baru-baru ini.


Namun James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania percaya nasib PN terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, yang boleh membenarkan atau menghalang usul undi tidak percaya dibentangkan

James Chin.
“Andai PN tiada majoriti ringkas pun, hal itu mesti diuji di Parlimen dan untuk itu suatu usul undi tidak percaya diperlukan,” katanya.

“Dalam sistem Malaysia, Speaker memihak kepada perdana menteri.”

Sekiranya Azhar tidak membenarkan usul undi tidak percaya, Nazri dan Jazlan boleh duduk di barisan tengah dan tidak bersama pembangkang.

Chin menjangkakan sidang Dewan Rakyat akan ditangguhkan sehingga selepas Mac, memandangkan tarikh persidangan kebiasaannya ditetapkan perdana menteri.

“Muhyiddin akan cuba sedaya upaya untuk menangguhkannya,” katanya.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura meramalkan “tidak banyak” akan berlaku apabila Parlimen bersidang semula
Oh Ei Sun.
Ini kerana pemerintah mengawal prosiding Parlimen dan dengan mudah boleh menyekat usul undi tidak percaya, seperti yang berlaku tahun lalu.

Namun, Agong boleh meminta Muhyiddin meletak jawatan sekiranya beliau tiada sokongan majoriti.

“Dalam demokrasi berparlimen ala Westminster tradisional, perdana menteri akan meletak jawatan secara terhormat atau mengadakan pilihan raya jika beliau merasakan Parlimen hilang kepercayaan terhadapnya,” katanya.

“Beliau bahkan tidak akan menunggu sehingga dikalahkan dalam undi tidak percaya.

“Tetapi jika langkah itu tidak berlaku, Agong boleh menjalankan tugas perlembagaan Westminsternya untuk menasihati atau mengingatkan perdana menteri agar segera mengambil tindakan yang betul dan terhormat,” katanya.

Sekiranya ini berlaku, kata Oh, kemungkinan perdana menteri baharu akan dilantik, bukan perdana menteri interim.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/penganalisis-ramal-apa-mungkin-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Harus Bersidang 8 Mac Ikut Takwim Sedia Ada Hassan Karim

Parlimen Harus Bersidang 8 Mac Ikut Takwim Sedia Ada Hassan Karim

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 182 hits
POSTED BY AMIR WRLRPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berdolak dalik lagi mengenai kewajiban mengadakan sidang Parlimen dalam waktu terdekat Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Muhyiddin perlu segera memu...
Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 310 hits
Nak tanya Muhyiddin semalam mana yang lebih sakit Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen...
Parlimen Kembali Bersidang Umno Sifatkan Agong Utamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan

Parlimen Kembali Bersidang Umno Sifatkan Agong Utamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 186 hits
Pandangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat membuktikan baginda mengutamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufia...
Agong Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat

Agong Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 257 hits
malaysiakini comDiterbitkan 24 Feb 2021 4 38 pmDikemaskini 5 00 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu...
Agong Mahu Parlimen Bersidang Terbukti Tindakan Muhyiddin Salah

Agong Mahu Parlimen Bersidang Terbukti Tindakan Muhyiddin Salah

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 243 hits
Titah Yang di Pertuan Agong kelmarin mahu sidang Parlimen dilaksanakan dalam tempoh darurat membuktikan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantung Parlimen sebelum ini salah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level