Musuh Tak Kelihatan


Musuh tidak kelihatan

Dari dalam bilik tidur, Abu mendengar seolah-olah kerusi meja perabotnya dialih-alihkan. Mistikal. Perkara ini sudah berlaku sejak seminggu lalu ketika dia keseorangan, namun apabila Abu keluar dan memeriksa, tiada apa pun yang beralih, sofanya masih ditempat asal, rak dan kabinet TV tidak berganjak, meja makan masih di sudut yang sama bersama bekas lauk pauk malam semalam yang tidak berganjak walau seinci, ada jugak bekas lauk 2 hari lepas..tidak berganjak dan tidak berbasuh

Kalau minggu lepas agak kucar-kacir jugak perasaan Abu dibuatnya dengan kehadiran bunyi-bunyian tersebut, dia mula meragui kewarasannya selepas 2 minggu tempoh kawalan pergerakan. Mungkinkah aku berhalusinasi? Atau  rumah sewa ini memang halus permainannya? Tanya Abu kepada dirinya berteka-teki

Abu sudah menetap di rumah sewa tersebut sejak awal tahun ini, namun disebabkan rutin kerjanya yang keluar pagi balik malam memang jarang dia melekat di rumah. Sejak dikenakan perintah kawalan pergerakan, nak pergi pejabat pun kena soal siasat, barulah kini Abu mula mengenali kerasnya hati budi rumah sewanya. Agak keras, namun atas arahan pihak berkuasa, Abu masih menganggap itu sebagai cobaan stay at home

Ish.. kalau betul pun ada yang menumpang, kenapa perlu alih-alihkan perabot, apa susunan deko rumah ni tak kena dengan taste korang ke
Kali ini, Abu nekad untuk bersuara. Semangat pendekarnya sudah memberontak dari dalam. Sewa rumah kondo yang mahal sepatutnya menjadikan dia selesa seperti T20, bukan jadi seperti pelarian. 
“Assalamualaikum!”
Tak berjawab

“Assalamualaikum!”
Masih tak berjawab, sebenarnya rancangan Abu sampai situ sahaja, memberi salam yang orang panggil salam-salam ayam, jika tiba-tiba salamnya disambut, Abu mungkin akan jadi kaget dan tiada arah, melainkan ke arah pintu dah berlari keluar. Selain pintu, tingkap adalah jalan yang tidak patut kerana Abu berada di tingkap 8

“As..sa..lamualaikum...damai pada dunia..” Abu menyanyikan lagu Faizal Tahir bagi mengubati hatinya yang gundah...asalamualaikum damai pada dunia..bangunlah semuaaaa..kita semua serupa. Minggu pertama kawalan pergerakan memang meriah ramai yang mencuba pelbagai resepi baru, tak kurang ramai juga pos gambar bekerja di rumah, kemudian masuk minggu kedua ketiga ramai dah gelisah mula cari gaduh di media sosial, menghantar mesej kepada ex dan sejak dua menjak ini sudah ada yang mula bercakap sendirian, ada yang mula menjiwai perasaan panda dan harimau yang terkurung di Zoo, kemudian nak menjelang Ramadhan tak lama lagi..ramai pulak yang dah masuk fasa menyelami perasaan setan yang kena ikat

“Waalaikumsalam tuan hamba”
Tiba-tiba ada suara. Abu terdiam terduduk di sofa, cuba mengamati sama ada suara itu benar, atau sekadar tuntutan halusinasi dia. Abu cuba mengamati dari mana suara itu datang, television tak On, adakah dari meja makan, kabinet TV atau peti ais. 
“Hoi...!” Abu separuh jerit ke arah meja makan jenis kayu yang sudah uzur. Abu kini memasuki fasa bercakap dengan perabot rumah

“Aku di dalam engkau” suara misteri itu kedengaran lagi, tak tahu dari mana seperti tiada arah yang khusus. Abu terkejut. Pertama dia terkejut pada suara yang entah dari mana itu, keduanya terkejut yang dia begitu tenang menghadapi pengalaman surreal ini setenang Mo Salah menjaringkan gol

Abu teringat pada pesan orang dulu-dulu , jika ada benda yang masuk ke rumah, tegur dulu jangan dipukul-pukul terus

“Kalau kau adalah manusia, munculkan lah diri. Jika engkau bukan manusia...keluarlah dari rumah ini”Abu berdialog antara berani dan buat-buat berani. 
“Aku sentiasa di sini , siang juga malam,  kau hanya berada di sini selepas matahari terbenam, aku lebih akrab di tempat ini”

Abu menoleh ke kiri dan kanan tanpa ada apa-apa bayang atau jasad. 
“Kalau kau tak mahu keluar, jangan ganggu aku” pinta Abu mencari jalan aman. Namun tiada sebarang respon buat seketika. Selang beberapa detik juga tiada sebarang respon atau petanda seperti lampu bukak-tutup-bukak macam dalam filem

Abu mulai bosan dan mula berbasa-basi. “Aku..bekerja di rumah sekarang..kerana Corona Virus..mungkin sehingga bulan depan, bergantung pada pengumuman yang akan datang, kalau virus ni reda awal..mungkin dapat bekerja seperti biasa..aduh tak pernah aku merindukan pejabat sampai begini gayanya..” Abu meluahkan perasaan seperti berbual dengan seorang kawan. Sudah lama Abu tidak bercakap-cakap, terasa lega gatal di kerongkongnya meski teman berbualnya belum diketahui identiti. Abu terdetik mahu bertanya siapakah yang bersuara, just nak tahu spesis yang mana,jin ke, pokemon ke, artis ke. namun..mungkin belum sesuai pada waktunya

“Aku nak tanya, engkau ke yang selalu buat bunyi guli melantun , kemudian bunyi bising perabot-perabot beralih. Aku harap kau tak kecik hati, itupun kalau kau ada hati, tapi tak boleh ke kau ikut cakap PM duduk diam-diam di rumah,  biarkan aku hidup aman di rumah? Sekurang-kurangnya sehingga kerajaan bagi keluar rumah”
“Fitnah ! Bunyi-bunyi tu adalah water hammer. Water hammer adalah keadaan dimana air yang bergerak laju di dalam batang paip terhenti secara tiba-tiba akibat injap ditutup sekaligusnya menyebabkan air menghentam dinding batang paip sehingga menghasilkan bunyi aneh”
“Tapi bunyi perabot tu aku dengar kat ruang tamu rumah aku ni, bukan kat rumah atas atau rumah bawah”
“Ohh..aku memang ada alihkan sikit sebab, sebab aku perlu aktif untuk terus relevan. Kalau aku senyap, diam , pegun, aku akan lenyap di telan masa ”
“Tak gurau ni?” 
Abu menyusun fikirannya, cuba menghadam pengalaman surrel bercakap dengan suara tanpa jasad. Suasana dipeluk kesunyian. 2 rakan serumahnya berada di kampung dan tidak dapat pulang sejak arahan kerajaan dikeluarkan. Ditambah pulak dengan ketiadaan makwe, hidup Abu adalah manifestasi social distance yang sebenar. 
“Wahai Encik suara, bahaya sangat ke Covid19 ni ? Sampai aku terkurung di rumah, terpaksa bercakap-cakap dengan engkau..entah engkau siapa”, soal Abu agak bersopan tak kena cara nak berencik-encik pulak

“Bergantung, jika kau begitu meletakkan ketakutan pada covid19, maka Covid adalah sangat merbahaya dan akan menjadi semakin bahaya sehingga tidak terbendung, kau mungkin juga akan mati dalam ketakutan kau sendiri sebelum covid sampai ke bucu jasad”
“ Hmmm...Adakah kau bahaya?”
“Getaran batin dan zahir kau menolak untuk takut pada aku, oleh itu aku tidak ada kuasa untuk mempengaruhi kau. Aku hanya menjadi besar jika kau takut pada aku”

“Aku takde pilihan sekarang, sekejap kerajaan cakap benda tu macam menakut-nakutkan, sekejap kata jangan takut, tuntutan naluri aku sudah berkecamuk, yang pasti aku lapar sekarang, bekalan makanan dah habis, sekarang ni aku ketua keluarga ke kau ketua keluarga?”

“Tuan hamba, kita bukan sekeluarga”
“Ye tahu, tapi..nak keluar pergi Tesco tu jauhh.” Abu sedikit ralat dia tak kahwin sebelum perintah stay at home, bila mengenangkan kawan karibnya yang sempat kahwin seminggu sebelum PKP, memang menang besar mereka sekarang boleh saling membatalkan wuduk. Bagi Abu, nak batal wuduk mungkin kentut sajalah yang kos efektif dan harmless

“Aku tak ada kuasa untuk keluar dari sini. Seperti Covid, apa jua ciptaan di dunia ini, punya limitasi, aku juga ciptaan , tidak boleh pergi dari satu tempat ke tempat lain sesuka hati”

“Maksud kau, kau tahu apa kelemahan Covid?”
“Covid sama seperti aku, kami wujud di mana-mana walaupun manusia tidak nampak secara lahiriah. Sememangnya golongan kami arif akan kelemahannya, penawarnya begitu mudah..yang manusia masih tidak perasan”

“Apa penawarnya?? Ini covid19 tau, bukan demam selsema.”
“Aku sudah letih untuk hari ini, berkomunikasi dengan manusia bukan sesuatu yang bishe-bishe untuk aku, jika kau mahu tahu..kau perlu berikan aku sedikit kuasa esok”

Abu memanggil suara itu namun tiada respon. Perbualannya dengan encik suara itu adalah misteri yang tak mampu Abu terjemahkan, namun di sebalik itu ada sesuatu yang lebih penting, lebih bermakna kepada negara dan dunia. Abu cuba mengingati semula perbualannya, ada disebut penawar Covid adalah sesuatu yang mudah, sesuatu yang mungkin kita tak perasan sudah wujud di sekeliling kita. Mungkin entiti ini lebih tahu cara untuk mengatasi Covid19, hanya jauhari yang mengenal manikam. Tak pernah lagi Abu terfikir untuk meminta preskripsi ubat dari makhluk halus, biasanya nombor bertuah sahaja. 
Malam itu tidur Abu tidak lagi memikirkan tentang Janna Nick, sehingga terlelap Abu tidak dapat berhenti dari berfikir tentang penawar Covid19. Esok Abu merancang untuk mendapatkan maklumat sulit itu walau apa pun caranya

Bersambung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.notapurba.com/2020/04/musuh-tak-kelihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tetap Pede Bahkan Kelihatan Lebih Manis Ini Dia 8 Artis Yang Bergigi Gingsul Senyumnya Itu Loh

Tetap Pede Bahkan Kelihatan Lebih Manis Ini Dia 8 Artis Yang Bergigi Gingsul Senyumnya Itu Loh

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 264 hits
Bahkan di Jepang bentuk gigi kayak gini jadi tren lo Siapa nih yang udah punya gigi gingsul alami
Tips Untuk Kelihatan Cantik Sepanjang Masa

Tips Untuk Kelihatan Cantik Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 189 hits
1 Bina Keyakinan Cara Untuk Kelihatan CantikDengan membina keyakinan diri ini akan membantu anda untuk memahami kecantikan semula jadi diri anda Berdiri tegak Senyum pada diri anda Perhatikan perkara perkara yang positif Jika anda perasan a...
Musuh Kamu Bukan Dap

Musuh Kamu Bukan Dap

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 140 hits
Kpd Kaum Melayu Yg Ku MuliakanMUSUH kamu bukan DAP sebenarnya MUSUH kamu ialah PEMIMPIN MELAYU yang MENCURI MEROMPAK dan SONGLAP wang peruntukan HAK MILIK ORANG MELAYU Untuk MENUTUP kesalahan merekamereka sering menuduh DAP sebagai ANTI MEL...
Tun Dan Ph Sahabat Atau Musuh

Tun Dan Ph Sahabat Atau Musuh

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 279 hits
Khalid Samad Rentetan daripada artikel saya sebelum ini mengenai pertemuan saya dengan Dr Mahathir Mohamad saya telah dibanjiri dengan pelbagai soalan dan komen daripada banyak pihak dan daripada spektrum politik yang berbeza Ada yang memuj...
Dr Kamarul Zaman Dedahkan Ini Dia Musuh Penjawat Awam

Dr Kamarul Zaman Dedahkan Ini Dia Musuh Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 514 hits
Berlakon perjuang penjawat awam walhal memusuhiYANG menuduh penjawat awam sebagai membebankan Kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan khususnya Tony Pua Ahli Parlimen Damansara dari DAP Yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan tidak perlu ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan