Misteri Meriam Keramat Segamat


Bunyi dentuman kuat yang mengejutkan dan mencetuskan tanda tanya dikalangan penduduk terutamanya kawasan perkampungan di Segamat, terus kekal misteri dan ada yang mendakwa ia adalah petanda banjir besar akan berlaku.


Seorang penduduk Kampung Jawa, Segamat berkata, ketika berada di rumahnya sekitar 9.30 malam, dia terdengar dentuman kuat yang tidak diketahui puncanya.

Bunyi berturutan didengari itu seolah-olah letupan meriam, tetapi sudah pasti bukan letupan dari kuari kerana kedudukan kuari jauh dari situ.

Tidak mungkin bunyi letupan itu daripada aktiviti meletup batu kerana ia hanya dibenarkan pada waktu siang sahaja.

Cuaca pada masa itu juga baik dan mustahil untuk mengaitkannya dengan dentuman guruh atau petir.

Meriam Misteri

Kisah meriam misteri di daerah Segamat yang dikatakan akan meletup sendiri sebelum banjir melanda turut dikaitkan dan diceritakan sejak turun temurun.

Orang lama Segamat tentunya arif dengan kisah bunyi letupan meriam misteri itu dan sekiranya meriam itu meletup, mereka bersiap sedia kerana ia petanda banjir bakal melanda dan kebetulan ia berlaku pada 2006.

Kisah bunyi letupan meriam sebagai petanda awal banjir adalah berdasarkan cerita mulut ke mulut oleh generasi waris keluarga terdahulu.

Mitos Meriam Lama

Meriam dipercayai milik Bendahara Tepuk ditemui pada bulan Disember 1981

Cerita mengenai Bendahara Tepok atau juga dikenali sebagai Bendahara Lubok Batu tidak asing lagi bagi warga Segamat namun misteri cerita dan mitos sentiasa menjadi bualan sehingga kini.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa meriam yang dijumpai pada tahun 80an di bawah tapak Masjid Makam Lubok Batu kini dijaga dan disimpan rapi oleh pihak Muzium Melaka.

Apabila kita menceritakan tentang meriam keramat tersebut secara tidak langsung hal ini berkaitan tentang sejarah Masjid Makam Lubok Batu dan kisah sejarah Bendahara Tepok.

Masjid Makam Lubok Batu ini asalnya adalah pondok singgah untuk berteduh dan berehat bagi penziarah makam tersebut.

Penduduk kampung mempercayai pondok itu didirikan oleh pengikut-pengikut Bendahara Tepok.

Sebelum tahun 1918, orang-orang luar yang menyusur atau memudik sungai Segamat akan bersolat di Masjid Tebing Sungai di Pengkalan Esah.

Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji Yahya Bin Kubu, Ahli Pakar Sejarah Tempatan, bahawa Tuan Haji Ibrahim Bin Kindang, Imam Masjid Teluk Belanga telah balik sementara ke Kampung Lubok Batu lalu mencadangkan supaya dibina sebuah surau untuk penduduk Kampung Lubok Batu.

Dengan terbinanya surau itu, Tuan Haji Dasil bin Mahmud telah dilantik menjadi imamnya, manakala bilal disandang oleh A. Bakar Bin Sudin.

Sekitar tahun 20an, Sungai Segamat masih menjadi laluan penting bagi orang-orang luar datang ke Segamat.

Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti perniagaan telah bertambah pesat kerana wujudnya "Pasar Tepi Sungai" di Pengkalan Lubok Batu.

Kemudian, surau itu diserahkan sebagai wakaf oleh Sultan Ibrahim dan tiada sesiapa yang berani merobohkan surau tersebut kerana surau itu dijaga oleh Istana Johor.

Pada tahun 1928, atas usaha Mohd Tap, Pegawai Daerah Segamat ketika itu, sebuah surau baru dari binaan batu yang pelan tapak dan reka bentuknya diambil dari Kota Tinggi telah dibina setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Ibrahim Al-Marhum Sultan Johor.

Semasa pengubahsuaian surau tersebut, jemaah surau telah menemui sebuah meriam lama yang diperbuat daripada batu berukuran empat kaki panjang yang tertanam dibawah mimbar masjid serta peluru-peluru diperbuat daripada batu (buat masa ini penulis masih tidak ketahui dimana simpannya meriam yang dijumpai pada tahun 1930).

Hal ini menyebabkan wujudnya mitos meriam keramat tersebut oleh orang-orang kampung.

Bah Merah

Sebelum meriam itu dijumpai, cerita-cerita mengenai meriam keramat tersebut sudah lama menjadi bualan cerita rakyat daerah Segamat khususnya penduduk Kampung Lubok Batu.

Ini kerana pada tahun 1926, banjir besar telah melanda daerah Segamat yang dikenali sebagai Bah Merah 1926.

Banjir itu telah menyebabkan harta benda dan nyawa terkorban, menyebabkan sungai Segamat menjadi lengang dan tidak berfungsi lagi sebagai laluan orang-orang luar datang ke sana.

Menurut orang-orang tua, terdapat beberapa petanda sebelum berlakunya banjir besar itu, antaranya orang-orang kampung akan terdengar bunyi tembakan meriam tiga hari berturut-turut pada waktu Asar (kononnya bunyi meriam keramat).

Meriam yang dijumpai di Masjid Lubok Batu pada bulan Mac 1979

Pada tahun 1943, ketika penjajahan Jepun, surau tersebut dinaiktaraf kepada masjid, yang dirasmikan oleh Tuan Syed Ahmad Bin Syed Abdullah Al-Habshee, Kadi Daerah Segamat.

Pegawai-pegawai pula telah bertukar dan digantikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Kindang sebagai Imam manakala Tuan Haji Abdul Samad bin Haji Karim sebagai bilal.

Ketika perasmian itulah nama masjid itu diberi nama Masjid Makam Lubok Batu.

Pada bulan Mac 1977, YB Dato Haji Ahmad Bin Arshad didalam ucapannya sebagai Pengerusi Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Gemereh, telah memohon dana bagi peruntukan membangunkan semula Masjid Makam Lubok Batu kerana penduduk Kampung Lubok Batu telah bertambah ramai dan masjid tersebut tidak dapat lagi menampung jemaah sedia ada.

Permohonan beliau telah dipersetujui oleh YAB Dato Haji Othman Bin Saat, Menteri Besar Johor pada ketika itu dalam ucapan balasnya pada hari perasmian Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

Pada awal tahun 1980 masjid lama dirobohkan dan dibina bangunan masjid yang baharu.

Sekali lagi berita mengenai meriam keramat tersebut menggempar dan mengejutkan penduduk Kampung Lubok Batu setelah hampir 50 tahun berlalu mitos meriam lama dijumpai.

Setelah hampir keseluruhan masjid dirobohkan, ahli jemaah masjid menjumpai sebuah lagi meriam pada bulan Disember 1981.

Meriam tersebut dipercayai sebahagian daripada senjata Bendahara Tepok serta pengikut-pengikutnya ketika menentang Portugis.

Sejak puluhan tahun lagi penduduk Kampung Berata, Jalan Temenggong, Kampung Paya Dalam dan Taman Bendahara seringkali mendengar bunyi meriam berdentum sebelum turunnya hujan lebat dan banjir.

Hampir keseluruhan penduduk telah mendengar tembakan meriam keramat tersebut yang dahulu hanya dipercayai mitos semata-mata, kini menjadi bualan cerita benar rakyat daerah Segamat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Senjata Berbahaya Yang Sangat Popular Pada Zaman DahuluMisteri Muzik Dari Tasik Yellowstone
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/02/misteri-meriam-keramat-segamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Bebola Api Telah Kelihatan Di Singapura Dan Johor Di Pagi Hari

Misteri Bebola Api Telah Kelihatan Di Singapura Dan Johor Di Pagi Hari

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 603 hits
Sesetengah rakyat Malaysia dan Singapura merupakan saksi yang bertuah kepada fenomena astronomi jarang berlaku apabila mereka melihat sebuah bola api terbang melalui langit video yang telah menjadi virus hari ini Rakaman Dashcam dari sebuah...
Rumah Yang Menyimpan Misteri Menakutkan Saksikan Filem Seram Rumah Kentang The Beginning 27 Februari Ini

Rumah Yang Menyimpan Misteri Menakutkan Saksikan Filem Seram Rumah Kentang The Beginning 27 Februari Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 467 hits
TGV Pictures membawakan kepada peminat sebuah filem seram dari Indonesia berjudul Rumah Kentang The Beginning arahan Rizal Mantovani tayangan 27 Februari ini Berkisarkan tentang Sepasang suami isteri Adrian dan Sofie merupakan penulis dan p...
Misteri Wuhan 400 Dalam Buku Tahun 1981 Yang Meramal Virus Covid 19

Misteri Wuhan 400 Dalam Buku Tahun 1981 Yang Meramal Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 658 hits
Misteri suratan atau kebetulan Sebuah buku yang diterbitkan 39 tahun lalu pada 1981 telah meramal bahawa satu wabak penyakit baharu akan menyerang seluruh dunia pada tahun 2020 yang baru baru ini satu posting artikel tentang sebuah buku yan...
Video Penampakan Cahaya Misteri Ufo Di Johor Bahru

Video Penampakan Cahaya Misteri Ufo Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 634 hits
Sebuah video rakaman objek tidak dikenali yang meluncur seakan akan bebola api yang sangat besar dipercayai di langit Johor Bahru berjaya dirakam menerusi dashboard cam sebuah kenderaan dilihat melintasi langit negeri itu Objek UFO berbentu...
Rakaman Misteri Motosikal Bergerak Sendiri Secara Tiba Tiba Undang Rasa Seram

Rakaman Misteri Motosikal Bergerak Sendiri Secara Tiba Tiba Undang Rasa Seram

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 273 hits
Sememangnya tidak dinafikan terdapat pelbagai kejadian pelik di sekeliling manusia Antaranya ialah yang berunsur mistik sehingga menimbulkan rasa seram terhadap diri seseorang Kejadian kejadian misteri yang sukar untuk diterangkan secara ny...
Belum Reda Wabak Covid 19 Saintis Dakwa Temui Virus Misteri Yang Tak Dikenali Di Brazil

Belum Reda Wabak Covid 19 Saintis Dakwa Temui Virus Misteri Yang Tak Dikenali Di Brazil

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 370 hits
Para saintis mendakwa telah menemui satu virus misteri yang tidak pernah dilihat sebelum ini di sebuah tasik yang terletak di Brazil dan menamakannya sempena cerita mitos seekor duyung mengumpan askar masuk ke dalam air sehingga lemas Yarav...
Kumpulan Gagak Misteri Penuhi Langit Dipercayai Di Wuhan Buat Netizen Tertanya Tanya

Kumpulan Gagak Misteri Penuhi Langit Dipercayai Di Wuhan Buat Netizen Tertanya Tanya

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 189 hits
Kehadiran kumpulan besar burung gagak dipercayai di bandar Wuhan membuatkan orang ramai tertanya tanya dan mula menimbulkan spekulasi sendiri Dalam rakaman yang tular di media sosial kelihatan burung hitam itu berterbangan di jalanan yang k...
Misteri Penemuan Tiga Kaki Kanak Kanak Yang Digonggong Anjing Siapakah Pemiliknya

Misteri Penemuan Tiga Kaki Kanak Kanak Yang Digonggong Anjing Siapakah Pemiliknya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 190 hits
Masyarakat di Kota Kinabalu digemparkan dengan penemuan tiga cebisan anggota tubuh badan iaitu kaki kanak kanak anggaran usia 2 hingga 3 tahun Hal ini dikatakan berlaku di belakang salah sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar Menurut Ketua P...
Misteri Makhluk Di Jalanan

Misteri Makhluk Di Jalanan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 157 hits
Malam jumaat datang lagi Bila tiba malam jumaat teringat masa kecil kecil dulu bila saja datang malam jumaat kami adik beradik selalu berkongsi cerita mengenai kisah tentang hantu Ntah dari mana tahyul ni tak tahulah Mengapa malam jumaat se...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord