Mencari Angka Penggenap Di Parlimen


ULASAN PAGI

Anwar melambai tangan selepas
sidang akhbar.KECACATAN (sebenarnya tidak lengkap) dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim kelmarin  menyebabkan timbul rasa tidak puas hati menyebabkan sidang akhbar itu sebagai lawak atau gimik semata-mata. Dianggap suatu kerja untuk membuang masa oleh politis yang kesunyian. 

Sekiranya Anwar dapat memberi berapa jumlah angka dan sokongan yang ada kepadanya, sidang akhbar itu boleh bertukar menjadi lain. Mungkin senario politik Malaysia pagi ini sudah berubah total?

Malangnya walaupun berkali-kali diasak oleh para wartawan mengenai angka sokongan itu, beliau tidak menyebutnya, sebalik berhelah mengatakan nombor itu akan diumumkan oleh Yang diPertuan Agong sendiri. 
Beliau tidak bersedia untuk menyebut walaupun diasak bertubi kali demi menjaga kehormatan kepada Agong. Cara Anwar itu sebagai menjunjung kehormatan dan tanda kasih kepada Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Bilal Shah.
Munasabah dan tepat sekali tindakan Anwar itu, apa lagi pada saat itu baginda Agong masih berihat di IJN kerana menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan. Sebagai seorang Melayu yang sangat menjunjung kedaulatan institusi Raja-Raja, Anwar utuh menjaga kesopanannya. Tidak mengapa.
Ada ala kuliha juga alasan diberikan Anwar itu. Bagaimana pun timbul pula pertanyaan lain, kalau beliau tidak mahu menyebutnya, kenapa sidang akhbar itu dipanggil?  Kalau setakat untuk mengatakan ia sudah cukup sokongan tanpa disertakan bukti jelas ia tidak jadi sahih, maka keperluan sidang itu apa? Ini yang tidak dapat difahami sampai ke saat ini terutamanya oleh mereka berfikir secara literal dan yang "ampong" daya politik. 
Apakah ia bertujuan mempengaruhi pengundian di Sabah yang akan berlangsung esok? Kalau begitu bukankah sidang akhbar mendedahkan kejatuhan kerajaan PN itu dibuat terlalu awal membolehkan pihak di sebelah sana membuat counter attack dan membalas balik? Kenapa tidak dibuat hari ini atau semalam sehari atau dua hari sebelum hari mengundi? Mengadakan awal ia kurang bijak.
Mengenai sidang akhbar itu apa yang dirasakan bernilai dan menggemparkan apabila Anwar memberi tahu beliau sudah pun direncanakan untuk menghadap Yang diPertuan Agong Al Sultan Abdullah pada 22 September, tetapi tidak jadi kerana dengan tiba-tiba Al-Sultan Abdullah terpaksa dibawa ke IJN untuk mendapat rawatan. Kejadian atau insiden ini satu kemalangan dan suspen. Bayangkan kalau Anwar dapat menghadap Agong, tentu suasana berubah dan consequence politik juga berbeza. 
Anwar mendakwa beliau mendapat sokongan yang sangat kuat, bukan kelebihan lima atau 10 sokongan, tetapi hampir mencecah majoriti dua pertiga? Menariknya sokongan itu dari kalangan ahli parlimen Islam dan Melayu dimana kerajaan yang akan ditubuhkan nanti kerajaan bertunjangkan Islam dan Melayu.
"Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam."

