Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah


PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) | Assalammualaikum semua! Musim Ibu Bapa hadir ke sekolah untuk Hari Laporan, Parent Teacher Day, Hari Waris, Hari Mesra Pelanggan dan macam-macam nama unik sekolah sediakan. Namun, ia adalah program yang sama iaitu Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Ini adalah kali pertama Ruby hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan guru kelas dan mendengar komen secara terus mengenaik anak teruna ku Adam Solihin dan Alif Daniel. Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah tidak diadakan sejak dunia dilanda Pandemik COVID-19. Ramai pihak terkesan dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak bangsa. 
Guru, pelajar, ibu bapa dan sistem pendidikan sangat terkesan. Ruby masih ingat lagi semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dilaksanakan. Kepayahan yang kami hadapi adalah kami suami isteri tidak mahir dalam mengajar. Setiap kali selepas kelas Google Meet, terus buat ulangkaji pelajaran. Sebab tidak mahu ilmu semasa kelas dalam talian berlalu begitu sahaja. 
Kemudian sesi persekolahan bersemuka bermula. Kami semua tawakal sahaja walau masih risau dengan wabak COVID-19. Setiap hari pesan kepada Adam dan Alif agar menjaga kebersihan diri, basuh tangan, pakai pelitup muka, sanitasi kawasan belajar di dalam kelas, sentiasa jaga adab apabila batuk dan bersin di khalayak ramai. Tiada kongsi-kongsi alat tulis. 

Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah kami mulakan dengan kelas Adam dahulu. Baratur daftar dan dapat nombor. Kemudian masuk ke dewan untuk taklimat ringkas. Kami dapat nombor 4 dan semasa giliran tiba, Adam teruja nampak ibu ayah dia. Sedangkan kami berdua suami isteri risau nak dengar apa komen dari guru kelas. 
Tahun 2022 baru bersekolah bersemuka. Kehadiran Adam ke sekolah pun baik. Tiada ponteng-ponteng. Siap dapat hadiah baucar RM 5 untuk belanja di kantin atau kedai buku. Masa dia dapat voucer ni, guru panggil ketika perhimpunan hari Isnin. Alif dengar nama abang Adam kena panggil, dia balik je sekolah terus cerita. Cikgu panggil Adam naik pentas Ibu. Adik nampak. Teruja tengok abang dia. Hehehe. 
Tahu apa Adam nak buat dengan baucar RM 5 tu? Dia cakap dekat Ruby nak beli Baju Sukan. Baju sukan yang lama dah sempit nak pakai. Baju Sukan RM 23, maknanya Ibu kena tambah lagi RM 18. Bijak sungguh. Hahaha. 
Kami pupuk rasa seronok menimba ilmu di sekolah. Vitamin tak lupa amalkan. Sentiasa jaga penampilan dan kekemasan. Kami nak anak-anak miliki persekitaran sihat semasa di sekolah dan dalam kelas. Secara automatik guru selesa mengajar anak-anak. 
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) - ADAM SOLIHIN (TAHUN 2)

Sepanjang sesi persekolahan dimulakan. Banyak peningkatan pembelajaran dari Adam. Dah lancar membaca dan berdikari selesai tugasan yang di beri oleh guru. Ruby sangat bangga. Sebab peralihan dari PdPR ke sesi bersemuka sememangnya tidak mudah. Alhamdulillah Adam dah cuba sedaya upaya. Seronok ke sekolah dan pihak pentadbiran sekolah juga sudah mula aktif mengadakan pelbagai program. 
Paling utama adalah akademik. Jujur Ruby terkejut dengan Tahap Penguasaan Adam pada TP 3 dan TP 4. Dalam 9 subjek tahun 2, TP 4 adalah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual sahaja. Manakala bagi TP 3 adalah untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. 

Tahap Penguasaan yang terbaik adalah di antara TP 5 atau TP 6. Jadi, Adam masih ada masa lagi untuk beri perhatian kepada mata pelajaran yang dia lemah. Ruby juga perlu beri perhatian lebih untuk membantu Adam dan dalam masa yang sama perlu tahu bagaimana guru menilai anak-anak. 
Pada tahun 2020, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin telah mengumumkan pemansuhan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021 sekali gus memberi tumpuan terhadap pemerkasaan PBS manakala kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sebagainya mulai 2022 adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Maka, bertambah risau lah Ibu dan Ayah dengan semua ini. Walau risau, Ruby ada mencari info bacaan untuk rujukan. Supaya boleh bersiap sedia dengan cara Pentaksiran Bilik Darjah. Harap anak-anak dapat seimbangkan akademik dengan program yang disediakan oleh sekolah. 
Guru pun pening kepala perlu beri semangat kepada pelajar untuk menyertai semua program. Ibu bapa perlu bersedia untuk menyediakan dana pakaian jika jadi pengawas, pakaian beruniform atau yuran lawatan kemana-mana. 
Zaman persekolahan paling seronok melihat dunia. Cuma, zaman anak kita ni ketika zaman inflasi. Ibu termenung. Semoga kita semua terus bertahan dan berjuang demi anak-anak. InsyaAllah. 
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) - ALIF DANIEL (PRASEKOLAH)
Sesi berjumpa guru kelas Alif ni lama sikit. Sebab 9 komponen ada pecahan perkara. Guru Prasekolah Alif ni bertungkus lumus mengajar anak-anak Pra agar boleh kenal huruf, nombor, boleh membaca, boleh menghafal dan memupuk nilai murni dalam berkawan. 

Prasekolah di dalam kawasan sekolah memberi Alif gambaran awal bagaimana suasana persekolahan. Alif tidak berkesempatan masuk mana-mana preschool sebab pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020 ketika dia berusia 4 tahun. 
Cuma, kami ada hantar ke nursery dari Alif bayi hingga usia 3 tahun. Jadi, sepanjang PKP kami di rumah mengajar perkara asas sahaja. Namun, kepakaran sebagai tenaga pengajar seperti guru tu kami suami isteri memang tiada. Bayak perkara kami lakukan adalah mewarna, menulis huruf dan nombor ikut titik tu sahaja. 

Alhamdulillah perkembangan Alif di Prasekolah sangat positif. Harap masa Tahun 1 2023, Alif bersedia. InsyaAllah. 

KENALI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
1. Apakah PBD?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran

2. Bila PBD bermula?
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?
Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah

5. Mengapakah PBD penting?
PBD dapat membantu guru dalam:
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.Mengetahui keberkesanan pengajaran.Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran.Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?
PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
PemerhatianPenulisanLisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru


7. Apakah pertimbangan profesional?

Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya

8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?


Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?

Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid

10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
Pengetua/Guru BesarPenolong Kanan PentadbiranPenolong Kanan Hal Ehwal MuridPenolong Kanan KoKurikulumPenolong Kanan PetangPenolong Kanan Pendidikan KhasGuru Kanan Mata Pelajaran/Ketua BidangKetua PanitiaGuru CemerlangJurulatih UtamaMana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS
11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?
Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?
Buku PanduanPortal http://bpk.moe.gov.my/JPNPPD
13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?
Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang sesuai

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?
Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan dimuat naik ke portal BPK

15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?
Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. 
Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019

Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022

16. Mengapakah tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?
Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan

Sumber: https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulumhttps://www.cikguaime.com/2021/09/pentaksiran-bilik-darjah-pbd.html?m=1


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/pelaporan-pentaksiran-bilik-darjah-pbd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Panas Sejuk Ingatkan Gangguan Makhluk Halus Rupanya Juruteknik Rantau Panjang Pasang Kompresor Dalam Bilik Tidur

Rasa Panas Sejuk Ingatkan Gangguan Makhluk Halus Rupanya Juruteknik Rantau Panjang Pasang Kompresor Dalam Bilik Tidur

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 139 hits
NI technician belajar online Itu antara komentar lucu tapi pedas yang ditinggalkan warganet selepas melihat unit luar atau kompresor penghawa dingin dipasang di dalam bilik tidur sebuah rumah di Kampung Kedai Lama Rantau Panjang di Kelantan
Kenapa Dilucutkan Darjah Kebesaran Sebab Ia Dikurniakan

Kenapa Dilucutkan Darjah Kebesaran Sebab Ia Dikurniakan

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 119 hits
NIK ZAWAWIKalau ada yang tanya kenapa ada negeri lucutkan darjah kebesaran ada pula yang tidak Istilah Latin nya fons honorum atau English nya Fount of Honour Ada juga sebut Fountain of Honour Melayu nya pula dipanggil Punca Kemuliaan Kalau...
Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 144 hits
September 12 2022 PETALING JAYA Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran daripada Najib Razak dan Rosmah Mansor Dalam kenyataan Setiausaha Kerajaan Selangor Haris Kasim berkata penarikan balik itu berkuat kuasa 12 Sept
Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib Rosmah Dibatal Ditarik Semula

Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib Rosmah Dibatal Ditarik Semula

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 276 hits
SHAH ALAM Keahlian Darjah Kebesaran Selangor bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dibatalkan dan ditarik semula berkuat kuasa hari ini
Isteri Cekup Suami Berasmara Dengan Bekas Kekasih Dalam Bilik Tidur

Isteri Cekup Suami Berasmara Dengan Bekas Kekasih Dalam Bilik Tidur

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 163 hits
JAKARTA Seorang lelaki di Kota Kendari Sulawesi Tenggara tergamak mengajak kekasih tinggal bersama selepas isterinya pulang ke rumah ibu bapa sejak tiga bulan lalu lapor laman Telisik id semalam Perbuatan keji lelaki itu terbongkar apabila ...
Cadar Bilik Pengantin Ala Inggeris Buat Kak Long Dari Quilt Co

Cadar Bilik Pengantin Ala Inggeris Buat Kak Long Dari Quilt Co

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 164 hits
Banyak yang kak ana nak kongsikan dengan korang semua yang masih setia berkunjung mengikuti setiap coretan pengalaman pinjaman usia kak ana di atas muka bumi ini Dua tiga entri yang lepas banyak kisah majlis akad nikah Kak Long yang kak ana...
Leona Dedah Harga Sewa Bilik Asrama Rm976 Seminggu

Leona Dedah Harga Sewa Bilik Asrama Rm976 Seminggu

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 166 hits
Umum mengetahui anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kini berada di United Kingdom London untuk menyambung pengajian di sana
Pelajar Junior Dakwa Diliwat Oleh Gemuk Selama 2 Jam Dalam Bilik Asrama

Pelajar Junior Dakwa Diliwat Oleh Gemuk Selama 2 Jam Dalam Bilik Asrama

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 195 hits
Seorang pelajar asrama berusia 16 tahun di sebuah pusat pengajian di Langkawi mendakwa telah diliwat oleh pelajar senior dalam kejadian Ahad lalu nbsp Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi...
Elok Ke Bayi Tidur Dalam Bilik Atau Rumah Yang Ada Aircond Doktor Jelaskan Kesanya

Elok Ke Bayi Tidur Dalam Bilik Atau Rumah Yang Ada Aircond Doktor Jelaskan Kesanya

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 209 hits
Masih ramai ibu bapa yang ragu ragu adakah sesuai bayi bawah setahun berada dalam bilik atau rumah yang beraircond Ini kerana ada yang risau takut menjejaskan kesihatan bayi Berikut antara beberapa persoalan dan penjelasan yang diberikan ol...
Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen

Abang Dan Kak Ipar Selalu Lepaskan Beban Jaga Anak Kat Ibu Ayah Bila Ibu Cakap Penat Abg Marah Dan Hina Ibu

Selepas Saya Tahu Menegenai Bakal Madu Saya Ni Tak Tahu Kenapa Perasaan Saya Jadi Relex Je