Demikian kata Anwar dengan penuh konfident. Air mukanya saat mengumumkan itu sedikit pun tidak keruh dan urat muka berkerut. Dengan senyuman manis dan gaya "macho"nya tersendiri yang asli. Wah... hebat sang activator ini. 
Tetapi kerana ia tidak dinyatakan secara terus terang berapa jumlah kerusi, menyebabkan ia jadi polemik. Orang tidak percaya dan sangsi apa lagi sebelum ini sudah berlaku hal sama lebih daripada dua kali. Alah bisa tegal biasa. 
Bunuh kerjayanya.
Di sini saya tidak mahu mengulas dan mempersolkan apakah angka disebut Anwar itu benar atau tidak. Kita semua menghormati dengan kata-katanya, bahawa soal bilangan itu biarlah diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri. Yang pentingnya, sekiranya Anwar tidak jujur kepada diri sendiri dengan apa dilakukan itu boleh membunuh masa depan politiknya. Kredibilitinya tercalar bangat, jumlah yang mencemuhnya kian bertambah.  
Kerana apa yang dilakukan itu adalah bersendirian dan penuh kerahsiaan strategi, kita kena terima bahawa beliau mungkin memiliki angka dan jumlah mencukupi lantaran itu beliau sedia menulis surat pohon perkenan untuk menghadap Yang diPertua Agong. Saya tidak fikir kalau beliau tergamak memain-mainkan Agong. Anwar kena bertanggungjawab dalam hal ini. 
Maklumat dalaman.Ada satu maklumat yang sampai ke telinga saya, seseorang telah bertemu dengan seorang kerabat di Raja Pahang beberapa hari lalu. Kerabat di raja itu dikatakan sangat rapat dengan Al-Sultan Abdullah. Tanpa sumber itu menjelaskan cerita mendalam disebaliknya, saya mentafsirkan, ia adalah mengenai hasrat Anwar untuk menghadap Yang diPertuan Agong bagi mempersembahkan angka dan menjelaskan kedudukan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin sekarang ini yang parah. 
Dinyatakan oleh sumber itu, kerabat di Raja berkenaan menasihati wakil kepada Anwar yang menemuinya itu jangan cuba-cuba untuk minta mengadap sekiranya Anwar tidak mempunyai angka dan sokongan mencukupi, kerana ia kelak akan memudaratkan diri. Namun apabila Anwar berani menulis surat pohon pekenaan untuk mengadap Agong menunjukkan Anwar sudah benar-benar bersedia.Dengan menghubungkan maklumat ini dengan apa yang berlaku semalam, ia menjelaskan bahawa Anwar tidak main-main dengan jumlah dan angka yang ada kepadanya itu. Cabaran Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu kepadanya agar mencari angka menggenapkan sokongan sudah terjawab pada sidang akhbar itu. Apabila Anwar bertindak demikian seharusnya mereka yang mencabar beliau menggenapkan angka tidak mentertawakannya sebaliknya perlu menyokongnya dengan penuh keta'akulan.  
Mencari angka.
Umum ketahui selepas kerajaan PH jatuh ada usaha untuk merampasnya kerajaan PN. Pihak PH mula menyusun kekuatan semula bagi mendapatkan kerajaan yang hilang itu. Teori politik PH untuk mengekalkan kerajaan pada Piraum akan datang kerajaan PH perlu dibangunkan semula. Tetapi mereka berhadapan dengan masalah kekurangan kerusi atau sokongan untuk jatuhkan kerajaan PN. Untuk membangunkan kembali kerajaan PH mereka harus memenuhi kerusi-kerusi ditinggalkan Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, sebanyak 21 kerusi

Tokoh yang perlu dipertanggungjawab untuk menjadi PM selepas diambil semula, ialah Anwar tetapi beliau diragui mampu berbuat demikian. Anwar menjadi alternatif sesudah Mahathir melepas jawatan dan gagal untuk mengatasi jumlah menyokong Muhyuddin. PH tidak ada alternatif lain melainkan mengemukakan nama Anwar lagi pun Anwar sudah dikonsensuskan dalam PH untuk menjadi PM tetapi dinafi oleh Mahathir. 
PH memerlukan 20 hingga 25 kerusi bagi mengenapkan angka membolehkan tubuh kerajaan setelah berlaku pengkhianatan oleh Muhyiddin dan Azmin Ali. Tetapi Anwar dilihat tidak berkeupayaan untuk mencapainya, khasnya mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak

PH sudah mengesan kegagalan dan ketidakupayaan Anwar mendapat angka apabila disaat-saat akhir menyebabkan soal jawatan PM diserah semula kepada Mahathir, tetapi Mahathir juga gagal apabila Muhyiddin yang berpakat dengan Umno, Pas dan lain-lain diangkat menjadi perdana menteri. 
PH tidak diam terus berusaha apabila Mahathir dan Anwar tidak nggam lagi, satu solusi dibuat dengan menamakan Shafie Apdal sebagai calon PM. Kononnya Shafie akan dapat menarik sokongan daripada Sabah dan Sarawak dan dengan itu kerajaan PN dapat dirampas. Dijangka Shafie akan menyumbang jumlah kerusi yang didambakan itu sekitar 20 kerusi. 
Pengangakatan nama Shafie timbul masalah apabila ia tidak disetujui Anwar dan dibantah oleh keras PKR

Keengganan Anwar untuk berkompromi menerima Shafie sebagai penggantinya bagi membolehkan kerajaan PH kembali meretakkan hubungan parti-parti dalam PH khasnya di antara invidiu tertentu antara satu sama lain. Sejak itu Anwar diberi cabaran agar mencari angkanya sendiri bagi menubuh kerajaan. Bertolak daripada itulah Anwar bergerak mencari angka penggenap tanpa pernah rasa penat dan jemu

Kini Anwar mengakui angka pengenap keramat itu sudah ditemui dan berada dalam genggaman tangannya seperti mana disebut dalam sidang akhbar kelmarin. 
Yang menarik untuk dianalisakan dari manakah angka pengenap yang diperolehi Anwar itu? Subjek ini yang perlu difikirkan sementara kita semua menunggu majlis mengadap Agong oleh Anwar di mana  Agong akan menyebut sendiri nombor dan jumlah sokongan itu. Keadaan kini tergantung selagi Anwar belum dipanggil menghadap Agong

Perjumpaan Anwar dengan Agong yang tertangguh itu pasti akan berlangsung kerana ia sudah pun dicatat dalam buku kerja harian Agong dan dunia sudah mengetahuinya. Apabila Anwar mendedahkan yang beliau sudah sedia menerima mengadap dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkara itu. ia tidak boleh dibatalkan lagi. Ia akan jadi seribu persoalan kalau majlis itu tidak diadakan. Agong sendiri pasti akan menerima perspeksi negatif

Seperti mana telah saya katakan sebelum ini dan diakui Anwar sendiri semasa sidang akhbar, bahawa sokongan yang diterimanya daripada ahli-ahli parlimen bukannya daripada mana-mana gabungan. Ahli parlimen itu pula datang daripada berbagai rahang parti. Dengan menjangkakan Mahathir tidak sedia menyokong Anwar, bermakna Anwar perlu tambah lima angka lagi bagi mencukupi angka yang dikosongoleh ahli parlimen geng Mahathir (Pejuang). Kerja Anwar semakin rumit dan "rohok"

Zahid dan isteri ziarah Anwar ketika sakit.Bagaimana pun atas usaha gigihnya, beliau mungkin mencapainya. Kemungkinan sokongan diterima Anwar ialah daripada ahli parlimen Umno. Kenyataan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui beliau tidak boleh menghalang mana-mana ahli parlimen BN daripada menyokong Anwar memberi gambaran yang Anwar menerima sokongan daripada ahli parlimen BN (Umno). 
Sedikit pun pun tidak pelik kalau Zahid tiba-tiba obsesi menyokong Anwar kerana mereka bersahabat baik dan apa dilakukan Zahid itu juga boleh dijadikan penebusan dosanya kepada Anwar. Soalnya kini berapa jumlahnya

Apabila Anwar berani mengatakan beliau mendapat sokongan dan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin pun sudah jatuh, ertinya dianggarkan sekurang-kurang 20 ahli parlimen BN (Umno) bersamanya. Orang kini sedang menghitung dan mengenali siapa-siapa mereka itu. Untuk ini mudah saja bagi membuat telahan dan pengecaman siapa yang menyokong dan siapa yang tidak

Umno mempunyai 39 orang ahli parlimen. Sesiapa yang tidak menyokong dan berbulu dengan Anwar sudah membuat kenyataan peribadi masing-masing. Antara mereka yang menyatakan tidak menyokong atau memberi gambaran tidak bersama Anwar, adalah Annuar Musa, Shahidah Kassim, Mahdzir Khalid, Tajuddin Rahman dan Hishammuddin Hussein. Mereka ini antara yang nampak tegas dan lantang. Sementara yang lain masih mengunci mulut mungkin bersikap tunggu dan lihat

Paling menarik Najib Razak sendiri mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak membuat penolakan tegas kepada Anwar.  Disebelah Najib ada sekurang-kurang enam orang ahli Parlimen yang setia dengannya. 
Dengan mengandaikan 15 orang ahli parlimen Umno yang tidak dapat menerima, bermakna ada 24 orang ahli parlimen yang kemungkinan akan menjadi angka penggenap kepada Anwar untuk jadi PM. Mereka ini sebenarnya bukan ikhlas menyokong Anwar, tetapi dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka. Tidak dapat disembunyikan telah berlaku "perkucahan" hebat dalam PN antara orang Umno dengan Bersatu. 
Perkucahan itu sampai ke tahap mereka (Umno) mahu mengenepikan Muhyiddin Yassin. Orang Umno katanya tidak senang dengan Muhyiddin dan Azmin sementara separuh lagi ralat dengan Pas yang nampak lebih intim dengan Bersatu berbanding dengan mereka. Sebab itulah ada anologi Bersatu sebagai Sawa yang hendak menelan ular lidi (Umno)

Jadi tindakan menyokong Anwar adalah tindakan tektikal bagi mencapai hasrat mereka. Di pihak Anwar pula mendapat keuntungan memiliki angka penggenap. 
Terdengar pula kini dari kalangan PH, khasnya DAP mempertikaikan langkah Anwar mendapat sokongan ahli Parlimen Umno itu. Apakah Anwar sedia bekerjasama dengan ahli Umno yang korup yang selama ini ditentang itu soal Lim Guan Eng. Mempersoalkan perkara itu konon hendak tunjuk integriti adalah tidak bijak, kerana apa yang lebih penting menjatuhkan kerajaan PN terlebih dahulu. Elok juga kalau Mohamad Sabu mengajar Lim Guan Eng mengenai prinsip awalawiyyat.  
Mereka yang mempersoalkan kejujuran Ahli Parlimen Umno yang didakwa menyokong Anwar itu sepatutnya melihat ke dalam diri mereka sendiri apakah mereka jauh lebih berintegriti daripada Ahli Parlimen Umno itu. Kena bijak politik. Kalau hendak kata Zahid dan Najib tidak ada integriti kerana didakwa di mahkamah macam mana dengan anda

Menyimpulkan catatan yang lewat ini, semuanya akan terjawab apabila Anwar dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong nanti. Dan sekiranya Agong terus diberitakan gering dan tidak ada tarikh pengadapan itu hingga dua tahun lagi maka apa didakwa Anwar itu tidak berlaku, ia semata-mata gimik dan kita hanya boleh ketawa ramai-ramai. [wm.kl. 9:11 am 25/09/2020]
Glossori:Perkucahan = perbalahan, berantam, pergaduhan.Rohok = payah, sukar, sulit. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/09/mencari-angka-pengenap-di-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Meminta Anwar Buktikan Sokongan Dia Sendiri Tidak Pernah Buktikan Di Parlimen

Muhyiddin Meminta Anwar Buktikan Sokongan Dia Sendiri Tidak Pernah Buktikan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak pernah membuktikan sokongan yang diterimanya untuk menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu melalui undi di ...
Keputusan Prn Sabah Akan Tentukan Bila Parlimen Akan Dibubarkan

Keputusan Prn Sabah Akan Tentukan Bila Parlimen Akan Dibubarkan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 360 hits
Keputusan bila Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya ke 15 akan ditentukan Sabtu 26 September ini apabila keputusan pilihan raya umum negeri Sabah akan diketahui Veteran DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya pagi ...
Azmin Ali Dakwaan Ahli Parlimen Bn Sokong Anwar Hanyalah Pandangan Peribadi Zahid

Azmin Ali Dakwaan Ahli Parlimen Bn Sokong Anwar Hanyalah Pandangan Peribadi Zahid

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 502 hits
KOTA KINABALU Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ramai ahli parlimen UMNO dan BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah pandangan peribadinya Menurut Az...
Semua Ahli Parlimen Pas Sokong Muhyiddin Abdul Hadi

Semua Ahli Parlimen Pas Sokong Muhyiddin Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah mengikut Perlembagaan Beliau berkata pada masa yang sama Pas akan ...
Zahid Ahli Parlimen Umno Bebas Menyokong Sesiapa Pun

Zahid Ahli Parlimen Umno Bebas Menyokong Sesiapa Pun

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 290 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti tidak dapat menghalang ahli ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang di Pertuan Agong bagi m...
Bekas Menteri Kewangan Sahkan 42 Ahli Parlimen Dap Sokong Anwar Sebagai Pm

Bekas Menteri Kewangan Sahkan 42 Ahli Parlimen Dap Sokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 243 hits
Selepas Ahli Parlimen Amanah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri kali ini DAP pula mengesahkan semua Ahli Parlimen mereka menyokong penuh usaha Presiden PKR itu untuk menubuhkan kerajaan baharu Ini sekaligus ...
Macam Kartun Bubar Parlimen Sajalah Tajuddin

Macam Kartun Bubar Parlimen Sajalah Tajuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 301 hits
Bubar Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata ia langkah terbaik daripada membiarkan perbuatan melom...
Buat Persiapan Ahli Parlimen Pkr Malaysia Timur Di Arahkan Bertolak Ke Kuala Lumpur

Buat Persiapan Ahli Parlimen Pkr Malaysia Timur Di Arahkan Bertolak Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 207 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Malaysia Timur dikatakan mendapat arahan hari ini untuk bertolak ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan lapor akhbar Sin Chew Walaupun laporan itu tidak menyebut persiapan apa dipercayai ia...
Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

Ahmad Zahid Umno Bn Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 269 hits
AHMAD ZAHID UMNO BN TAK DAPAT HALANG AHLI PARLIMEN SOKONG ANWAR KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang mana mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahma...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday